You are on page 1of 23
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota Tel 209-5715700, 25604 Kuantan Fakes 09-5734857 Pahang Darul Makmur Laman Web : jpnpahang.moe gov.my Ruj Kami: JPNP.SPMd,800-6/1/2 Jid.3 (12) Tarikh 2 14 Julai 2023 Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pahang Pengetua / Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Pahang Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat KPM.600-17/1/17 Jid.3 (47) bertarikh 12 Julai 2023 adalah berkaitan. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bawah Belanjawan 2023 bagi pelaksanaan program gotong-royong di semua sekolah KPM. Program ini bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan/swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Peruntukan kewangan bagi tujuan tersebut telah disalurkan oleh Bahagian Kewangan KPM kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui surat KPM.400-2/1/6 Jid 24 (86) bertarikh 27 Jun 2023 3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat arahan pelaksanaan Program Gotong-royong MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 yang turut dilampirkan garis panduan dan soalan lazim berkaitan program untuk rujukan dan panduan JPNP.SPMd.800-6/1/2 Jid.3 (12) 4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, hubungi Encik Haris Azwan bin Anuar, Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid di talian 09-5715700 sambungan 5907. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam urusan ini amat dihargai Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Hin. amanah, (vl F BIN KASSIM) Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid b.p. Pengarah Pendidikan Pahang sk. 1. Pengarah Pendidikan Pahang 2. Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Murid Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid 4. Fail BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Tel; +603-88849506 (Aras 3) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan '~ 403-48649370 (Aras 4) 62604 PUTRAJAYA Faks : +603-88849315 MALAYSIA Laman Web : vaww.moe.gov.my Ruj Kami: KPM.600-17/4/17 Jld.3 (47) Tarikh : /®Julai 2023 Seperti Senarai Edaran YBhg. Datu Dr./YBrs. Dr.Tuan/Puan, PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2, Menerusi Belanjawan 2023, KPM telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan program gotong-royong di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program gotong royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Peruntukan kewangan bagi tujuan tersebut telah disalurkan oleh Bahagian Kewangan KPM kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui surat KPM.400-2/1/6 Jid 24 (86) bertarikh 27 Jun 2023, 3. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datu Dr./YBrs. Dr/tuan/puan dimohon memaklumkan pelaksanan gotong royong ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di JPN, PPD, dan sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datu Dr/YBrs, Dr/tuan/puan. Bersama-sama ini dilampirkan dokumen berikut untuk tindakan selanjutnya: Garis Panduan Pelaksanaan Program Gotong Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 ji, Soatan Lazim (FAQ) Program Gotong-Royong Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023. wal ‘Sia eafatan rujakan Bahoaian ti apabila berhubung KPM.600-17/1/17 Jid. ( ) 4, dika pihak YBhg. Datu Dr./YBrs. Dr./tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, bolehlah menghubungi En. Mohd Fakarudin bin Hussain, Penolong Pengarah Sektor HEM, BPSH di talian atau e-mel mfakarudin.hussain@moe.gov.my. Segala kerjasama serta keprihatinan YBhg. Datu Dr/YBrs. Dr/tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih, Sekian. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .N BIN HAJI ADNAN) Bahai jorUusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia s.K: 4. Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia 2. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 5, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Mataysia ‘Sia catatian ryukan Bahagian tl apetilaberhubung KPM.600-17/1/17 Jd. ( ) 6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Sia catatkanrajukan Bahagin in pala borhubung KPM.600-17/1/17 Jid. (— ) Senarai Edaran Dalaman 1. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2 Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional 3. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 4, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam 5. Pengarah Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian 6. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas 7. Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan 8. Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan ‘ila caatkan rjukan Bahagian Il apabila brhuburg Ruj Kami: KPM.600-17/1/17 Jid. ( ) Senarai Edaran Ke Jabatan Pendidikan Negeri 4. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, 2. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 3. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 4, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak 5. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 6. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P, Kuala Lumpur 7. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 8. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 9. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor 40. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 14, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 12. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 43. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 14. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 15. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P. Labuan 16. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan W.P. Putrajaya ‘Sia caltkan rujukan Bahagian hi apebia berhubung KEMENTERIAN PENOIDIKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 1.0 TUJUAN 2.0 3.0 Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), pentadbir dan guru. LATAR BELAKANG 24 2.2 23 24 YAB Perdana Menteri telah membentangkan Belanjawan 2028: Membangun Malaysia MADANI pada 24 Februari 2023, Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan program gotong-royong di sekolah KPM seluruh Malaysia. Program gotong-royong MADANI 2023 bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid, Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) telah diwujudkan sejak tahun 2008 bagi memantau dan menambah baik aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan institusi pendidikan KPM. Peranan ini direalisasikan di sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan 3K Peringkat Sekolah. Program gotong-royong merupakan satu aktiviti bawah Program 3K. Program gotong-royong merupakan aktiviti luar bilik darjah selaras dengan kurikulum Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik. TAFSIRAN 3.1 Gotong-royong bermaksud suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama, tolong-menolong dan bersifat sukarela. 4.0 5.0 a2 Program 3K bermaksud aktiviti berkaitan kebersihan, kesihatan dan keselamatan dalam sesebuah organisasi 3.3 Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) merupakan kumpulan penggerak yang _menyokong pendidikan di institusi pendidikan bawah KPM OBJEKTIF Objektif gotong-royong ini adalah seperti berikut : 4.1 meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah; 4.2. mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui pelibatan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO); 4.3 memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat: 4.4 membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan); dan 4.5 memupuk nilai-nilai muni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin. PELAKSANAAN 5.1 Tempoh Julai hingga September 2023 (Sabtu yang dibenarkan atau hari lain mengikut budi bicara pengetua/guru besar) 5.2 Kumpulan sasaran Semua warga sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan (semua guru, murid tahap 2 bagi sekolah rendah dan semua mutid bagi sekolah menengahikolej vokasionallkolej tingkatan enam) 5.3 Pelibatan Pihak Luar 5.3.1 Pelibatan komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pelibatan bu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). ii, Agensi awam, badan berkanun dan swasta yang bersesuaian seperti KKM, KPKT, KDN dan badan bukan kerajaan (NGO). iii, Alumni. iv. Masyarakat setempat. 5.3.2. Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah dilibatkan dalam program ini berdasarkan skop kerja perkhidmatan sedia ada. 5.4 Keselamatan 5.4.1 Semua pihak perlu mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan semasa program gotong-royong. 6.4.2 Sekiranya kawasan sekolah menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang boleh memudaratkan kesihatan, pihak sekolah boleh merancang jenis aktiviti gotong-royong mengikut kesesuaian dengan mematuhi Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023: Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas. 5.4.3 6.0 SUMBER Memakai pakaian dan menggunakan peralatan yang bersesuaian. 6.1 Kewangan KPM 6.1.1 6.1.2 6.1.3 614 Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN/PPD. Peruntukan hendaklah dibelanjakan —mengikut tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa. JPN/PPD perlu menyelaras peruntukan dengan mengambil kira. enrolmen murid dan_ bilangan sekolah. Peruntukan boleh dibelanjakan bagi tujuan berikut: i. peralatan dan bahan pembersihan; |i, peralatan pembaikan kecil; iii, bahan dan peralatan mengecat; iv.makan dan minum (maksimum 20% daripada peruntukan); dan v. keperluan lain yang berkaitan. 6.2 Sumber lain 6.2.1 6.2.2 Pihak sekolah digalakkan mendapatkan sumbangan atau tajaan bawah tanggungjawab sosial korporat dari aspek kepakaran, kemudahan, peralatan dan makanan yang diperlukan untuk —menjayakan pelaksanaan program ini daripada pihak luar. Tatacara penerimaan sumbangan perlu mematuhi Surat Pekellling Ikhtisas KPM Bilangan 3 Tahun 2018: Panduan Penyaluran dan Penerimaan Sumbangan daripada Sektor Swasta dan Bukan Swasta kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 7.0 SKOP AKTIVITI 8.0 Program gotong-royong berfokuskan kepada aktiviti berikut: 7.1 kebersihan dan keceriaan sekolah; dan 7.2 pembaikan kecil di sekolah. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 8.1 KPM 8.1.1 Menyediakan perancangan pelaksanaan program. 8.1.2 Menyediakan garis_ panduan _pelaksanaan program. 8.1.3 Menetapkan dan menguruskan _ pengagihan peruntukan, 8.1.4. Memberi taklimat pelaksanaan program kepada JPN. 8.1.5 Mengumpul dan — menyediakan —_laporan pelaksanaan program. 8.2 JPN/PPD 8.2.1 Mengagihkan peruntukan kepada sekolah, 8.2.2 Member taklimat program kepada sekolah. 8.2.3 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada sekolah. 8.2.4 Memantau pelaksanaan program di sekolah, 9.0 8.2.5 Mengemukakan laporan program kepada KPM, 8.3 Sekolah 8.3.1. Menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan 3K peringkat sekolah untuk menjayakan program gotong-royong. 8.3.2 Merancang dan melaksanakan program 8.3.4 Menyelaras pengoperasian program bersama PIBG/PIBKS dan agensi lain yang terlibat. 8.3.5 | Mendapat maklumat dan nasihat daripada JPN/PPD. 8.3.6 Menghantar laporan program kepada JPN/PPD. 8.4 PIBGIPIBKS/LPS 8.4.1 Bekerjasama dengan sekolah untuk melaksanakan program gotong-royong dari aspek tenaga, sumber kewangan, nasihat dan bantuan kepakaran. 8.4.2 Membantu sekolah mendapatkan dana tambahan, kepakaran dan sumber tenaga daripada agensi luar untuk menjayakan program ini. 8.5 Agensi Luar dan NGO Membantu sekolah melalui sumbangan dana, kepakaran dan sumber tenaga untuk menjayakan program. PELAPORAN 9.1 Sekolah mengemukakan laporan menggunakan Lampiran 4 (i&il) dengan menyertakan laporan bergambar sebelum dan selepas pelaksanaan program kepada JPN/PPD dalam tempoh tujuh (7) hari selepas selesai program. 9.2 JPN/PPD mengemukakan laporan peringkat —_negeri menggunakan Lampiran 2 kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2023. 9,3 BPSH membentangkan laporan pelaksanaan kepada pengurusan tertinggi KPM selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2023. 10.0 PERTANYAAN Sekolah hendaklah merujuk kepada Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di JPN/PPD masing-masing untuk sebarang pertanyaan lanjut 11.0 PENUTUP Program gotong-royong yang dilaksanakan secara bersepadu antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan dan NGO dapat mewujudkan perpaduan antara semua pihak selaras dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan masyarakat madani. Lampiran 4 (i) LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 Nama sekolah Kod sekolah PPD JPN Aktiviti Kawasan Jumlah Agensi Luar Dilaksanakan Terlibat Peserta Terlibat terlibat (mengikut (mengikut item) kategori) Contoh: Contoh: Conioh: | Contoh: 1. Mengecat | 1. Bilik darjah | 1.Guru-xx orang | 1. Jabatan | 1. Peralatan- 2. Kebersihan | 2. Tandas 2.Murid- xx orang Bomba RMxx 3. Pembaikan | 3. Dewan 3.Agensi luar-xx dan 2. Makan kecil 4, Surau orang Penyelam | minum- RMxx at Sekolah JUMLAH KOS Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Penolong Kanan HEM) (Pengetua/Guru Besar) Situasi sebelum Lampiran 4 (ii) LAPORAN BERGAMBAR Situasi selepas 10 Lampiran 2 LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. TAHUN 2023 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI : i Jumiah pi) peighat | sekolah | Jumiah | Jumlah Peratus D: terlibat__| Peruntukan | Perbelanjaan | Perbelanjaan aerah ‘SM 1. 2. eas = 3. | | 4. san a 5. — =f 6 j z. SsSESSESEESnEOnEn [esmetaue> 8. | 8. 10. Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Sektor Pembangunan Murid) (Pengarah Pendidikan Negeri) ua SENARAI SEMAK PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 Bil, — Perkara Tindakan | Tempoh Masa_ Sekurang- kurangnya 1. | Perancangan program Sekolah sebulan sebelum program dilaksanakan 2 Pelaksanaan gotong- Sekolah Julai-September royong 2023 7 hari selepas Laporan program kepada fe 3. | SPNIPPD Sekolah aktiviti gotong royong Rumusan laporan program selewat-lewatnya peringkat negeri kepada pada 15 Oktober 4. | Bahagian Pengurusan JPN 2023. Sekolah Harian Pembentang laporan selewat-lewatnya 5, | Program kepada BPSH pada 31 Oktober pengurusan tertinggi KPM 2023. TAHUN 2023 Perancangan di peringkat sekolah | Pelaksanaan program gotong-royong di sekolah Laporan program oleh sekolah kepada JPN/PPD I Laporan program oleh JPN kepada BPSH I Laporan program kepada Pengurusan tertinggi KPM CARTA ALIR PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Penyediaan kertas kerja (sokurang-kurangnya sebulan sobelum program dilaksanakan Julai-September 2023 7 hari selepas program 16 Oktober 2023, 31 Oktober 2023, 1B KEMENTERIAN PENDIDIKAN SOALAN LAZIM (FAQ) PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG -ROYONG MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 A. PELAKSANAAN 4 Bilakah tempoh gotong-royong perlu dilaksanakan? Dalam tempoh Julai hingga September 2023. Bilakah hari dan masa program gotong-royong boleh dilaksanakan? Pada hari Sabtu yang dibenarkan bekerja berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016: Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu Atau, hari persekolahan mengikut budi bicara pengetua/guru besar dengan mendapat persetujuan pegawai pendidikan daerah masing- masing serta mengikut kesesuaian berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023: Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas. Adakah sekolah boleh menjemput YB ADUN atau YB Abli Parlimen untuk turut serta dalam program ini? Boleh. Pihak sekolah perlu merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2023: Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 4, Apakah skop kerja yang terlibat dalam program gotong-royong ini? Gotong-royong ini berfokuskan kepada aktiviti kebersinan, keceriaan dan pembaikan kecil di sekolah. 5. Adakah pihak luar boleh dilibatkan dalam aktiviti gotong-royong ini? Ya. Sekurang-kurangnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). B. PERBELANJAAN PERUNTUKAN KPM * Apakah perbelanjaan yang boleh dibuat? Peruntukan boleh dibelanjakan untuk tujuan berikut i. peralatan dan bahan pembersihan; ii. peralatan dan bahan pembaikan kecil; ili, peralatan dan bahan mengecat; iv. _makan dan minum peserta (20 peratus sahaja); dan v. _ keperluan lain yang berkaitan. ~ . Adakah peruntukan boleh digunakan untuk membeli barang hiasan? Boleh. Peratus perbelanjaan bagi tujuan ini kecil dan bersifat sampingan sahaja ” Adakah peruntukan boleh digunakan untuk membeli hadiah dan memberi saguhati? Tidak boleh, Walau bagaimanapun, saguhati dibolehkan dalam bentuk sijil sahaja. © . Adakah peruntukan boleh digunakan untuk menyediakan bahan hebahan/promosi program? Tidak boleh. Peruntukan yang diterima perlu digunakan semaksima mungkin untuk program gotong-royong, 10. 11. Bagaimanakah peruntukan diturunkan ke sekolah? Melalui jabatan pendidikan negeri (JPN) atau pejabat pendidikan daerah (PPD) masing-masing. Adakah pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan? Tidak boleh. C. SUMBER LAIN 12. Bolehkah pihak sekolah mendapatkan sumbangan atau tajaan bawah tanggungjawab sosial korporat dari aspek kepakaran, kemudahan, peralatan dan makanan yang diperlukan untuk menjayakan program ini daripada pihak luar? Boleh. D. PELAPORAN 13. Bilakah sekolah perlu menghantar laporan program gotong- royong kepada PPD/JPN? Tujuh (7) hari selepas pelaksanaan program menggunakan templat yang disediakan

You might also like