You are on page 1of 9

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

SIJIL AMALAN RAWATAN & PEMULIHAN (CPP)


OGOS 2023

ARAHAN KHUSUS

1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA (3) soalan. Jawab SATU (1) soalan dari
Bahagian A dan SATU (1) soalan dari Bahagian B.

2. Jawapan hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan


aturan berikut:
(i) Jenis huruf (font): Times New Roman, Justified
(ii) Saiz huruf: 12
(iii) Jarak baris (line spacing): 1.5
(iv) Jarak perenggan (paragraph spacing): 12pt x 12pt
(v) Jumlah patah perkataan: 2,000 — 2,500 patah perkataan
(tidak termasuk rujukan) bagi setiap bahagian
(vi) Setiap helaian jawapan hendaklah diletakkan Nombor Angka
Giliran di sudut atas sebelah kanan.
(vii) Format petikan (citation) dan rujukan (reference) hendaklah
berpandukan format American Psychology Association (APA)
atau Modern Language Association (MLA).

3. Jawapan yang disediakan mestilah menggunakan format laporan yang


mengandungi muka hadapan, isi kandungan, penomboran halaman dan
rujukan.

4. Halaman muka hadapan hanya perlu mengandungi Nombor Kumpulan,


Nombor Angka Giliran dan Nama Program Persijilan AADK (CPP, CPE
atau CEP) sahaja.

1
5. Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

6. Tugasan dalam bentuk softcopy dihantar melalui emel kepada


pengarah_jkpenganjur@adk.gov.my dan satu salinan hardcopy dihantar
melalui POS ke alamat:

PENGARAH
PUSAT LATIHAN AADK
KM 6, JALAN KUALA KETIL
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN

7. Tarikh akhir penghantaran: 15 OGOS 2023 (SELASA).

8. Tugasan adalah secara KUMPULAN. Satu kumpulan terdiri daripada 2 - 3 orang


calon bagi gred 29-40 dan 3 - 4 orang bagi gred 19-26 mengikut ketetapan
yang dinyatakan dalam emel kepada pegawai.

9. Tugasan ini menyumbang sebanyak 70% daripada jumlah markah kursus.

10. Pegawai adalah dinasihatkan menjawab soalan penilaian ini secara profesional
dan amalan plagiat adalah dilarang sama sekali.

11. Sebarang persoalan atau penjelasan lanjut mengenai sesi penilaian ini,
tuan/puan boleh berhubung dengan Urusetia JK Penilaian & Peperiksaan,
PLAK.

2
BAHAGIAN A

Bahagian ini mewakili 40 markah penilaian. Peserta wajib menjawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

Nina (21 tahun), anak perempuan tunggal dan hanya mempunyai seorang adik lelaki
yang berumur 16 tahun dan masih bersekolah. Nina merupakan seorang mahasiswa
perundangan di sebuah Universiti di Selangor. Dalam usia yang masih muda Nina
berhadapan dengan masalah penagihan dadah sejak 2 tahun yang lalu. Di awal
penagihan, Nina hanya mengguna dadah jenis ganja dan alkohol sahaja. Namun
demikian, Nina telah mula berubah ke arah pengambilan dadah jenis Ecstacy dan
LSD.

Lahir dari keluarga yang berpendidikan dan profesional. Kedua ibu-bapa Nina
sentiasa memberi galakan dan dorongan untuk Nina berjaya sebagai seorang
Peguam yang berjaya suatu hari nanti. Kedua ibu bapa Nina tidak begitu rapat dengan
Nina kerana kesibukan mereka dalam kerjaya mereka masing-masing. Masalah
penagihan yang dihadapi oleh Nina, tidak diketahui oleh kedua ibu bapanya.

Perubahan fizikal dan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Nina tidak begitu
dihiraukan oleh kedua ibu bapanya kerana mereka beranggapan Nina hanya tertekan
dengan sesi kuliah dan assigntment yang perlu disiapkan. Nina kerap ponteng kelas,
keputusan peperiksaan yang semakin merosot dan pernah diberi surat amaran oleh
pihak Dekan kerana mencapai peratus lulus kuliah dan semester yang sangat lemah
semasa peperiksaan semester.

Nina mempunyai dua orang kawan rapat iaitu Shira dan Aina, malangnya hubungan
mereka semakin renggang kerana Aina mula menjauhkan diri dari mereka, Aina mula
bercakap kasar dan lebih suka mengasingkan diri. Aina dan Syira mula menyedari
bahawa Nina semakin rapat dengan rakan baharu yang diketahui sangat bermasalah
dan pernah disabitkan kesalahan mengambil dadah semasa mengadakan pesta liar
semasa cuti semester.

Suatu malam, Nina telah ditangkap kerana didapati memiliki dadah selepas terlibat
dalam pesta liar di kampusnya. Ibu bapa Nina berasa terkejut dan berasa amat

3
kecewa dengan apa yang telah berlaku kepada Nina. Ibu bapa Nina menyedari
bahawa mereka telah melakukan kesilapan kerana telah mengabaikan Nina dan
hanya mementingkan diri untuk memaksa Nina mencapai keinginan mereka untuk
Nina berjaya sebagai seorang peguam, sedangkan mereka sedia mengetahui bahawa
Nina lebih berminat dalam bidang art. Mereka telah merujuk Nina ke PUSPEN
sukarela, untuk menjalani rawatan dan pemulihan.

Semasa dalam program pemulihannya, Nina telah dapat mengetahui bahawa dia
menggunakan dadah semata-mata untuk mengatasi kegelisahan dan kemurungan
yang dia alami sejak sekolah menengah. Dengan bantuan Pegawai Pemulihan, Nina
telah dapat menerima kenyataan bahawa Nina perlu dibantu bagi mengatasi masalah
yang dihadapi hingga terlibat dengan penagihan. Nina turut diberi dorongan oleh
Pegawai Pemulihan dan sokongan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dengan
baik. Nina juga turut dirujuk kepada Pegawai Psikiatri untuk tindakan susulan.
Sepanjang di PUSPEN, ibu bapa, adik, saudara manara dan kawan rapat Nina iaitu
Shira dan Aina kerap hadir melawat Nina dan terlibat dengan Program yang
disediakan.

Selepas menamatkan program pemulihannya, Nina kembali menyambung semula


kuliah dengan azam dan tekad yang baharu, Dia turut telah menunjukkan
kecemerlangan dalam kuliah yang diikuti, malah turut terlibat dalam organisasi
kampus yang mempromosikan kesihatan mental dan kesedaran tentang penagihan
dadah. Nina berkongsi kisahnya dengan orang lain dan mendorong mereka untuk
mencari bantuan jika mereka bergelut dengan masalah ketagihan dadah atau
kesihatan mental. Walaupun perjalanan Nina ke arah pemulihan tidak mudah, dia
berjaya mengatasi ketagihannya dan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk
dirinya sendiri.

4
Jawab semua soalan berdasarkan pernyataan yang diberikan.

a) Namakan sekurang-kurangnya dua kumpulan dadah yang dinyatakan dalam


kajian kes di atas dan cara pengambilan dadah tersebut. Bincangkan konsep
farmakokinetik berdasarkan salah satu dadah yang dinamakan.
(10 markah)

b) Nina baru pertama kali menjalani program pemulihan secara sukarela melalui
rujukan keluarganya. Dalam mencapai kepulihan, risiko relapse adalah proses
yang akan dilalui oleh individu seperti Nina akan lalui. Nyatakan situasi berisiko
dan tanda-tanda amaran yang boleh dialami oleh Nina dan kaedah untuk
mengelak dari penagihan semula.

(15 markah)

c) Nina berkongsi kisah penagihan dan kepulihan dengan orang lain supaya
mereka dapat keluar dari masalah penagihannya. Tindakan tersebut juga
dikenali sebagai tingkah laku prososial. Huraikan berkaitan tingkah laku
tersebut, konsep asas dan kaedah untuk meningkatkan tingkah laku tersebut.
(10 markah)

d) Berdasarkan pandangan Ishammuddin Ismail (1999), senaraikan lima (5)


tujuan dorongan minima yang boleh dilakukan oleh Pegawai Pemulihan untuk
mendorong Nina terus bercerita atau berkongsi isu yang dihadapi.

(5 Markah)

5
BAHAGIAN B:

Bahagian ini mewakili 30 markah penilaian. Peserta perlu memilih dan menjawab
SATU (1) soalan sahaja.

SOALAN 1

Shahrul merupakan seorang penagih dadah yang berumur 39 tahun. Beliau telah
mengguna dadah jenis methamphetamine, heroin dan ganja sejak berusia 21 tahun.
Sepanjang 18 tahun terlibat dengan masalah penagihan, beliau direkodkan pernah dua
(2) kali menjalani rawatan dan pemulihan di dalam institusi di bawah Sekyen 6(1)(a) Akta
Penagih Dadah (R&P) 1983 di PUSPEN Raub, Pahang dan rawatan dan pemulihan
dalam komuniti di bawah Seksyen 6(1)(b) di AADK Daerah Raub Pahang. Pernah
berjaya kekal pulih selama lima (5) tahun dan kembali menagih kerana berjumpa kawan-
kawan lama semasa menghadiri Majlis tahlil kematian jiran di kampungnya di Raub.

Masalah penagihan telah menyebabkan kehidupan Shahrul tidak stabil hingga


menyebabkan beliau kerap bertukar-tukar pekerjaan, bertukar-tukar pasangan,
berhutang, memukul isteri, terlibat dengan jenayah kecil-kecilan. Semasa menjalani
rawatan di PUSPEN Raub, Shahrul pernah disahkan menghidap Hepatitis C dan TB.
Insiden terbaharu, beliau telah cuba membunuh diri dengan cuba memotong urat
pergelangan tangan menggunakan pisau cukur. Insiden ini berlaku semasa Shahrul
tinggal di rumah kakak sulongnya di Bangi, yang merupakan seorang Pegawai Farmasi
Di Hospital Kajang Selangor.

Semasa Shahrul mula tinggal di rumah kakaknya, kakak sulong Shahrul telah mula
mengesan perubahan tingkahlaku dan cara Shahrul berkomunikasi. Shahrul dilihat
mula mengasingkan diri, tidak berselera untuk makan dan hingga susut tubuh badan.
Shahrul juga enggan berkomunikasi (sedangkan Shahrul sangat rapat dengan kakak
sulongnya). Selain itu, Shahrul pernah meluahkan keinginan untuk kembali mengambil
dadah, meluahkan rasa bersalah kerana telah memukul isteri, berasa terdengar ada
suara-suara yang berbisik meminta Shahrul menamatkan hidupnya dengan
menggantung diri, sebagai balasan atas perbuatan Shahrul selama ini.

Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan sehingga kakak sulong Shahrul


telah membuat keputusan berkongsi keadaan Shahrul kepada ibu bapa, adik-beradik
dan kepada bekas isteri Shahrul. Hasil keputusan dan pandangan keluarga, kakak
sulong Shahrul telah merujuk Shahrul ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL).

6
Shahrul telah disahkan menghidap bipolar oleh Pakar Psikiatri HKL. Shahrul telah
mendapat rawatan selama 6 bulan di HKL dengan pemantauan rapi dengan pemberian
ubat-ubatan yang sesuai selama tempoh rawatan tersebut. Pegawai Psikiatri HKL telah
menghubungi PUSPEN Sungai Besi Kuala Lumpur untuk merujuk Shahrul yang telah
stabil untuk menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Sila jawab soalan berikut berdasarkan pernyataan yang diberikan.

a) Bincangkan keadaan Shahrul berkaitan “penagihan adalah sejenis penyakit


kronik yang mudah relaps”.
(10 Markah)

b) Senaraikan dan bincangkan beserta contoh, simptom akibat penagihan yang


dihadapi oleh Shahrul, dan apakah tindakan yang dilakukan oleh kakak sulong
Shahrul berdasarkan Kajian Kes di atas.
(10 markah)

c) Pegawai Pemulihan yang baik hendaklah menjalankan tugas berdasarkan


keperluan kepulihan klien. Huraikan rawatan dan pemulihan dadah yang efektif
untuk dilaksanakan dalam memastikan Sharul dapat kekal pulih setelah selesai
menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN Sungai Besi.
(10 markah)

7
SOALAN 2

Maria Karina Binti Kamil (bukan nama sebenar) berumur 24 tahun sedang menjalani
perintah rawatan dan pemulihan di PUSPEN selama empat (4) bulan di bawah
Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah 1983. Klien merupakan anak kelima dari lima
orang adik beradik dan abang keduanya turut terlibat dengan penagihan dadah jenis
heroin dan methaphetamin. Klien telah terlibat dengan penagihan dadah jenis inhalan
ketika berumur 12 tahun, ganja dan methaphetamine untuk tempoh 8 tahun dengan
kekerapan 3 kali sehari. Klien menghabiskan RM100 sehari untuk membeli dadah.

Ibu bapa klien telah bercerai dan klien telah diletakkan di bawah jagaan makciknya
sejak berusia 5 tahun. Sejak berumur 5 tahun klien sering didera oleh makciknya.
Klien juga turut dicabul serta dirogol oleh suami makcik dan sepupunya ketika berumur
13 tahun. Kien telah melarikan diri dari rumah ketika berumur 15 tahun kerana tidak
tahan dengan keadaan tersebut. Klien mengaku dia tidak pernah bersekolah
semenjak kedua ibu bapanya bercerai.

Sebelum dimasukkan ke PUSPEN, klien bekerja sebagai pelayan restoran di sebuah


kedai makan dengan pendapatan RM30 sehari. Untuk menampung kehidupannya,
dia turut melakukan kerja sampingan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan pada
waktu malam dengan pendapatan RM50 sehari dan RM200 sejam bagi lain-lain
perkhidmatan termasuk perkhidmatan seks. Klien mempunyai teman lelaki yang
sama-sama menagih dadah yang juga menanggung kehidupan seharian klien.

Klien tiada sebarang rekod jenayah lampau dan rekod rawatan pemulihan. Klien
ditangkap ketika operasi bersepadu yang dilakukan oleh PDRM dan AADK. Akhirnya
klien dijatuhkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan di dalam pusat pemulihan.

Ketika memasuki bulan ke dua (2) di PUSPEN, klien memaklumkan yang dia selalu
mendengar suara-suara yang mengatakan dia bukanlah Marina sebaliknya Karina
yang tiada masalah penagihan dan tidak sepatutnya berada di PUSPEN. Klien sering
menjerit-jerit dan tidak boleh tidur terutamanya pada waktu malam. Klien turut
mengaku tiada rakan baik kerana rakan-rakan lain tidak selesa berkawan dengannya
kerana klien seorang yang agresif dan sering marah-marah tanpa sebab.

8
Klien telah dirujuk ke Hospital untuk masalah psikiatrik yang dihadapinya. Laporan
perubatan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan menyatakan klien mempunyai
masalah “mood disorder” dan perlu mengambil ubat-ubatan seperti Quetiapine (50 mg
x 2 kali sehari), Escitalogram (50 mg x 1 kali sehari) dan Concerta (18mg x 1 kali
sehari). Klien telah ditempatkan di wad pemerhatian kerana tidak dapat mengikuti
semua program dan aktiviti yang ditetapkan.

Jawab soalan berikut berdasarkan pernyataan yang diberikan.

a) Namakan sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan dadah yang dinyatakan


dalam kajian kes di atas dan cara pengambilan dadah tersebut.
(2 markah)

b) Berikan empat (4) kesan pengambilan salah satu (1) daripada jenis dadah di
atas.
(8 markah)

c) Nyatakan program yang sesuai untuk Maria berdasarkan rawatan dan


pemulihan dalam institusi Model I-Pulih sehingga stabil. Perincikan aktiviti yang
sesuai bagi setiap program tersebut.
(10 markah)

d) Berdasarkan kepada kajian kes tersebut, isi maklumat yang berkaitan mengikut
format Borang Addiction Severity Index (ASI 5-BM).
(10 markah)

You might also like