You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Educational Resources and Technology Malaysia
Persiaran Bukit Kiara Tel: 603-20817777
50604 KUALA LUMPUR Faks: 603-20817788
MALAYSIA Laman Web: https://www.moe.gov.my/

Ruj. Kami : KPM.600-12/1/1 JLD 27 (75 )


Tarikh : 16 Jun 2023

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
(Seperti di Senarai Edaran)

(u.p: Ketua Penolong Pengarah


Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan)

YBhg. Datu/Dr./Tuan/Puan,

WE THINK DIGITAL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan


(BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sektor Sumber
Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Yayasan
Teach for Malaysia (YTFM) akan melaksanakan We Think Digital Peringkat Kebangsaan
Tahun 2023. Pertandingan ini adalah di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan Digital
Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang fasih digital.

3. Program We Think Digital yang merangkumi webinar dan pertandingan ini bertujuan
untuk memberi pendedahan tentang kewarganegaraan digital dalam kalangan murid di
samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam membuat pembentangan digital.
Untuk makluman, We Think Digital terbuka kepada semua murid sekolah menengah
warganegara Malaysia dan dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada empat (4)
murid dan seorang guru pembimbing. Sesi webinar dan pertandingan akan bermula
pada 21 Jun 2023 secara dalam talian. Untuk tujuan tersebut, satu sesi taklimat akan
dijalankan secara dalam talian mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Jun 2023 (Rabu)


Masa : 2.30 petang
Pautan : https://fb.me/e/1inLD9KyC (Facebook Live)

4. Maklumat lanjut, mengenai pertandingan ini boleh diakses melalui portal DELIMa
KPM atau melalui pautan / kod QR di bawah dan klik We Think Digital:

https://bit.ly/PEMERKASAAN-DIGITAL
5. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan kerjasama pihak YBhg.
Datu/Dr./tuan/puan agar dapat memanjangkan maklumat berkaitan penganjuran program
ini kepada semua sekolah di bawah tadbir urus pihak YBhg. Datu/Dr./tuan/puan. Sebarang
pertanyaan, pihak YBhg. Datu/Dr./tuan/puan dimohon menghubungi pegawai BSTP, Puan
Rabbiatul Najua binti Rosman melalui email rabbiatul_najua@moe.gov.my atau
emailkan kepada Student Leadership Team YTFM, Cik Deepa Gaurie,
deepa.gaurie@teachformalaysia.org. Kerjasama YBhg. Datu/Dr./tuan/puan dalam
menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN ABAS)


Pengarah
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
NAJ/SPTP/ WTD /2023

You might also like