You are on page 1of 2

Amir menatap sinar rembulan dengan ditemani gugusan bintang , meskipun warna biru

langit tidak kelihatan di indra penglihatannya. Sejauh matanya merenung langit, terlihat
kedatangan awan yang seakan telepok ukiran menyerupai bunga teratai. Menyebabkan
warnanya berubah menjadi keabu-abuan . Tetapi hanya satu yang tidak berubah, desa
tempatnya membesar, menyimpan seribu memori, juga seribu kecintaan untuk seseorang
yang tidak pernah pulang.

“Amir..Amir..”, lamunan Amir terhenti apabila namanya sayup dipanggil dari arah ruang
tamu. Namanya dipanggil oleh tokmah yang kelihatan runsing mencari cara menukar siaran
televisyen.

“Amir, tokmah nak tengok ceramah malam jumaat ni”, kata Tokmah sambil mengerutkan
dahinya.

“oh, tekan butang nombor satu tok”. Kata Amir yang cuba membantu neneknya yang tidak
mahir menggunakan teknologi.

“Kalau ayah kamu ada pasti senang. Dulu selepas sahaja dia pulang dari masjid pasti dia
akan buka tv dan teman tokmah dengar ceramah”, kata Tokmah sambil menarik nafas yang
panjang

Amir yang baru sahaja membuka langkah untuk pergi ke biliknya terhenti apabila
mendengar keluhan tokmah. Riak wajah Amir mula berubah.

“ Sikit-sikit ayah, apa yang bagus sangat ayah tu? Kalau dia baik dia tidak tinggalkan kitalah
tok!”. Nafasnya tercungap-cungap,tanpa dia sedari telah meninggikan suara ketika bercakap
dengan neneknya.

“ Ayah kau akan kembali, aku tahu anak aku”,kata tokmah yang geram dengan perbuatan
Amir.

Dendam kesumat Amir terhadap ayah tidak pernah reda sejak ayahnya meninggalkan
mereka berdua 4 tahun yang lalu.

Amir terus berjalan ke bilik kerana tidak mahu bergaduh mulut dengan neneknya. Dia
tidak boleh mengawal emosi dan menghentak almari buku yang ada bersebelahan
dengannya. Kepalanya dihempas sesuatu benda yang berat.
“Aduh,apa pulak ni!”. Dia mengambil barang yang jatuh itu dan mengusap debu yang
terdapat di permukaan atasnya. Buku lusuh yang dipegangnya itu bertulis ‘Perubahan
Maksimum’. Amir membuka helaian kertas yang berwarna coklat keperangan itu dan
terdapat Bahasa asing yang tidak difahami olehnya. Perasaan ingin tahunya melonjak tinggi.

Amir bergegas mengambil telefonnya untuk mentafsir ayat yang terdapat dalam
senaskah buku lama itu. Ketika Amir scan ayat itu, terpapar senarai impian yang dibuat oleh
ayahnya dalam Bahasa Thailand. Dia berasa bingung kerana senarai terakhir dalam buku itu
telah dikoyakkan.Sehelai demi sehelai muka surat diselak Amir yang kelihatan berminat
dengan buku itu. Antara perkara yang terdapat dalam buku ayahnya itu termasuklah
teknologi aneh yang belum pernah dilihat olehnya. Amir mahu mengkaji dengna lebih
spesifik jadi dia pergi berjumpa pakar Information Technology (IT).

Amir pergi ke Metrolab di Johor Bahru untuk berjumpa Prof. James.

“Prof boleh tolong ajar saya lebih mendalam tentang IT?”, Kata Amir dengan nada yang
teruja.

“Boleh tapi macam biasalah bayaran yang dikenakan 20k seminggu”. Kata Prof James yang
memandang remeh Amir.

Jumlah wang yang perlu dibayar tidak menjadi masalah buat Amir kerana ayahnya telah
mewariskan harta pusaka yang besar sebelum meninggalkannya. Faktor utama Amir
bertekad mahu belajar IT adalah kerana mahu mengetahui mengapa ayahnya hilang tanpa
dikesan selama 4 tahun .

You might also like