You are on page 1of 6

CERPEN : TEKNOLOGI MENDEPANI CABARAN MASA HADAPAN

Endra menatap sinar rembulan dengan ditemani gugusan bintang , meskipun warna
biru langit tidak kelihatan di indra penglihatannya. Sejauh matanya merenung langit, terlihat
kedatangan awan yang seakan telepok ukiran menyerupai bunga teratai. Menyebabkan
warnanya berubah menjadi keabu-abuan . Tetapi hanya satu yang tidak berubah, desa
tempatnya membesar, menyimpan seribu memori, juga seribu kecintaan untuk seseorang
yang tidak pernah pulang.

“Endra..Endra..”, lamunan Endra terhenti apabila namanya sayup dipanggil dari arah ruang
tamu. Dia dipanggil oleh pak ciknya yang kelihatan runsing mencari cara menukar siaran
televisyen.

“Endra, pakcik nak tengok ceramah malam jumaat ni”, Pak Cik Daud mengerutkan dahi
mencari butang alat kawalan jauh itu.

“oh, tekan butang nombor satu cik”. Kata Endra yang cuba membantu pakciknya yang tidak
mahir menggunakan teknologi.

“Kalau ayah kamu ada pasti senang. Dulu selepas sahaja dia pulang dari masjid pasti dia
akan buka tv dan teman pakcik dengar ceramah”, Pak Cik Daud menarik nafas yang panjang

Endra yang baru sahaja membuka langkah untuk pergi ke bilik terhenti apabila
mendengar keluhan pak ciknya. Riak wajah Endra berubah.

“ Sikit-sikit ayah, apa yang bagus sangat ayah tu? Kalau dia baik dia tidak tinggalkan Endra
cik!”. Nafasnya tercungap-cungap,tanpa dia sedari telah meninggikan suara ketika bercakap
dengan pakciknya.

“ Jangan bencikan ayah kau Endra, kita tidak tahu apa yang berlaku padanya!”,kata Pak Cik
Daud yang geram dengan perbuatan Endra.

Dendam kesumat Endra terhadap ayahnya tidak pernah reda sejak ayah pergi meninggalkan
Endra seorang diri. Pak Cik Daudlah yang banyak menolong Endra dan ingin menjaganya.
Dia sudah menganggap Endra seperti anak kandungnya sendiri.

Endra terus berjalan ke bilik kerana tidak mahu bergaduh mulut dengan pakciknya. Dia
tidak boleh mengawal emosi dan menghentak almari buku yang ada bersebelahan dengannya.
Kepala Endra seakan dihempas sesuatu benda yang berat.
“Aduh,apa pulak ni!”. Dia mengambil barang yang jatuh itu lalu mengusap debu yang
terdapat di permukaan atasnya seperti sudah lama terbiar. Endra memegang buku yang lusuh
setebal satu inci. Dia membuka helaian kertas yang berwarna coklat keperangan itu dan
terdapat pelbagai lakaran robotik dan teknologi yang dilukis. Perasaan Endra untuk
mengetahui tentang buku itu melonjak tinggi.

Endra tahu buku yang dipegang itu kepunyaan ayah kerana dia pernah melihat
ayahnya melukis pada buku itu . Antara perkara yang terdapat dalam buku ayahnya itu
termasuklah teknologi aneh yang belum pernah dicipta. Dia berasa bingung terdapat helaian
yang dikoyakkan dari buku itu. Sehelai demi sehelai muka surat diselak Endra untuk mencari
muka surat yang hilang tetapi tidak dijumpai. Endra mahu mengkaji dengan lebih spesifik
tentang teknologi ayahnya jadi dia bercadang untuk berjumpa dengan pakar Information
Technology (IT).

Endra pergi ke Metrolab di Johor Bahru untuk berjumpa Dr Lucas.

“Prof boleh tolong ajar saya lebih mendalam tentang IT?”, Kata Endra dengan nada yang
teruja.

“Boleh tapi macam biasalah bayaran yang dikenakan 5k seminggu”. Kata Prof James yang
memandang remeh Endra.

“Saya nak belajar selama setahun” ,kata Endra dengan nada tegas.

Sejumlah wang yang perlu dibayar tidak menjadi masalah buat Endra kerana ayah telah
mewariskan harta pusaka yang besar sebelum menghilangkan diri. Faktor utama dia bertekad
mahu belajar IT adalah kerana mahu mengetahui mengapa ayahnya hilang tanpa dikesan dan
kemana ayahnya pergi.

Seminggu pertama Endra di Metrolab dia telah belajar tentang asas teknologi dan cara
untuk menggodam sistem telekomunikasi. Hanya selama seminggu dia telah mahir dalam
penggodaman sistem tersebut dan pekara ini membuat Dr Lucas tercengang . Kebiasaan
pelajar mengambil masa dua bulan atau lebih untuk menguasainya. Dr Lucas dapat
merasakan Endra ialah seorang yang berbakat luar biasa. Oleh kerana itu Endra telah
dimasukkan ke kelas pertama di Metrolab.

Untuk menguji tahap kepakarannya dalam bidang IT , Prof James telah memberikan
Endra tugasan untuk mencipta satu alat robotik dalam tempoh masa empat bulan. Pada
mulanya dia terkedu dan merasakan dirinya tidak mampu tetapi atas semangat dan
kepercayaan yang diberi, dia menyahut cabaran tersebut. Hari demi hari Endra buntu
memikirkan alat yang mahu dicipta. Lalu dia membuka buku ayahnya dan mencari maklumat
dari lakaran teknologi ayahnya. akhirnya dia telah mendapat buah fikiran untuk mereka cipta
Iron Wings iaitu alat yang membolehkan manusia terbang sejauh 5 kilometer.

Ketika Endra bertungkus-lumus menyiapkan rekaannya di dalam bilik, Pak Cik Daud
telah menyergahnya.

“ Sibuk betul Cik Daud tengok kau ni endra”, kata Pak Cik Daud yang merisaukan kesihatan
Endra kerana seharian dia tidak keluar dari bilik.

“ Makanlah dulu, pakcik dah masak makanan kegemaran kau ni”, sambung Pak Cik Daud.

“ Kejap lagilah cik, Endra nak siapkan kerja ini dahulu”, kata Endra yang sedang tekun
menyiapkan Iron Wings itu.

“ Kau betul ke nak buat semua ni Endra?’, tanya Pak Cik Daud yang tidak yakin dengan
keputusan yang dibuat Endra.

“ Endra nak belajar betul-betul , Endra nak tahu kenapa ayah tinggalkan saya semata sebab
bidang ni”, kata Endra yang berazam tinggi.

“Jadi kau nak tinggalkan pakcik pula ?”, kata Pak Cik Daud dengan rasa susah hati.

Endra hanya mengabaikan kata-kata pakciknya dan sambung menyiapkan tugasnya.

Empat bulan berlalu, Endra selesai menyiapkan alat robotik yang diminta Dr Lucas.
Untuk menguji kehebatan dan kehandalan cipataanya itu, Dr Lucas meletakkan nama Endra
dalam satu pertandingan robotik ternama negara. Dr Lucas terkesima kerana Iron Wings
ciptaan Endra mendapat sambutan yang luar biasa. Sejak dari itu, nama Endra menjadi bualan
orang ramai kerana kehebatannya tidak dapat ditandingi

Dalam kesibukkan Endra memperbaharui ciptaannya dari masa ke masa. Pak Cik Daud
telah mengajak Endra bercuti bagi meraikan kejayaannya. Dia bersetuju kerana sudah sekian
lama tidak meluangkan masa bersama dan mahu membalas jasa Pak Cik Daud yang telah
menyanyanginya bagai menatang minyak yang penuh. Mereka telah membuat persiapan
untuk bercuti ke Singapura. Endra berasa amat teruja kerana dia sudah lama tidak bercuti ke
luar negara . Setelah menjejakkan kaki ke tanah SIngpaura. Pakcik Daud telah mengajak
Endra pergi ke Petrosains. Senyuman terukir di raut wajah Endra menandakan kebahagiaan
yang dia alami ketika itu. Pelbagai teknologi yang menarik perhatian Endra.

“Nah, minum air dulu sudah lama kita berjalan ni”, Pak Cik Daud menghulurkan sebotol air
berperisa jagung.

“Terima Kasih cik, Endra terleka melihat teknologi yang canggih disini”,

“Endra..Endra.. kau sama macam ayah kau”, kata Pak CIk Daud.

Endra hanya menundukkan kepalanya tanda setuju. Tidak lama kemudian penglihatannya
tiba-tiba menjadi kabur, Endra mengalami sakit kepala yang berdenyut, badannya tidak boleh
berdiri dengan stabil. Dia telah pengsan di tempat kejadian.

“Endra…Endra..bangun ..,ayah datang ni”

“ Ayah?..”

“Endra rindu ayah..ayah pergi mana? “

“Ayah ada ni, jangan risau”

“ENDRA BANGUN ENDRA” suara yang bingit itu membuatkannya terjaga daripada
mimpi.

Mukanya terlihat mamai seperti baru sadar dari tidur yang panjang, kepalanya masih terasa
pening dan dia merasakan ada sesuatu yang aneh berlaku seakan tubuhnya tidak dapat
bergerak. Dia baru sadar badannya diikat dengan ketat di kerusi. Endra cuba melepaskan diri
dan meminta pertolongan tapi dia berada di bilik yang luas berseorangan. Dari jauh dia
kelihatan sosok tubuh seseorang berjalan di bawah lampu yang malap mendatanginya.
Semakin sosok itu menghampirinya kelihatan raut wajah seiras ayahnya.

“Hai Endra, lama tak berjumpa.”

“Ayah.. kenapa.. kenapa buat Endra macam ni. Bertahun-tahun Endra tunggu ayah, tapi kita
dipertemukan dalam keadaan sebegini?”, mata Endra berkaca menahan sebak melihat
ayahnya yang lama dinanti.

“Maafkan ayah Endra, ayah mahu minta tolong kamu”, muka Hashim tidak sedikit pun rasa
kesal dengan perbuatannya.
“Ayah nak kamu mencipta robotik yang ayah pernah reka dahulu,ayah tahu kamu
hebat”,sambil tangan Hashim menunjukkan sehelai kertas yang sepadan dengan kesan
koyakkan dibukunya.

“Tidak, Endra tak mahu buat. Kalau sebab pekara ini ayah lupakan Endra dahulu tak mustahil
ayah akan lupakan Endra lagi!”, Endra amat sedih dengan perlakuan ayahnya.

Tiba-tiba satu suara lantang membalas kata-kata Endra.

“ AKU KATA BUAT KAU BUATLAH!” kedengaran suara Pak Cik Daud yang berang
dengan Endra

“Pakcik? Apa semua ini? Lepaskan Endra cik!”, Endra semakin bingung melihat keadaan
yang berlaku

“Kau nak tahu? Ye, akulah yang buat semua ni. Hashim kau nampak ni klon je”

“Mana ayah Endra?”, kata Endra dengan sayu

“Ayah kau 4 tahun lepas dah mati, sia-sia kau tunggu dia”

“Aku yang bunuh sebab nak gunakan rekaannya, selama ni aku berlakon buta teknologi
sahaja”

“Sekarang giliran kau pulak mati ditangan aku!”, Pak Cik Daud sudah lama berdendam
dengan kejayaan yang dikecapi Endra

Endra terkesima mendengar kata-kata pak ciknya. Orang yang paling dia percayai rupanya
ialah orang yang menikam pisau dari belakang.

Tanpa berfikir panjang Daud menghalakan pisau ke arah Endra dan kini dia benar-benar
ditikam. Darahnya memancut keluar dengan deras, nafasnya tidak stabil dan matanya
terbeliak luas. Endra merasakan cecair panas keluar dari perutnya, dia tidak dapat menahan
kesakitan ini lagi.

“Endra..Endra..bangun”

“Kejaplah Endra penatlah”, kata Endra yang masih mamai lagi

“splash” air disimbah ke muka Endra terus mengejutkannya

“Bangunlah, bersyuku sikit kau masih bernyawa”, kata Prof. Lucas


“Prof ? apa prof buat di sini?”, Kata Endra dengan nada terkejut

“Eh, akulah yang selamatkan kau. Nasib sempat aku hantar kau ke hospital masa tu”

“dah seminggu kau koma, tadi tiba-tiba kau mengingau sebut ayah”, sambung Prof Lucas.

“Mana Pak Cik Daud?”, tanya Endra

“Dia dah kena tangkap kerana melanggar hokum kemanusiaan, aku tahu dia ada niat buruk
dekat kau sejak kau menang anugerah tu lagi. aku perasan dia masa itu, muka dia nampak
bencikan kau ”, jawab Prof. James

“Terima kasih prof selamatkan saya, mungkin sampai di sini sahaja minat saya belajar IT.”

Sedih untuk Endra meninggalkan bidang teknologi apabila teringat balik usahanya
sampai ketahap ini tetapi matlamat utama Endra sudah tercapai.

You might also like