You are on page 1of 1

Karangan Pendek: Kes Keracunan Makanan

Kes keracunan makanan yang melibatkan murid sekolah kerap berlaku di negara kita. Hal ini
disebabkan oleh sikap sesetengah pengendali kantin sekolah yang mengabaikan aspek
kebersihan semasa menyediakan makanan. Selain tidak menutup makanan, mereka tidak
membasuh bahan mentah dengan bersih dan ada pula yang menggunakan bahan mentah yang
sudah luput tarikh.

Natijahnya, murid mengalami muntah-muntah dan cirit-birit setelah makan makanan tersebut.
Kemudian, murid perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan sekali gus
mengganggu proses pembelajaran. Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa serta
pihak sekolah. Oleh itu, Kkementerian Kesihatan perlulah meningkatkan operasi pemantauan
terhadap aspek kebersihan kantin sekolah supaya kes keracunan makanan di sekolah dapat
diatasi sepenunya.

You might also like