You are on page 1of 11

1.

1 Logo Sekolah
1.2 Nama Sekolah Smk Pulau Gaya
1.3 Tajuk Inovasi JPI
1.4 Kategori Pertandingan : Pertandingan inovasi kategori
guru peringkat antarabangsa
1.5 Anjuran : Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim

1.6 ID SAHCB119

1.7 LATAR BELAKANG

Nama Mariani John D. Sibatu @ Marylyn

Nama SMK PULAU GAYA


Organisasi
Alamat P.O BOX 14604, 88852, KK.
No. Telefon 016 810 5590
E-mel marianijohn1978@gmail.com
Biodata  Guru Matematik selama 20 tahun di SMK Pulau
Gaya.
 Mendapat ijazah sarjana muda di UTM Skudai
dalam pendidikan Matematik.
 Memberikan perkongsian ilmu dan kaedah pdpc
matematik kepada pelajar dan guru di peringkat
sekolah dan negeri.
 Anugerah Emas dan Perak dalam Kajian tindakan
dan Inovasi peringkat daerah
 Memberikan bengkel kaedah pdpc matematik di
peringkat antarabangsa di BITEC Thailand pada
tahun 2019.
 Aktif menjadi pencermah, pembentang inovasi dan
kajian tindakan secara bersemuka dan secara maya.
 Pempamer inovasi dan kajian tindakan dalam majlis
rasmi dan karnival sains anjuran PPD Kota Kinabalu
dan JPNS.
1. Abstrak

JPI

Mariani John D. Sibatu @ Marylyn,

SMK PULAU GAYA

marianijohn1978@gmail.com,

Abstrak

JPI adalah akronim kepada Jadual Pendaraban Indeks. JPI ini


dihasilkan menggunakan kad berlamina berwarna yang menarik. JPI ini
mengandungi 6 ruangan penting dalam jadual yang dapat membantu
murid untuk menyelesaikan masalah pendaraban indeks dalam DSKP
KSSM Matematik tingkatan 3. Objektif kajian ini ialah murid dapat
menguasai kemahiran pengiraan yang melibatkan pendaraban nombor
bulat, nombor perpuluhan, nombor pecahan, sebutan algebra dan
sebutan algebra berangka yang melibatkan asas yang sama dan asas
yang berlainan dalam tatatanda indeks. Inovasi JPI ini terhasil semasa
pengkaji mengajar murid tingkatan 3 di pada tahun 2016. JPI digunakan
sebagai BBM guru dan BBB pelajar. Keberkesanan dan penyebarluasan
inovasi JPI ini di jalankan diperingkat sekolah , daerah, negeri dan
antarabangsa . Pengkaji juga berjaya mengadaptasi JPI ini untuk
kegunaan secara maya semasa PKP menggunakan “whatsapps Group
dan “channel Telegram”. Penerapan teknik mnemonik dan
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan lagi keberkesanan
penggunaan JPI dikalangan murid. Dapatan dari kajian kajian intervensi
inovasi JPI ini memberikan impak positif berkesan membantu murid
dalam menyelesaikan masalah pendaraban indeks dan seterusnya
meningkatkan prestasi murid. Hasil daripada temubual dengan murid,
murid berasa gembira dan seronok, yakin kerana JPI membantu mereka
menyelesaikan sebarang masalah pendaraban indeks dengan mudah ,
cepat dan tepat.

Kata Kunci : Kemahiran, JPI , Prestasi, masa, BBM


2. Pengenalan INOVASI JPI

 JPI adalah Jadual Pendaraban Indeks. Jadual ini juga dikenali


sebagai JPI Ibu dan Anak.

 JPI ini memudahkan pelajar untuk melakukan


mempermudahkan pendaraban indeks dengan betul dan teratur.

 JPI membolehkan pelajar mempermudahkan pendaraban indeks


dengan cara yang seronok dan menarik. Jadual ini mudah di
bawa dan mudah di fahami.

 Guru matematik boleh menjadikan ini JPI ini sebagai

- Bahan bantu mengajar (BBM) dalam sesi pengajaran dan


pembelajaran PDPC di dalam kelas.

- BBM dalam kelas PDPR secara online semasa pandemik.

- Alat permainan pelajar dalam kelas untuk menjawab kuiz topik


pendaraban indeks bagi mengukuhkan lagi konsep pendaraban
indeks mereka.

- Menggabungkan JPI ini dengan Teknik Mnemonik (SIASAT)


dan pembelajaran koperatif Think , Pair and Share untuk
membantu pelajar berpencapaian rendah untuk menyelesaikan
masalah pendaraban indeks .

 JPI sudah mengalami 3 fasa penambaikan sejak tahun 2016

3. Objektif

1. JPI dapat membantu murid menguasai pengiraan yang


melibatkan pendaraban indeks yang melibatkan nombor bulat,
nombor perpuluhan, nombor pecahan, sebutan algebra dan sebutan
algebra berangka yang melibatkan asas yang sama dan berlainan
dalam tatatanda indeks.

2. Murid dapat mengingati langkah pendaraban indeks dengan


mudah dengan teknik Mnemonik SIASAT.

3. Murid dapat melakukan pendaraban indeks dengan pantas, tepat


dan yakin melalui pembelajaran koperatif THINK , PAIR and SHARE.

4. Sebelum Inovasi dilaksanakan

Topik indeks ini adalah merupakan bab pertama dalam silibus


KSSM tingkatan 3 .Pendaraban indeks adalah merupakan topik
pertama dalam bab Indeks. Murid diperlukan untuk menyelesaikan
pendaraban indeks. Kebanyakn murid tidak dapat menyelesaikan
masalah pendaraban indeks menggunakan kaedah buku teks.

Murid juga keliru antara asas dan indeks. Mereka kerap


melakukan kesilapan mendarabkan indeks indeks tersebut walhal
mereka hanya perlu menambahkan indeks indeks tersebut. Mereka juga
mengalami kesukaran utnuk menyelesaikan pendaraban indeks yang
melibatkan asas asas yang berlainan.

5. Selepas Inovasi dilaksanakan

Selepas inovasi JPI ini dilaksanakan dalam pdpc selama satu


jam. JPI ternyata dapat membantu pelajar menangani isu masalah
yang mereka hadapi. Berikut adalah isu yang dapat di atasi dengan
menggunakan JPI ini.

BIL ISU/MASALAH PENYELESAIAN IMPAK/KESAN

1
Pelajar tidak Pelajar di perkenalkan dengan JPI. Pelajar sudah
dapat Pelajar di perkenalkan Asas sebagai IBU dan Indeks tidak keliru.
membezakan sebagai ANAK. Mereka dengan
antara asas dan Ini mudah diingat oleh pelajar kerana ianya berkaitan mudah dapat
Indeks. dengan kehidupan seharian. mengenalpasti
yang mana
Asas dan
Indeks.

2
Pelajar kerap JPI menyediakan ruang IBU dan ANAK. Dan ruangan Pelajar seronok
melakukan jumlahkan anak. melakukan
konsep Pelajar mudah mengisi ruangan mengikut soalan yang pendaraban
pendaraban diberikan. indeks dengan
indeks yang yakin dan
salah , mereka tepat.
cenderung
mendarabkan
indeks indeks
tersebut.

3
Pelajar phobia JPI memudahkan pelajar untuk melakukan Pelajar
untuk cuba pendaraban. gembira dan
menjawab suka
pendaraban menyelesai apa
indeks yang saja bentuk
melibatkan soalan
nombor pendaraban
perpuluhan, indeks yang
nombor diberi.
pecahan,
sebutan algebra
dan sebutan
algebra
berangka.

4
Pelajar sukar JPI memudahkan pelajar mengisi ruangan mengikut Pelajar dapat
untuk asas yang berlainan. menyelesaikan
melakukan pendaraban
pendaraban indeks yang
indeks yang melibatkan
melibatkan sehingga 5
lebih dari satu asas yang
asas. berlainan
dengan cepat
dan tepat.

6. Keaslian dan keunikan

JPI ini direka khas untuk membantu murid-murid mempunyai


tahap kebolehan dan pemikiran yang berbeza-beza. Murid-murid yang
lebih lambat atau lemah memerlukan program khas untuk menguasai
sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang belum dikuasai.

JPI ini disuaikan dengan pelbagai aktiviti yang dapat menarik


perhatian murid yang kurang memberi tumpuan dalam kelas. Murid-
murid diberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi
sesama kawan apabila aktiviti pembelajaran dan pengajaran diadakan.

Inovasi JPI ini juga telah mengambil kira murid-murid yang tidak
dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran yang sering diaplikasi di
dalam kelas yang mana menggunakan kaedah konvensional iaitu
kaedah buku teks.. Ia juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengayaan
bagi murid yang telah menguasai kebanyakan nilai murni .

Dengan adanya gabungan intervensi penggunaan JPI dan


penerapan teknik mnemonik dan pembelajaran koperatif pak 21 iaitu
THINK, Pair and SHARE dapat meningkatkan keyakinan dan
komunikasi di kalangan murid disamping meningkatkan prestasi murid
dalam menyelesaikan masalah pendaraban indeks.

7. Impak dan kegunaan

Pelbagai Kajian dan hands on sudah di jalankan bagi mengkaji impak


dan keberkesanan kegunaan JPI di pelbagai peringkat sekolah, daerah,
negeri dan antarabangsa. Impak yang positif dapat di lihat dalam
peningkatan markah yang drastik berbanding dengan ujian Pra dan Pos
murid.

Guru juga dapat melihat perubahan tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid lebih aktif, bersemangat
dan seronok menyelesaikan sebarang soalan pendaraban indeks.

Kaedah Pengajaran dengan intervensi JPI juga memberi keyakinan


guru yang lebih tinggi untuk membantu murid memahami konsep
pendaraban indeks yang betul . Kaedah pengajaran dalam kelas juga
menjadi lebih seronok dan terkawal.

Langkah-langkah menggunakan Intervensi JPI dalam menyelesaikan


pendaraban indeks.

1. Pelajar diperkenalkan dengan asas sebagai ibu dan indeks sebagai


anak.

2.Pelajar di perkenalkan dengan 6 ruang yang penting dalam

JPI.
2. Guru memperkenalkan sistem mnemonik dengan akronim SIASAT
bagi memudahkan murid menggunakan JPI.
S = SENARAIKAN
I = IBU
A = ANAK
S = SEMUA
A = ANAK
T = TAMBAH
3. Murid menyenaraikan ibu di ruangan ibu menyenaraikan anak masing
masing di ruangan anak. Murid kemudiannya menambahkan semua
anak masing masing.Berikut adalah penyelesaikan pendaraban indeks
yang melibatkan nombor bulat, nombor perpuluhan , nombor pecahan ,
sebutan algebra dan sebutan algebra berangka.

8. Potensi Pengkomersilan

JPI oleh di kembangkan lagi untuk membantu pelajar menjawab soalan


soalan Pembahagian Indeks dan Kuasa Indeks bagi nombor bulat,
nombor perpuluhan , nombor pecahan , sebutan algebra dan sebutan
algebra berangka dalam tatatanda indeks.

Selain daripada itu, JPI boleh di kembangkan lagi jadi


Permainan Interaktif Pendidikan dan ‘board Game’ secara Talian
atau melalui aplikasi telefon bimbit yang menarik bagi memudahkan
capaian secara global.

Tambahan pula , JPI boleh diubahsuai penggunaannya kepada


matapelajaran yang lain agar penyebarluasan merentasi kurikulum
dapat berlaku.

Penyebarluasan inovasi JPI


JPI sudah disebarluaskan secara hands on dan atas talian kepada lebih
daripada 3000 peserta sehingga ke peringkat antarabangsa di kalangan
murid dan guru.

Peringkat Tarikh Program Tempat Peserta


/Pertandingan
Sekolah 26.04.2018 Bengkel JPI SMK Pulau Tingkatan 3= 335 orang
1.11.2019 Gaya Tingkatan 4 = 221 orang
6.11.2019 Tingkatan 5 = 185 orang
3.02.2020
14.6.2022
Daerah 29.09.2018 Kolokium kajian BTP Guru = 50 Orang
Tindakan (PLC Penampang Guru = 200 orang
1) Keningau Anugerah EMAS

26.06.2020 INKIK 2020 PPD KK Anugerah Emas

17.07.2020 INKIK zon Kota PPD KK Anugerah Perak


Kinabalu

18.07.2022 Pameran MAKP SICC 180 orang pengunjung


dan hari Guru
Negeri 18.09.2019 Perkongsian PKG 10 orang guru dari 10
Amalan Terbaik Tuaran sekolah
2 pegawai Sisc+1 pelajar
tahun 6
26-28.07.2022 Pameran Dewan
Karnival Sains Masyarakat 500 orang pengunjung
Menggatal
Perkongsian Online 1500 orang
10.08.2022 Teknopen(JPNS)
Perkongsian Online 1800 orang
Webinar(JPNS)
Antaraba 11. 10.2019 Bengkel JPI Bangkok 120 orang dari negara
ngsa (dalam Bahasa International Bangkok, Sri langka,
Inggeris) Tarade & Filipina . Myanmmar dan
exhibition Malaysia.
centre
(BITEC)
Thailand
9. Rujukan

Maimunah Osman. 2004. Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam

Senk, S. L. 1997. Assessment and Grading in High School Mathematics Classrooms.


Journal for Research in Mathematics Education.

Shimizu, Y. 2003. Problem Solving as a Vehicle for Teaching Mathematics. In Lester,


F. K. & Charles. R. I. (Eds.). Teaching Mathematics through Problem Solving. Pre-
Kindergarden- Grade 6. Reston, Virgia: National Council of Teachers of Mathematics.

Galeri Gambar

You might also like