You are on page 1of 4

SJK (T) LADANG PAYA KEMUNTING,

06000 JITRA. KEDAH.

Tarikh: 19.6.2019
Untuk perhatian semua guru,

MESYUARAT PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG KALI KEDUA


Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa mesyuarat Program Sekolah
Penyayang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 JUN 2019


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik ICT Sekolah

2. Agenda
2.1 Ucapan Aluan Pengerusi
2.2 Perutusan Guru Besar
2.3 Program ’Welcome to School’
2.4 Pelaksanaan Mentor-Mentee
2.5 Sambutan Hari Guru
2.6 Sambutan Hari Ibu
2.7 Motivasi Mingguan di Perhimpunan Sekolah
2.8 Hal-hal lain

3. AJK diminta mengambil tindakan yang wajar bagi menjayakan mesyuarat di atas.
Kerjasama semua guru didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………
(Pn.D.Jaya)
SJK (T) LADANG PAYA KEMUNTING,
06000 JITRA. KEDAH.

MINIT MESYUARAT PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG KALI KEDUA / 2019

Tarikh : 22 Jun 2019


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik ICT Sekolah
Kehadiran : 1) En.A.Johnson (Guru Besar)
2) En.V.Rajakumaran (PK 1)
3) Pn.V.Sukunavathy (PK HEM)
4) En.L.Jayandren (PK KOKU)
5) En.B.Gunalan
6) Pn.S.Krishnahvenni
7) En.K.Surendran
8) En.K.Arumugam
9) Cik.T.Shalini
10) Pn.D.Jaya
11) Pn. A.Chellamal
12) Cik.A.Jegenthambal
13) Pn.P.Vijayalakshmi
14) En.G.Selvam
15) Pn.A,Sashita

I. Ucapan Aluan
1. Cik.T.Shalini selaku setiausaha Sekolah Penyayang mengucapkan selamat
datang kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat kali kedua.
2. Beliau seterusnya menjemput Tuan Guru Besar untuk memberikan ucapan.
II. Perutusan Guru Besar
3. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat Sekolah
Penyayang kali kedua 2019.
4. Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru yang
menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menjayakan Program Sekolah
Penyayang.

III. Program ‘Welcome to School’


5. Setiap pagi, penolong kanan hal ehwal murid mengalu-alukan kehadiran murid-
murid di pintu masuk sekolah dengan muka yang ceria dan senyum sebelum
sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.
6. Pada waktu pulang, guru bertugas beratur di pagar sebagai tanda menghantar
mereka pulang sambil mengingatkan mereka agar tidak lupa mengulangkaji
pelajaran, menyiapkan kerja rumah dan kembali ke sekolah pada esok hari.

IV. Pelaksanaan Mentor-Mentee


7. Program Mentor-mentee telah diadakan 2 kali pada setiap bulan semasa waktu
rehat sekolah.
8. Murid-murid dalam sekelompok pergi berjumpa dengan guru-guru yang
ditetapkan.
9. Mereka berbincang tentang masalah peribadi, masalah kesihatan, masalah
pembelajaran.
10. Guru memberi nasihat yang munasabah kepada murid-murid yang memerlukan.

V. Sambutan Hari Guru


11. Sambutan Hari Guru telah diadakan peringkat sekolah.
12. Murid-murid memberi hadiah kepada para guru manakala guru-guru memberi
makanan kepada warga sekolah.
13. Selain itu, memberi hadiah kepada setiap kumpulan murid bagi acara sukan
yang dijalankan.
VI. Sambutan Hari Ibu
14. Sambutan Hari Ibu telah diadakan peringkat sekolah.
15. Murid-murid menerima restu daripada guru-guru perempuan di sekolah.
16. Pihak sekolah telah memberi sekuntum bunga ros, kad ucapan kepada guru-
guru perempuan, pengusaha kantin, dan kakitangan sekolah yang telah datang.
17. Selain itu, memotong kek dan memberi makanan kepada murid-murid sekolah.
18. Seramai 6 orang murid telah dipilih sebagai anak angkat kepada guru-guru
perempuan untuk membantu dari segi pelajaran, bantuan alat tulis, sokongan
moral dan lain-lain.

VII. Motivasi Mingguan di Perhimpunan Sekolah


19. Motivasi mingguan dijalankan setiap minggu di tapak perhimpunan kepada
warga sekolah.
20. Murid-murid menghayati nilai-nilai murni daripada cerita-cerita yang
disampaikan oleh Guru Besar, Penolong-penolong Kanan Sekolah dan guru
bertugas.

VIII. Hal-hal lain


27. Menukar bahan bantu mengajar setiap minggu agar bilik darjah kelihatan
kemas dan bersih.
21. Guru sentiasa melayan murid-murid dengan baik.
22. Menggunakan kata-kata yang positif kepada murid-murid agar mereka gemar
datang ke sekolah setiap hari tanpa memponteng sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh,

. ………………………………
(Pn.D.Jaya)

You might also like