You are on page 1of 2

UCAPAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN ANTI BULI


PERINGKAT SEKOLAH SERI SEDOHOK 2023/2024

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Malaysia Madani.
Terima kasih Pengacara Majlis.
Yang Dihormati Guru Besar SK Seri Sedohok Encik Mahadzir Bin
Ibrahim,
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tn Haji Zainuri bin
Mohd Aspar,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Abdul Rahim Bin
Abdullah,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum- Cikgu Mohd Nazim Bin Tesnoh
Barisan guru-guru serta para pelajar sekalian.

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT


kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita dapat sama-sama
menjayakan program “Jom Ke Sekolah” dan ‘Anti Buli” Peringkat
Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok 2023/2024.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berbesar hati kerana diberi


kepercayaan untuk berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah
laku pelajar. Jelas sekali, matlamat program ini amat relevan dalam
proses pembentukan sahsiah dan displin masyarakat yang bermula seawal
peringkat sekolah rendah lagi.

PDRM amat prihatin tentang permasalahan displin dan salah laku jenayah
dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar-pelajar sekolah
bermula dari sekolah rendah. Sehubungan itu, PDRM sentiasa memantau
pelajar-pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin, lebih-lebih lagi
yang menyumbang kepada perlakuan buli. Kerjasama rapat antara pihak
sekolah dengan PDRM dilihat berupaya membendung salah laku ini
daripada berleluasa.

Dalam menyokong usaha ini, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari


kalangan pegawai dan anggota polis dilantik bagi setiap sekolah,
bertujuan mewujudkan komunikasi berterusan antara PDRM dan pihak

1
sekolah, ke arah meningkatkan kesedaran terhadap semua jenis
perlakuan jenayah yang berubah-ubah mengikut persekitaran sosial
sesebuah sekolah dari peringkat sekolah rendah terutama buli,ponteng
sekolah dan sebagainya.

PPS turut memainkan peranan dalam membantu mewujudkan suasana


sekolah yang selamat,aman dan sejahtera sebagaimana yang telah
digariskan dalam Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Permasalahan disiplin di sekolah seperti buli, vandalisme, dan ponteng


adalah masalah tradisional di kalangan pelajar sekolah. Kini, kita
berhadapan pula dengan ruang lingkup jenayah baru hasil daripada
kecanggihan teknologi serta kebebasan penggunaan media sosial di
kalangan remaja. Saya turut difahamkan, bahawa bersempena pelancaran
Program Jom ke Sekolah dan Anti Buli ini, KPM telah mengambil
inisiatif menyediakan saluran aduan berkenaan isu dan masalah disiplin
pelajar melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolah-
sekolah. Agar masalah disiplin pelajar dapat ditangani dengan pantas dan
bijaksana serta berkesan.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),barisan pentadbir guru-guru,
ibu bapa dan para Pegawai Perhubungan Sekolah serta semua pihak yang
sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada setiap program atau
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PDRM dalam melahirkan generasi
muda yang dinamik, berkualiti, berjati diri dan berwawasan. “Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara.”
Salam Malaysia Madani
Sekian, terima kasih.

You might also like