You are on page 1of 19

WIM Code Page : 1 of 19

1) FAKTOR PERSEKITARAN DI DALAM BENGKEL

Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja berada di
tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak
selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi sehingga boleh menyebabkan
kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat
mengelakkan kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja.

1.1) Perkara-Perkara Yang Dititikberatkan

Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadikan suasana dan persekitaran di


bengkel adalah selamat untuk pengguna. Antaranya ialah:
a) Tidak membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau di sekeliling
mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada dilanggar,
disepak atau dipijak.
b) Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini sangat
licin dan menyebabkan mudah tergelincir dan jatuh.
c) Tidak membiarkan serpihan logam bersepah di atas lantai dan di sekeliling
mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja hendaklah
dibersihkan.
Nota: Salah satu tanggungjawab guru bengkel adalah memastikan
persekitaran bengkel selamat digunakan oleh pelajar.
1.2) Pelan Struktur Dalam Bengkel

Satu pelan dan susunatur bengkel yang baik diperlukan dalam sesebuah bengkel.
Bengkel yang keadaan tempatnya bising, gelap, tidak selesa dan buruk tidak
berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja. Susunatur yang
perlu disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira aspek
pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising seperti rajah 1.
WIM Code Page : 2 of 19

Rajah 1: Contoh Susunatur Bengkel

Antara langkah yang perlu diambil kira dalam susunatur bengkel adalah:
a) Memastikan semua pekerja memakai ear plug semasa berada di dalam
bengkel.
b) Mengasingkan bahan mudah terbakar seperti kertas, palstik, petrol, bahan
kimia dan sebagainya dalam bilik yang disediakan.
c) Memastikan pencahayaan di dalam bengkel mengikut standard yang betul.
d) Memastikan pintu dan tingkap dibuka sepanjang kerja amali dijalankan.
e) Memastikan alat pemadam api diletak pada tempat yang mudah berlaku
kebakaran.

2) KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI

Kelengkapan pelindung diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan


perlindungan kepada pemakainya daripada kemalangan. Antara contoh kelengkapan
pelindung diri ini termasuklah jaket keselamatan, topi keselamatan, kasut keselamatan
dan lain-lain. Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis kelengkapan pelindung diri yang selalu
digunakan.
WIM Code Page : 3 of 19

Cermin mata Topi


keselamatan keselamatan

Sarung tangan Alat keselamatan


keselamatan pendengaran

Kasut Jaket
keselamatan keselamatan

Rajah 2: Contoh Kelengkapan Perlindungan Diri

2.1) Cermin Mata Keselamatan

Cermin mata keselamatan selalunya digunakan untuk melindungi mata dari terkena
serpihan logam yang terhasil dari kerja mencanai dan mengetuk jermang dari batas
kimpalan. Rajah 3 menunjukkan jenis-jenis cermin mata keselamatan yang
digunakan.

Rajah 3 : Jenis-Jenis Cermin Mata Keselamatan


WIM Code Page : 4 of 19

2.2) Sarung Tangan Keselamatan

Sarung tangan keselamatan dapat melindungi tangan daripada sebarang


kecederaan seperti lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila
membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli, memindahkan bata dan
sebagainya, hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi, jangan guna sarung
tangan apabila bekerja dengan mesin yang bergerak seperti mesin canai dan mesin
pelarik kerana sarung tangan mungkin tersangkut pada mesin dan mengakibatkan
kemalangan. Rajah 4 menunjukkan jenis-jenis sarungan tangan keselamatan.

Rajah 4 : Jenis-Jenis Sarungan Tangan Keselamatan

2.3) Kasut Keselamatan

Kasut keselamatan merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari
bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut
dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli, juga menahan atau bertindak sebagai
penebat bagi suhu yang tnggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan
kimia dan bahaya elektrik. Jenis-jenis kasut keselamatan ditunjukkan di rajah 5 di
bawah.
WIM Code Page : 5 of 19

Rajah 5 : Jenis-Jenis Kasut Keselamatan

2.4) Topi Keselamatan

Topi keselamatan hendaklah dipakai apabila berada di kawasan pembinaan


terutamanya dalam pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat kerana barang-
barang dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah. Dengan memakai topi
keselamatan, kecederaan kepada kepala dapat dikurangkan. Rajah 6 menunjukkan
jenis-jenis topi keselamatan.

Rajah 6 : Jenis-Jenis Topi Keselamatan

2.5) Alat Keselamatan Pendengaran

Alat keselamatan pendengaran yang biasa digunakan adalah ear plug. Ear plug
digunakan untuk mengelak dari bunyi bising yang kuat di tempat kerja. Pekerja
harus memakai alat keselamatan pendengaran kerana supaya dapat mengurangkan
bunyi bising dan juga dapat mengurangkan risiko gangguan pendengaran. Jenis-
jenis alat keselamatan pendengaran seperti rajah 7 di bawah.

Rajah 7 : Jenis-Jenis Alat Keselamatan Pendengaran


WIM Code Page : 6 of 19

2.6) Pakaian Keselamatan

Pakaian keselamatan selalu digunakan dikawasan yang berisiko tinggi seperti di


kawasan offshore dan kilang-kilang. Pakaian keselamatan ini sangat penting kerana
boleh mengelakkan terbakar, melecur dan sebagainya. Pakaian keselamatan ini
penting terutama pada jurukimpal yang melakukan kerja-kerja mengimpal di
kawasan yang bahaya. Pakaian keselamatan ini direka untuk memberi perlindungan
kepada bahagian atas badan (kecuali kepala), merangkumi lengan, tangan, dada
serta bahagian belakang badan. Rajah 8 menunjukkan jenis-jenis pakaian
keselamatan.

Rajah 8: Jenis – Jenis Pakaian Keselamatan

3) HAZARD DI TEMPAT KERJA


Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja menunjukkan kebarangkalian
berlakunya kecederaan dan kemalangan berlaku dan impaknya kepada pekerja akibat
hazard yang terdapat di tempat kerja.

3.1) Definisi Hazard


Hazard bermakna sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi
dimana boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan
WIM Code Page : 7 of 19

yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau
gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut (Garis Panduan bagi
Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko- HIRARC, 2008).

Tujuan defiinisi ini adalah untuk memberikan pendekatan yang sistematik untuk
menaksir Hazard dan menganalisis risiko yang berkaitan, yang mana ianya akan
dapat memberikan pengukuran bagi sesuatu Hazard yang telah dikenal pasti, serta
menyediakan kaedah bagi mengawal risiko berkaitan. Ia merupakan satu daripada
kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514), di mana majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk
pekerjanya dan orang lain yang berkenaan.

3.2) Jenis-Jenis Hazard

Terdapat empat (4) jenis-jenis Hazard iaitu:


a) Hazard fizikal
Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan
yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika
pembuatannya tidak selamat dan tidak sempurna,tidak diselenggara dengan
baik, dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih,digunakan bukan untuk kerja
sebenar.

b) Hazard kimia
Hazard kimia ialah antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah
kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang
digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan
kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid,
alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah
bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan
apabila mengendalikannya.

c) Hazard biologikal
Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah
kepada jangkitan seperti virus, bakteria dan protozoa. Tahap bahaya sesuatu
spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut sifat semulajadi dan
WIM Code Page : 8 of 19

kepekatan agen penyakit, laluan masuk agen penyakit ke dalam badan,


ketahanan pekerja yang terdedah laluan masuk ke dalam badan adalah
melalui penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap
masuk melalui kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang
tercemar.

d) Hazard ergonomik
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian dengan sekitaran
kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk
kejuruteraan atau keadaan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan
psikologi manusia seperti rawatan doktor ke atas pesakit yang menyebabkan
jangkitan.

3.3) Punca Utama Hazard

Terdapat dua (2) punca utama hazard iaitu:


a) Keadaan di tempat kerja
Hazard sering terjadi di tempat kerja kerana beberapa faktor seperti di
bawah:
i) Ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak.
ii) Tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.
iii) Lantai yang tidak rata dan licin.
iv) Tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna.
v) Pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna.

b) Pelakuan pekerja
Pelakuan pekerja juga boleh menyebabkan berlakunya hazard kerana:
i) Tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan
menjejaskan kesihatan.
ii) Tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan
disimpan dengan selamat.
iii) Tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan
bahan merbahaya dengan selamat dan menjejaskan kesihatan.
iv) Tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul.
3.4) Tanda-Tanda Hazard
WIM Code Page : 9 of 19

Terdapat pelbagai jenis tanda-tanda hazard yang boleh dilihat di tapak kerja seperti
yang ditunjukkan di rajah 9.

Hazard Elektrik Hazard Biologikal Hazard Fizikal

Rajah 9 : Tanda-Tanda Hazard

3.5) Bahaya Elektrik

Kebanyakan dan hampir keseluruhan peralatan di bengkel menggunakan tenaga


elektrik. Bahaya elektrik boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian yang
amat besar pada diri sendiri. Antara bahaya elektrik yang sering berlaku ialah :
a) Renjatan elektrik
Punca – punca berlaku renjatan elektrik ialah kerosakan alat-alat elektrik
seperti kabel yang pecah, kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi dan
tidak disambung ke bumi, kesilapan semasa mengubahsuai peralatan. Oleh itu
sebarang kerja, penyambungan hendaklah dibuat oleh orang yang
ditauliahkan.

b) Kebakaran elektrik
Punca – punca renjatan elektrik berlaku ialah penggunaan kabel yang tidak
bersesuaian dengan arus yang digunakan, penggunaa fius yang tidak
bersesuaian dengan kadar arus, pelindung arus tidak dapat memutuskan arus
bila berlakunya litar pintas dan kilat.

3.6) Langkah – Langkah Untuk Menghindar Dari Bahaya Elektrik


Di bawah merupakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menghindar dari
bahaya elektrik seperti:
a) Mesin dan alat elektrik hendaklah dibumikan dengan wajarnya.
b) Pastikan semua fius, pemintas, pemintas kilat, pemutus litar dan alat
kecemasan pada mesin itu di dalam keadaan baik dan selamat.
WIM Code Page : 10 of 19

c) Pastikan semua sambungan wayar elektrik diselaput dengan penebat dengan


betul.
d) Jangan menggunakan alat elektrik sambil berdiri di lantai yang lembab atau
tangan yang basah.

4) KEMALANGAN YANG SERING BERLAKU

Kemalangan boleh berlaku dimana sahaja dan tidak memilih mangsa tertentu sahaja.
Sebagai seorang pekerja yang akan menghadapi bahaya kemalangan, kita harus menitik
beratkan tentang keselamatan diri kita dan juga orang lain.

Seseorang pekerja akan terdedah kepada bahaya kemalangan yang tidak disedari semasa
bekerja. Oleh itu peraturan keselamatan di tempat kerja dan peraturan am di tempat
kerja WAJIB diketahui dan diikuti oleh seseorang pekerja. Dengan ini sahaja kemalangan
dapat dielakkan.

4.1) Punca Kemalangan

Terdapat dua (2) punca utama kemungkinan berlakunya kemalangan iaitu:


a) Kemalangan berpunca dari kecuaian manusia sifat cuai ketika bekerja boleh
menyebabkan kemalangan mudah berlaku antaranya:
i) Sifat tidak bertanggungjawab.
ii) Menyalahgunakan peralatan untuk tujuan lain seperti untuk bergurau.
iii) Tidak mematuhi tanda amaran ditempat kerja seperti dilarang
merokok.

b) Kemalangan berpunca dari keadaan peralatan dan mesin serta suasana kerja.
Selain dari sifat cuai manusia, kemalangan boleh berlaku akibat dari keadaan
mesin, peralatan dan juga suasana kerja antaranya:
i) Logam yang keras dan tajam boleh mencederakan.
ii) Serpihan logam yang panas boleh menyebabkan kebakaran atau
melecurkan anggota badan.
iii) Logam yang terlalu berat dan saiz yang besar.
iv) Bahagian mesin yang bergerak boleh menyebabkan kehilangan
pancaindera.
WIM Code Page : 11 of 19

4.2) Perkara Asas Untuk Mengelak Dari Kemalangan

Antara perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh pekerja untuk mengelak dari
berlakunya kemalangan adalah:
a) Mengutamakan kebersihan setiap waktu.
b) Mempunyai sikap bertanggungjawab terhad.
c) Bertimbang rasa terhadap kebajikan kawan-kawan sekerja.
d) Menghargai dan berpuashati dengan hasil kerja.
e) Tidak gopoh semasa melakukan kerja.
f) Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di bengkel.

5) KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA FABRIKASI


Setiap pekerja perlu mematuhi peraturan keselamatan semasa melakukan kerja-kerja
aktiviti seperti pemotongan menggunakan oksi- asetilena, pemotongan menggunakan
plasma, pemotongan menggunakan gergaji tangan, pemotongan menggunakan gergaji
kuasa, pemotongan menggunakan mesin shearing, pemotongan menggunakan gerudi
besi dan keselamatan dalam bevelling bahan kerja.

5.1) Pemotongan Menggunakan Oksi- Asetilena

Dalam kerja pemotongan oksi-asetilena seperti rajah 11, setiap pekerja perlu
mematuhi keselamatan semasa menggunakan alatan seperti rajah 11 dan semasa
melakukan kerja pemotongan seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja pemotongan perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti cermin mata
keselamatan, sarung tangan keselamatan, pakaian keselamatan ( jacket) dan
kasut keselamatan (safety boot).
d) Kerja pemotongan mestilah dilakukan di tempat yang terbuka untuk
mengelakkan terhidu asap gas asetelin.
e) Mesti memeriksa kebocoran gas pada peralatan pemotongan oksi-asetelin
terlebih dahulu sebelum melakukan kerja pemotongan.
WIM Code Page : 12 of 19

f) Kerja pemotongan mesti dilakukan di tempat yang mempunyai pengaliran


udara yang baik.
g) Melakukan kerja pemotongan jauh dari sumber yang mudah terbakar seperti
balang gas, bahan kimia dan kertas.
h) Melakukan kerja pemotongan mestilah beralaskan lantai yang kalis api seperti
plate dan lantai simen.
i) Tidak bergurau di kawasan kerja pemotongan oksi-asetelin sedang berjalan.

Rajah 10 : Peralatan Pemotongan Oksi-Asetilena

5.2) Pemotongan Menggunakan Plasma

Dalam kerja pemotongan plasma, pekerja perlu mengetahui elemen keselamatan


semasa menggunakan alatan seperti rajah 11 dan semasa melakukan kerja
pemotongan seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja pemotongan perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti alat perlindung muka
(goggle), sarung tangan keselamatan, pakaian keselamatan ( jacket) dan kasut
keselamatan (safety boot).
WIM Code Page : 13 of 19

d) Kerja pemotongan mestilah dilakukan ditempat yang terbuka untuk


mengelakkan terhidu asap.
e) Mesti memeriksa kebocoran angin pada peralatan pemotongan plasma
terlebih dahulu sebelum melakukan kerja pemotongan.
f) Kerja pemotongan mesti dilakukan di tempat yang mempunyai pengaliran
udara yang baik.
g) Melakukan kerja pemotongan jauh dari sumber yang mudah terbakar seperti
balang gas, bahan kimia dan kertas.

Rajah 11 : Peralatan Pemotongan Plasma

5.3) Pemotongan Menggunakan Gergaji Tangan

Dalam kerja pemotongan menggunakan gergaji tangan, pekerja perlu mengetahui


elemen keselamatan semasa menggunakan alatan seperti rajah 12 dan semasa
melakukan kerja pemotongan seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja pemotongan perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir bagi gergaji tangan.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti alat perlindung mata
(goggle), pakaian keselamatan (jacket) dan kasut keselamatan (safety boot).
d) Tidak bergurau semasa melakukan kerja gergaji.
e) Menggunakan gergaji tangan yang bersesuai dengan benda yang hendak
dipotong.
WIM Code Page : 14 of 19

f) Bingkai dan mata gergaji perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan.

Rajah 12 : Gergaji Tangan

5.4) Pemotongan Menggunakan Gergaji Kuasa

Dalam kerja pemotongan menggunakan gergaji kuasa, pekerja perlu mengetahui


elemen keselamatan semasa menggunakan alatan seperti rajah 13 dan semasa
melakukan kerja pemotongan seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja pemotongan perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti alat perlindung muka
(goggle), pakaian keselamatan (jacket) dan kasut keselamatan (safety boot).
d) Tidak bergurau di kawasan kerja pemotongan sedang berjalan.
e) Jangan sekali-kali membersihkan kepingan kecil semasa bilah bergerak.
f) Jangan sekali-kali melaraskan gergaji atau persediaan semasa gergaji sedang
berjalan.
WIM Code Page : 15 of 19

Rajah 13 : Gergaji Kuasa

5.5) Pemotongan Menggunakan Mesin Shearing

Dalam kerja pemotongan menggunakan mesin shearing, pekerja perlu mengetahui


elemen keselamatan semasa menggunakan alatan seperti rajah 14 dan semasa
melakukan kerja pemotongan seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja pemotongan perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti alat perlindung muka
(goggle), pakaian keselamatan (jacket) dan kasut keselamatan (safety boot).
d) Tidak bergurau di kawasan kerja pemotongan sedang berjalan.
e) Jangan sekali-kali melaraskan mata pemotong semasa pemotongan sedang
berjalan.
WIM Code Page : 16 of 19

Rajah 14: Mesin Shearing

5.6) Pemotongan Menggunakan Gerudi Besi

Dalam kerja pemotongan menggunakan gerudi besi, pekerja perlu mengetahui


elemen keselamatan semasa menggunakan alatan seperti rajah 15 dan semasa
melakukan kerja pemotongan seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja mengerudi perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti alat perlindung muka
(goggle), pakaian keselamatan (jacket) dan kasut keselamatan (safety boot)
d) Tidak bergurau dikawasan kerja sedang berjalan.
e) Jangan sekali-kali membersihkan sebuk besi semasa mesin gerudi beroperasi.
f) Jangan sekali-kali melaraskan ketinggian mata gerudi semasa kerja gerudi
sedang berjalan.
WIM Code Page : 17 of 19

Rajah 15: Mesin Gerudi

5.7) Keselamatan Dalam Bevelling Bahan Kerja

Dalam kerja pemotongan beveling bahan kerja, pekerja perlu mengetahui elemen
keselamatan semasa menggunakan alatan semasa melakukan kerja pemotongan
seperti:
a) Perlu mendapat kebenaran dari pengajar atau pegawai keselamatan yang
bertugas.
b) Kerja pemotongan perlu dikendalikan oleh pekerja yang berkelayakan dan
separuh mahir.
c) Perlu memakai alat perlindungan yang bersesuai seperti alat perlindung muka
(goggle), sarung tangan keselamatan, pakaian keselamatan ( jacket) dan kasut
keselamatan (safety boot).
d) Kerja pemotongan mesti dilakukan di tempat yang mempunyai pengaliran
udara yang baik.
e) Melakukan kerja pemotongan jauh dari sumber yang mudah terbakar seperti
balang gas, bahan kimia dan kertas.
f) Semasa melakukan kerja pemotongan, mestilah beralaskan lantai yang kalis
api seperti plate dan lantai simen.
WIM Code Page : 18 of 19

SOALAN:
1) Senaraikan enam (6) jenis-jenis kelengkapan pelindung diri yang selalu digunakan.
a) _________________________________________________
b) _________________________________________________
c) _________________________________________________
d) _________________________________________________
e) _________________________________________________
f) _________________________________________________

2) Nyatakan definisi hazard.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________

3) Berikan dua (2) perkara asas untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan.
a) _____________________________________________________________
b) _____________________________________________________________
WIM Code Page : 19 of 19

RUJUKAN:

1) Keselamatan dan Organisasi Bengkel


http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html
2) Peralatan Perlindungan Diri (PPE)
https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/wp-content/uploads/2018/09/POCKET-BOOK-BENGKEL-
22Jan.2018-G_PDF.pdf
3) Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/hirarc-1/712-01-garis-
panduan-bagi-pengenalpastian-Hazard-penaksiran-risiko-dan-kawalan-risiko-hirarc-2008/file
4) Tables for the Metal Trade, (1983) Stoff, Zahl, Form ; Deutsche Gesellsschaft fur Technische
Zusammenarbeit (GTZ).
5) Training Manual Metal and Engineering Industry Advanced Geometric Pattern
Development, (1994) ACTRAC Product Ltd ISBN 1-86437-104-8

You might also like