You are on page 1of 33

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SK JENGKA PUSAT 2

MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
PIBG
SEKOLAH
KEBANGSAAN
JENGKA PUSAT 2
TAHUN 2022
KALI KE-27

TARIKH : 18 JUN 2022 (SABTU)


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN JUBLI
PERAK SKJP2

#gemilangkanjp2
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Kata-kata Aluan Penasihat PIBG 3

Kata-kata Aluan Yang DiPertua PIBG 4

Aturcara Majlis 5

AJK Perlaksanaan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 27 6

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 26 8

Laporan Aktiviti PIBG 15

Laporan Kewangan 19

Lantikan AJK 2022/2024 27

Usul 29

Budimu Tuan Kami Sanjungi 30

2|Page
PENA DAN TINTA BERKATA
PENASIHAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK JENGKA PUSAT 2

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dan
keizinan-Nya dapatlah kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Jengka Pusat 2 kali ke-27.
Dikesempatan ini saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG, guru-guru, kakitangan sekolah, ibu bapa serta segenap anggota
masyarakat di sini keseluruhannya yang telah bersama-sama menggembling tenaga, usaha, dan minda
bagi menjayakan majlis ini.
Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang
telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam
mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh
antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.
Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak
sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk
kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya.
Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu
bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada
tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang
kepada kecemerlangan anak-anak kita.

Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah
laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para
guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di
sekolah.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir
dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen
dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. 

Sekian, terima kasih.

.....................................
YASIN BIN MAAROF
Penasihat PIBG
SK Jengka Pusat 2
BILA KIDUNG BERBICARA
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK JENGKA PUSAT 2

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

3|Page
Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi atas kurnia dan limpah takzimNya , maka dapatlah kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 27 Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2.

Setelah lebih dua tahun kita menghadapi Pandemik Covid-19 yang mana kita tidak
dibenarkan mengadakan perjumpaan secara bersemuka, jadi pada kali kita telah dibenarkan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ibubapa dan penjaga atas kesudian hadir
ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Saya juga sekali lagi mengucapkan terima kasih tidak terhingga
kepada Tuan Guru Besar, para Guru Penolong Kanan , para guru , para kakitangan sekolah , para AJK
PIBG dan para ibubapa dan penjaga atas sokongan jitu dan bantuan kerjasama samada melalui
sumbangan kewangan, tenaga dan buah fikiran untuk memastikan anak-anak kita dapat belajar dengan
sebaiknya di SKJP2 ini.

PIBG SKJP2 juga sangat menghargai usaha dan kudrat oleh semua guru yang telah
bertungkus lumus selama kita menghadapi Pandemik Covid-19 ini dengan mengajar anak-anak kita
secara atas talian yang mana kita tahu mengajar secara itu memang sukar dan banyak halangan kepada
guru dan juga kepada pelajar. Alhamdulillah, para guru dengan kesungguhan tanpa lelah dan disokong
oleh para ibubapa , maka dapat kita semua bersama-sama harungi kekangan ini dengan jayanya.

Untuk makluman semua, PIBG sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membantu
kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran dan PIBG juga sentiasa membantu dalam
menceriakan kawasan sekitar sekolah. Pihak sekolah juga banyak menerima bantuan daripada pihak
Pejabat Pendidikan Daerah, Wakil Masyarakat dan perseorangan untuk menaiktaraf SKJP2 ini.
Terima kasih kita ucapkan .

Akhir kata, saya selaku YDP mengucapkan syukur kepada Allah dan jutaan terima kasih
kepada pasukan ini iaitu Ahli Jawatankuasa dan rakan-rakan ahli PIBG yang terdiri daripada kalangan
para ibubapa, penjaga dan guru-guru yang sentiasa menyokong dan menyumbang pelbagai bantuan
dan sentiasa mendoakan keselesaan, kesejahteraan dan kecemerlangan SKJP2 ini. Semoga semua
ibubapa dan penjaga akan terus menyokong sekolah kita ini .

Sekian, Terima kasih

..............................................
MOHD RISHAM BIN JAAFAR
Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2
Sesi 2020/2022

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG


SK JENGKA PUSAT 2
KALI KE 27

9.30 pagi : Pendaftaran


9.55 pagi : Bacaan doa
10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 dijalankan mengikut agenda
1. Aluan pengerusi
2. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG
kali ke 26

4|Page
3. Laporan Aktiviti Tahunan (2021)
4. Pembentangan dan pengesahan kewangan PIBG
5. Pembahasan usul
- Penjaga
- AJK
6. Pembubaran AJK PIBG 2020/2022
7. Pelantikan Pengerusi Sementara
8. Pemilihan J/kuasa PIBG 2022/2024
9. Ucapan pengerusi PIBG 2022/2024
10. Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata
11. Ucapan penangguhan
12.00 pagi : Ketibaan YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
: Ucapan aluan pengacara majlis
: Persembahan
: Montaj aktiviti PIBG tahun 2021
: Ucapan aluan Guru Besar SK Jengka Pusat 2
: Ucapan YDP PIBG SKJP2
: Ucapan perasmian YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
: Gimik perasmian
: Penyampaian cenderamata
12.45 pagi : Bersurai

AJK PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27

Tarikh : 18 Jun 2022


Hari : Sabtu
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak, SK Jengka Pusat 2

JAWATANKUASA
Penasihat : En. Yasin bin Maarof
Yang DiPertua : En. Mohd Risham bin Jaafar

5|Page
Setiausaha : En. Azman bin Saud@Zainol
Bendahari : Pn. Hifzan binti Samsuri

Penyambut tetamu : Persembahan


En. Yasin bin Maarof (Guru Besar) Pn. Nor Azah binti Aziz (K)
En. Mohd Risham bin Jaafar (YDP) Pn. Marina binti Mohd Yusof
En. Khairul Firhan bin Yusob (NYDP)
Pn. Masrina binti Mohd Saleh (GPK HEM) Persiapan Tempat
Pn. Rohayati binti Mat Yusof (GPKP) En. Ahmad Fadri bin Mat Dahan (K)
En. Nijal Bahari bin Ismail (GPK Kokurikulum) En. Jarmidi bin Aziz
En. Hashim bin Rejab
Pengacara Majlis/Sementara En. Syamsul bin Hashim
En. Mohamad Safuan bin Rozak En. Mohd Faizal Azrul Azwan bin
Muhamed@Che Harun
Bacaan Doa Pentas/Latar Pentas
En. Abdul Aziz bin Abd Rahman Pn. Norazariah binti Zakaria (K)
Pn. Amlor Sharida binti Mohd Yusof
Pencatat Minit Pn. Hjh Rumani binti Abd Hadi
Pn. Wan Lema binti Wan Yusof
Pn. Norhashimah binti Shaarani (K) Pn. Noradina binti Mohamad Deni
Pn. Norfaaizah binti Nazri En. Mohd Asri bin Ab Wahab
En. Murshidi bin Amir Sariffudin
Pendaftaran
Cik Siti Noraida binti Yaacob (K) Gimik Perasmian
Cik Esther A/P Balakrisnan Pn. Nor Hariza binti Zaudi @ Harun (K)
Pn. Rosniza binti Munsor Pn. Nurul Hifzan binti Mohd Ali

Buku Program Jurufoto


Cik Zainani bin Jaafar (K) En. Ishak bin Abdul Aziz @ Aziz (K)
Pn. Mardihah binti Mustafar Kamal En. Mohd Roslee bin Ahmad

Hadiah/ Cenderahati/ Sijil Jamuan


Pn. Norshasila binti Kalam-Hadiah (K) Pn. Naznita binti Abd. Aziz (K)
En. Mohd Saiful Adli bin Mohd Nazri Cik Nur Nabila binti Ahmad Zuki
Pn. Zuliawati binti Mohamed Yatim - Pn. Faezanor bin Marani
Cenderahati Pn. Syahidawati binti Nor
Pn. Juliahaliana binti Johari - Sijil Pn. Nur Zairul Fieeza binti Mohamd Amin
Rudin

Siaraya/LCD Projector
En. Mohd Azizi bin Abdullah (K) Montaj
En. Muhamad Nazran bin Arifin En. Hailmey bin Ikhsan
En. Anapi bin Jusoh
En. Zafril bin Nasir

6|Page
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 26
SK Jengka Pusat 2, 26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Tarikh : 10 April 2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lokasi Masing-masing (Google meet)
Kehadiran : Rujuk lampiran
1.0 Kata aluan pengerusi

7|Page
1.1 Encik Mohd Risham bin Jaafar , Yang di Pertua PIBG merangkap pengerusi
mesyuarat agung PIBG kali ke 26 mengucapkan jutaan terima kasih atas
kehadiran ibu bapa/penjaga dan guru.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas sokongan ibu bapa dalam setiap
aktiviti sekolah dan sumbangan kewangan yang dihulurkan
1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas sokongan ibu bapa kepada
AJK PIBG.
Makluman semua ahli

2.0 Pembentangan minit mesyuarat agung PIBG kali ke 25

2.1 Encik Azman bin Saud@Zainol selaku setiausaha PIBG membentangkan


minit mesyuarat agung PIBG kali ke 25.
2.2 Puan Norshashila binti Kalam mencadangkan supaya minit disahkan.
2.3 En. Roslee bin Ahmad menyokong cadangan supaya minit disahkan.
Makluman semua ahli

3.0 Pembentangan laporan tahunan PIBG 2020

3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2020


3.2 Sepanjang tahun 2020, sebanyak 24 aktiviti telah dijalankan.
Makluman semua ahli
4.0 Pembentangan kewangan PIBG

4.1 Puan Hifzan binti Samsuri membentangkan penyata kewangan PIBG 2020
4.2 En. Roslee bin Ahmad mencadangkan supaya penyata kewangan disahkan
dan disokong oleh Pn. Amlor Sharida binti Mohd Yusof
Makluman semua ahli
5.0 Pembahasan usul dan cadangan

5.1 Menyelenggara tandas murid sebaiknya dan menyediakan kelengkapan yang


memuaskan.
5.1.1 Cadangan ini telah dibangkitkan oleh Encik Muhammad Fakhriddin,
En. Mohd Fauzul Wafii dan Puan Rafah Wahida binti Mohd Latib.
5.1.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa kesemua tandas telah
diselenggara dan dibaik pulih.

8|Page
5.1.3 Sebanyak 10 bilik air dan 40 buah tandas telah diselenggara pada
tahun 2020.
5.1.4 Gotong-royong perdana bagi meningkatkan keselesaan tandas juga
telah diadakan meliputi kerja-kerja mengecat dan menceriakan
tandas.
5.1.5 Program penyelenggaraan dan keceriaan akan diteruskan dari
semasa ke semasa untuk keselesan seluruh warga sekolah.
Makluman

5.2 Takwim baharu persekolahan perlu diedarkan untuk infomasi ibu bapa.
5.2.1 Cadangan ini telah dicadangkan oleh Puan Farah Wahida binti Mohd
Latib.
5.2.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa takwim persekolahan
telah dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui group whatapps
kelas.
Makluman

5.3 Mohon penjaga yang melalui laluan pintu taman supaya mematuhi arahan
pihak KRT.
5.3.1 Cadangan ini telah dicadangkan oleh En. Mohd Asri bin Ab. Dahan.
5.3.2 En. Yasin bin Maarof telah mengingatkan semua penjaga agar
mematuhi arahan pihak KRT untuk kebaikan semua pihak.
5.3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa sebarang arahan berkaitan
perkara yang berada di luar kawasan sekolah adalah di luar bidang
kuasa pihak sekolah..
Pengerusi KRT

5.4 Mengumpul dana/sumbangan untuk menempatkan water cooler/dispenser


supaya anak-anak mempunyai sumber air kosong tambahan.
5.4.1 Cadangan ini telah diusulkan oleh En. Mohd Ramadan bin Harun.
5.4.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa satu unit water
dispenser telah disediakan oleh pihak kantin dan ditempatkan di
kantin sekolah.
5.4.3 Beliau juga memaklumkan, jika terdapat ibu bapa atau penjaga yang
ingin menyumbang alatan ini di sekolah adalah amat dialu-alukan.

9|Page
Su PIBG

5.5 Beg sekolah murid yang beratnya hampir 5 kilogram. Di harap ada
penyelesaian sewajarnya.
5.5.1 Usul/cadangan ini telah diusulkan oleh Encik Salehuddin bin Mohd.
Rakani.
5.5.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa murid perlu membawa
buku mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual yang ada telah
dibina bagi memastikan berat beg murid tidak terlalu membebankan.
5.5.3 Beliau turut menegaskan, murid-murid tahap 2 juga boleh
meninggalkan buku di bawah meja kelas masing-masing.
Makluman

5.6 Jumlah sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM80.00.


5.6.1 En. Zafril bin Nasir mencadangkan agar pihak sekolah mengekalkan
yuran PIBG sebanyak RM80.00.
5.6.2 Pihak PIBG dan ibu bapa bersetuju secara sebulat suara untuk
mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM80.00
Makluman

5.7 Membina sebuah lagi tempat menunggu murid di pintu pagar taman.
5.7.1 cadangan ini telah diusulkan oleh Encik Sabri bin Hassan.
5.7.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa projek memperbesar
tempat menunggu murid sedang dijalankan. Apabila siap, tempat ini
akan mampu menempatkan lebih ramai murid memandang sebanyak
296 orang murid menggunakan pintu di laluan ini.
5.7.3 Pihak sekolah amat mengharapkan sumbangan ibu bapa dalam
merealisasikan projek ini demi keselesaan murid.
AJK PIBG

5.8 Mempertingkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan dan


penyimpanan buku teks.
5.8.1 Cadangan ini telah diusulkan oleh Puan Azwani binti Abdul Aziz.
5.8.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa
mengingatklan murid-murid tentang penjagaan buku teks..
5.8.3 Beliau menegaskan, ibu bapa juga perlu memainkan peranan ini demi
kebaikan bersama terutamanya semasa di rumah.

10 | P a g e
Makluman

5.9 Mengadakan kelas tambahan khas untuk murid-murid tahun 1 dan 2,


terutamanya bagi mata pelajaran Matematik.
5.9.1 Cadangan ini telah diusulkan oleh Pn. Mariam Zam Zurina.
5.9.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa menjadi satu cabaran
kepada guru-guru ketika ini kerana ramai murid yang tidak menguasai
kemahiran membaca dan mengira akibat pendemik Covid-19.
5.9.3 Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas akan diberikan
kelas intervensi ( pemulihan khas). Ibu bapa atau penjaga digalakkan
berbincang bersama guru tentang perkembangan murid.
Makluman

5.10 Mengadakan lebih banyak pertandingan membaca dalam kalangan murid


yang lemah.
5.10.1 Cadangan ini telah diusulkan oleh Puan Sabariah binti Jamailduddin.
5.10.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa pihak sekolah akan
melancarkan program Nilam pada 12 April 2021. Melalui program ini,
pelbagai program berkaitan membaca akan diadakan.
Makluman

5.11 Sebarang pemilihan jawatan pengawas dan sebagainya perlulah telus dan
tepat.
5.11.1 Cadangan ini telah diusulkan oleh Haji Ahmad Amzari bin Haji Yacob.
5.11.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa setiap pengawas yang
dipilih telah melalui proses pemilihan yang ketat.
5.11.3 Beliau turut menegaskan, tiada pilih kasih dalam pemilihan untuk
memegang jawatan ini.
Makluman

5.12 Memohon jasa baik pihak sekolah supaya dapat menyediakan pelitup muka
kepada murid setiap hari.
5.1.2.1 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa sekolah tidak dapat
menyediakan pelitup muka untuk semua murid disebabkan masalah
kewangan.

11 | P a g e
5.12.2 Beliau menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab ibu bapa bagi
memastikan murid-murid memakai pelitup muka ketika ke sekolah
untuk kebaikan bersama.
Makluman

5.13 Penyelenggaraan laluan sikal antara pintu keluar SKJP2 hingga ke simpang
Permatang, pembinaan bonggol di lintasan pejalan kaki di antara SKJP2 dan
taman perumahan UiTM dan penebangan pokok mati.
5.13.1 Cadangan ini telah diusulkan oleh Encik Hailmey bin Ikhsan.
5.13.2 Berkenaan isu penyelenggaraan laluan sikal, En. Yasin bin Maarof
memaklumkan laluan ini bukan dalam tanggungjawab dan tindakan
pihak sekolah. Pihak sekolah telah menghubungi pihak Alam Flora
dan dimaklumkan bahawa kawasan ini di luar tanggungjawab pihak
mereka. Untuk tindakan selanjutnya, pihak PIBG akan menghubungi
pihak Majlis Daerah Maran (MDM) untuk mendapatkan penjelasan
dan tindakan.
5.13.3 Berkenaan isu pembinaan bonggol, En. Yasin bin Maarof
memaklumkan perkara ini dalam makluman YB ADUN Jengka.
Lawatan oleh wakil MDM telah dilakukan pada 1 Disember 2021.
Walaubagaimanapum, masih belum ada sebarang tindakan yang
diambil sehingga kini.
5.13.4 Berkenaan isu penebangan pokok mati, pihak sekolah telah
menghantar laporan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Maran
(PPD). Namun begitu, belum ada sebarang tindakan yang diambil
sehingga kini
Su PIBG

5.14 Mohon pengawal keselamatan bertugas lalu lintas di hadapan sekolah


terutamanya semasa waktu murid pulang dari sekolah.
5.14.1 Cadangan ini dicadangkan oleh En. Mohd Mustaqim bin Mohd Nordin.
5.14.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa tugas dan
tanggungjawab pengawal keselamatan hanya tertakluk di dalam
kawasan sekolah sahaja.

12 | P a g e
Makluman dan tindakan AJK
6.0 Hal-hal lain

6.1 En. Khairul Firhan meminta penjelasan tentang prosedur yang perlu
dilakukan jika pihak UiTM ingin mengadakan program bersama pihak
sekolah.
6.1.1 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa setakat ini, agensi luar
masih belum dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti atau program
di dalam kawasan sekolah.
Makluman

6.2 En. Yasin bin Maarof memaklumkan bahawa projek menceriakan kawasan
sekolah sedang dilaksanakan oleh pihak PIBG.
6.2.1 bagi menceriakan kawasan, terdapat pokok yang telah ditebang dan
ada yang telah dipangkas.
6.2.2 Kawasan ini akan dicantikkan dengan meratakan kawasan tanah dan
meletakkan batu putih.
6.2.3 Idea dan pandangan serta kerjasama amat diperlukan daripada
semua ibu bapa dan penjaga demi memastikan projek ini dapat
direalisasikan.
Makluman dan tindakan AJK PIBG

7.0 Ucapan penangguhan


7.1 En. Mohd Risham bin Jaafar mengharapkan agar semua ibu bapa dan
penjaga dapat membantu kecemerlangan SKJP2. Beliau juga berharap
dengan kerjasama semua, segala perancangan dapat dilaksanakan dengan
lancar demi keselesaan semua.
Makluman semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.20 pagi.

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

13 | P a g e
................................................ .
...................................
(AZMAN BIN SAUD@ZAINOL) (YASIN BIN MAAROF)
Setiausaha PIBG Guru besar
SK Jengka Pusat 2 SK Jengka Pusat 2

Di sahkan oleh :

.................................................
(MOHD RISHAM BIN JAAFAR)
YDP PIBG
SK Jengka Pusat 2

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU


SESI 2020 / 2022 SK JENGKA PUSAT 2

JAWATANKUASA PIBG 2020/2022

14 | P a g e
Yang Dipertua : En. Mohd Risham bin Jaafar
Naib Yang Dipertua : En. Khairul Firhan bin Yusob
Setiausaha : En. Azman bin Saud@Zainol
Bendahari : Pn. Hifzan bin Samsuri
Juruaudit : En. Mohd Norhafizan bin Pilus
Pn. Azizah binti Mohamad

AJK PIBG (Ibu bapa)


1. En. Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamed @Che Harun
2. Pn. Norshashila binti Kalam
3. En. Mohd Asri bin Ab Wahab
4. En. Roslee bin Ahmad
5. En. Murshidi bin Amir Sarifuddin
6. En. Zafril bin Nasir
7. En. Mohd Saiful Adli bin Mohd Nazri
8. Pn. Zuliawati binti Mohamed Yatim
9. Pn. Noradina binti Mohamad Deli
10. Pn. Mahfuzah binti Abu Kassim
11. Pn. Nur Zairul Fieeza binti Mohamad Amin Rudin

AJK PIBG ( Guru )


1. En. Abdul Aziz bin Abd Rahman
2. Pn. Amlor Sharida binti Mohd Yusof
3. En. Syamzari bin Omar
4. En. Anapi bin Jusoh
5. En. Mohd Azizi bin Abdullah

JAWATANKUASA BIRO PIBG 2020/2022

1. BIRO KURIKULUM

15 | P a g e
I. En. Khairul Firhan bin Yusob
II. En. Murshidi bin Amir Sarifuddin
III. Pn. Amlor Sharida binti Mohd Yusof

2. BIRO KECERIAAN

I. Pn. Norshashila binti Kalam


II. Pn. Zuliawati binti Mohamed Yatim
III. En. Mohd Asri bin Ab Wahab
IV. En. Abdul Aziz bin Abd Rahman

3. BIRO BINA INSAN

I. En. Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamed @Che Harun


II. Pn. Noradina binti Mohamad Deli
III. En. Anapi bin Jusoh

4. BIRO KEWANGAN

I. En. Zafril bin Nasir


II. En. Mohd Saiful Adli bin Mohd Nazri
III. En. Mohd Azizi bin Abdullah

5. BIRO SUKAN

I. En. Roslee bin Ahmad


II. Pn. Mahfuzah binti Abu Kassim
III. Pn. Nur Zairul Fieeza binti Mohamad Amin Rudin
IV. En. Syamzari bin Omar

CATATAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 2021 / 2022

BIL NAMA 7.10.2021 18.5.2022 15.6.2022

1 En. Mohd Risham bin Jaafar / / /


2 En. Khairul Firhan bin Yusob / / /

16 | P a g e
3 En. Azman bin Saud@Zainol / / /
4 Pn. Hifzan binti Samsuri / / /
5 En. Murshidi bin Amir Sariffudin / / /
6 En. Syamzari bin Omar / Bertukar Bertukar
7 / X X
En. Zafril bin Nasir
8 En. Mohd Azizi Bin Abdullah / / X
9 Pn. Noradina binti Mohamad Deli / / /
10 Pn. Zuliawati binti Mohamed Yatim / / /
11 Pn. Mahfuzah binti Abu Kassim X X X
12 En. Mohd Saiful Adli bin Mohd Nazri / X X
13 En. Mohd Roslee bin Ahmad / / /
14 En. Anapi bin Jusoh / / X
15 Pn. Norshasila binti Kalam / / /
16 Pn. Amlor Sharida binti Mohd Yusof / / X
17 En. Abdul Aziz bin Abd Rahman / / X
18 Pn. Nur Zairul Fieeza binti Mohamd Amin Rudin / X X
19 En. Mohd Asri bin Ab Wahab / X /
En. Mohd Faizal Azrul Azwan bin Muhamed / X X
20 @Che Harun

TURUT HADIR

1 En. Yasin bin Maarof (Guru Besar) / / /


2 Pn. Rohayati binti Mat Yusop@Ismail (GPK1 ) / / /
3 Pn. Masrina binti Mohd Saleh (GPK HEM ) / X X
En. Nijal Bahari bin Ismail (GPK X /
4 /
KOKURIKULUM)

Aktiviti/Program 2021

BI
AKTIVITI TARIKH / TEMPOH
L

17 | P a g e
Sumbangan barangan kepada kakitangan dan AJK PIBG yang 26.2.2021
1
dikuarantin
2 Sambutan Pembukaan Sekolah murid tahap satu 1.3.2021

3 Sambutan Pembukaan Sekolah murid tahap dua 8.3.2021

4 Pembinaan Ram di laluan pintu masuk taman 13.3.2021

5 Mesyuarat AJK kali kedua sesi 2020/2021 18.3.2021

6 Gotong-royong maratakan tanah di lokasi tempat menunggu murid 27.3.2021

7 Gotong-royong menebang pokok 4.4.2021

8 Mesyuarat Agung Tahunan 2021 10.4.2021

9 Program Baiah Pengawas Sekolah 8.4.2021

10 Pelancaran program Infak untuk tempat menunggu murid 26.4.2021

11 Penyerahan modul PdPR PKP 3.0 25.6.2021


Penyampaian kek sambutan Hari Guru dan penyerahan bantuan 16.5.2021
12
kepada AJK PIBG yang dikuarantin
13 Penerimaan Sumbangan daripada YB Syed Ibrahim Syed Ahmad 3.7.2021

14 Mesyuarat AJK kali pertama 7.10.2021

15 Pembersihan laluan sikal antara SKJP2 dan TPSB 7.10.2021

16 Gotong-royong keceriaan taman PIBG 9.10.2021

17 Perjumpaan YDP PIBG, GB dan SU PIBG bersama Adun Jengka 13.10.2021

18 Gotong-royong keceriaan taman PIBG 14.10.2021

19 Lawatan YB ADUN Jengka 15.10.2021

20 Gotong-royong mengecat pagar sekolah 30.10.2021

21 Gotong-royong menceriakan taman PIBG 5.12.2021


Perlawanan Persahabatan badminton antara PIBG dan kakitangan 3.12.2021
22
SKJP2

Disediakan oleh :

..............................................
AZMAN BIN SAUD@ZAINOL
Setiausaha PIBG
SK Jengka Pusat 2

18 | P a g e
LAPORAN
KEWANG
AN

19 | P a g e
PIBG SK JENGKA PUSAT 2
26400 LINTASAN SEMARAK, BANDAR JENGKA, PAHANG
PENYATA KEWANGAN PIBG BERMULA 1 MAC 2021
SEHINGGA 28 FEBRUARI 2022

A. PENYATA KEWANGAN DERMA PIBG

BIL PERKARA DERMA PIBG


    (RM35)
1 Baki sebelumnya 7155.59
  Pendapatan  
2 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 2021 (174 keluarga) 6090.00
3 Sumbangan Wakaf Tempat Menunggu Murid 3854.00
4 Pulangan Pinjam Bantuan Awal Persekolahan 3000.00
5 Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang 20000.00
6 Sumbangan Klinik Pergigian Dr Fatain 500.00
7 Bayaran balik upah kerja paip 2000.00
8 Peruntukan Kem Riadhul Quran PPD Maran 200.00
9 Sumbangan YB Ustaz Shahril ( Program Vaksin) 300.00
10 Profit/ Hibah Bank Rakyat 136.70
  jumlah pendapatan 43236.29
  Perbelanjaan  
11 Pinjam Bantuan Awal Persekolahan 3000.00
12 Jamuan Mesyuarat PIBG 200.00
13 Sumbangan Pusat Warga Emas 100.00
14 Upah Tebang Pokok 250.00
15 Ramp Laluan Pejalan Kaki Murid 1345.00
16 Mesin rumput, pelampung, bersih kawasan 350.00
17 Kerusi plastik 2400.00
18 PPdA 200.00
19 Pendahuluan Projek Paip UP; En. Saiful 1800.00
20 Bekalan Penyaman Udara 20000.00
21 Tanah hitam 150.00
22 Maulidur Rasul 100.00
23 Projek Taman PIBG 500.00
24 Perlawanan persahabatan Badminton  

20 | P a g e
  (AJK PIBG SKJP2 VS GURU SKJP2) 200.00
25 Peruntukan Kem Riadhul Quran PPD Maran 200.00
26 Hadiah Foto Raya 2021 200.00
27 Upah pasang kipas 180.00
28 Upah mesin rumput 50.00
29 Keceriaan Taman PIBG 1000.00
30 Sumbangan YB Ustaz Shahril ( Program Vaksin) 300.00
31 Jamuan Akhir Tahun 6 500.00
  jumlah perbelanjaan 33025.00
     
  jumlah pendapatan 43236.29
  jumlah perbelanjaan 33025.00
  BAKI 10211.29
B. PENYATA KEWANGAN DERMA UNTUK PENANDA
ARAS

BIL PERKARA DERMA P. ARAS


    (RM10)
     
32 Baki sebelumnya 2,386.04
  Pendapatan  
33 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 2021 (174 keluarga) 1,740.00
34 Warisan Perkasa Security 200.00
     
  Jumlah pendapatan 4,326.04
     
  Perbelanjaan  
35 Warisan Perkasa Security 200.00
     
  Jumlah perbelanjaan 200.00
     
  Jumlah pendapatan 4,326.04
  Jumlah perbelanjaan 200.00
  BAKI 4,126.04

21 | P a g e
C. PENYATA KEWANGAN DERMA MSS ZON

BIL PERKARA MSS ZON


    (RM5)
     
36 Baki sebelumnya 284.00
  Pendapatan  
37 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 2021 (174 keluarga) 870.00
     
  Jumlah pendapatan 1,154.00
     
  Perbelanjaan  
     
  Jumlah perbelanjaan -
     
  Jumlah pendapatan 1,154.00
  Jumlah perbelanjaan -
  BAKI 1154.00

D. PENYATA KEWANGAN DERMA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

BIL PERKARA MAK


    RM0
     
38 Baki sebelumnya 0.00
  Pendapatan  
     
  Jumlah pendapatan -
     
  Perbelanjaan  
     
  Jumlah perbelanjaan -
     
  Jumlah pendapatan -
  Jumlah perbelanjaan -
  BAKI 0.00

22 | P a g e
E. PENYATA KEWANGAN DERMA PUSAT SUMBER SEKOLAH

BIL PERKARA PSS


    RM0
     
39 Baki sebelumnya (4.00)
  Pendapatan  
    -
  Jumlah pendapatan (4.00)
     
  Perbelanjaan  
     
  Jumlah perbelanjaan -
     
  Jumlah pendapatan (4.00)
  Jumlah perbelanjaan -
  BAKI (4.00)

F. PENYATA KEWANGAN DERMA KECERIAAN

BIL PERKARA KECERIAAN


    (RM10)
     
40 Baki sebelumnya 661.75
  Pendapatan  
41 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 2021 (174 keluarga) 1,740.00
     
  Jumlah pendapatan 2,401.75
     
  Perbelanjaan  
42 Keceriaan (Gotong-royang buka sekolah) 1,000.00
     
  Jumlah perbelanjaan 1,000.00
     
  Jumlah pendapatan 2,401.75
  Jumlah perbelanjaan 1,000.00
  BAKI 1,401.75

23 | P a g e
G. PENYATA KEWANGAN DERMA LEMBARAN KERJA

BIL PERKARA L.KERJA


    (RM20)
     
43 Baki sebelumnya 1,950.52
  Pendapatan  
44 Kutipan Yuran Sumbangan PIBG 2021 (174 keluarga) 3,680.00
45 Sumbangan Maryam Nazeeha 1,000.00
46 Sumbangan Hamba Allah 200.00
     
  Jumlah pendapatan 6,830.52
     
  Perbelanjaan  
47 Kertas A4 440.00
48 Modul P1, Photostat, Kertas A4 1681.50
49 Modul PdPR (Jun) 722.60
50 Modul PdPR 2 693.10
51 Fotostat 1535.60
52 Fotostat 575.50
53 Fotostat Triplet 358.00
54 Sewa mesin fotostat 543.00
55 Ink Printer 122.00
     
  Jumlah perbelanjaan 6,671.30
     
  Jumlah pendapatan 6,830.52
  Jumlah perbelanjaan 6,671.30
  BAKI 159.22

24 | P a g e
25 | P a g e
26 | P a g e
PIBG SESI
2022/2024

PELANTIKAN AJK PIBG

27 | P a g e
SESI 2022/2024

PENASIHAT : EN. YASIN BIN MAAROF


GURU BESAR, SK JENGKA PUSAT 2

YANG DIPERTUA : ___________________________________________________

NAIB YDP : ___________________________________________________

SETIAUSAHA : ___________________________________________________
GURU

N. SETIAUSAHA : ___________________________________________________
GURU

BENDAHARI : ___________________________________________________
GURU

N. BENDAHARI : ___________________________________________________
GURU

WAKIL IBU BAPA

AJK : 1. __________________________________________

2. __________________________________________

3. __________________________________________

4. __________________________________________

5. __________________________________________

6. __________________________________________

7. __________________________________________
8. __________________________________________

9. __________________________________________

10. __________________________________________

28 | P a g e
11. __________________________________________

12. __________________________________________

WAKIL GURU

1. __________________________________________

2. __________________________________________

3. __________________________________________

4. __________________________________________

5. __________________________________________

6. __________________________________________

USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 27

29 | P a g e
BI PEMBAWA
L USUL USUL/CADANGAN
1 Menaik taraf tandas murid, memastikan kebersihan dan En. Muhammad Syahir Edlan
  menceriakan tandas murid. En. Sabri bin Hassan
  En. Muhammad Fakhriddin
En. Ahmad Amzari bin
    Yaccob
2 Menyediakan tempat penyimpanan buku murid di sekolah En. Rusni bin Mohd Kusnan
  Puan Rozana Zakaria
En. Mohd Azman bin
  Mahpot
  En. Zafril bin Nasir
    En. Muhammad Fakhriddin
3 Mengkaji keperluan untuk menambah kipas angin di dalam En. Ramadan bin Harun
  kelas kerana kipas yang sedia ada tidak mencukupi.  
4 Membina susur gajah bermula dari pintu hadapan sekolah En. Hailmey bin Ikhsan
  dan susur kedua dari laluan pintu taman.  
5 1. Diharap pihak kantin dapat menghentikan jualan sosej, nugget Pn. Duratul Ain Tholibon
dan apa-apa makanan segera dan digantikan dengan kuih-
  muih.  
  2. Mengadakan hari terbuka supaya ibu bapa dapat mengetahui  
  perkembangan pembelajaran anak-anak.  
En. Khairul Firhan bin
6 Menetapkan jumlah sumbangan PIBG 2022 sebanyak RM120.00 Yusob
  bagi setiap keluarga.  

BUDIMU TUAN KAMI SANJUNGI


30 | P a g e
PENASIHAT,YDP, NYDP
AHLI JAWATANKUASA PIBG,
GURU-GURU
DAN
KAKITANGAN
SK JENGKA PUSAT 2
INGIN MERAKAMKAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH KEPADA :

YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID


PJN, SSAP (PAH), KMN
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI 1,
MERANGKAP AHLI PARLIMEN KUALA KRAU

DAN
SEMUA IBU BAPA
YANG TELAH MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG
SK JENGKA PUSAT 2
KALI KE-27
SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK LANGSUNG.
SEMOGA ALLAH S.W.T
JUALAH YANG AKAN MEMBALASNYA. TERIMA KASIH

CATATAN
31 | P a g e
32 | P a g e
33 | P a g e

You might also like