You are on page 1of 1

Bahagian C: Autobiografi-Aku Sebuah Kipas Angin 28 November 2021

Aku sebuah kipas angin. Aku berjenama terkenal. Aku dilahirkan di


sebuah kilang besar yang di Malaysia. Aku merupakan model
terbaharu yang sangat canggih dan berguna.
Rupa aku cantik dan istimewa. Aku mesra pengguna kerana
menjimatkan tenaga elektrik. Bentuk badanku rendah dan aku
jenis kipas angin meja. Setiap rumah pasti memiliki aku dan
keluargaku. Lebih-lebih lagi keadaan cuaca di Malaysia yang agak
panas.
Selepas siap dihasilkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke
sebuah kedai alat elektronik. Selepas tiba di kedai itu, aku
dilabelkan harga dan dipamerkan di hadapan kedai. Aku telah
mengenali pelbagai jenis alat elektronik dan digital di kedai itu
seperti ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk,
periuk nasi elektrik dan lain-lain lagi.
Selepas dua hari, seorang wanita datang ke kedai itu. Wanita
itu ialah seorang suri rumah tangga. Beliau tertarik kepada aku
lalu membelek-belek aku. Beliau berasa puas hati lalu membeli aku.
Selepas membuat pembayaran, aku pun dibawa pulang ke rumah
tuan.
Tuan aku menggunakan aku untuk menyamankan udara di
ruang tamu. Selain itu, aku juga digunakan untuk menyejukkan
keadaan bilik-bilik rumahnya. Dengan menggunakan aku, rumah
tuan aku menjadi lebih selesa. Aku digunakannya setiap hari.
Tuan aku menggunakanku dengan sangat cermat.
Tuan aku menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak
yang penuh. Beliau akan sentiasa menjaga kebersihan badan aku.
Setiap bulan, beliau akan membersihkan badan aku supaya tidak
kotor.
Aku berasa sungguh gembira kerana mempunyai seorang tuan
yang baik. Aku berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik
kepada tuan aku dan keluarganya.

You might also like