You are on page 1of 2

“BUKU KEGEMARAN SAYA”

JANGAN BERSIKAP LICIK

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat pagi. Nama saya Muhammad


Hazzeq Iskandar bin Zulnaidi, daripada Tahun 5 Ibnu Sina, Sekolah Kebangsaan Kampung
Gemuruh. Saya berumur 9 tahun dan saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor pada
suatu hari nanti. Hobi saya pula ialah membaca buku. Pada hari ini, saya akan menceritakan
tentang buku kegemaran saya yang bertajuk “Jangan Bersikap Licik”. Penulis buku ini ialah
A.Ralvinder Singh iaitu salah seorang penulis buku nilai-nilai murni yang terkenal di Malaysia.
Buku ini diterbitkan oleh Ladybug Publishing and Distribution. Ia ini mengandungi 16
mukasurat yang dipenuhi dengan illustrasi bergambar yang berwarna-warni serta gambar-
gambar yang menarik. Di samping itu, ia berharga Rm5.99 sahaja. Jadi harganya sangat
berpatutan dan tidak terlalu mahal bagi saya.

Saya menyukai buku ini kerana terdapat banyak nilai murni yang boleh saya pelajari. Buku ini
mengisahkan tentang tiga ekor burung iaitu Patsy, Cathy dan Eliz. Watak Patsy dan Cathy
meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya. Patsy merupakan seekor burung undang
yang sangat licik dan suka menipu. Cathy pula merupakan seekor burung jenjang yang jujur
dan merendah diri.

Ketika bermain permainan ular dan tangga bersama Cathy, Patsy telah beberapa kali menipu
supaya ia boleh memenangi permainan itu. Patsy menipu dengan cara menolak papan dam
sehingga terjatuh ketika Cathy hampir memenangi permainan tersebut. Penipuan yang kedua,
Patsy menipu dengan menggerakkan dam melebihi kotak yang sepatutnya. Cathy,
walaubagaimanapun langsung tidak melatah dan sangat sabar dengan sikap Patsy meskipun
dia tahu, Patsy menipu untuk memenangi permainan tersebut.

Melalui watak Cathy, saya dapat belajar menjadi seorang yang sabar dan jujur dalam apa jua
pertandingan yang saya sertai, kerana dengan kejujuran dan sikap tidak mudah melatah, saya
akan lebih dihormati oleh pihak lawan serta dapat memenangi pertandingan yang saya sertai
dengan adil dan saksama.

Setelah menipu dalam pertandingan bersama Cathy, Patsy sekali lagi menipu burung-burung
yang lain dalam pertandingan menangkap ikan. Dalam pertandingan tersebut, peserta
sepatutnya berusaha menangkap ikan dengan mata tertutup. Sebaliknya, Patsy bertindak
menipu apabila ia membuka kain yang menutup matanya sewaktu menangkap ikan. Namun
begitu, helah Patsy telah terbongkar apabila ada saksi yang melihat penipuannya. Pengadil
pertandingan menghukum Patsy atas penipuannya dengan tidak membenarkan Patsy
menyertai sebarang pertandingan lagi pada masa hadapan. Patsy berasa sangat malu dan
menyesali perbuatannya itu.

Melalui watak Patsy, saya mendapat pengajaran bahawa “Sepandai-pandai tupai melompat,
pasti akan jatuh ke tanah jua”. Sikap suka menipu tidak akan memberi kelebihan kepada diri
saya, malah pasti rakan-rakan akan menjauhkan diri daripada saya meskipun saya memenangi
pertandingan yang diadakan. Kesimpulannya, saya menyukai buku bertajuk “Jangan Bersikap
Licik” kerana illustrasinya yang menarik dan banyak pengajaran yang boleh saya ambil
daripadanya. Sekian, itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

You might also like