You are on page 1of 3

Kek butter horlicks

Bahan-bahan
250g mentega
1 cawan gula castor
5biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan horlicks
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu full cream

KEK BUTTER HORLICKS


Bahan-bahannya :-
500 gm butter
1 gelas gula pasir
3 gelas tepung gadum
1 gelas Horlicks
1/2 tin susu pekat manis
10 biji telur
1 sudu makan baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:-
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar.
4. Masukkan susu pekat manis dan putar
5. Masukkan horlicks dan putar
6. Masukkan esen vanilla dan putar.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga
rata.
8. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
9. Dua biji Loyang ukuran 8”x 8” dipanaskan di dalam oven selama
5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan
dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
10. Bahagikan kepada dua adunan / loyang.
11. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160
darjah selama 50 minit / hingga masak.
Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing.
KEK OREN KISMIS

Bahan-bahan:

1 biji butter - 250gm


180gm gula kastor
270gm tepung gandum - ayak dengan 2 sudu teh baking powder
5 biji telur B
150gm kismis hitam
100gm kulit limau
3 sudu besar sunquick - digaul bersama dengan kismis dan kulit
limau diatas
1/4 cawan susu cair

Cara:

1. Butter dan gula putar sampai kembang.


2. Masukkan telur satu persatu, sambil putar rata.
3. Masukkan tepung, gaul rata
4. Masukkan kismis dan kulit limau tadi gaul rata, guna senduk
kayu je.
5. Akhir sekali masukkan susu cair.
6. Bakar kepanasan sederhana ikut oven masing-masing dan ikut
saiz loyang kek. Loyang kek dialas bawahnya dan tepi tin disapu
shortening dan tabur tepung, selamat mencuba. See less
Comments

.
Kek buah kismis

BAHAN-BAHAN:
½ cup kismis hitam
½ cup air panas
2 tbsp tepung gandum
200 gram mentega
½ cup gula
1 tsp ovalette
3 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 tbsp oren sunquick
1 ½ cup self raising flour

CARA-CARA:
1. Masukkan kismis didalam air panas selama 10 minit dan
kemudian tos sampai kering.
2. Seterusnya gaul kismis bersama tepung gandum sehingga
semua tersalut. Ini adalah supaya kismis tidak jatuh ke bahagian
bawah kek semasa dibakar. Ketepikan dahulu.
3. . Didalam bekas besar, masukkan mentega, gula, ovalette dan
pukul sehingga kembang dan bertukar warna krim.
4. 4. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan pukul lagi
sehingga adunan menjadi gebu.
5. 5. Masukkan sunquick untuk menambah rasa lagi sedap.
6. 6. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan pukul
perlahan sehingga semua bahan sebati.
7. 7. Apabila semua sebati masukkan pula kismis yang disalut
tepung tadi. Kacau perlahan sahaja.
8. 8. Masukkan adunan Ke dalam loyang yang digris mentega dan
diletak baking paper. Saya guna loyang 6x6 inci.
9. 9. Hentak sekejap loyang supaya adunan sekata didalam
loyang. Kemudian boleh letak sedikit kismis diatas adunan itu
sebagai hiasan.
10. 10. Bakar adunan dengan suhu 140’c selama 60 minit
menggunakan api atas dan bawah. 11. Apabila kek sudah masak,
sejukkan dahulu supaya kek tidak berderai semasa dipotong.
Selamat mencuba dan terima kasih.

You might also like