You are on page 1of 3

Bismillahirrahmannirrahim,

Terima kasih Tuan Yang DiPertua, rakan-rakan kabinet Kerajaan, pihak pembangkang dan
seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Assalamualaikum dan selamat bersidang.

Bertindak selaku Menteri Kedua pada hari ini, saya menyokong penuh gagasan usul yang
telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri,iaitu “TEKNOLOGI MAKLUMAT
MELAHIRKAN MURID KREATIF”

Tuan Yang DiPertua,


saya tegakkan kembali definisi konsep kami dipihak Kerajaan iaitu “PENGGUNAAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN MELAHIRKAN MURID
YANG KREATIF”

Tuan Yang DiPertua,


Sebentar tadi, Y.B Ketua Pembangkang telah menyampaikan satu hujah di bawah kata kunci;
“TEKNOLOGI MAKLUMAT MELAHIRKAN SIFAT MALAS UNTUK
BERUSAHA”.

Tuan yang dipertua,


Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada murid untuk
meneroka, mencari maklumat, rujukan dan penyelidikan. Contohnya dalam mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi untuk tajuk Reka Bentuk Pengaturcaraan, guru memberikan
penjelasan sekali sahaja, tetapi melalui youtube murid boleh meningkatkan kefahaman
dengan menonton video pembelajaran berulang kali.Ini akan meningkatkan ilmu pengetahuan
murid dan seterusnya menjadikan murid sentiasa berusaha untuk memahami isi pelajaran
kerana teknologi maklumat memudahkan proses pembelajaran.

Tuan Yang DiPertua,Hujah Kedua kami di bawah kata kunci ““TEKNOLOGI


MAKLUMAT BERPERANAN SEBAGAI BAHAN BANTU DALAM
PEMBELAJARAN”

Tuan Yang Dipertua,


Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 memerlukan murid yang aktif dan
berkeupayaan menangani masalah bukan sahaja dengan bijak malah secara sistematik, kreatif
dan inovatif.Bahan Bantu Mengajar multimedia dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.ia
juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Terdapat pelbagai
contoh dan cara pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat.Antaranya melalui
penggunaan computer grafik bergambar sewaktu proses pdpc dijalankan.Menurut, Nor Haiza,
Siti Zaiton, dan Paridah Samsuri dalam laporannya pada tahun (2001), merumuskan bahawa
dalam era globalisasi sekarang, penggunaan teknologi maklumat amat sesuai untuk dijadikan
sebagai alat yang boleh membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
kerana ia dapat menarik minat murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam dan luar bilik darjah. Pembelajaran melalui simulasi contohnya dapat menggalakkan
pemahaman murid terhadap konsep sains, menggalakkan pembelajaran, meningkatkan
kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan kreativiti.
Menurut Robert & Kristi dalam laporan kajiannya pada tahun (2004), menyarankan dengan
mempelbagaikan bahan pengajaran, modul-modul pengajaran kendiri seperti CDROM,
perisian interaktif,dan bahan multimedia yang mempunyai unsur-unsur simulasi dan animasi
membantu murid-murid menguasai ilmu bagi sesuatu mata pelajaran di dalam dan di luar
waktu bilik darjah.Murid yang berilmu lebih cenderung mempunyai pemikiran yang kreatif.

Seterusnya Tuan Yang DiPertua, Hujah Ketiga kami di bawah katakunci


“CAPAIAN MAKLUMAT YANG LUAS MENJADIKAN MURID BERFIKIRAN
LEBIH TERBUKA DAN KREATIF”
Kreativiti dan kemahiran murid dapat dirangsang dengan capaian maklumat yang meluas. Hal
ini demikian kerana, murid merupakan kanak-kanak yang setahun jagung dan mempunyai
imaginasi tanpa batasan. Murid akan dapat mengekspresi daya kreativit mereka melalui
tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan aplikasi teknologi di
computer.Misalnya, tugasan yang memerlukan murid mencipta video mengenai Hari Raya.
Murid akan didedahkan dengan penggunaan teknologi lain seperti kamera, mikrofon dan
seterusnya aplikasi suntingan video. Situasi ini bukan sahaja dapat merangsang kreativiti
murid malah menambah kemahiran murid secara kendiri.Umpama peribahasa melayu,
sambal menyelam minum air.
Rugi sekiranya murid tidak mengambil peluang daripada kelebihan yang ditawarkan oleh
teknologi maklumat.Ini adalah kerana penggunaan teknologi maklumat mampu memberikan
lebih banyak kemungkinan cara penyelesaian masalah dan penghasilan hasil kerja
murid.terdapat banyak perisian yang sangat berguna untuk membantu murid melihat idea
kreatif. Dengan kemudahan internet yang ada pada murid , maka bolehlah dioptimumkan
penggunaan telefon pintar dan komputer bagi tujuan pembelajaran seperti ini.

Murid menjadi lebih kreatif setelah diberikan kebebasan untuk menghasilkan tugasan dengan
cara sendiri dengan bantuan teknologi maklumat.Ini adalah kerana bahan yang terdapat dalam
internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini.Murid juga boleh mendapatkan
bimbingan melalui kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas
talian.Dengan ini murid boleh berhubung dengan guru dan rakan-rakan dari serata dunia
untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif.Akses yang meluas ini dapat meningkatkan
daya kreativiti dan imaginasi murid.Kesimpulannya, capaian maklumat yang meluas dapat
menjadikan murid berfikiran lebih terbuka dan kreatif.

Tuan Yang DiPertua,


Saya tegakkan kembali pendirian kami selaku pihak Kerajaan pada hari ini, bahawa
sesesungguhnya “PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM
PENDIDIKAN MELAHIRKAN MURID YANG KREATIF”.

Ini amat bertepatan dengan usul yang kami gagaskan, iaitu “TEKNOLOGI MAKLUMAT
MELAHIRKAN MURID KREATIF”
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus dan
memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara majoriti.

Dengan itu Tuan Yang DiPertua, mohon untuk terus mencadang.

Terima kasih.

You might also like