You are on page 1of 6

MINIT KOKURIKULUM 2 /2021

SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM,


_ JALAN TUNKU BENDAHARA, 09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04-4905599 FAKS : 04- 4906600

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM BIL 2 / 2021

Tarikh : 4 Mei 2021 (Selasa)


Masa : 1.30 Tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKK
Kehadiran : 34/34

1. Puan Siti Hajar binti Arshad (GB)


2. Encik Nasharudin bin Said (PK PENTADBIRAN)
3. Encik Abdul Halim bin Ismail (PK HEM)
4. Puan Nora Azura binti Yahia (PKKK)
5. Encik Anuar Redzuan bin Ahmad Husni
6. Puan Nasiroh binti Abdul Rahim
7. Puan Nik Samsiah bt Nik Soh
8. Puan Nor Arina binti Ariffin
9. Puan Rajeswari a/p Perumal
10. Puan Hanim bt Harun
11. En. Harmain Hariz b. Damsek
12. Puan Jayanthy a/p Balan
13. Puan Khairul Muna bt Ahmad
14. Puan Mumtazah bt Md Zubir
15. Puan Nor Salmiza bt Harun
16. Puan Normala binti Mat Rahim MI
17. Puan Ramziyah binti Rosli NI
18. Puan Parveen Kosar bt Md Fadzil TM
19. Puan Rohana bt Ahmad ES
20. Puan Rosnah bt Abdullah YU
21. Puan Rozizah bt Zakaria AR
22. Puan Sharifah Esah bt Mohd Saad AT
23. Puan Syaharina bt Shahidan KO
24. Encik Muhammad Fadzili bin Fisol KU
25. Encik Muhammad Hairi bin Ali RI
26. Puan Siti Rohani bt Rawi KU
27. Puan Zanariah bt Md. Zain LU
M
28. Puan Nurul Syarmimi bt Zulkefli
MINIT KOKURIKULUM 2 /2021

29. Puan Zanariah bt Hasbullah


30. Puan Nor Hanani bt Abdul Ghani
31. Puan Mariam bt Ahmad
32. Puan Asnirah binti Adnan
33. Puan Najua binti Mohamad Zaki
34. Puan Subashinie a/p Veeraragoo

I.UCAPAN ALUAN PENGERUSI


Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada
guru-guru kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kokurikulum kali
kedua bagi tahun 2021. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
guru dan kakitangan yang telah memberi komitmen dan komited dalam menjalankan
amanah yang telah diberikan dalam meningkatkan kemenjadian murid dalam bidang
kokurikulum dan sukan sepanjang tahun 2021 terutama dalam situasi norma baharu.

II PERUTUSAN GURU BESAR


2.Guru Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada guru-guru kerana
menyertai mesyuarat ini. Guru Besar turut meminta guru-guru ikut takwim untuk
menjalankan aktiviti yang menarik minat murid dalam Kokurikulum.
III MEMBENTANG DAN MENGESAH MINIT MESYUARAT LALU

3. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang pindaan.


Cadangan pengesahan oleh Puan Hajah Najua binti Mohamad Zaki dan disokong oleh
Puan Nor Hanani bt Abdul Ghani.

IV PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS MESYUARAT


4. Merujuk Minit Kokurikulum 1/2021 Perkara 5.8 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
setiap Rabu ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.

V. PEMBENTANGAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 2021


5.1 PROGRAM PEMBANGUNAN KOKURIKULUM KBB/SKK
a) Program Gerak KOKO
MINIT KOKURIKULUM 2 /2021

Program Gerak KOKO di bawah pemantauan PPDKBB bagi memastikan


peningkatan dalam penglibatan kokurikulum juga penguasaan PAJSK. Pihak
PPD turut khidmat kunjung ke sekolah untuk membantu dalam program ini. Fokus
diberi kepada murid yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris berdasarkan data
UPSR 2019. Rancangan program di bawah koakademik Bahasa Inggeris beserta
kertas kerja yang lengkap. Program dilaksanan mengikut kesesuaian di sekolah.
Pihak sekolah menyediakan headcount pencapaian murid dan memberi
penghargaan kepada murid. Hasrat program agar peningkatan dalam
penguasaan Bahasa Inggeris dapat juga meningkatkan pencapaian dalam
PAJSK.

b) Dialog Prestasi (Program PPPK) Bersama PPDKBB


Program Peningkatan Penyertaan Kokurikulum 2021 ini diadakan bagi 33 buah
sekolah. Menurut data pada tahun 2019, penguasaan gred A dan B dalam
PAJSK rendah serta penglibatan murid dalam koakademik di peringkat daerah
dan negeri sangat sedikit. Sesi perkongsian bersama beberapa buah sekolah
lain yang terlibat bagi berkongsi idea dan pandangan untuk meningkatkan
prestasi murid dalam PAJSK. Cadangan pembentangan dari SK Kulim ke PPD
pada 11 April 2021.

TINDAKAN : MAKLUMAN
5.2 PROGRAM DALAM TALIAN 2021
Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) menyatakan tentang perkongsian Program
Dalam Talian 2021.
a) Karnival Bahasa Inggeris
Guru-guru Bahasa Inggeris SKK akan menguruskan carnival ini. Puan Jayanthi
akan menguruskan pertandingan Story Telling dan Poetry manakala Puan
Normalawati akan menguruskan pertandingan Public Speaking. Semua
pertandingan telah didaftarkan dan tunggu link berkaitan yang akan dihantar
menerusi email sekolah. Mohon murid-murid yang dipilih agar sentiasa bersedia.

b) Ujian UKM 1
Ujian ini diuruskan oleh Encik.Anuar Redzuan selaku guru ICT SKK. Guru kelas
memilih murid yang berkelayakan dari tahun 5 dan tahun 6 lalu menghantar
MINIT KOKURIKULUM 2 /2021

nama kepada guru ICT. Beliau membimbing murid menjalani ujian di bilik ICT.
Group whatsap telah diwujudkan untuk penyelaras setiap sekolah bagi
mendapatkan info yang berkaitan.

c) Ujian Kenaikan pangkat Koperal TKRS


Ujian ini diuruskan oleh Penasihat TKRS iaitu Puan Ramziyah dengan kerjasama
guru-guru TKRS yang lain. Ujian ini sedang berlangsung dan dalam proses
penghasilan video. Mohon penglibatan lebih ramai murid bagi mewakili sekolah.

d) Program PPIM dalam talian


Program ini diuruskan oleh Penyelaras PPIM iaitu Puan Khairulmuna dengan
kerjasama guru-guru PPIM yang lain. Mohon penglibatan lebih ramai murid bagi
mewakili sekolah.
TINDAKAN : MAKLUMAN
5.3. PENYELARASAN AKTIVITI KOKURIKULUM
a) Pendaftaran keahlian
Pendaftaran keahlian untuk Unit Beruniform telah diberikan surat maklum dan
mohon penyelaras buat surat mohon kutip yuran kepada GB bagi yang ingin
mendaftarkan ahli. Guru penyelaras perlu berurusan dengan pihak berkenaan
(pendaftar daerah) mengikut unit masing-masing.
b) Fail Unit-unit
Penasihat setiap unit KOKO seperti Kelab Persatuan, Unit Berunifom dan Sukan
Permainan diminta melengkapkan fail unit masing-masing dengan maklumat
berikut:
I. Senarai nama
II. Perlembagaan
III. Takwim
IV. Minit Mesyuarat Agung
V. Carta Organisasi

TINDAKAN : MAKLUMAN
5.4. GROUP ONLINE KOKURIKULUM
SU KOKO mewujudkan group Unit Beruniform secara dalam talian dengan
kerjasama guru kelas tahap 2 bagi memudahkan untuk melaksanakan aktiviti
MINIT KOKURIKULUM 2 /2021

Modular Unit Beruniform yang dilaksanakan setiap Rabu jam 2.00 hingga 5.30
petang. Cadangan tarikh dimulakan pada 7 April 2021 dan surat edaran
makluman waris dikeluarkan. Murid gunakan modul yang berbeza mengikut
tahun 4, 5 dan 6. Guru pemimpin akan membimbing murid dalam group untuk
melaksanakan aktiviti berdasarkan modul. Kehadiran dikira bagi murid yang
lengkap menghantar modul.
TINDAKAN : MAKLUMAN

5.5. PEKELILING IKHTISAS TERKINI

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Bilangan 1 Tahun 2021

PK KOKO memaklumkan berkenaan Pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran


Bahasa Melayu (PIKeBM) di Sekolah KPM mulai tahun 2021 kepada Puan
Salmiza binti Harun. Program ini untuk meningkatkan pengusaan Bahasa melayu
dan perlu menjadi sisipan 10 minit dalam setiap aktiviti kokurikulum. Modul
PIKeBM boleh diakses melalui pautan http://gg.gg/PIKeBM.

TINDAKAN : MAKLUMAN
VI. HAL-HAL LAIN
Guru-guru diingatkan agar dapat bekerja sebagai satu organisasi di mana semua guru
perlu memberikan komitmen sepenuhnya dan sumbangan setiap individu itu adalah
amat penting dalam memastikan setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dapat berjalan dengan lancar. Guru-guru perlu membudayakan ucapan terima kasih
dalam segala aspek. Kejayaan sesuatu perkara tersebut adalah bergantung kepada
keseriusan kita dalam melaksanakan tugas yang diberikan memandangkan pekerjaan
kita adalah amanah yang harus digalas. Guru-guru turut diingatkan agar bekerja dan
bertindak secara profesional bagi menjaga nama baik institusi pendidikan kita bersama.

VII. Ucapan Penangguhan


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir atas segala
sumbangan idea, pendapat dan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat kali ini.
Beliau turut menyatakan harapan agar semua guru dapat memberikan komitmen
sepanjang tahun memandangkan cabaran dalam PKP sangat memberi kesan ke atas
perkembangan kokurikulum.
MINIT KOKURIKULUM 2 /2021

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 Petang


Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

___________________,
(RAJESWARI A/P PERUMAL)
SU KOKURIKULUM SKK.

You might also like