Professional Documents
Culture Documents
Demam Denggi
Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk
Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3
dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika
individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur
hidupnya.
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
• Demam panas
• Sakit kepala
• Sakit tulang belakang
• Sakit sendi-sendi
• Loya dan muntah-muntah
• Sakit biji mata
• Ruam
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh
membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
• Mudah lebam
• Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
• Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan
menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan
diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan
dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.