You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI BAKAT BATALION PERTAMA PERUBATAN

BAGI TAHUN 2019

PENDAHULUAN

1. Bagi tahun 2019, BAKAT Batalion Pertama Perubatan telah berjaya


melaksanakan sejumlah 73 aktiviti di mana 20 aktiviti telah dilaksanakan di peringkat
BAKAT 1 DIVISYEN dan selebihnya 53 aktiviti dilaksanakan oleh BAKAT Batalion
Pertama Perubatan.

TUJUAN

2. Laporan ini bertujuan untuk membentangkan segala aktiviti dan kewangan


BAKAT Batalion Pertama Perubatan mulai daripada 1 Jan 19 sehingga 31 Dis 19.

SKOP LAPORAN

3. Skop laporan adalah seperti berikut:

a. Aktiviti-aktiviti BAKAT Tahun 2019.

b. Kejayaan Yang Dicapai Oleh BAKAT 1 Bn Ubat Tahun 2019.

c. Pembentangan Kewangan KSSKA BAKAT Berakhir 31 Dis 19.

d. Masalah-masalah Yang Dihadapi.

AKTIVITI-AKTIVITI BAKAT BAGI TAHUN 2019

4. Sebanyak 73 aktiviti yang telah dilaksanakan dan disertai BAKAT pasukan


bagi tahun 2019. Senarai terperinci aktiviti BAKAT pasukan sepanjang tahun 2019
seperti di Kembaran A. Pecahan secara ringkasnya seperti berikut:

Bil Jenis Aktiviti Bilangan Aktiviti Catatan


(a) (b) (c) (d)
1. Kebajikan 20
2. Agama/Kerohanian 10
3. Pendidikan/Kesihatan 10
4. Sosial/Kebudayaan/Kesenian 18
5. Sukan/Riadah 11
6. Pentadbiran/Am 4
Jumlah Keseluruhan 73

1
5. Carta pai berikut menunjukkan peratusan aktiviti BAKAT yang telah
dilaksanakan bagi tahun 2019 iaitu:

15% 5% 27% Kebajikan

Kerohanian/Agama

Pendidikan

Sosial
25% 14% Sukan/Riadah
14%
Pentadbiran/Am

6. Pencapaian BAKAT 1 BN UBAT. BAKAT 1 BN UBAT telah diberi


kepercayaaan di dalam menganjurkan aktiviti di peringkat BAKAT 1 Divisyen. Aktiviti
yang telah dianjurkan adalah seperti berikut:

Bil Jenis Pertandingan Anjuran Catatan


(a) (b) (c) (d)
1. Hari Keluarga dan Sukaneka 1 Bn Ubat Pasukan Penganjur
PPDK bersama 1 Bn Ubat dan
MSSK 2019

7. Bersama-sama ini disertakan gambar aktiviti-aktiviti BAKAT 1 Bn Ubat yang


telah dilaksanakan bagi tahun 2019 untuk menyokong kepada pencapaian
penganjuran dan penyertaan BAKAT 1 Bn Ubat di peringkat BAKAT Div dan
pertubuhan-pertubuhan luar.

8. Laporan Kewangan. Pada tahun 2019, BAKAT Batalion Pertama


Perubatan telah menerima peruntukan kewangan melalui satu sumber peruntukan
iaitu Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan (KSSKA) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
BAKAT. Ringkasan penerimaan dan perbelanjaan pada tahun 2019 adalah seperti
berikut:

Bil Perkara (RM)


(a) (b) (c)
1. Baki Bawa Hadapan 2,000.00
2. Peruntukan 600.00
3. Perbelanjaan 1050.00
Baki 1550.00

2
9. Ringkasan perbelanjaan KSSKA dan Sumbangan Kewangan BAKAT 1 Bn
Ubat berakhir 31 Dis 19 adalah seperti berikut:

Bil Perkara Jumlah(RM) Catatan


(a) (b) (c) (d)
1. Perbelanjaan Lain

Kebajikan 317.00

Agama/ Kerohanian 40.6

Pendidikan/ Kesihatan 210.60

Sosial/ Kebudayaan/ Kesenian 180.30

Sukan/ Riadah 108.20

Pentadbiran/ Am 193.30

Jumlah Perbelanjaan 1,050.00

10. Carta pai di bawah menunjukkan perbelanjaan kewangan BAKAT Batalion


Pertama Perubatan berakhir 31 Dis 19 iaitu:

19 %
30%
10%

4%
17% 20%

Kebajikan Kerohanian/Agama Pendidikan


Sosial Sukan/Riadah Pentadbiran/Am

3
11. Masalah Yang Dihadapi. Baju kurung Bakat merupakan salah satu
masalah di mana buat masa kini hanya separuh daripada ahli BAKAT hanya
memiliki baju kurung tersebut dan separuh lagi masih belum mempunyai baju
BAKAT serta aksesori tidak lengkap. Hal ini telah pun kami sedari dari awal dan
telah pun membuat tempahan supaya target sebanyak 100% jumlah ahli memiliki
baju kurung BAKAT tercapai pada tahun ini.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, BAKAT Batalion Pertama Perubatan telah berjaya


melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada seluruh keluarga warga
Tentera Darat. Dari masa ke semasa, kami akan sedaya upaya mempertingkatkan
lagi aktiviti-aktiviti pada tahun ini bagi mengisi keperluan dan kehendak ahli BAKAT
khususnya dalam melaksanakan serta menjaga hal ehwal kebajikan anggotaannya.

You might also like