You are on page 1of 60

REFRIGERATION

INSTRUMENT
Prepared by :
ISMAIL IBRAHIM
IKM SIK,KEDAH.
objektif
 Menggunakan peralatan dengan betul
TEST PEN

 Test pen adalah satu alat yang tidak kurang


pentingnya bagi seseorang mekanik air cond.
Test pen digunakan bagi menguji kehadiran aliran
arus letrik pada wayer hidup arus ulangalik(AC).

 Test pen boleh didapati dalam berbagai–bagai


saiz dan bentuk bergantung kepada pihak
pengeluar.Walaubagaimanapun keupayaan test
pen bagi mengukur voltan terhad dalam sekitar
100V hingga 500V.
Fungsi komponen-komponen yang terdapat
pada test pen.

1. Hujung penguji
 Ianya terdiri daripada sebatang rod logam yang disalut dengan penebat yang
berongga. Hujungnya berbentuk rata sama seperti hujung pemutar sekru pipih
dan dibiarkan tanpa penebat lebih kurang 10mm.

2. Badan berpenebat
 Ianya diperbuat daripada plastik jernih, ini bagi membolehkan kita lihatnyalaan
mentol yang terdapat didalam badan test pen tersebut. Badanya berongga
dimana didalamnya terdapat lampu pandu, spring dan perintang. Penutupnya
terdapat logam bagi menyambungkan pengaliran arus kebadan manusia.

3. Lampu pandu
 Ianya terdiri daripada mentol yang tidak mempunyai filamen.Didalamya
terdapat dua bar tungsten yang tidak bersambung dan gas argon.
4. Spring
 Ianya bertindak bagi merapatkan sambungan punca
mentol dengan perintang.

5. Perintang
 Ianya bertindak merendahkan arus yang mengalir
kebadan manusia bagi mengelakan kejutan elektrik.
Nilai bagi rintangan pada test pen ini biasanya 1.0 KΩ.

6. Penutup
 Ianya terdapat logam bagi menyambungkan aliran arus
kebadan manusia yang bertindak sebagai bumi.
Cara menggunakan test pen :

 Menggunakan tangan kanan/kiri.Kenakan


hujung jari pada penutup test pen dan
letakan hujung penguji pada wayar hidup.

 Pastikan hujung penguji tidak menyentuh


kedua-dua punca hidup dan neutral atau
bumi serentak. Ini akan menyebabkan litar
pintas.
TACHOMETER

 Adalah alat yang digunakan untuk


mengukur kelajuan atau pusingan pada
motor elektrik yang bergerak.
 Tachometer Digital
Kaedah menggunakan
Tachometer
 Laraskan julat tachometer pada ukuran
kelajuan yang paling maksima sebelum ia
diletakkan pada shaft motor.
 Setelah diletakkan, tukarkan larasan julat
hingga kelajuan yang dapat dibaca.
 Unit bacaan pada tachometer ialah
RPM(Run Per Minute).

Keselamatan Tachometer

 Pastikan tachometer disimpan dalam


larasan julat kelajuan paling maksima.
 Jangan dijatuhkan.
 Hendaklah disimpan pada tempat yang
selamat selepas digunakan.
Megger Meter / Insulation
tester.
• Meter megger ialah alat untuk menguji rintangan penebatan.

• Meter megger adalah dari rekabentuk ohm meter. Jika litar terbuka,tiada
arus mengalir.

• Jarum penunjuk akan menunjukan pada sekala infiniti (∞).

• Jika litar mempunyai rintangan yang sangat rendah, jarum penunjuk akan
menunjuk kearah sifar.

• Sekiranya rintangan tersangat rendah, kemalangan elektrik seperti


kebocoran elektrik, renjatan elektrik, kebakaran elektrik boleh berlaku.

• Rintangan penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat digunakan.
Unit dalam rintangan penebatan ialah Mega Ohm(MΩ).
Kaedah Menggunakan meter megger

 Letakan satu punca bertanda LINE kepunca terminal yang


hendak diuji dan punca EARTH kesatu punca yang lain.
 Pusingkan engkol. Jika Jarum menunjukkan bacaan melebihi
1MΩ, ini menunjukkan litar dalam keadaan baik. Jika bacaan
kurang daripada 1MΩ, ini menunjukkan litar tidak baik.
 Jika jarum menunjukkan ∞, ini menunjukkan litar itu terbuka.
 Untuk membuat ujian‘grounded’. Letakkan punca LINE pada
terminal dan punca EARTH pada body. Pusingkan engkol.
Jika jarum menunjuk ∞, litar dalam keadaan baik dan jika
jarum menunjukkan pada sifar, litar tidak baik dan boleh
berlaku ‘trip’ pada alat pemutus litar.
Unit Metrik
ALAT PENGUJIAN PENYAMANAN
UDARA.

 Terdapat berbagai jenis alat – alat pengujian elektrik yang sesuai dengan
kerja –kerja yang dilakukan.Dibawah ini diterangkan jenis dan alatan
tersebut seterusnya dapat membantu anda menggunakan alatan ini
dengan betul dalam aktiviti yang berkaitan unit penyamanan udara.Jenis
alat – alat pengujian elektrik ialah seperti berikut:

 MeterAmpere
 Meter Ohm
 MeterVolt
 Meter pelbagai
 MeterAmprobe
Meter ampiar (Amp Meter)

 Meter Ampere digunakan untuk menyukat


jumlah arus dalam unit Ampere (A).
 Contoh dalam Gambar foto 2.1, meter
Ampere menunjukkan julat 0 - 5A, 0 - 10A
dan 0 - 25A.
 Gambar foto 2.2 menunjukkan meter
Ampere yang tersedia dipasang pada panel
kawalan elektrik.
 Meter Ampere hendaklah disambung secara
siri dengan beban litar.
Gambar photo 2.1. Meter ampere Gambar photo 2.2. Meter ampere pada panel
kawalan
Meter Ohm

 Meter Ohm digunakan untuk mengukur


nilai rintangan beban dan pengukuran
adalah dalam unit ohm (Ω ). Meter Ohm
mempunyai skala x1,x10, x100 dan x1K.
Meter Volt.

 Meter Volt digunakan untuk mengukur


daya gerak elektrik dalarn unit volt (V).
Contoh dalam. Gambar foto 2.5, meter
Volt menunjukkan julat 0 - 5V. Gambar
foto 2.6 menunjukkan meter volt yang
tersedia dipasang pada panel kawalan
elektrik.MeterVolt hendaklah disambung
secara selari dengan beban litar.
Gambar foto 2.5. Volt meter Gambar foto 2.6. Meter volt pada panel
kawalan
Meter pelbagai

 Meter pelbagai digunakan bagi melakukan


kerja menyukat dan mendapatkan nilai
rintangan (Ω ), nilai voltan arus terus,nilai
voltan arus ulang-alik, arus terus (AT) dan
menguji keterusan.Terdapat dua jenis
meter pelbagai, iaitu jenis analog dan jenis
digital.Julat dan skala meter hendaklah
dilaras dengan betul mengikut kerja yang
hendak dilakukan.
Digital multimeter Analogue multimeter
Meter Amprobe

 Meter Amprobe digunakan untuk


mengukur arus permulaan dai arus larian
tanpa perlu memberhentikan operasi unit
penyamanan udara. Meter Amprobe juga
digunakan untuk mengukur nilai volt dan
rintangan.
JENIS PERALATAN
MENYUKAT SUHU
Jangka suhu

 Jangka suhu digunakan untuk menyukat suhu


kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan.
Jangkasuhu dapat menunjukan sekala suhu dengan
tepat berpandukan bacaan yang ada pada jangka
suhu itu sendiri.

 Terdapat dua jenis jangkasuhu :

 Jangka suhu pengembangan cecair


 Jangka suhu kendalian tekanan
 Jenis-jenis jangkasuhu lain.

 Jangka suhu logam


 Jangka suhu haba elektrik
 Pencatat suhu
Thermometer Raksa.

 Thermometer jenis ini menggunakan raksa


sebagai bahan untuk menyukat suhu.
 Raksa adalah sejenis logam yang berbentuk
cecair. Ia lebih jitu dan keupayaannya untuk
mengembang lebih malar pada julat suhu
yang besar.
 Thermometer raksa lebih mahal dan agak
sukar dari segi pembacaan jika dibandingkan
dengan thermometer alkohol.
Thermometer alkohol.

 Thermometer ini menggunakan alkohol


sebagai bahan untuk menyukat suhu .
Alkohol digunakan kerana ia tidak mudah
beku dan mengembang dengan kadar yang
tinggi .
 Termometer alkohol lebih murah harganya
dan mudah dibaca.
Thermometer Tekanan
 Thermometer tekanan mempunyai reka
bentuk yang hampir menyerupai tolok.
Bacaan suhu dapat dibaca melalui jarum
penunjuk.
 Cecair di dalam bebuli yang mengembang
akan memberikan satu daya tekanan pada
gegendang di dalam tolok.
 Gegendang ini akan menolak jarum
penunjuk sama ada kepada bacaan suhu
yang rendah (sejuk) atau tinggi (panas).
Termometer Dwilogam.

 Termometer dwilogam menggunakan dua jenis logo yang


berlainan yang dikembarkan.

 Satu daripada logam tersebut mestilah jenis pengalir yang


baik seperti kuprum atau loyang.

 Ketika suhu tinggi , logam jenis pengalir yang baik akan lebih
cepat mengembang dan memberikan kesan terhadap
gegendang yang akan menolak jarum penunjuk kepada
bacaan yang tinggi.

 Ketika suhu rendah,logam jenis pengalir yang kurang baik


(yang pada ketika itu kadar pengembangnya rendah) akan
memberi kesan terhadap gegendang untuk menolak jarum
penunjuk kepada bacaan yang rendah
SUHU
 Definasi Suhu

 Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan yang dapat


diukur dengan menggunakan thermometer ( meter suhu)
dan dapat dirasa pada kulit.

 Skala Suhu

 Skala suhu ialah satu tanda bacaan atau unit pada


thermometer untuk memudahkan kita membaca dan
mengetahui suhu sebenarnya.Terdapat empat skala suhu
yang biasa digunakan iaitu.
 Fahrenheit merupakan skala imperial yang
tidak lagi digunakan pada masa ini.
Bagaimanapun skala ini masih digunakan dalam
teknologi penyejukan dan penyamanan udara
sebagai paduan.

 Celsius ialah skala metrik dan digunakan dalam


sebarang suhu.

 Rankine ialah skala suhu mutlak bagi


Fahrenheit.

 Kelvin ialah skala suhu mutlak bagi Celsius.


 Penukaran skala Celsius kepada Fahrenheit


°F = 9 X °C + 32
 5


 Penukaran skala Fahrenheit kepada Celsius

°C = 5 °F - 32
 9
SLING
PSYCHROMETER
 Sling psicrometric digunakan bagi mencatat Suhu Buli Kering (dry bulb
tempreture) dan Suhu Buli Basah (wet bulb tempreture) dengan tepat. Ia terdiri
dari dua batang jangka suhu.

 Jangka suhu yang pertama digunakan untuk mendapatkan bacaan suhu buli
kering.

 Untuk mendapatkan suhu buli basah pula ialah dengan membasahkan


kain dengan air yang bersih dan dibalut pada buli perasa jangka suhu yang
satu lagi. Kemudian putarkan sling psicrometric tersebut lebih kurang
satu minit diudara.

 Halaju udara semasa kita memutar sling psicrometric hendaklah diselanggara


antara 5 hingga 10 meter sesaat.

 Selepas satu minit, kita boleh mencatat kedua-dua SBK dan SBB. Proses ini
hendaklah dibuat beberapa kali hingga mendapat SBB yang terendah.

 Biasanya , suhu buli basah didapati lebih rendah daripada suhu buli kering.
kerana air yang ada pada kain akan menyejat dan menyerab haba

 Walaubagaimana pun, perbezaan suhu ini bergantung kepada kandungan


kelembapan didalam udara.

ANEMOMETER
 Anemometer ialah alat untuk mengukurkadar pengaliran udara yang dihantar kebilik
dari salur udara atau untuk mengukur pengaliran udara didalam salur udara.

 Terdapat dua jenis anemometer iaitu jenis kipas dan jenis halaju udara.

 Alat ini hanya diletakkan dihadapan udara yang keluar menghala kebilik dan
dapatka bacaannya.

 Hendaklah dipastikan supaya alat ini diletakkan dalam arus udara yang mengalir
supaya kelajuan udara yang tepat dapat diukur.

 Pada masa ini anemometer jenis kipas dilengkapkan dengan pengesan elektronik
dan bacaan pengaliran dapat dibaca dalam bentuk digit dalam keadaan yang
berubah-ubah.

 Selain daripada itu alat ini juga dapat mengukur halaju udara yang keluar dari
jerejak(grill).

 Sekiranya kedudukan jerejak terlalu jauh atau sempit, satu tiub yang
disambungkan pada vilocimeter ini dapat menyempurnakan tugas pengukuran
halaju udara.

 Kelebihan alat ini ialah ia dapat mengukur halaju udara didalam salur udara utama
dan salur udara cawangan, seterusnya ia boleh mengimbangkan sistem
pengagihan udara.
TERMOGRAF
 Termograf merupakan alat yang mengandungi graf yang menunjukkan
bacaan suhu dalam tempoh satu hari selama seminggu.

 Graf ini diletakkan didalam alat perakam suhu, dalam bentuk helaian
kertas.

 Apabila alat perakam suhu berfungsi, pena atau penunjuk yang


berdakwat akan mencatatkan bacaan suhu ssebuah bilik ujian
penyejukan dan sebagainya dalam tempoh 24 jam dalam masa
seminggu.

 Kemudian kertas graf ini dikeluarkandari alat perakam dan bacaan


suhu bagi sesebuah bilik dapat dibaca.

 Bacaan suhu ini dicatatkan pada kertas graf tersebut dalam tempoh
satu jam atau setengah jam bergantung pada pelarasan yang dibuat
oleh penguji.
JENIS PERALATAN
MENGUKUR
TEKANAN
Kegunaan tolok ialah untuk :
 Membaca atau mengambil bacaan tekanan
didalam sesuatu sistem.

Jenis-jenis tolok.

 Tolok tekanan tinggi (high pressure gauge)


 Tolok tekanan rendah (low pressure gauge)
 Tolok vakum (vaccum gauge)
TolokTekananTinggi

 Tolok tekanan tinggi digunakan bagi mengambil


bacaan bahagian tekanan tinggi pada sistem
penyejukbekuan dan penyaman udara. Tolok
ini mempunyai sekala bacaan dari 0 hingga 300
Psi. Tolok ini dipasang disaluran
nyahcas(discharge line) dibahagian tekanan
tinggi pada sistem. Tolok ini berwarna merah.
Tolok tekanan rendah

 Tolok tekanan rendah pula digunakan bgi


menyukat bacaan bahagian tekanan rendah
pada sistem penyejukbekuan dan penyaman
udara. Tolok ini mempunyai sekala bacaan 0
hingg 150 psi. Tolok tekanan rendah selalunya
dipasang dibahagian saluran sedutan(suction
line) pada sistem.Tolok ini berwarna biru.
Tolok vakum

 Tolok vakum digunakan bagi proses ‘ vaccum


’, iaitu menyedut keluar segala gas yang tidak
terpeluwap atau lembapan(moisture) dari
dalam sistem dari 0 psi hingga 30 inci raksa(in.
Hg).
Tolok Pancarongga (Manifold
gauge)

 Tolok jenis ini mempunyai dua tolok yang


digabungkan iaitu tolok tekanan tinggi dan
tolok tekanan rendah.
Kegunaan tolok pancarongga
 Membaca /menguji tekanan sistem(checking
pressure)

 Mengecas bahan pendingin(charging refrigerant)

 Membuang/mengeluarkan bahan pendingin

 Menambah minyak kedalam compressor.

 Melakukan purging
LATIHAN

i. Nyatakan 4 jenis sistem penyamanan udara.

ii. Apakah komponen asas sistem penyamanan


udara. Nyatakan fungsi setiap komponen asas
tersebut.

You might also like