You are on page 1of 7

Nur Filza binti Mohd Zaini merupakan penulis kelahiran Sarikei, Sarawak.

Beliau kini
berkhidmat sebagai seorang pendidik di Kelantan. Penulis hijau yang lahir pada 2 Ogos 1989 ini
menjadikan penulisan sajak sebagai hobi. Karya-karya beliau pernah tersiar di surat khabar
seperti Sinar Harian, dan antologi puisi seperti Gema Membelah Gema 16, Dandelion, Hujan
dan Air Mata, Dirgahayu Nusaku, Irama Atmaku serta Kasih Hingga ke Syurga.
BINTANG CINTA

Terlihat indah
sinar bintang
kerdipan tak silau
cahaya cinta.

Bintang tika gulita


kelam tak sirna
sunyi tak meriuh
sepi berbunyi lagi
bintang temani setia.

Menyuluh kala sesat


petunjuk tika runsing
penanda tempat bertandang
penyeri wajah muram
tak siapa bisa ragui
dikau bintang cinta.

Nukilan;
Nur Filza
CINTA BERBUNYI SEPI

Wahai cinta
izinkan daku menegur
apa khabarmu?

Wahai cinta
terima soalku
mana kamu berlalu?

Wahai cinta
daku ingin bertanya
bila kamu singgah?

Wahai cinta
dibenak terlukis
siapa kamu cinta?

Wahai cinta
mengapa kau bisu
kau berbunyi sepi.

Nukilan;
Nur Filza
KASIH

Sekali menjengah
alam teka teki
antara kasih dan budi
tercari titik tengah.

Terkadang alpa
hidup dalam fantasi
kenangan silam terpa
lakaran memori indah.

Seringkali menerka
apa makna segala
jiwa mencari erti
kasih tiada penghujung.

itulah kasih
itulah sayang

Nukilan;
Nur Filza
DIA

Tiada ku sedari
hadirnya dia
rubah segala

tiada ku menduga
adanya dia
bawa persoalan

tiada ku mengerti
tanpa dia
besar maknanya

tiada ku betah
mengusir dia
yang singgah lalu

tiada ku fahami
tentang dia
buatku terpana

tiada dia
kerna dia
titis mata berembun.

Nukilan;
Nur Filza
KALA CINTA BERTEMU

Kala cinta bertemu


sanubari terawang
detik demi detik
berlalu seakan pantas
terhenti segala sesuatu
hanya cinta bertasbih
bersama jiwa syahdu
seakan tiada perpisahan
jarak bukan penghalang
walau jerih pengorbanan
kerna tika seperti ini
kala cinta bertemu.

Nukilan;
Nur Filza
MENITI PELANGI

Hari ini
bak meniti pelangi
penuh warna
kusam pinggir lalu
warni terangi detik
jantung berdetak tenang.

Hari lalu
kau meniti kaca
onak berliku diredahi
lautan lara direnangi
lumpur kelam diharungi
digagahi kau sendiri.

Hari depan
pelangi tuntuni langkah
tangga indah kau jejak
bersama haruman kasturi
dihiasi kelopak mawar
cinta iringi langkah.

Nukilan;
Nur Filza

You might also like