You are on page 1of 20
Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara Dee eric Bec Cgc mc cuc ae Rees une ele LCC ure + Menghuraikan cabaran dalam melaksanakan Pelan Induk eeu tar alae Lunt eth )) Nemec ica Cares Wel csca ew Gy Reet MOC Cea en Cur ceuae cana ts Menganalisis elemen-elemen dalam Pelan Pembangunan Pendidikan UCN Mal til ae eae) Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara [| [ ; Dasar Pendidikan | Bidang Keberhasilan Tonggak Pendidikan Kebangsaan | Utama Negara (NKRA) UNESCO, Pelan Induk Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Pendidikan Malaysia 2006-2010) (PPPM) 2013-2025 " Empat tonggak UNESCO © Pengenalan Sejak Perang Dunia Kedua, pemimpin dan para pendidik di Malaysia telah menyedari betapa pentingnya untuk merancang strategi demi melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bersedia untuk hidup bersama dalam suasana aman damai serta mempunyai keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia, Pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum, Dalam usaha mencapai m Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan dihadapi. Oleh itu, KPM telah menggubal beberapa dasar untuk mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Bidang keberhasilan Utama Negara dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 bertujuan melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti. Lanjutan daripada PIPP, sistem pendidikan negara telah dikaji semula memandangkan pendidikan antarabangsa yang kian meningkat serta menjadi aspirasi negara untuk menyediakan generasi muda demi menghadapi keperluan abad yang ke-21. Oleh hal yang demikian, KPM ingin memperkasa dan membangunkan pendidikan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam mana-mana visi pendidikan abad ke-21, kita tidak boleh menafikan bahawa empat tonggak pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) mesti diambil kira sebagai prinsip asas untuk merangka semula sistem pendidikan, Empat tonggak UNESCO amat penting kerana guru dapat memahami peranan dan komitmen mereka dalam kemenjadian murid. Empat tonggak tersebut ditunjukkan dalam Rajah 2.1 {Belajar untuk | menguasai imu (Belajar untuk | menguasal kemahiran | | Belajar untuk menjadi | insan berguna, ‘Belajar untuk harmoni ddan bekerjasama Dasar dan Ha 2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dalam konteks Malaysia, kita menerima hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor utama dalam membina kewarganegaraan yang taat dan setia kepada negara dan bangsa. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dapat mengorak langkah dalam usaha mencapai matlamat ini Oleh sebab itu, demi mencapai matlamat tersebut, satu Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar Pendidikan Kebangsaan ini telah disemak semula sekitar tahun 1960, seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961, Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan ini bertujuan menambah baik pelaksanaannya, Hasrat dasar pendidikan ini melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan memenuhi keperluan negara demi melahirkan rakyat yang terlatih untuk pembangunan negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan iri serta memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (KPM, 2012). Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, strategi pelaksanaan telah disusun, Antaranya adalah menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, mewujudkan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang seragam, melaksanakan KBSR dan KBSM, memperluas pendidikan vokasional dan teknik, mewujudkan Sekolah Wawasan serta mengadakan pelbagai program pendidikan yang dapat menggalakkan integrasi kaum, Seterusnya, Dasar Pendidikan Kebangsaan akan dibincang bersama dengan strategi pelaksanaannya 2.1.1. Kurikulum Kebangsaan Salah satu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan ialah kurikulum kebangsaan. Kurikulum kebangsaan merupakan satu program pendidikan yang meliputi_ kurikulum dan kegiatan kokurikulum, Kurikulum ini merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, Mengikut KPM (2012), tujuan kurikulum kebangsaan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh seseorang murid dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. Dalam Akta Pendidikan 1996 telah termaktub bahawa satu kurikulum, yang dikenali sebagai kurikulum kebangsaan akan digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. Sebenarnya, penggunaan Tuju Pendidikan Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan ‘memenuhi keperluan negara dalam ‘melahirkan rakyat terlatin, Pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan: ‘+ Bahasa kebangsaan sebagai bahasa Pengantar * Kurikulum yang sama ‘+ Sukatan pelajaran seragam + Sistem peperiksaan seragam ‘+ Pelaksanaan KBSR dan KBSM. ** Perluasan pendidikan vokasional dan teknik * Pewujudan sekolah wawasan ‘+ Pelbagai program menggalakkan integrasi Kurikulum kebangsaan merangkumi sernua pengetahuan, kemahiran, norma, rilai, unsur kebudayaaan dan kepercayaan. ‘Kurikulum Kebangsaan terdiri daripada: @ Kurikulum Asuhan dan Didikan Avwal Kanak-kanak (©) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (©) Kurikulum Standard ‘Sekolah Rendah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan pada 2017 untuk ‘melahirkan murid yang dinamik untuk bersaing di peringkat global, kurikulum kebangsaan telah diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 dengan tujuan mewujudkan keperibadian kebangsaan. Juga diperakui bahawa pendidikan yang diberi kepada semua murid tahun satu hingga tingkatan lima di sekolah-sekolah hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama (Perakuan 33) Kurikulum kebangsaan yang terdiri daripada Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak bermatlamat memberikan asuhan dan didikan awal yang berkualiti kepada kanak- kanak serta menyediakan peluang pembelajaran yang dapat merangsang minda kanak-kanak dalam lingkungan umur lahir hingga empat tahun (KPM, 2012). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula bertujuan memperkembang potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan disertakan dengan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna KBSR yang digubal bertujuan membangunkan insan yang berilmu pengetahuan di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik dan sikap saling menghormati. KSSR dilaksanakan_ secara berperingkat mulai tahun 2011 yang menggantikan KBSR adalah bertujuan memperkembang potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki kemahiran insaniah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran semasa dan abad ke-21 (KPM, 2012) Pendidikan sekolah menengah yang masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula merupakan kesinambungan kurikulum sekolah rendah yang menekankan pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk memperkembang_ potensi individu secara holistik dengan mengambil kira kebolehan, keupayaan, minat dan bakat murid, Melalui kurikulum yang sama, asas perpaduan dapat dipupuk sejak alam persekolahan lagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilaksanakan pada sesi persekolahan 2017 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diyakini mampu melahirkan murid yang dinamik untuk bersaing di peringkat global (Utusan Melayu, 19 Disember 2016). Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016), pelaksanaan KSSM turut mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak dengan memberikan penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis dan inovatif, Mengikut Nasa Idris Saadon (Utusan Melayu, 19 Disember 2016), KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan murid tingkatan satu pada sesi persekolahan tahun 2017, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat pada tahun Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara gigs 2016, Sama seperti KSSR, kerangka kurikulum KSSM juga berasaskan enam tunjang utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. ZO Komunikas! ~ Kerchenien, Perkermbangan sskap dan nit fal dan estetka Sains don pest) Komarusiaan \ > ~~ Keterempien i Walau bagaimanapun, KSSM masih mengekalkan semua prinsip yang terkandung dalam KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah. 2.1.2 Kokurikulum Dasar yang berkaitan dengan kokurikulum bertujuan_memastikan semua mutid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum supaya pemantapan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang dapat dibentuk dalam iri mereka. Mengikut KPM (2012), aktiv kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti ini bertujuan mempelbagaikan pengetahuan dan pengalaman murid untuk memperkembang intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika, jati diri serta nilai sosial yang positif. 2.1.3 Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Sekolah kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam Klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Dasar Pendidikan Kebangsaan (KPM, 2012) menyatakan bahawa tujuan penubuhan SKK adalah untuk memastikan SKK dibangunkan sebagai contoh kepada sekolah dalam kelompok yang sama atau sekolah lain di luar kelompok serta menjadi contoh pada peringkat antarabangsa, Selain itu, SKK merupakan sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya dan mempunyai kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah. Rajah 22” Enam tunjang KSSM ‘Sekolah Kluster Kecemerlangan jalan sekolah yang cemerlang =. dan mempunyai kebitaraan yang menggambarkan watak sekolah, ea pep Gambar 2.4 Sekolah cemerlang mempunyai kebitaraan tersendiri Sekolah yang dikelompokkan dalam kluster terdiri daripada: (a) Sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sekolah orang asli) (b) Sekolah menengah (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah ‘Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Harian, sekolah premier, sekolah 100 tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya dan sekolah Model Khas) (c) Sekolah Pendidikan Khas (d) Institut lepasan menengah (e) Sekolah antarabangsa (8) Sekolah swasta Antara ciri sekolah kluster kecemerlangan adalah seperti yang berikut: (a) Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah (b) Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan (c) Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum (d) Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti (e) Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan () tklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan (g) Keberkesanan pelaksanaan program KPM (h) Sekolah berwatak yang digambarkan menerusi bidang kebitaraan (niche areas) Dari aspek kepimpinan, pemimpin sekolah perlu bertanggungjawab terhadap kecemerlangan sekolah, Pemimpin juga harus mempunyai akauntabiliti dalam pengurusan sumber manusia dan fizikal, sumber kewangan, pembangunan profesionalisme staf, program kurikulum dan kokurikulum berkesan dan murid lepasan sekolah berkualiti dari segi pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah, Antara keistimewaan sekolah kluster adalah diberi kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh KPM untuk mengurus program dan kegiatan dalam bidang Dasar dan Hala Tu) autonomi yang ditetapkan. Pemberian autonomi ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu * Umum (untuk semua sekolah) © Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan jenis sekolah, pengajiannya dan kebitaraan) Sebanyak 300 buah sekolah akan dipilih berasaskan kriteria tertentu menjelang 2015 dan mereka diberikan kuasa autonomi untuk menguruskan kurikulum, kokurikulum, sumber manusia, kewangan dan kemudahan fizikal 2.1.4 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Menurut KPM (2012), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBI) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. SBT mampu melahirkan modal insan cemerlang dan berpersonaliti unggul. 'Iambahan pula, sasaran utama KPM adalah untuk meletakkan semua SBI sebagai penanda aras dan menjadi contoh teladan kepada semua sekolah di negara ini. Hal ini bertujuan memastikan SBT mempunyai watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan; mempunyai tadisi budaya kerja yang sangat tinggi, cemerlang dan mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Selain itu, SBT disasarkan supaya mempunyai autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pemilihan murid, SBT mempunyai kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah pengajaran serta dibenarkan membuat pemilihan dan penempatan semula guru berdasarkan prestasi guru. SBT juga layak menerima insentif| kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik. Antara kelebihan lain termasuklah program-program peningkatan profesional kalangan pemimpin sekolah. Tambahan pula, ibu bapa berpeluang membuat pilihan supaya membenarkan anak mereka memendekkan tempoh pengajian bagi tahun tertentu. Contohnya, murid boleh melangkau ke Tahun 2 sekiranya mampu melengkapkan 50 peratus sukatan pelajaran tahun tersebut semasa Tahun 1 dan selebihnya semasa Tahun 3 Antara elemen yang mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah SBI ialah: (a) Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif (b) Menjadi teladan kepada sekolah-sekolah lain dengan memberikan bimbingan melalui rangkaian mentoring (mentor) dan coaching (bimbingan) (Q) Memperoleh autono pencapaian murid (4) Menempatkan murid-murid cemerlang yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa serta berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi terkemuka dan akauntabiliti dalam pengurusan dan u Pendidikan Negara ‘Sekolah Berprestasi Tinggi merupakan sekolah yang mempunyai watak, identiti tersendiri dan terseriah dalam semua aspek pendidikan. Program Sekolah Amanah diberi autonomi untuk ‘membuat keputusan dalam urusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia. PIPP bertuyjuan menghasilkan pendidikan berkualiti tuntuk semua dalam bidang infrastruktur, engisian dan tenaga ‘manusia. SPG Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru 2.1.5 Program Sekolah Amanah Salah satu program transformasi kerajaan di bawah bidang pendidikan dan pembangunan modal insan ialah pewujudan Program Sekolah Amanah yang merupakan usaha sama sektor awam dan swasta. Matlamat Sekolah Amanah adalah untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa. Sekolah jenis ini dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara yang, merangkumi sekolah rendah dan menengah mengikut lokasi bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang. yang ketara termasuklah sekolah diberi lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan dengan kurikulum, kewangan dan sumber manusia. Autonomi yang diberikan adalah untuk menggalakkan inovasi serta lebih responsif terhadap keperluan guru dan murid di sekolah, Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi serta pemilihan guru dan kakitangan bukan guru. Dasar program Sekolah Amanah adalah untuk memastikan proses penambahbaikan dalam melahirkan murid dan sekolah yang cemerlang dapat dicapai tanpa mengira tahap permulaan melalui kerjasama awam dan swasta (KPM, 2012). 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baharu kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan ‘Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIP) 2006-2010 dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bertujuan membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia sebagai memenuhi hasrat Wawasan 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri Pada dasarnya, PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama, iaitu infrastruktur, isian dan tenaga manusia, PIPP bertujuan menghasilkan pendidikan i untuk semua. Maka, kepemimpinan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat_menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan serta celik TMK (ICT) dan berkemahiran tinggi Sebagai warga pendidik, kita harus mempunyai komitmen bersama dalam melaksanakan dasar-dasar_ pembangunan_ pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antara cabaran kepemimpinan adalah: (a) Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (ERI) Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara al (b) Meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu murid (©) Membudayakan sains dan teknologi dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (d) Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia (e) Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (0) Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa PENDEKATAN Kerangka Pelan ASAS PEMBANGUNAN '* Kesamerataan Peluang Induk Pembangunan ‘Misi Nasional © Kecemerangan Institusi Pendidikan (PIPP) * Dasar-dasar Pendidikan 2006-2010 ‘Pembangunan Negara + DasarPenadhan Kebangsaan TERAS STRATEGIK PIPP_ «slam Hadhari * Mambina Negara Bangsa * Pela Integr Nasional + Membengurian Modal trson © Memperkasakan Sekolah Kebengsaan MATLAMAT ‘= Merapatkan Jurang =» Pendidikan Beriasalti Pendidikan untuk Semua TERAS ASAS- © Memartabatkan: PEMBANGUNAN aks PENDIDIKAN * Lo ae Dili Kecemerlangan Institus nae Pendidikan + Kececaoancen Keberkesanan FAKTOR KRITIKAL Pengurusan Pendidikan KEJAYAAN * Kerjasama dan Komtmen Warge Pendacan + Kerasema dan Komimmen Pak Barcepentngan + Sistem Penyerpaien Pencilkan + ‘Setorn Peranlauan den Peniaien Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010: ‘Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional" Faktor kritikal kejayaan merupakan faktor yang dikongsi bersama oleh semua pihak. Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. Setiap warga pendidik mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, ~ matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya membolehkan setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian Antara aspek keterampilan diri yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin pengajaran agar hasrat pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan adalah: (a) Kebolehan menganalisis masalah dan membuat keputusan (b) Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis (c) Mengesan kehendak dan motivasi orang lain (d) Kebolehan bekerja di bawah tekanan (e) Berpandangan jauh, bersifat berani dan kuat semangat Hanya organisasi pendidikan yang responsif kepada perubahan mampu memainkan peranan yang efektif untuk terus mendidik dan melahirkan generasi masa depan demi memenuhi aspirasi dan hasrat negara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area (NKRA) merupakan gagasan yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. NKRA ialah tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) yang menjadi piawai pada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. Terdapat enam NKRA yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian-kementerian yang terbabit. NKRA yang ketiga, iaitu “Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan” merupakan NKRA bagi Kementerian Pelajaran Malaysia Empat sub-NKRA adalah seperti yang berikut: (a) Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, (b) Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (©) Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (a) Mengiktiraf Pengetua dan Guru Besar yang berprestasi cemerlang Empat sub-NKRA dapat diperjelaskan seperti yang berikut (a) Pendidikan yang berkualiti dalam memastikan generasi_ muda berilmu, berfikiran kreatif, inovatif dan memiliki ciri-ciri nilai murni yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. (b) Pendidikan prasekolah sebagai pendidikan asas yang menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana. : (0) Penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan kanak-kanak yang akan melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah dan perlu dicapai sebelum penghujung 2012. (@) Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting demi melahirkan modal insan yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, pengetua dan guru besar akan mendapat ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing melalui perjanjian baharu (new deal) atau satu bai’ah yang baharu. Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Neq (c) Sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah yang terditi daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, Kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian murid, Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum berakhirnya tahun 2012. Objektif melaksanakan empat sub-NKRA bertujuan memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat serta negara. Sub-NKRA merupakan antara pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta bernilai tambah tinggi bagi menjayakan misi membangunkan ekonomi bahamu (Petikan ucapan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam Seminar Pendidikan RMK10) Pembangunan modal insan memerlukan pendekatan holistik bagi menghasilkan individu yang memiliki ilmu pengetahuan serta kemahiran yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi, memiliki kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan, di samping memiliki sikap, nilai dan etika yang positif. Dalam melaksanakan strategi perubahan melalui empat sub-NKRA, kerajaan telah memperuntukkan RM30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) Peruntukan tersebut diagihkan untuk program bantuan dan biasiswa murid, membina 80 buah sekolah baharu di samping mengubah suai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang daif di seluruh negara Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah_mengalami transformasi demi melengkapkan generasi yang berupaya menghadapi cabaran abad ke-21. Memandangkan kerencaman dan kompleksiti sistem pendidikan negara, Kementerian Pendidikan perlu mengambil tindakan dan tempoh masa yang mencukupi untuk melihat impak pelaksanaan sistem seperti yang dihasratkan. Mengikut KPM (2013), objektif PPPM 2013-2025 adalah untuk: (a) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberikan tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ckuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid_ serta mengoptimumkan kecekapan sistem ‘Sub-NKRA merupakan antara pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatit, kreatif serta berniiai tambah tinggl bagi menjayakan isi membangunkan ‘ekonomi baharu. 11 anjakan utama PPPM: # Menyediakan ke- ‘samarataan akses kepada pencidikan berkualibertarat antarabangsa + Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inageris dan digalakkan ‘mempelajar bahasa ‘tambahan + Melahirkan rakyat yang menghayati nial '* Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan ‘+ Memastikan Kepimpinan berprestasi tinggl ditempatkan di ‘setiap sekolah ‘+ Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk ‘menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualti pembelajaran di Malaysia + Mentransformasi kebolehan dan keupayaan pe- nyampaian Kementerian ‘+ Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas + Memaksimumkan keberhasiian murid bagi setiap ringgit Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggung- jawaban awam secara langsung SPG Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionatisme Guru (b) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas kepada setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. (©) Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam KPM demi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. Demi mencapai objektif (a) hingga (c) dan memenuhi hasrat rakyat serta menyediakan negara untuk mampu bersaing pada peringkat antarabangsa, KPM telah merangka lima aspirasi sistem untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan. Antara aspirasi_ sistem termasuklah: (a) Akses 100 peratus enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020. (b) Kualiti Negara dalam kelompok satu per tiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. (0) Ekuiti 50 peratus pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar dan luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020. (4) Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian. (e) Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberh: peruntukan sedia ada. lan murid mengikut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) KPM berharap setiap murid dapat menerapkan enam ciri utama agar mampu bersaing pada peringkat antarabangsa dan membolehkan mereka ‘menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan. Enam citi utama yang perlu diterapkan ialah berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, mempunyai etika dan kerohanian serta identiti nasional sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam mentransformasikan sistem pendidikan negara, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti 11 anjakan utama demi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Perkara yang ditekankan ialah impak yang akan dihasilkan oleh setiap anjakan dengan mengambil kira sekurang-kurangnya satu daripada lima kebethasilan sistem (akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan) dengan kualiti merentasi semua anjakan. Sebelas anjakan utama ditunjukkan dalam Jadual 2.1 ionic EE Jadual 2.1 11 anjakan utama demi menghasilkan perubahan yang dihasratkan rakyat [HIN sc ssa nepemimpinan dan embangunanProfeonalione Guru canis Sanrio ene HEBE 6-600 xcpimpinan dao PenbagunanPrfsinaline Gur euro Hace ioe ‘Pa 2020 « ‘Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ‘Transformasi sistem pendidikan negara secara menyeluruh dirancang dengan teliti dan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun. Menurut Kementerian Pendidikan (2013), fokus awal adalah menangani kelemahan dalam sistem sedia ada dan menyediakan asas bagi sistem pendidikan baharu yang radikal. Hal ini diikuti dengan gelombang transformasi yang akan memacu penambahbaikan yang mendorong ke arah inovasi berterusan demi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang mampu bersaing secara global. ‘Terdapat tiga gelombang dalam transformasi, iaitu: (a) Gelombang 1 (2013-2015) yang berpaksi kepada mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama, Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan sar dan Hala Tuju Pendidikan Negara kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi. (b) Gelombang 2 (2016-2020) pula akan memacu peningkatan sistem, Perubahan struktur sistem pendidikan negara dilaksanakan untuk mempercepat perjalanan perubahan, Hal ini melibatkan pergerakan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1. Selain itu, KPM memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini (Kementerian Pendidikan, 2013). (©) Gelombang 3 (2020-2025) akan menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan terhadap keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Harapan Kementerian Pendidikan adalah bertujuan membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. Dengan PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia akan ditransformasikan secara menyeluruh bagi memenuhi aspirasi_ tinggi Transformasi merupakan satu proses yang kompleks, dari segi keluasan dan kedalaman cakupannya yang memerlukan penggunaan pelbagai strategi untuk mencapai keberhasilan yang signifikan. Tonggak Pendidikan UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ‘Tonggak pendidikan UNESCO terdiri daripada yang berikut: (a) Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know) Belajar untuk menguasai ilmu merupakan faktor pembelajaran utama yang manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling supaya dapat meningkatkan dan memperkembangkan kemahiran kerjaya serta komunikasi dengan orang lain. Dalam proses menimba ilmu, guru memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu kepada mutid. Belajar untuk menguasai ilmu membawa implikasi belajar, iaitu memahami cara untuk belajar dengan memberikan tumpuan, mempertingkat kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir seseorang. Sejak awal perkembangan kanak-kanak, kita belajar untuk memberikan pethatian terhadap sesuatu dan kemahiran ini bertambah baik melalui pelbagai bentuk pendedahan dan dibantu oleh pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat. Cara penyampaian berkesan merupakan cabaran Belajar untuk ‘menguasal kemahiran ‘merujuk murid dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah. kepada guru untuk memastikan ilmu dapat dikuasai oleh murid bagi mengaplikasikannya dalam dunia pekerjaan kelak, Guru harus mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam dunia yang berteknologi tinggi. (b) Belajar untuk menguasai kemahiran (earning to do) Belajar untuk menguasai kemahiran bermaksud pendidikan dapat melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran untuk diaplikasikan dalam bicang pekerjaan yang bakal diceburi kelak. Antaranya termasuklah kompetensi peribadi seseorang yang diasah supaya mereka dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan, Dengan ini, pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang murid ‘menguasai nilai-nilai peribadi seperti kemahiran-kemahiran insaniah atau interpersonal di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pekerjaan. Antara kemahiran yang penting termasuklah kemahiran berkomunikasi, berpasukan dan menyelesaikan masalah. Cabaran pada masa ini ialah cara memahirkan murid dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik, Hal ini kerana, dalam kebanyakan negara perindustrian, hampir 70 hingga 80 peratus penduduk terlibat dalam sektor perkhidmatan (UNESCO). Pewujudan kumpulan kecil, jaringan dan pakatan menunjukkan peri mustahaknya kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan pekerjaan. Maka, pendidikan dalam negara seharusnya dapat membentuk kompetensi peribadi murid berasaskan suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan. (©) Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be) Belajar untuk menjadi insan berguna amat tepat kerana sesungguhnya, pendidikan harus menyumbang pada pembentukan insan menyeluruh, dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika. Setiap individu perlu menerima didikan sejak awal kanak- anak hinggalah ke peringkat remaja dalam semua aspek sehingga individu boleh berfikir secara kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya. Cabaran KPM adalah berusaha menterjemah dan mentransformasikan kurikulum luwes yang para pendidik seharusnya berkemahiran dan. berketerampilan dalam mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental (perkembangan) mengikut kadar pembelajaran bagi mencapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kurikulum perlu mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. (d) Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together) Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (Jearning to live together) adalah salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda dengan konflik. Dengan ini, amat penting pendidikan di semua negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup aman damai dan berharmoni Tonggak pendidikan dalam negara yang berbilang kaum dan silang budaya. Cabaran ini merujuk murid belajar agak sukar kerana setiap individu atau satu kelompok sentiasa berasa EN Bepecanen ‘ dan hidup secara mereka lebih berkuasa atau lebih berupaya sehingga mempunyai syak harmon tanpa wasangka terhadap orang atau kumpulan lain. mengira bangsa dan Seperti yang dicadangkan oleh UNESCO, pendidikan harus latar belakang. memberikan peluang kepada murid untuk meneroka dan memahami orang lain bermula pada peringkat awal persekolahan. Mereka perlu didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara dan kesedaran tentang sikap saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni, Pendidikan perlu menjadi wadah untuk mereka mempelajari budaya, agama dan tingkah laku setiap kaum dan etnik di sesebuah negara. Hal ini akan membantu mereka memperjelas perkara yang mungkin kurang difahami oleh satu-satu kaum, Isu-isu sebegini perlu dibincangkan secara terbuka. Oleh hal yang demikian, para pendidik seharusnya mempunyai sikap keterbukaan dan tidak mengongkong Giri ingin tahu murid mengenai budaya orang lain. Kerelaan pendidik untuk membenarkan dialog dan forum tentang isu-isu ini merupakan trend pendidikan pada abad ke-21. Jika murid pelbagai budaya dapat bekerjasama dalam pelbagai projek, isu-isu mengenai perbezaan atau konflik antara mereka akan hilang sama sekali, Melalui projek tersebut, terjalinlah suatu ikatan dan nilai yang sama kepada mereka berbanding dengan citi-citi yang membezakan mereka, Contoh yang baik boleh dilihat dari segi penyertaan mereka dalam bidang sukan yang menunjukkan bahawa tekanan dan konflik antara Kelas sosial boleh diketepikan dalam semangat perpaduan untuk mencapai kejayaan demi sekolah dan negara. Pencapaian dan kejayaan akan dikecapi jika setiap individu mengetepikan apa jua konflik serta tidak mengambil kira kedudukan dalam organisasi untuk melibatkan diri demi mencapai satu matlamat Peranan guru amat penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan penglibatan semua murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Bagi mewujudkan suasana . harmoni dalam kalangan murid, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar serta memberikan peluang kepada murid untuk bergaul dan memahami budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum atau budaya Berdasarkan tonggak UNESCO, pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberikan ruang dan masa untuk murid melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya, Murid juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti di tempat- tempat yang mundur dan luar bandar untuk membantu orang yang setba kekurangan serta. mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perikemanusiaan, misalnya membantu mangsa banjir dan tanah runtuh. Dalam konteks ini, sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti dalam gerak kokurikulum seperti menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar bandar dan di kawasan Orang Asli untuk memahami cara hidup mereka, Pemahaman sebegini membolehkan murid saling membantu golongan lebih miskin selain mempelajari cara hidup dan budaya mereka. Hal ini dapat merangsang penglibatan murid dalam projek kolaboratif dengan pihak tertentu dan seterusnya mewujudkan permuafakatan antara rakyat berbilang kaum dan latar belakang, Dengan pengurusan grafik, gambarkan cara guru memainkan peranan dalam menangani tonggak pendidikan, iaitu belajar untuk mewujudkan suasana harmoni dan bekerjasama dalam konteks pendidikan. 5 Rumusan Dalam usaha mencapai misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, Sehubungan itu, KPM menghadapi banyak cabaran pendidikan. Oleh itu, KPM telah menggubal dasar demi mencapai matlamat tersebut. Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu dasar yang menjadi asas kepada pembangunan kurikulum kebangsaan, Dasar lain termasuklah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010) bertujuan melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti, Berasaskan strategi yang termaktub dalam PIPP, semakan semula kurikulum dilakukan supaya setanding dengan pendidikan antarabangsa untuk melengkapkan generasi muda menghadapi keperluan abad yang ke-21, Oleh yang demikian, KPM telah merangkakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk mentransformasi pendidikan secara berterusan melalui sebelas anjakan strategik. Dalam menyahut visi pendidikan abad ke-21, empat tonggak pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) diambil kira sebagai prinsip asas untuk merangka semula pendidikan. Empat tonggak UNESCO diberi keutamaan supaya guru dapat memahami peranan dan komitmen mereka dalam kemenjadian murid.

You might also like