You are on page 1of 21

LEMPAR CAKERA

DISCUS THROW

Disediakan oleh;

XNY
SEJARAH LEMPAR
CAKERA
 Lempar cakera ialah lontaran yang mula-mula dicipta sebagai
acara sukan.

 Ia dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek.

 Cakera yang digunakan adalah jauh lebih berat daripada cakera


yang digunakan pada hari ini.

 Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan


Olimpik pda tahun 1896.
 Acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama
dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera.

 Dari lemparan cara berdiri di atas “ pedestal”dalam


pentas gaya melempar 90, gaya berpusing, lempar dan
sebagainya telah diperkenalkan oleh jaguh- jaguh dunia
pada era-era tertentu.
BAHAGIAN CAKERA

a. Simpai logam
b. Muka cakera
c. Pusat cakera
PERALATAN
Kasut Pakaian yang sesuai
Asics Hyper Throw
Asics Cyber Throw

Cakera
JENIS DAN BENTUK
CAKERA
 Spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga
Amatur Antarabangsa).

 diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai.

 Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam


(besi atau tembaga).

 Bahagian tengah cakera hendaklah rata dan mengikut ukuran yang


ditetapkan seperti;
 Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan
plastik.

 Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya


sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.

 Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg, manakala untuk


wanita adalah 1 kg.
KAWASAN LEMPARAN
CAKERA
 Kawasan lemparan cakera seakan-akan sama bentuk dengan
lontaran peluru, berbeza dari segi sudut kawasan sektor dan saiz
bulatan balingan.

 Semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan


keselamatan. Kurungan ini merupakan pagar berkawat berbentuk
"C" yang dibina khas untuk keselamatan.
TEKNIK PEGANGAN
 Tekapkan tapak tangan kanan ke atas muka cakera di mana
ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai
logam (bagi yang melempar dengan tangan kanan).

 Ibu jari rehat atas muka cakera.

Jari-jari direnggangkan agak


sama jaraknya.
TEKNIK LEMPARAN
 Terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu;

Gaya Berdiri
Gaya Berpusing
TEKNIK GAYA BERDIRI

Fasa 1: Persediaan

a) Berdiri, menghalakan bahu kirinya ke arah kawasan cakera


mendarat. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.


Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Cakera digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri untuk


memulakan hayunan ke belakang, kemudian dihayun ke belakang
bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan
semula dekat bahu kiri.

Fasa 3: Pelemparan

a) Selepas dua atau tiga hayunan, mengilaskan badan ke hadapan,


didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.

b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan


yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila
sampai ke aras bahu kanan.
Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah


dan diluruskan sehingga badan terangkat.

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan


terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke
depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.
UNDANG-UNDANG
 Cakera mesti dilempar dari bulatan.

 Bagi lemparan yang sah, cakera hendaklah mendarat atau


jatuh supaya kesannya dalam kawasan pendaratan yang
ditandakan oleh dua garis sektor.

 Perserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu


menyentuh tanah.

 Peserta dibenarkan menggunakan bahan pelekat seperti resin


di bahagian tangan sahaja (untuk mendapat pegangan yang baik).
LATIHAN ANSUR MAJU
LATIHAN 1

Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar


cakera ketika melepaskannya.

(a) Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kanan di belakang.

(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi


badan.

(a) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke


depan, lepaskan cakera (simpai logam) secara lurus ke depan.
Ansur Maju
LATIHAN 2

Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah


kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan
sokongan tangan kanan.

(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan


mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut,
badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan,


tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke
kawasan pendaratan.
Ansur Maju
PEMAIN LEMPAR CAKERA
TERBAIK DUNIA

Gerd Kanter

Mei 6, 1979 di Tallinn, Estonia

best throw : 73.38 m


SEKIAN,
TERIMA
KASIH

You might also like