You are on page 1of 4

S.O.

P kedatangan STAFF
Untuk sop kehadiran staff, prosedur ini boleh diletakkan di
dalam polisi syarikat supaya team atau staff sedia maklum akan
perihal masa kedatangan di pejabat pada setiap hari waktu
1 bekerja.

Waktu bekerja tertakluk kepada polisi syarikat di mana contoh


masa kehadiran adalah seperti berikut :

a) waktu hadir : 9.00am waktu habis bekerja : 6.00pm


@
b) waktu hadir : 8.30am waktu habis bekerja : 5.30pm

Waktu rehat juga tertakluk kepada polisi syarikat.contoh waktu


rehat adalah seperti berikut :

a) waktu rehat : 12.00pm hingga 1.00pm


@
b) waktu rehat : 1.00pm hingga 2.00pm

Punch in masuk office:

Setiap pekerja yang hadir ke office harus punch in terlebih

2 dahulu.

Punch in ini boleh dibuat melalui beberapa cara antaranya :

 Thumbprint
 Punch card
 Card access

Masa untuk punch in pula tertakluk di dalam polisi syarikat


sebagai contoh seperti di bawah :

 Untuk masa bekerja bermula pada pukul 9.00 pagi


Seorang pekerja untuk syarikat xxxx haruslah punch in
untuk masuk kerja sebelum atau tepat pukul 9.00 pagi
pada setiap hari bekerja bagi mengelakkan kelewatan
semasa punch in pada waktu pagi.
Punch out rehat :

Setiap team atau staff dalam syarikat WAJIB punch out ketika
3 keluar rehat.

Punch out keluar rehat ini haruslah dibuat setiap hari.

Kegagalan untuk punch out ini boleh menjejaskan KPI staff yang
melanggar etika kerja ini .

Contoh :

Seorang pekerja untuk syarikat xxxx wajib punch out ketika


keluar rehat tepat pada pukul 1.00pm .

Punch in masuk rehat :

Setelah selesai waktu rehat yang berdurasi 1 jam staff di


WAJIBKAN untuk punch inn masuk untuk waktu rehat ini.
4
Contoh :

Seorang pekerja untuk syarikat xxxx wajib punch in ketika


masuk rehat tepat pada pukul 2.00pm .

Punch out balik :

Setelah selesai bekerja pada setiap hari bekerja, team atau staff
5 perlu punch out keluar untuk mengesahkan bahawa mereka
telah habis waktu bekerja pada hari tersebut.

Contoh :

Seorang pekerja untuk syarikat xxxx wajib punch out apabila


berakhir waktu bekerja setiap hari pada pukul 6.00pm.
Step no 2 hingga no 5 wajib dilakukan oleh staff atau team
pada setiap hari bekerja.
6 .
Prosedur ini boleh dimasukkan sebagai salah satu KPI (Keys
Performance indeks) staff syarikat kita semasa mereka bekerja
bersama kita.

Kegagalan staff atau team untuk mengikuti prosedur di atas


boleh menyebabkan KPI mereka terjejas.

Setiap kelewatan pekerja akan direkod oleh pembantu hr .

Pembantu hr akan mengumpul semua punch kad dan merekod


7 ke dalam system excel untuk melihat total minit kelewatan
pekerja pada bulan tersebut.

Ini hanya boleh digunakan kepada syarikat yang mempunyai


staff 50 kebawah sahaja.

Jika terdapat pekerja yang terlalu banyak minit terlewat dan ada
yang menghampiri beberapa jam pada bulan tersebut, syarikat
berhak memotong gaji.

Jika pekerja sudah melebihi 50 ke atas, syarikat boleh mencari


sistem hr yang terdapat di pasaran seperti, HRMS, HRIS, dan
KAKITANGAN.COM
Jika terdapat pekerja yang sentiasa lambat hadir yang mana
kelewatan beliau selalu dapat dilihat melalui sistem hr yang
8 digunakan atau melalui mana mana sistem manual yang ada,
pekerja tersebut boleh dikenakan tindakan seperti di bawah :

a) Jika lewat 3 kali berturut turut boleh diberi surat amaran


yang pertama.
b) Jika terlewat dalam jumlah jam yang banyak ( sebagai
contoh : lewat sebanyak 8jam dalam sebulan ) majikan
berhak menolak gaji staff tersebut sebanyak 1 hari gaji.
Dalam masa yang sama pekerja ini juga akan diberi surat
amaran yang pertama.

Pembantu HR perlu menetapkan 1 hari dalam seminggu untuk


memeriksa rekod kehadiran setiap pekerja bagi memastikan
kelancaran kehadiran pada bulan tersebut.
9 Contoh :

Pembantu HR akan mengumpul semua rekod kedatangan pada


setiap hari jumaat untuk memeriksa kehadiran setiap pekerja.
Jika ada kemusykilan atau sebarang masalah pembantu HR
akan rujuk kepada MANAGER HR.

You might also like