You are on page 1of 4

LEMBARAN KERJA SEJARAH TAHUN 5

NAMA : ______________ Tajuk : Unit 1c Perubahan Institusi Raja

Standard Pembelajaran :
6.1.4 - Membandingkan kedudukan serta peranan Raja-raja Melayu dahulu dan kini
K6.1.8 - Menghuraikan kepentingan mempertahankan kedaulatan institusi raja

Arahan : Baca dan hafal fakta di bawah. Anda boleh juga merujuk nota di dalam buku teks sejarah
tahun 5 mukasurat 8 dan 9.

NOTA

"ADIK SUKA TENGOK KARTUN DIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI" 1


LEMBARAN KERJA SEJARAH TAHUN 5
NAMA : ______________ Tajuk : Unit 1c Perubahan Institusi Raja

SOALAN
Arahan : Jawab soalan di bawah dengan bulatkan jawapan yang betul.

1. Kuasa raja dan sultan telah mengalami _____ zaman peralihan bentuk pemerintahan bermula
zaman kesultanan melayu melaka sehingga sekarang.

A. 2
B. 9
C. 4

2. Apakah dimaksudkan dengan RAJA BERKUASA MUTLAK?

A. Raja menentukan segala dasar pemerintahan


B. Raja mempunyai kuasa pentadbiran meliputi seluruh dunia
C. Kekuasaan raja yang diakui oleh negara-negara luar

3. Pada zaman kesultanan melayu sebelum kedatangan penjajah, raja dan sultan memerintah
dengan dibantu oleh ?

A. Menteri kabinet
B. Pembesar
C. Exco negeri

4. Sebaik sahaja tanah melayu dijajah oleh British, kuasa penuh pentadbiran negeri telah diletakkan
di bawah?

A. Sultan
B. Menteri Besar
C. Penasihat British

5. Raja dan sultan hanya berkuasa di dalam aspek ___________ sewaktu penjajahan british.

A. Pentadbiran dan pembangunan


B. Agama islam dan adat istiadat melayu
C. Istiadat diraja dan ekonomi

6. Selepas kekalahan British kepada pihak _____ sewaktu perang dunia kedua, kuasa raja masih lagi
dihadkan dan gabenor yang memerintah negeri.

A. Jepun
B. Komunis
C. Siam

7. Sewaktu pendudukan Jepun di tanah melayu, siapakah yang mentadbir negeri-negeri walaupun
wujud sultan atau raja.

A. Menteri kabinet
B. Penasihat British
C. Gabenor

"ADIK SUKA TENGOK KARTUN DIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI" 2


8. Pada era manakah sistem raja berpelembagaan diwujudkan?

A. Pendudukan jepun
B. Kemerdekaan sehingga kini
C. Zaman British

9. Pada masa kini pentadbiran sesebuah negeri diketuai oleh?

A. Menteri Besar
B. Penasihat British
C. Sultan

10. Bagaimana Yang Dipertuan Agong dipilih?

A. Dipilih melalui pilihanraya umum


B. Berdasarkan penggiliran dalam kalangan 9 raja melayu
C. Dilantik oleh Yang Dipertuan Agong terdahulu

11. Pada pendapat anda, mengapa penjajah seperti British dan Jepun mengekalkan kedudukan raja-
raja melayu di takhta?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

"ADIK SUKA TENGOK KARTUN DIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI" 3


JAWAPAN
1. C. 4
2. A. Raja menentukan segala dasar pemerintahan
3. B. Pembesar
4. C. Penasihat British
5. B. Agama islam dan adat istiadat melayu
6. A. Jepun
7. C. Gabenor
8. B. Kemerdekaan sehingga kini
9. A. Menteri Besar
10. B. Berdasarkan penggiliran dalam kalangan 9 raja melayu

"ADIK SUKA TENGOK KARTUN DIDI, TERIMA KASIH DAUN KELADI" 4

You might also like