You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA SEPAK.

1. NAMA KELAB : KELAB BOLA SEPAK SK TAMAN KOPERASI POLIS @THE KOPS FC

2. ALAMAT : SK TAMAN KOPERASI POLIS, TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2,


68100 BATU CAVES,KUALA LUMPUR.

3. MATLAMAT

1. Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan ahli persatuan.

2. Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola
sepak.

4. OBJEKTIF

1. Memberi latihan dan kemahiran asas.

2. Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.

3. Pelajar boleh mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah, daerah,


negeri dan kebangsaan

4. Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.

5. Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh
dibanggakan oleh masyarakat dan negara.

5. KEAHLIAN

1. Dibuka kepada semua murid sekolah ini

2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

6. GURU PENASIHAT

1. Guru Penasihat ialah terdiri daripada guru sekolah ini.

2. Guru Penasihat hendaklah memebEri nasihat dan mempunyai kuasa mutlak


merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

3. Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa


aktiviti dijalankan.

4. Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

7. AHLI JAWATANKUASA

1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

2. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab
layak dicalonkan sebagai AJK

3. Pemilihan AJK secara undian.

4. AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

5. AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan


jawatan kepada Guru Penasihat.

6. Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri

1 . Pengerusi :

2.Naib Pengerusi :

3.Setiausaha :
4.PenolongSetiausaha

5.Bendahari :

6.AJK Tahun 6 :

7.AJK Tahun 5 :

8.AJK Tahun 4 :

8. KEWANGAN

1. Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

2. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar


boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

9. KEHADIRAN / PENYERTAAN

1. Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan


sepanjang tahun.

2. Kegagalan berbuat demikian sebanyak 5 kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.

10. AKTIVITI

1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK

2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk
pengetahuan ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN

1. Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

2. TINDAKAN DISIPLIN

1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaam persatuan/kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut ; Amaran lisan


Amaran bertulis Gantung keahlian Pecat keahlian
3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

4. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

3. PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir
sekolah secara bertulis.

3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.

4. Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab/persatuan


dan disahkan oleh Guru Besar.

4. PEMBUBARAN PERSATUAN

1. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agong
Tergempar.

5. HAL-HAL LAIN

1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

You might also like