You are on page 1of 3

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara


Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN     


           
Yang Dihormati, Tuan HAJI MOHAMMAD BIN CHE IBRAHIM,PENGETUA,
SMK CENGAL LEMPONG KUANTAN
, penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Muhammad ‘Izzan bin Idris,
………………………………………,guru penolong kanan pentadbiran,
……………………………………………. guru penolonng kanan hal ehwal
murid,………………………………………………..,guru penolong kanan
kokurikulum,Penyelaras program,Guru-guru pendidikan islam dan bahasa
arab serta semua pelajar KAA SMK Chengal lempong yang dikasihi kerana
Allah sekalian.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


DAN SALAM SEJAHTERA.

Kita mulakan majlis kita dengan ummul kitab Alfatihah.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya, dapat kita sama-sama berkumpul disini bagi
menjayakan BENGKEL TARANUM & TAHSIN AL-QURAN TAHUN 2022.

Bagi meneruskan majlis,saya menjemput Tuan HAJI MOHAMMAD BIN CHE


IBRAHIM,PENGETUA,SMK CENGAL LEMPONG KUANTAN untuk
menyampaikan kata-kata aluan...dipersilakan.

( ucapan)

Terima kasih kepada Tuan pengetua di atas ucapan kata aluan tadi.
Untuk makluman semua,objektif utama bengkel ini diadakan adalah
untuk Melahirkan seberapa ramai pelajar yang minat membaca Al Quran
secara tartil & bertarannum.Mudah-mudahan ilmu yang ingin kita pelajari
pada hari ini memberikan impak besar dalam penambahan ilmu
Alquran.Sebelum kita memulakan bengkel,saya memperkenalkan serba
sedikit latar belakang penceramah pada hari ini.

Nama diberi Ustaz Muhammad ‘Izzan bin Idris..Berusia 27 tahun

Berasal dari Kuantan Pahang,Sudah mendirikan rumahtangga.

Kerjaya beliau adalah sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) Masjid
Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Pengalaman dan Penglibatan beliau ialah


1) Panel Rancangan Moh Taranum IKIM FM
2) Guru Taranum Institut Kemahiran Membaca Al-Quran Idrisiyyah (IKMAL)
Kuantan
3) Johan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Jerantut 2016, 2019 dan 2021

Tanpa membuang masa,dengan segala hormatnya saya menjemput Alfadhil


Ustaz Muhammad ‘Izzan bin Idris untuk mengendalikan bengkel TARANUM
& TAHSIN AL-QURAN. Dipersilakan.

Terima kasih tidak terhingga kepada ustaz di atas pengendalian bengkel yang
begitu mantap dan sangat bermanfaat kepada kita semua.Semoga selepas
ini, kita dapat sama-sama mengamalkan serta mempraktikkan ilmu
ini.InsyAllah.

Sebelum menutup majlis,saya menjemput Tuan Pengetua,Tuan HAJI


MOHAMMAD BIN CHE IBRAHIM, diiringi Penyelaras program,Ustaz
Mohamad Akmal Bin Tuan Ahmad untuk menyampaikan
cederahati .Dipersilakan.
Saya menjemput sekali lagi alfadhil Ustaz Muhammad ‘Izzan bin Idris untuk
menerima sedikit cenderahati tanda terima kasih pihak sekolah kepada ustaz.
Terima kasih kepada Tuan Pengetua dan Ustaz Akmal di atas penyampaian
sebentar tadi.
Berakhirnya penyampaian hadiah,maka berakhirnya tugas kami sebagai
pengacara bagi BENGKEL TARANUM & TAHSIN AL-QURAN TAHUN 2022.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai saya tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Sekian,yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang silap datangnya
daripada kelemahan saya yang perlu dibaiki.wabillahitaufiq……………

You might also like