You are on page 1of 6

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR MSSD ( MELAKA TENGAH,

ALOR GAJAH, JASIN) MELAKA 2023


(Pindaan 18 April 2023)

1. UNDANG UNDANG PERMAINAN CATUR

Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Melaka dijalankan dengan menggunapakai sepenuhnya
Peraturan Pertandingan Catur Majlis Sukan Sekolah Melaka,Peraturan Pertandingan Catur MSSM
dan Peraturan-Peraturan
Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.Seterusnya mana-mana
peraturan yang tidak dinyatakan,hendaklah menggunapakai Undang-undang Persekutuan Catur
Antarabangsa (Federation Internationale Des Echecs-FIDE) yang sedang berkuatkuasa.

2.JENIS PERTANDINGAN

2.1 Kategori Individu

2.1.1 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah


2.1.2 Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah
2.1.3 Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah
2.1.4 Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah
2.1.5 Lelaki berumur 12 tahun Tahun dan ke bawah
2.1.6 Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

3.PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.2 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar maksima 4 orang pemain bagi setiap kategori.
3.3 Sekolah yang mempunyai satu gender ( jantina) di bolehkan menghantar 5 orang
pemain setiap kategori.
3.4 Jumlah pemain yang layak ke Kejohanan Catur Peringkat Negeri (MSSN) setelah
Kejohanan Catur Daerah (MSSD) bergantung pada jumlah yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Teknikal Catur MSSN berdasarkan unjuran penyertaan pemain mengikut
jumlah sekolah dan penyertaan tahun 2022. Berikut adalah jumlah yang persetujui;
Daerah Melaka Tengah : 30 pemain terbaik setiap kategori.
Daerah Alor Gajah : 20 pemain terbaik setiap kategori.
Daerah Jasin : 20 pemain terbaik setiap kategori.
4.SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori.


4.2 Pertandingan dijalankan mengikut Sistem Swiss Pemasangan Terus.

4.2.1 Susunan Pemain (Standing Rank)

Susunan Pemain (Standing Rank) adalah di susun berdasarkan rating FIDE Standard
atau Rapid kemudian diikuti dengan susunan abjad.

4.2.2 Pemain Penggenap

Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori,maka seorang pemain tambahan
boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain.Pasukan tuan rumah diberi
keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak
mengisi pemain penggenap ini,maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh
dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya.Jika ada lebih daripada sebuah pasukan
berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap,pemilihan hendaklah dibuat secara
undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap.

5.TEMPOH BERMAIN

5.1 Tempoh permainan bagi setiap pemain adalah 30 minit tambahan 5 saat dan bermain 7
pusingan. Kawalan masa dan jumlah pusingan ini adalah tertakluk kepada perubahan
semasa seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Catur MSSN.
5.2 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya tempoh masa bermain salah seorang
atau kedua-dua pemain telah tamat.
5.3 Default time ialah 30 minit. Jika pemain tidak hadir sehingga pusingan kedua, pemain itu
akan disingkirkan daripada kejohanan. Sekolah yang ingin menggantikan pemain
mestilah memaklumkan kepada urusetia sehari lebih awal sebelum kejohanan.

6.MEREKOD PERGERAKAN

6.1 Setiap pemain wajib merekod pergerakan demi pergerakan dengan menggunakan pen
berdakwat biru atau hitam 25 minit awal dan tidak diwajibkan selepas itu. Penggunaan
scoresheet perlu bagi ketelusan dan bukti keputusan permainan.
6.2 Penggunaan pensil adalah tidak dibenarkan.

7.KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN

7.1 Pemain yang menang diberikan 1 mata, 1/2 mata jika seri dan 0 mata jika
kalah.Pemain ’bye’ diberikan 1 mata.
7.2 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan seterusnya.
7.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama,sistem pemecah seri (tiebreak) berikut hendaklah
digunakan.

a. Direct Encounter
b. Buchholz cut 1
c. Buchholz
d. Sonnerborn-Berger
e. Cummulative (Progressive score)

7.4 Pengiraan mata untuk pasukan sekolah terbaik ialah berdasarkan jumlah mata 4 pemain
Lelaki dan Perempuan terbaik setiap sekolah. Jika mata sama, kaedah pemutus seri ( tie
break digunakan) berpandukan kedudukan pemain (ranking) akhir pusingan.
7.5 Keputusan (Standings) yang dijana dan dikeluarkan oleh Sistem Swiss Manager adalah
muktamad.

8 .HADIAH

8.1 Hadiah ditentukan oleh Unit Pembangunan Bakat dan Sukan Murid.

9. PAKAIAN BERMAIN DAN PERALATAN LARANGAN


9.1 Setiap pemain diwajibkan memakai Pakaian Seragam Sekolah atau Pakaian Sukan identiti
sekolah masing-masing.
9.2 Setiap pemain hendaklah memakai Seluar Panjang & berkasut (lelaki). Seluar pendek /
Seluar denim adalah dilarang.
9.3 Setiap pemain dilarang membawa atau menggunakan peralatan yang boleh mengganggu
permainan seperti peralatan elektronik ( smart watch),telefon bimbit,memakai topi atau
cermin mata hitam dan sebagainya ke dalam dewan/bilik pertandingan.
9.4 Pemakaian penutup muka ( face mask) digalakkan sepanjang berada di dalam dewan
pertandingan.
9.5 Pemain yang didapati melanggar peraturan yang dinyatakan,akan dikenakan penalti dan
dikira kalah dalam pusingan tersebut.Dia juga boleh dihalang bermain dalam pusingan-
pusingan berikutnya. Jika sekolah menarik diri selepas pendaftaran dibuat, sekolah akan
dikenakan tindakan surat tunjuk sebab ketidakhadiran dan di hantar kepada Unit
Pembangunan Bakat Murid untuk tindakan.

10. PERUBAHAN DAN PINDAAN PERATURAN

10.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, sebarang perubahan dan pindaan melibatkan
peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur dari semasa ke semasa dan
akan dimaklumkan sebelum kejohanan berlangsung.
11. DEWAN PERMAINAN

11.1 Sebuah dewan yang besar dan selesa yang boleh menempatkan kesemua pemain dan
pegawai hendaklah disediakan untuk pertandingan.
11.2 Sempadan Kawasan Permainan di dalam dewan perlu di pagar dengan tali keselamatan
dan beberapa papan notis “ Kawasan Larangan” hendaklah diletakkan disekitar kawasan
pertandingan.
11.3 Meja yang sesuai saiznya perlu disediakan.Meja ini hendaklah boleh menempatkan
Papan Catur,Jam Catur dan Label Meja .Meja Pemain hendaklah
disusun mengikut kategori,dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk
Kategori Lelaki dan sebelah dewan lagi untuk Kategori Perempuan.
11.4 Kerusi yang sesuai dan selesa perlu disediakan memandangkan tempoh bermain yang
sangat panjang.
11.5 Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan yang secukupnya perlu disediakan dan disusun di
bahagian hadapan dewan.
11.6 Alatan Pembesar suara hendaklah disediakan dan berfungsi sepanjang masa pertandingan.

12. PERALATAN
12.1 Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi Raja (King) di antara
8.5 CM hingga 10.5 CM.
12.2 Papan Catur Standard yang digunakan ialah dengan saiz bagi setiap petak Segi Empat
berukuran 5.0 CM hingga 6.5 CM.
12.3 Jam Catur digital dengan fungsi tambahan masa hendaklah digunakan.

13.MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


13.1 Rujuk Peraturan 11,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia

14. BANTAHAN
14.1 Rujuk Peraturan 12,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

15. JURI RAYUAN


15.1 Rujuk Peraturan 13,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

16 LEMBAGA TATATERTIB
16.1 Rujuk Peraturan 14,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

17. MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN


17.1 Rujuk Peraturan 15,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

18. KESELAMATAN
18.1 Rujuk Peraturan 16,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.
19. PENYALAHGUNAAN DADAH
19.1 Rujuk Peraturan 17,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

20 KENYATAAN AKHBAR
20.1 Rujuk Peraturan 18,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

21. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


21.1 Rujuk Peraturan 19,Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia

TAMAT

You might also like