You are on page 1of 8

LAMPIRAN C

GARIS PANDUAN
PENULISAN ARTIKEL

KAJIAN
KONVENSIONAL/
DASAR
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)

Saiz 10,
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT): ANALISIS ITEM DAN Saiz 14,
bold,
bold, PENCAPAIAN CALON SPM XXXX uppercase,
tittlecase & centered
centered Nama Penulis Utama, Penulis Bersama
Saiz 9,
Institusi Penulis
bold,
*Alamat e-mel penulis utama
tittlecase,
centered
ABSTRAK
Selang satu baris
Pengenalan secara umum berkaitan topik/isu. Abstrak juga perlu mengandungi latar belakang,
pernyataan masalah/Tujuan/Objektif Kajian, Metodologi, Dapatan Kajian, Perbincangan dan Kesimpulan.
Implikasi/Sumbangan Kajian Menggunakan satu atau dua ayat bagi setiap perkara yang dinyatakan.
Abstrak hendaklah ditulis tidak melebihi 300 perkataan, dibuat dalam satu perenggan dan ditulis dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Contoh:
Menjawab item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
menuntut calon menggunakan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta dan membuat
refleksi berkenaan ilmu yang dipelajari dalam penyelesaian masalah yang dikemukakan dalam kertas
peperiksaan SPM. Kajian ini menganalisis item KBAT bagi peperiksaan SPM tahun XXXX. Kajian ini
dilaksanakan untuk mengenal pasti keupayaan dan kualiti jawapan calon dalam menjawab item KBAT SPM Saiz 10,
XXXX. Untuk tujuan kajian item KBAT ini, kaedah kuantitatif digunakan iaitu menggunakan skor jawapan italic &
item KBAT calon bagi sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, justified
Sains, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Analisis mendapati keupayaan calon menjawab item
KBAT SPM XXXX secara keseluruhan menunjukkan peningkatan berbanding tahun XXXX, dengan
konstruk mencipta merupakan konstruk yang paling dikuasai oleh calon peperiksaan SPM XXXX.

Saiz
10, Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), analisis item, kuantitatif
italic tidak lebih daripada 5 kata kunci

1.0 PENGENALAN Saiz 12, hitamkan (bold)

Selang satu baris


Pengenalan pada isu yang berkaitan dengan kajian/penyelidikan secara umum.
Huraiannya hendaklah memberi gambaran awal terhadap skop kajian yang
dilaksanakan. Penerangan juga perlu merangkumi latar belakang kajian, tujuan kajian,
pernyataan masalah dan objektif kajian.

Contoh:
Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya, Saiz 12,
membuat refleksi dan meta kognitif terhadap proses yang dialami (XXXX, 2013). justified
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta
sesuatu.

1
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)

Peratusan item KBAT telah meningkat sebanyak 20% pada tahun XXXX berbanding
tahun pertama (2014) KBAT diperkenalkan dalam kertas peperiksaan SPM iaitu 40%
daripada keseluruhan item dalam kertas peperiksaan. Satu kajian telah dijalankan oleh
Lembaga Peperiksaan untuk mengenal pasti keupayaan calon menjawab kertas
peperiksaan SPM XXXX yang mengandungi 40% item KBAT. Setiap item yang telah
disenaraikan sebagai item KBAT dan kategori konstruknya dianalisis untuk mengenal
pasti tahap keupayaan calon dalam menjawab item KBAT dan tahap kualiti jawapan item
KBAT calon berdasarkan empat konstruk KBAT iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Kajian ini dilaksanakan sebagai keperluan menjamin kualiti kertas
peperiksaan SPM. Kajian menganalisis item KBAT dalam kertas peperiksaan masih
kurang dijalankan di Malaysia.

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:


i. mengenal pasti keupayaan calon menjawab item KBAT dalam SPM XXXX; dan
ii. mengenal pasti kualiti jawapan calon bagi item KBAT mengikut konstruk.

2.0 KAJIAN LITERATUR Selang satu baris

Penerangan komprehensif yang kritikal dan analitikal tentang penulisan ilmiah yang
telah diterbitkan oleh sarjana dan penyelidik berkaitan topik yang dikaji berdasarkan
kajian terdahulu. Mengandungi maklumat tentang teori/model/bahan atau teknik.
Tujuannya adalah untuk menyampaikan teori, konsep dan hujah-hujah yang telah
digunakan dalam merangka penyelidikan serta membincangkan kekuatan dan
kelemahan kajian yang telah dijalankan berkaitan tajuk dan skop kajian.

Contoh:
Kajian terdahulu berkaitan KBAT lebih tertumpu kepada PdP, kesediaan, penglibatan,
kefahaman, kompetensi dan pengetahuan guru-guru dalam KBAT. Berdasarkan satu
analisis kajian yang telah dijalankan ke atas 20 item mata pelajaran Matematik tingkatan
Satu untuk tajuk pecahan, analisis mendapati bahawa min bagi kesemua bahagian iaitu
pengetahuan, kandungan item, kegunaan praktikal item dan kualiti item KBAT telah
dirujuk kepada pakar yang terlibat dan seterusnya, dapat diguna pakai untuk PdPc mata
pelajaran dan topik berkenaan (Adnan et al., 2018).

Seterusnya, dalam menilai item, penglibatan pakar melalui kepelbagaian perisian dan
teknik juga penting bagi kebanyakan penyelidik contohnya, penggunaan teknik Fuzzy
Delphi dilihat penting untuk mengenal pasti penerapan KBAT dalam PdP. Kajian yang
dilakukan oleh (Syed Khalis dan rakan-rakan, 2019), pakar penilai dilihat sepakat
terhadap pelaksanaan guru dalam kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP dengan nilai
threshold (d) ≤0.2 malah pemikiran kritis dan konsep KBAT juga turut dilihat seiring dan
sejalan. Namun demikian, secara teorinya, konsep pemikiran kritis adalah bersifat holistik
terutamanya dengan kehadiran unsur kognitif dan afektif dalam cara dan proses berfikir
(Mohd Zhaffar et al., 2017). Selain itu, terdapat juga kajian aplikasi KBAT untuk mata
pelajaran Pendidikan Islam dan berdasarkan analisis dokumen ke atas kajian-kajian lepas

2
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)
dan kitab al-Quran mendapati Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Islam
terbahagi mengikut pecahan bidang ilmu yang terdapat dalamnya (Wan Ali, Nursafra &
Ab Halim, 2020).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Penerangan dan justifikasi terhadap material, pendekatan teoritikal, reka bentuk kajian,
sampel kajian, instrument yang digunakan dan kaedah (termasuk pengumpulan data,
pengukuran dan analisis statistik) yang digunakan bagi mencapai objektif penyelidikan.
Material dan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan perlu diterangkan dengan jelas.

Contoh:
Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menganalisis
skor item KBAT semua calon XXXX bagi 16 kertas peperiksaan subjektif daripada
Sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik,
Sains, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi berdasarkan senarai item yang
dikemukakan oleh pembina bagi setiap kertas peperiksaan XXXX. Calon XXXX
dikategorikan berdasarkan tiga tahap pencapaian bagi keseluruhan kertas peperiksaan
XXXX iaitu Cemerlang, Baik dan Berpotensi. Kualiti jawapan item KBAT calon dianalisis
berdasarkan pencapaian tahap tinggi, sederhana, rendah dan sangat rendah
berdasarkan empat konstruk iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Penerangan dengan mempersembahkan dan menginterpretasi data kajian. Dapatan


keseluruhan dan analisis kajian boleh dibentangkan dalam bentuk jadual, rajah dan
pernyataan bagi membolehkan penemuan penting dikemukakan. Dapatan kajian juga
boleh ditulis lebih daripada sub perkara. Dapatan kajian perlu disusun menurut hierarki
objektif kajian bagi menunjukkan bahawa semua soalan telah terjawab.

Contoh:
4.1 Keupayaan Calon Menjawab Item KBAT dalam SPM XXXX.
Penguasaan KBAT dilaporkan dengan merujuk kepada keupayaan calon
menjawab soalan peperiksaan yang mengandungi konstruk KBAT. Tahap
penguasaan minimum KBAT mengambil kira jawapan berkualiti tinggi,
sederhana dan rendah. Rajah X menunjukkan tahap penguasaan
minimum calon mengikut konstruk KBAT iaitu 89.63% bagi konstruk
mengaplikasi, 86.81% bagi konstruk menganalisis, 90.50% bagi konstruk
menilai dan 85.04% bagi konstruk mencipta.

3
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)

Rajah X Tulisan rajah di hitamkan (bold)


Penguasaan Tahap Minimum KBAT Mengikut Konstruk KBAT Nama rajah italic

Contoh penulisan
rajah

5.0 PERBINCANGAN

Merumuskan secara ringkas dapatan kajian. Seterusnya, membincangkan dapatan


kajian dengan mengaitkan teori-teori dan kajian lepas yang dibincangkan dalam bab
literatur

Contoh:
Secara keseluruhannya, data pencapaian item KBAT bagi sembilan mata pelajaran dalam
peperiksaan SPM 2020 menunjukkan 88.17% calon dapat memperlihatkan peningkatan
daripada segi tahap penguasaan minimum dalam menjawab item-item bagi konstruk-
konstruk yang dianalisis iaitu konstruk mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Selain itu, kualiti jawapan item KBAT calon bagi konstruk mencipta menunjukkan
peratusan tertinggi. Analisis ini menunjukkan bahawa calon mampu menghasilkan
sesuatu yang baharu, kreatif dan menarik dengan mengemukakan pelbagai kaedah dan
strategi dalam penyelesaian masalah. Namun demikian, konstruk menganalisis telah
menunjukkan peratusan yang rendah berbanding keempat-empat konstruk yang lain
dengan 86.81% calon dapat menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh
dengan betul. Calon juga dapat memberi penerangan terperinci dan jelas berserta bukti
yang tepat.

Oleh itu, hasil daripada kajian ini boleh dijadikan panduan asas semasa proses
pembinaan untuk membina item KBAT. Ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian
calon menjawab item KBAT dan menjamin kualiti item KBAT itu sendiri. Selain itu, banyak
pihak terutama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah
dapat menggunakan maklumat ini untuk menerapkan elemen KBAT dalam PdP guru dan
seterusnya, dalam pembinaan item serta pentaksiran di sekolah.

4
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)

6.0 KESIMPULAN

Penemuan kajian disimpulkan selari dengan objektif kajian. Mencadangkan sesuatu


inovasi atau idea baharu berdasarkan dapatan kajian. Signifikan kajian dan implikasi
terhadap bidang kajian dinyatakan. Cadangan kajian untuk masa hadapan

Contoh:
Kemahiran berfikir aras tinggi sememangnya wajar diterapkan dalam kalangan murid-
murid agar mereka dapat menggunakannya dalam pembelajaran dan seterusnya, dalam
kehidupan pada masa hadapan. Keupayaan calon untuk berfikir secara kreatif dan
kritis diharapkan dapat merangsang minda murid-murid dalam menghadapi cabaran
pendidikan abad ke-21.

6.0 RUJUKAN

Menggunakan format American Psychological Association (APA) edisi ke-7, mengikut


susunan abjad. Minimum rujukan adalah sebanyak 7 rujukan dan tiada had jumlah
maksimum.
a) Rujukan buku
Nama penulis (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit: Penerbit.
Contoh buku oleh seorang penulis.
Race, P. (2002). How to Get A Good Degree: Making The Most of Your Time At
University. Buckingham: Open University Press.
Contoh buku oleh dua atau tiga orang penulis:
Creme, P. & Lea, M. R. (2003). Writing at University. 2nd ed. Maiden: Open
University Press.
b) Rujukan artikel dalam buku
Penulis Artikel (Tahun). Judul Artikel. dlm. Nama penulis/penyunting buku. Judul
Buku. Tempat terbit: Penerbit. ms.

Contoh
Sarmani, S. (1987). Pencemaran Radioaktif. dlm. Mohamad, A. B. (Ed). Perspektif
Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. ms. 71 - 87.

5
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)

c) Rujukan artikel dalam jurnal


Nama penulis (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal, no. jilid (bilangan keluaran), ms.

Contoh
Mikac, N. and Branica, M. (1994). Complexation of trialkyllead with
diethyldithiocarbonate. Electroanalysis, 6(2), 37 – 43.

d) Rujukan Prosiding
Penulis (Tahun). Judul artikel. Prosiding. Tempat penerbitan: Penerbit. Muka surat

Contoh
Alias, M. (2006). The effect of teacher generated concept maps on learning of
secondary school physics. Proc. of the Second Int. Conference on Concept
Mapping. San Jose, Costa Rica: Universidad de Costa Rica. pp. 550-557.

e) Rujukan Internet
Nama Penulis. (Tahun). Tajuk artikel [versi elektronik]. Sub-judul (jika ada). Dicapai
pada Bulan Hari, Tahun, dari URL

Contoh:
Wordnet (2006). WordNet Search – 2.1. Dicapai pada November 30, 2006, from
http://wordnet.princeton.edu

Sekiranya DOI diberikan, gunakan DOI menggantikan URL.

Kinchin, I. (2006). Developing PowerPoint handouts to support meaningful


learning. British Journal of Educational Technology, 0(0). Dicapai pada
Ogos 23, 2007 dari doi: 10.1111/j.1467-8535.2006.00536.x

6
LAMPIRAN C
(GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL KAJIAN KONVENSIONAL/DASAR)
Contoh
RUJUKAN penulisan
. Sila
rujuk APA
Abdullah, N. H. H., & Darusalam, G. (2018). Kesediaan Guru Melaksanakan Kemahiran Edisi ke-7
Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,
6(3), 22-31.

Adnan, M., Mohd Nawi, N., Lee Abdullah, M. F. N., Che Ahmad, C. N., & Arifin, N. S.
(2018). Pembinaan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Matematik Tingkatan Satu
untuk Topik Pecahan. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(1),
46-54.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014). Elemen KBAT dalam Kurikulum.


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fathizaki, R., Anuar, A., & Norasmah, O. (2021). Kompetensi Guru dalam Penerapan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Pendidikan Sejarah. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 194–205.
Norul Haida, R., Yusof, A., Mohd Ra’in, S., & Raja Mohd hafezal, R. H. (2019). Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Karangan. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(1), 27–34.

Peng, C. F., & Nur Juliana, M. A. (2021). Pengetahuan , Sikap dan Kesediaan Pelajar
Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kemahiran Menulis. PENDETA
Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 29-43.

You might also like