You are on page 1of 5

CTMIN JUL 2023

TEKS UCAPAN VIP


PROFESOR MADYA DR. CRYSTALE LIM SIEW YING
DEKAN FAKULTI SAINS GUNAAN UCSI
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SMK ORKID DESA (28 JUL 2023)

Yang berusaha En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua SMK Orkid Desa

Yang dihormati Pn. R.K Shanti Latha a/p R. Krishnasamy, Penolong

Kanan Pentadbiran Smk Orkid Desa,

Yang dihormati, Pn. Salehah binti Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Yang dihormati En.Mohamad Sepian bin Osman, Penolong Kanan

Kokurikulum,

Yang dihormati Pn. Noorhayati bt Mustaffa, Penolong Kanan

Pendidikan Khas,

Yang dihormati barisan guru kanan mata pelajaran, guru bimbingan

dan kaunseling, guru-guru, Ajk PIBG, ibu bapa dan penjaga yang

dikasihi sekalian.

1
CTMIN JUL 2023

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Terlebih dahulu saya ingin

merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SMK Orkid Desa

kerana telah menjemput saya untuk menghadiri majlis ini. Saya

berasa amat terharu dan gembira kerana ini merupakan kali pertama

saya dapat bersama-sama meraikan murid-murid SMK Orkid Desa.

Majlis Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk

meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan

mereka dalam bidang akademik khususnya. Syabas dan tahniah saya

ucapkan kepada murid-murid cemerlang sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

barisan guru yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak

dilupa, ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini.

Sesungguhnya kehadiran tuan puan sekalian mencerminkan

komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dan

pihak sekolah.

2
CTMIN JUL 2023

Saya percaya Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari

dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid

agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua

bidang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas

dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah sebentar

nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian

kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah

kecemerlangan itu setiap masa. Segala kejayaan ini tidak seharusnya

melekakan kita.

Hadirin sekalian,

Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna

bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap

kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan

sendirinya pada masa hadapan.

3
CTMIN JUL 2023

Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang

menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan

inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Kepada murid-murid yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa

tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang murid yang

cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak

mudah berputus asa. Saya percaya murid-murid yang mendapat

anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan

konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin

pada setiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-

mata atau rajin mengikut musim.

Semua murid mestilah mencontohi sikap positif mereka ini. Saya

percaya jika murid-murid dapat mencontohi mereka yang menerima

anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan memperolehi kejayaan

pada masa akan datang.

4
CTMIN JUL 2023

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi

mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah terutamanya

murid-murid yang telah menempa kejayaan dalam bidang akademik.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda.

Saya dengan sukacitanya merasmikan, Majlis Anugerah Cemerlang

SMK Orkid Desa tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

You might also like