You are on page 1of 5

CTMIN JUN 2023

TEKS PENGACARA MAJLIS


PERASMIAN MINGGU AKADEMIK BIDANG KEMANUSIAAN
ISNIN, 19 JUN 2023

1 Kata Alu-aluan Sungguh manis si buah lokan,


Dibeli dari Pulau Mutiara,
Pengerusi Majlis
Assalamualaikum saya ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang singgah di tengah pekan,
Bidang kemanusiaan kita rasmikan,
Ayuh semua kita mulakan.

BISMILLAHHIRUAHMANIRUAHIM

Yang berusaha, En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua SMK Orkid Desa

Yang dihormati Pn. R.K Shanti Latha a/p R. Krishnasam , Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati, Pn. Salehah binti Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati En.Mohamad Sepian bin Osman, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati Pn. Noorhayati bt Mustaffa, Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan guru kanan mata pelajaran, Guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru, dan murid-murid

1
CTMIN JUN 2023

yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama

berhimpun dalam Majlis Perasmian Minggu Akademik Bidang Kemanusiaan pada pagi ini. Pihak

majlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua hadirin sekalian melapangkan

masa untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput Tuan Pengetua,

Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras program merangkap Guru Kanan Mata Pelajaran

Bidang Kemanusiaan En. Mohd Jamaluddin bin Ghazali untuk menyempurnakan gimik

perasmian minggu kemanusiaan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

2
CTMIN JUN 2023

>>>>>>>>>>>>>>>gimik perasmian<<<<<<<<<<<<<<<<

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran dan

guru kanan mata pelajaran bidang kemanusiaan atas kesudian menyempurnakan gimik perasmian

sebentar tadi.

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang disediakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

>>>>>>>>>>>>>>>gimik perasmian<<<<<<<<<<<<<<<<

Buat pengetahuan semua, persembahan multimedia sebentar tadi dihasilkan bersama oleh ustazah

Adila Rasyida dan Teacher Bremasakhthi.

Hadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenari

3
CTMIN JUN 2023

Jangan patahkan batang jerami


Kepada tuan ruang diberi
Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua SMK Orkid

Desa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan minggu akademik

Bidang Kemanusiaan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

>>>>>>>>>>>>>>>ucapan perasmian<<<<<<<<<<<<<<<<<

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha

Tuan Pengetua, atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari seandainya terdapat sebarang kekurangan

4
CTMIN JUN 2023

sepanjang saya mengendalikan majlis ini.

Akhir kata

Terima kasih sekalung budi


Maaf dipinta disusun jari,
Dari saya seikhlas hati.
Sehingga kita berjumpa lagi.

Sekian,

Wabillahi taufiq walhidayah wasalamu alaikum warahmatullah hi wabarakatuh

You might also like