You are on page 1of 1

Syarahan: Faedah Membaca Buku

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan
Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru dan
rakan seperjuangan yang dihormati sekalian. Syarahan yang ingin saya sampaikan pada
hari ini bertajuk “Feadah Membaca Buku”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Membaca merupakan satu amalan yang dapat memanfaatkan diri kita. Amalan ini
harus diamalkan setiap hari kerana dengan membaca kita dapat menambah pengetahuan
tentang sesuatu perkara yang kita tidak tahu. Oleh itu, kita tidaklah dianggap sebagai katak
di bawah tempurung.

Selain itu, kita dapat memperbaiki dan menguasai kemahiran berbahasa kita
menerusi amalan membaca buku. Perbendaharaan kata kita juga akan bertambah dan
penguasaan kata kita menjadi lebih kukuh.

Setiap orang pasti mempunyai masa lapang. Dengan adanya amalan membaca ini,
masa lapang kita boleh diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Selain mendapat pengetahuan
baharu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala yang negatif.

Akhir sekali, membaca akan membantu kita menilai dan membezakan sesuatu
perkara sama ada baik atau buruk. Apabila kita banyak membaca, orang lain tidak dapat
memperdaya kita kerana kita serba tahu.

Kesimpulannya, membaca sememangnya memberikan banyak faedah kepada kita.


Amalan membaca ini perlulah dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Sebelum mengundurkan diri, izinkan saya sampaikan sebuah
pantun.

Dua tiga kucing berlari,


Berkejar-kejaran ke sana sini;
Banyak membaca pengetahuan diperolehi,
Insan berilmu banyak berbakti.

Sekian, terima kasih.

You might also like