You are on page 1of 5

SSE

EKKO
OLLAAH
HKKE
EBBA
ANNG
GSSA
AAAN
N ((FFE
ELLD
DAA)) L
LOOK
KHHE
ENNG
G,,
81910, KOTA TINGGI,
JOHOR.
KOD : JBA3049
 07-8947508

Ruj. Kami : SKFLH 600-3/5/13(013)


Tarikh : 16 JULAI 2023
Ketua/pegawai bertugas,
Pusat Klinik Kesihatan,
Felda Lok Heng
81900, Kota Tinggi, Johor

Tuan,

MAKLUMAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK (FELDA) LOK HENG


KALI KE 32/2023

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah dan Majlis Sukan
Sekolah akan mengelolakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 32.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan jawatankuasa pengelola ingin memohon
kerjasama dari pihak tuan agar dapat menerima sebarang kecemasan sewaktu kejohanan
berlangsung.

3. Tarikh dan masa pertandingan dijalankan seperti ketentuan berikut :

3.1 Tarikh : 6 OGOS 2023


3.2 Hari : AHAD
3.3 Masa : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang

4. Pihak sekolah dan jawatankuasa pengelola amat berbesar hati dan mengucapkan
berbanyak terima kasih di atas kesudian pihak tuan untuk memberikan kerjasama.

Sekian sahaja dipohonkan,

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah


SSE
EKKO
OLLA
AHHK
KEEB
BAAN
NGGSSA
AAAN
N ((FFE
ELLD
DAA)) L
LOOK
KHHE
ENNG
G
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR.
KOD : JBA3049
 07-8947508

Ruj. Kami : SKFLH 600-3/5/13 (014)


Tarikh : 16 JULAI 2023

Ibu bapa / Penjaga Murid


SK (Felda) Lok Heng,
81900 Kota Tinggi,
Johor.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE


32/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan dan Permainan SKFLH akan mengadakan
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Sekolah bagi tahun 2023.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan sebanyak RM5.00 bagi setiap
murid bagi menampung minuman murid ketika sukan dijalankan. Sumbangan boleh diserahkan
kepada guru rumah sukan murid tersebut sebelum 25 Julai 2023.

4. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Amier Shakirin di talian
014 809014.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


SSE
EKKO
OLLA
AHHK
KEEB
BAAN
NGGSSA
AAAN
N ((FFE
ELLD
DAA)) L
LOOK
KHHE
ENNG
G
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR.
KOD : JBA3049
 07-8947508

Ruj. Kami : SKFLH 600-3/5/13 (015)


Tarikh : 16 JULAI 2023

En. Muhammad Soufi Bin Zulkiflee,


Pengurus Felda,
Felda Lok Heng Barat,
81900, Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) LOK HENG KALI KE 32/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan dan Permainan SKFLH akan mengadakan
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah bagi tahun 2023. Tarikh dan masa kejohanan dijalankan
seperti ketentuan berikut:

2.1 Tarikh : 6 OGOS 2023


2.2 Hari : AHAD
2.3 Masa : 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput tuan untuk
memberikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan tersebut. Berikut dilampirkan tentatif
program sebagai rujukan pihak tuan.

4. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian
untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


Lampiran

6 OGOS 2023 (AHAD)

7.30 Pagi : Peserta bergerak ke padang &


Khemah

8.00 Pagi : Ketibaan Perasmi

8.15 Pagi : Acara istiadat :


- Bacaan doa
- Perbarisan & Lintas Hormat
- Ucapan Perasmian – YDP PIBG
- Bacaan Ikrar Kejohanan
- Menaikkan Bendera Kejohanan
- Penyampaian Cenderahati kepada
Perasmi
- Perbarisan keluar
- Persembahan

9.00 Pagi : Acara bermula & Penyampaian


Hadiah

12.00 T. Hari : Pengumuman Keputusan


- Pengumuman
Olahragawan/olahragawati/harapan
- Penyampaian piala pusingan

12.30 T. Hari : Ucapan Penutup (GB) & Bersurai


SSE
EKKO
OLLA
AHHK
KEEB
BAAN
NGGSSA
AAAN
N ((FFE
ELLD
DAA)) L
LOOK
KHHE
ENNG
G
81900 KOTA TINGGI,
JOHOR.
KOD : JBA3049
 07-8947508

Ruj. Kami : SKFLH 600-3/5/13 (016)


Tarikh : 17 JUN 2023

Ahli Jawatankuasa PIBG.


SK Felda Lok Heng,
81900, Kota Tinggi,
Johor

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK (FELDA) LOK HENG


KALI KE 32/2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan dan Permainan SKFLH akan mengadakan
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah bagi tahun 2023. Tarikh dan masa kejohanan dijalankan
seperti ketentuan berikut:

2.1 Tarikh : 6 OGOS 2023


2.2 Hari : AHAD
2.3 Masa : 8.00 pagi

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput ke Kejohanan
Olahraga Tahunan SKFLH. Semoga kehadiran pihak tuan dapat memeriahkan lagi kejohanan
kami.

4. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian
untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

You might also like