You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 3 TAHUN 3

TUGASAN 2 – PENULISAN LAPORAN

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASIF BIN MOHD ASRI


ANGKA GILIRAN : 2020092340211
NO KAD PENGENALAN : 011022030969
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 6
KOD DAN NAMA KURSUS : PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
(LASS3013)
NAMA PENSYARAH : ENCIK SAZLI BIN AZIZ @ ABDUL AZIZ
TARIKH HANTAR : 24 JUN 2023
NO. TEL : 013-2775807

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 24/6/2023


Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian dan
syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana memberi kekuatan kepada saya dalam usaha
menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Sazli bin Aziz@Abdul Aziz


selaku pensyarah bagi kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) yang telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga
segala tunjuk ajar dan pengorbanan tuan kepada saya akan dibalas oleh Allah. Selain itu,
saya mendedikasikan ucapan terima kasih kepada pusat pengajian Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail kerana telah membekalkan dan menyediakan pelbagai
kemudahan kepada saya dalam usaha melengkapkan tugasan kerja kursus ini dengan
efisien.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan kepada keluarga saya


terutamanya ibu saya, Mazidah Binti Ali dan bapa saya, Mohd Asri Bin Ab Rahman yang
menjadi tulang belakang dan sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan kepada semua sahabat yang telah
membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

1
Kandungan Muka Surat

Penghargaan 1

Isi Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3-5


1.1 Butiran Aktiviti
1.2 Pengisian Aktiviti
1.3 Setiu Wetland

2.0 Laporan 5 - 15

3.0 Cadangan Pemerkasaan Setiu Wetland 16 - 17

4.0 Kesimpulan 17

Rujukan 18

2
1.0 PENGENALAN

Laporan ini adalah berkaitan lawatan ke Setiu Wetland bagi kursus Pendidikan Lestari Alam
Sekitar bagi Unit Lestari Alam Sekitar 3 dan 4 serta beberapa orang.

1.1 BUTIRAN AKTIVITI

Nama Program A Day as Sustainable Fisherman

Tempat Setiu Wetland

Tarikh 24 Jun 2023

Hari Sabtu

Masa 8:00 pagi – 5:00 petang

Bilangan Peserta 48 orang peserta dari Unit Lestari Alam 3


dan 4
3 orang pensyarah
Yuran RM90

1.2 PENGISIAN AKTIVITI

Antara senarai aktiviti yang dijalankan semasa lawatan ke Setiu Wetland adalah
seperti berikut:

• Meet & Greet at Wetland School of Setiu (WSS)


• Adopt a Mangrove Tree
• Fisherman Village Tour & Fisherman Lab 1 (Lokan Harvesting)
• Mangrove Trekking & Jetty Kg Mangkok
• Setiu Lagoon River Cruise & Sustainable Fisherman Lab 2 (Kepah Hunting)
• Baked Your Own Satar

3
Tentatif:

Masa Aktiviti
9:00 pagi Ketibaan peserta di Setiu Wetland
Meet & Greet
Welcoming Tea
Conservation Cinema
9:45 pagi Senaman ringkas
Pembahagian kumpulan peserta
Taklimat ringkas
10:15 pagi Pembersihan kawasan paya bakau
Mangrove Class (Adopt a Mangrove
Tree)
Mangrove Trekking
Lokan Hunting
11:45 pagi Tiba di Jeti Kg Mangkok
Setiu Lagoon River Cruise
12:00 tengah hari Kepah Hunting
1:00 petang Picnic Lunch
2:00 petang Pulang semula ke Jeti Kg Mangkok
Kendiri
3:00 petang Baked Your Own Satar
5:00 petang Pulang ke IPG

1.3 SETIU WETLAND

Setiu Wetland merupakan sebuah kawasan paya bakau yang terletak di Kampung
Mangkok, Setiu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini dikenal sebagai salah satu
kawasan paya bakau yang terbesar dan terpenting di Malaysia. Ia terletak di kawasan
muara Sungai Setiu, di sebelah timur Laut China Selatan. Kawasan Setiu Wetland
mempunyai kepelbagaian ekosistem yang tinggi dan merupakan habitat penting bagi
pelbagai spesies flora dan fauna. Kawasan ini terdiri daripada paya bakau, sungai,
dan lagun yang saling berhubungan. Paya bakau adalah ekosistem yang unik dan
penting, yang menyediakan perlindungan kepada pantai daripada gelombang laut

4
yang kuat, menyediakan tempat pembiakan dan tempat tinggal untuk pelbagai spesies
haiwan dan tumbuhan, dan juga berperanan sebagai penapis alami bagi pencemaran.

Setiu Wetland dikenal pasti sebagai salah satu daripada enam kawasan
penting untuk burung-burung di Terengganu dan merupakan tempat berhampiran
untuk pengunjung melihat burung. Terdapat lebih daripada 160 spesies burung yang
telah dikenal pasti di kawasan ini, termasuklah burung-burung air seperti bangau,
burung camar, dan itik.

Kampung Mangkok sendiri adalah sebuah kampung nelayan tradisional yang


terletak berhampiran Setiu Wetland. Penduduk kampung ini bergantung kepada
sumber daya alam yang disediakan oleh tanah bencah seperti penangkapan ikan dan
pengumpulan hasil hutan. Kerajaan tempatan dan pihak berkepentingan sedang
berusaha untuk mempromosikan Setiu Wetland sebagai destinasi pelancongan yang
menarik. Pelancong dapat menikmati aktiviti seperti memancing, menyusuri sungai
dengan bot tradisional, dan menikmati keindahan alam semulajadi yang ditawarkan
oleh tanah bencah ini.

Namun, penting untuk memastikan kelestarian Setiu Wetland dan


ekosistemnya. Pihak berkuasa tempatan sedang mengambil langkah-langkah untuk
melindungi kawasan ini daripada pencemaran dan aktiviti manusia yang merosakkan
alam sekitar. Usaha pemuliharaan dan kesedaran masyarakat adalah penting untuk
menjaga keindahan dan kepelbagaian alam semulajadi Setiu Wetland bagi generasi
masa depan.

2.0 LAPORAN

Antara tempat yang dilawati di Setiu Wetlands ialah Rumah Tok. Rumah Tok ini memiliki ciri-
ciri yang unik di mana ia seakan-akan menggambarkan kehidupan sederhana masyarakat
Melayu pada masa lalu yang semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini. Ketika sampai di
Rumah Tok ini, walaupun seni bangunannya yang sederhana tetapi sangat selesa dan
menenangkan. Di Rumah Tok, bukan sahaja boleh menginap untuk merasai kehidupan
sebagai masyarakat desa sejenak, tetapi juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti membuat kraftangan seperti bakul dan tikar serta memasak makanan tradisional
Terengganu seperti satar dan sebagainya.

Seterusnya adalah hutan paya bakau. Hutan paya bakau di Setiu Wetlands ini sangat
unik kerana terdapat pelbagai jenis spesies bakau yang berkembang subur. Contohnya,
terdapat spesies bakau seperti Nipah (Nypa Fruticans). Tidak hanya itu, kawasan bakau juga

5
menjadi habitat semulajadi bagi pelbagai jenis haiwan lain. Contohnya termasuk ikan, ular,
buaya dan lain-lain. Hutan paya bakau juga menjadi tempat habitat bagi lokan.

Selain itu, tempat yang saya lawati ialah sungai Setiu. Di sana, saya berkesempatan
menaiki bot untuk menelusuri sungai Setiu. Keunikan sungai Setiu terletak pada kepelbagaian
ekosistem dan habitat semulajadi yang menghasilkan pemandangan yang indah dan
memukau para pelancong yang datang ke sini. Di sungai Setiu, saya dapat melihat banyak
pokok yang tumbuh subur di kawasan sekitar sungai, keindahan air sungai, air laut, dan pantai
yang bersambung. Pastinya, terdapat banyak habitat yang hidup dalam ekosistem tersebut.
Sungai Setiu juga penuh dengan bot nelayan dan kapal-kapal yang terlibat dalam aktiviti
perikanan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

Pada 24 Jun 2023, seramai 48 orang pelajar dari unit Lestari Alam Sekitar 3 dan 4 serta tiga
orang pensyarah menyertai lawatan ke Setiu Wetlands. Seminggu sebelum lawatan ke Setiu
Wetland, para peserta terlebih dahulu dimaklumkan tentang tentatif perjalanan kami
sepanjang lawatan oleh pensyarah iaitu Dr Badrul Muin binti Adam. Sehari sebelum lawatan,
para koordinator iaitu wakil setiap unit telah mengingatkan para peserta untuk berkumpul
terlebih dahulu di depan Dewan Al-Farabi, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail (IPGKDRI) pada jam 7:30 pagi. Koordinator juga mengingatkan para peserta untuk
membawa kelengkapan yang telah dicadangkan. Hal ini adalah untuk memudahkan para
peserta sepanjang lawatan berlangsung.

Sebelum bergerak ke Dewan Al-Farabi, saya terlebih dahulu memeriksa kelengkapan


yang diarahkan agar tiada satu kelengkapan yang tertinggal. Apabila kelengkapan saya sudah
lengkap dan mencukupi, saya dan rakan saya telah bergerak ke Dewan Al-Farabi pada jam
7:20 pagi. Kami berdua merupakan peserta yang pertama sampai ke Dewan Al-Farabi. Jam
menunjukkan 7:30 pagi, hampir kesemua peserta tiba di Dewan Al-Farabi. Tidak lama
kemudian, pensyarah kami iaitu Dr Badrul Muin juga tiba di Dewan Al-Farabi. Kemudian,
beliau memberikan senarai kehadiran peserta kepada salah seorang koordinator. Koordinator
tersebut memanggil nama setiap peserta bagi menanda kehadiran kami semua.

Setelah selesai memeriksa kehadiran, Dr Badrul Muin mengarahkan setiap peserta


untuk berkumpul di hadapan dewan. Beliau meminta seorang wakil peserta untuk dilantik
sebagai ketua lawatan. Salah seorang rakan saya terpilih sebagai ketua lawatan iaitu
Izzuddin. Kemudian, Dr Badrul Muin menyerahkan tugas untuk memimpin kepada Izzuddin.
Izzuddin memberi arahan kepada para peserta untuk melakukan senaman ringkas terlebih

6
dahulu sebelum bergerak menaiki bas. Senaman ringkas tersebut diketuai oleh Izzuddin.
Setelah selesai membuat senaman ringkas, bas yang ditunggu tiba di hadapan dewan.
Sebelum menaiki bas, para peserta terlebih dahulu mengambil gambar kenangan di hadapan
Dewan Al-Farabi sebagai bukti lawatan. Ketua lawatan, Izzuddin mengarahkan kami untuk
beratur dengan penuh disiplin semasa menaiki bas. Sebelum bas bergerak, Izzuddin terlebih
dahulu mengira bilangan peserta di dalam bas bagi memastikan bilangan peserta cukup.
Terdapat juga peserta yang menaiki kenderaan sendiri iaitu kereta. Hal ini kerana bas yang
disediakan tidak mencukupi untuk menanggung 48 orang peserta.

Rajah 1: Sesi fotografi sebelum bertolak ke Setiu Wetland

Pada jam 8:15 pagi, kami bergerak ke Setiu Wetland. Sepanjang perjalanan, saya
berasa sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya melawat ke Setiu Wetland. Saya
menjangkakan masa perjalanan yang diambil adalah satu jam. Namun begitu, perjalanan
hanya memakan masa 45 minit sahaja. Saya semakin teruja kerana kami sampai awal Setiu
Wetland.

WETLAND SCHOOL OF SETIU (WSS)

Pada jam 9 pagi, kami tiba di Setiu Wetland. Pemandangan di Kampung Mangkok pada ketika
itu sangatlah tenang. Saya melihat banyak kambing yang berlari anak di luar tingkap bas.
Kemudian, kami turun daripada bas sambil membawa kelengkapan kami. Apabila kami turun,
kami telah disambut oleh fasilitator di Wetland School of Setiu (WSS) atau dikenali sebagai
rumah Tok. Disana, mereka menyuruh kami untuk meletakkan kelengkapan kami di dalam
bilik yang telah disediakan. Apabila saya masuk ke dalam rumah Tok, saya berasa kagum
dan teruja kerana sudah lama saya tidak melihat rumah orang kampung lama. Kami telah
disediakan dua buah bilik iaitu satu untuk peserta perempuan dan satu untuk peserta lelaki.
Setelah meletakkan kelengkapan, saya bergerak ke ruang tamu untuk melihat keadaan di

7
ruang tamu. Saya melihat banyak kraftangan dari rotan buatan sendir seperti bakul dan tikar.
Di ruang tamu juga terdapat maklumat yang berkaitan dengan Setiu Wetland. Saya
mengambil gambar setiap maklumat yang terdapat di ruang tamu. Tidak lama selepas itu,
fasilitator menjemput para peserta untuk menjamu sarapan pagi. Kami disediakan sarapan
pagi iaitu bihun goreng dan teh panas.

Rajah 2: Tiba di Wetland School of Setiu (WSS)

Selepas sarapan pagi, kami diminta untuk berkumpul di ruang tamu WSS. Seorang
fasilitator Ain mengendalikan slot pertama iaitu Conservation Cinema. Kami ditayangkan satu
rancangan dokumentasi yang menerangkan aktiviti yang akan dilaksanakan di Setiu Wetland,
Kampung Mangkok. Para peserta sangat teruja apabila menonton aktiviti yang bakal
dilaksanakan. Selesai tayangan dokumentasi, para peserta diminta untuk bersiap dan
berkumpul di luar WSS. Para peserta diminta untuk melaksanakan senaman ringkas iaitu
pemanasan badan, senamrobik dan cool down. Senaman ringkas ini dikendalikan oleh para
fasilitator dan juga beberapa orang peserta yang telah dipilih. Setelah selesai, kami
dibahagikan kepada lima kumpulan peserta. Setiap kumpulan diberikan taklimat ringkas
tentang slot seterusnya iaitu Adopt A Mangrove Tree. Setiap kumpulan telah melantik seorang
ketua dan saya merupakan ketua kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengambil
alatan dan barangan yang disediakan oleh fasilitator iaitu anak pokok bakau, beg sampah,
batang kayu, penyodok, botol besar dan alat pengukur hasil laut lokan, tiram dan kepah.

8
Rajah 3: Slot Conservation Cinema

Rajah 4: Informasi di WSS

ADOPT A MANGROVE TREE

Sebelum kami melaksanakan aktiviti menanam pokok bakau, fasilitator mengarahkan setiap
kumpulan untuk mengutip sampah yang berada di sekitar pokok bakau menggunakan beg
sampah yang telah diberikan. Kawasan yang dibersihkan tersebut merupakan habitat bagi
pokok nipah dan pokok paya bakau. Habitat tersebut perlulah dijaga bagi memastikan
kemandirian spesies pokok bakau. Setelah mengutip sampah di habitat tersebut, setiap
kumpulan diminta untuk mengumpul beg sampah yang diisi sampah di satu kawasan.
Kemudian kami diminta untuk bergerak ke kawasan pokok bakau untuk menanam anak pokok
bakau. Fasilitator memberi taklimat ringkas kepada para peserta tentang cara menanam anak
pokok bakau menggunakan kelengkapan yang diberikan. Kami dimaklumkan bahawa anak
pokok bakau yang diberikan kepada setiap kumpulan merupakan spesies pokok bakau yang
terancam iaitu pokok bakau berus mata buaya. Setiap kumpulan diberikan tag nama untuk

9
diikat pada batang anak pokok bakau. Pada tag nama tersebut, kami menulis nama setiap
ahli kumpulan.

Rajah 5 dan 6: Aktiviti penanaman anak pokok bakau

Rajah 7: Gambar kumpulan

10
FISHERMAN VILLAGE TOUR & FISHERMAN LAB 1 (LOKAN HARVESTING)

Selepas menanam anak pokok bakau, kami diberi taklimat secara ringkas oleh fasilitator untuk
aktiviti mencari lokan. Tempat untuk mencari lokan adalah dikawasan yang sama dengan
tempat kami menanam anak pokok bakau iaitu kawasan berlumpur. Lokan iaitu nama
saintifiknya, Polimesoda expansa merupakan haiwan bercengkerang yang tinggal dalam
kawasan berlumpur air paya. Fasilitator mengingatkan kepada kami bahawa hasil tangkapan
lokan merupakan sumber makanan para peserta selepas selesai melaksanakan semua
aktiviti. Kami juga diingatkan untuk menggunakan peralatan yang diberikan iaitu botol untuk
menyimpan hasil tangkapan.

Selepas itu, kami memulakan pencarian lokan di sekitar kawasan berlumpur. Pada
awalnya, saya takut untuk mencari lokan kerana risau sekiranya terdapat haiwan berbahaya
seperti ular dan seumpamanya. Namun, pensyarah membetulkan persepsi saya tersebut dan
membolehkan saya untuk mencari lokan. Untuk mencari lokan, peserta perlu merasai lokan
menggunakan kaki dan mengambilnya dari dalam lumpur. Walaupun begitu, saya tidak
menjumpai lokan malah saya hanya mendapati buah nipah sahaja di dalam lumpur. Semasa
aktiviti pencarian lokan, fasilitator mengarahkan kami untuk aktiviti seterusnya iaitu Mangrove
Trekking sambil mencari lokan.

Rajah 8 dan 9: Aktiviti mencari lokan

11
MANGROVE TREKKING & JETTY KG MANGKOK

Aktiviti yang kedua iaitu Mangrove Trekking. Kami terus bergerak untuk aktiviti mangrove
trekking. Laluan yang kami teroka dipenuhi dengan pokok nipah atau nama saintifiknya, Nypa
fruticans merupakan pokok palma yang dikategorikan sebagai pokok bakau. Kami dapat
mengenal dengan lebih mendalam lagi tentang pokok nipah ini dari segi keadaan pokok dan
sebagainya. Semasa penerokaan, kami menemui spesies yang lain dalam habitat bakau iaitu
ikan buntal jenis green spotted pufferfish. Seorang peserta telah digigit oleh ikan buntal ini
semasa peserta tersebut memegangnya.

Sepanjang perjalanan, kami masih mencari lokan. Namun, kami sentiasa tertukar
lokan tersebut dengan buah nipah yang berada dalam air. Selepas hampir 10 hingga 15 minit
perjalanan, kami tiba di Sungai Setiu. Di sana, kami diarahkan untuk mencari siput sedut.
Pencarian siput sedut merupakan pencarian yang sangat mudah. Hal ini kerana paras air
adalah tohor dan mudah untuk kami mengambil siput sedut. Dalam masa yang sama, kami
diarahkan untuk terus bergerak sehingga menemui jeti Kampung Mangkok. Kami naik ke darat
dan berjalan kaki ke jeti tersebut untuk aktiviti yang seterusnya. Di jeti, kami dihidangkan
makanan dan minuman ringan sebelum meneruskan aktiviti pencarian kepah.

Rajah 10: Mangrove Trekking

Rajah 11: Gambar kenangan di habitat siput sedut

12
SETIU LAGOON RIVER CRUISE & SUSTAINABLE FISHERMAN LAB 2 (KEPAH
HUNTING)

Aktiviti seterusnya adalah kepah hunting. Sebelum memulakan pencarian kepah, para peserta
perlu menaiki bot untuk ke lagun. Lagun tersebut merupakan habitat kepada haiwan
bercengkerang yang lain seperti kepah, kerang dan tiram. Selepas sesi kudapan, para peserta
diarahkan untuk menaiki bot. Setiap peserta diminta untuk memakai jaket keselamatan bagi
memastikan keselamatan para peserta terjamin semasa menaiki bot. Kemudian, bot mula
bergerak daripada jeti untuk menuju ke lagun. Sepanjang perjalanan, para peserta dapat
melihat keindahan dan keunikan di lagun Setiu Wetland. Perjalanan ke tempat pencarian
kepah mengambil masa lebih kurang 15 minit. Apabila sampai, semua peserta diminta untuk
turun bagi melaksanakan aktiviti pencarian kepah. Paras air di lagun berada pada paras perut
sehingga dada. Kami diingatkan supaya berhati-hati semasa mencari hasil laut kerana
terdapat tiram yang sangat tajam pada dasar lagun. Pencarian ini tidak terhad kepada kepah
sahaja tetapi peserta juga boleh mengutip kerang dan tiram. Pencarian tiram amat mudah
kerana saiz tiram besar dan bilangannya banyak manakala bagi kepah dan kerang agak sukar
kerana saiz yang kecil dan kedudukannya berada di dalam pasir di dasar lagun. Saya
bertanyakan kepada penjaga bot tentang cara untuk mencari kepah. Kemudian, dia mengajar
saya dan rakan-rakan untuk mencari kepah. Saya menjumpai banyak kepah dan juga kerang.
Namun, kami diingatkan supaya tidak mengutip hasil laut yang beracun yang dapat
dikenalpasti dengan melihat corak cengkerang.

Rajah 12: River Cruise Rajah 13: Aktiviti kepah hunting

Setelah selesai aktiviti pencarian kepah, semua peserta diminta untuk menaiki semula
bot dan bot bergerak menuju ke sebuah pulau untuk makan tengah hari. Peserta juga
diberikan kesempatan untuk memasak hasil tangkapan. Lokan menjadi hidangan yang paling

13
laris. Hal ini kerana lokan mempunyai rasa yang sedap iaitu rasa masin pada permulaan dan
rasa yang manis pada hujungnya. Lokan juga sedap dihidangkan dengan sos pencicah,
ternyata rasanya semakin sedap. Tip ini diberikan oleh seorang fasilitator kepada para
peserta.

BAKED YOUR OWN SATAR

Seterusnya, para peserta pulang semula ke jeti Kampung Mangkok dan berjalan kaki ke
rumah Tok atau WSS untuk membersihkan diri dan solat zohor. Setelah selesai
membersihkan diri dan solat zohor, para peserta diminta untuk berkumpul di hadapan WSS
untuk aktiviti yang terakhir iaitu membakar satar. Satar adalah sejenis makanan tradisional
Terengganu yang terkenal dan diperbuat daripada bahan-bahan seperti ikan, kelapa parut,
bawang, rempah kari, dan beberapa bahan lain. Satar biasanya dibungkus dengan daun
pisang dan dipanggang atau dibakar.

Sebelum aktiviti membakar satar, fasilitator membentangkan tikar di hadapan para


peserta bagi mengumpul hasil tangkapan. Setiap hasil tangkapan tersebut diasingkan
mengikut jenis. Kemudian, fasilitator menyuruh kami untuk mengukur hasil tangkapan
menggunakan alat pengukur yang telah diberikan sebelum itu. Saiz yang dibolehkan untuk
makan diasingkan manakala hasil yang tidak boleh dimakan akan dihantar semula ke habitat
asal mereka. Hal ini supaya kemandirian spesies hidupan tersebut dapat dijaga dan dielakkan
daripada kepupusan. Setelah diasingkan, hasil yang boleh dimakan akan dibakar pada
unggun api yang telah disediakan oleh fasilitator. Ramai peserta yang mengambil lokan untuk
dibakar kerana mempunyai rasa yang sedap.

Selesai sahaja pembahagian hasil tangkapan, para peserta berkumpul di pondok


pembuatan satar untuk melihat bagaimana satar dibungkus. Seorang fasilitator memberikan
setiap seorang peserta sehelai daun pisang yang digunakan untuk membungkus satar.
Kemudian, beliau menunjukkan cara untuk membungkus satar dan pada masa yang sama
meminta kami untuk melakukannya bersama-sama. Bahan yang digunakan untuk
membungkus satar adalah daun pisang, lidi dan inti ikan. Ramai peserta yang berjaya
membungkus satar dengan kemas dan cantik, namun terdapat juga peserta yang kurang
berkemahiran dalam membungkus satar. Tapi setelah diajar secara individu oleh fasilitator,
peserta tersebut berjaya membungkus satar dengan baik. Selesai membungkus, satar
tersebut akan dibakar di atas unggun api di tepi pondok. Masa yang diambil oleh satar untuk
masak memakan masa 15 sehingga 20 minit. Apabila satar sudah masak, kami semua
menjamu selera bersama-sama hasil laut yang sudah dimasak.

14
Rajah 14: Aktiviti membakar satar

PULANG KE IPG

Semua aktiviti yang dijalankan selesai pada jam 4:30 petang. Semua peserta mula mengemas
barang dan kelengkapan yang dibawa sebelum pulang. Semua peserta turut mengadakan
sesi penggambaran sebagai kenangan di Setiu Wetland. Bas sampai pada jam 5 petang dan
peserta mula menaiki bas untuk pulang semula ke IPGKDRI. Maka berakhirlah program
lawatan ke Setiu Wetland pada siri ini. Program ini telah memberikan banyak ilmu dan
pengetahuan kepada peserta tentang habitat flora dan fauna di Setiu Wetland. Program ini
juga memberikan kesedaran kepada para peserta untuk terus menjaga kelestarian alam
sekitar agar alam sekitar terus terjaga.

Rajah 15: Gambar kumpulan sebelum pulang

15
3.0 CADANGAN PEMERKASAAN SETIU WETLAND

Setiu Wetland adalah satu-satunya kawasan paya bakau yang penting di Malaysia dan
memainkan peranan yang signifikan dalam kepelbagaian biologi serta kelestarian alam
sekitar. Untuk memastikan kelestarian jangka panjang Setiu Wetland, adalah penting untuk
memperkasakan kawasan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan
juga memenuhi kriteria di peringkat International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Dalam esei ini, saya akan mengemukakan beberapa cadangan untuk mencapai matlamat
tersebut.

Salah satu SDG yang berkaitan dengan kawasan alam semula jadi adalah SDG 15:
Kehidupan di Darat. Untuk memperkasakan Setiu Wetland selaras dengan SDG 15, penting
untuk menjaga kepelbagaian biologi dan memastikan keseimbangan ekosistem dalam
kawasan ini. Cadangan pertama adalah melindungi spesies bakau yang unik dan pelbagai
yang terdapat di Setiu Wetland. Melalui pemantauan dan pemuliharaan yang berterusan, kita
dapat memastikan populasi bakau terus berkembang dan terpelihara. Selain itu, langkah-
langkah untuk melindungi dan memulihara spesies lain seperti ikan, ketam, burung, dan lain-
lain juga perlu diambil. Ini boleh melibatkan pengekalan habitat semulajadi, pengurangan
pencemaran, dan pembatasan aktiviti manusia yang merosakkan ekosistem.

Selain itu, untuk memenuhi kriteria di peringkat IUCN, Setiu Wetland perlu dikenal
pasti dan dilindungi sebagai kawasan konservasi. Cadangan kedua adalah membangunkan
rangka kerja pengurusan yang holistik dan bersepadu untuk Setiu Wetland. Ini melibatkan
penyediaan dasar pengurusan yang kukuh, pemantauan dan penyelidikan yang berterusan,
serta kerjasama antara pihak berkepentingan seperti kerajaan, masyarakat setempat, dan
organisasi bukan kerajaan. Pengurusan bersepadu ini harus melibatkan pengurusan sumber
daya alam, pengurusan pembangunan manusia, dan pemuliharaan budaya setempat. Selain
itu, penting juga untuk melibatkan penduduk setempat dalam pengurusan dan pemuliharaan
kawasan ini, kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman tempatan yang
berharga.

Cadangan ketiga adalah mempromosikan pendidikan dan kesedaran mengenai


pentingnya Setiu Wetland dan kepelbagaian biologi kepada masyarakat tempatan dan
pengunjung. Ini boleh dilakukan melalui program-program pendidikan, penyediaan maklumat,
dan kempen kesedaran yang melibatkan pelbagai pihak termasuk sekolah, pusat pengunjung,
dan media sosial. Dengan meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan
kawasan ini, diharapkan akan timbul rasa tanggungjawab dan sokongan yang lebih besar
dalam pemuliharaannya.

16
Secara kesimpulannya, untuk memperkasakan Setiu Wetland selaras dengan SDG
dan memenuhi kriteria IUCN, beberapa cadangan perlu diambil. Ini termasuk melindungi
kepelbagaian biologi, membangunkan pengurusan bersepadu, melibatkan penduduk
tempatan, dan meningkatkan pendidikan dan kesedaran. Dengan mengambil langkah-
langkah ini, kita dapat memastikan kelestarian jangka panjang Setiu Wetland, manfaatnya
kepada ekosistem dan masyarakat setempat, serta sumbangan kepada matlamat
pembangunan mampan secara keseluruhan.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, program lawatan ke Setiu Wetland memberikan pengalaman yang


mendalam tentang keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian biologi yang ada di
kawasan ini. Kami menyedari pentingnya pemuliharaan dan pengurusan yang bersepadu
untuk memastikan kelestarian jangka panjang Setiu Wetland. Dalam masa yang sama, kami
juga menghargai kehidupan tradisional dan budaya masyarakat setempat yang terjalin erat
dengan alam sekitar. Program ini memberikan kesedaran tentang kepentingan kelestarian
alam semula jadi dan komitmen untuk melindungi warisan semula jadi ini untuk generasi akan
datang.

17
RUJUKAN

Adli Mohamad. (2021, Disember 19). Jawatankuasa Khas Ditubuh, Lestarikan Setiuwetland.
Diakses daripada Trdi.my: https://www.trdi.my/jawatankuasa-khas-ditubuh-
lestarikan- setiu-wetland
Bernama. 2020, Mac 9a. Setiu Wetlands: Khazanah Aset Penting Untuk Kelestarian
Kehidupan Semua. Diakses daripada Malaysia Aktif:
https://malaysiaaktif.my/2020/03/setiu-wetlands-khazanah-aset-penting-
untuk- kelestarian-kehidupan-semua/
Bernama. 2022, Ogos 6b. Lindungi Taman Negeri Setiu Wetlands dengan baik - Ahmad
Samsuri. Diakses daripada BH Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/985043/lindungi-taman-
negeri- setiu-wetlands-dengan-baik-ahmad-samsuri
Jamilah Mohd Salim, Gaik Ee Lee, Muhamad Razali Salam, & Salwa Shahimi. (2020). A
checklist of vascular plants and uses ofsome species for livelihood-making inSetiu
Wetlands, Terengganu, Malaysia. PhytoKeys 160, 7–43.
Mohd Taha Yaacob. (2023, Julai 7). Setiu Wetlands Jana Ekonomi Setempat. Diakses
daripada Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/7602/edisi/terengganu/setiu-wetlands-
jana-ekonomi-setempat

18

You might also like