You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 3 TAHUN 3

TUGASAN 4 – PENULISAN LAPORAN REFLEKTIF

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASIF BIN MOHD ASRI


ANGKA GILIRAN : 2020092340211
NO KAD PENGENALAN : 011022030969
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 6
KOD DAN NAMA KURSUS : PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
(LASS3013)
NAMA PENSYARAH : ENCIK SAZLI BIN AZIZ @ ABDUL AZIZ
TARIKH HANTAR : 13 JULAI 2023
NO. TEL : 013-2775807

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 13/7/2023


Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian dan
syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana memberi kekuatan kepada saya dalam
usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Sazli bin Aziz@Abdul Aziz


selaku pensyarah bagi kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) yang telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga
segala tunjuk ajar dan pengorbanan tuan kepada saya akan dibalas oleh Allah. Selain itu,
saya mendedikasikan ucapan terima kasih kepada pusat pengajian Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail kerana telah membekalkan dan menyediakan pelbagai
kemudahan kepada saya dalam usaha melengkapkan tugasan kerja kursus ini dengan
efisien.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan kepada keluarga saya


terutamanya ibu saya, Mazidah Binti Ali dan bapa saya, Mohd Asri Bin Ab Rahman yang
menjadi tulang belakang dan sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, tidak dilupakan kepada semua sahabat yang telah
membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung
dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

1
Kandungan Muka Surat

Penghargaan 1

Isi Kandungan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Analisis Pengalaman 3-6


2.1 Keunikan Setiu Wetland
2.2 Aktiviti-aktiviti yang dijalani semasa di Setiu Wetland

3.0 Cadangan Penambahbaikan 6-7

4.0 Kesimpulan 7

Rujukan 8

2
1.0 Pengenalan

Tanah lembab atau wetland merupakan khazah semulajadi yang penting dalam ekosistem.
Kewujudan kawasan ini telah memberi manfaat yang begitu besar kepada keseimbangan
ekosistem semulajadi termasuk kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini kerana tanah lembab
menjadi sumber yang diperlukan oleh semua hidupan dan habitat di bumi.Secara umumnya,
menurut Muhammad Najit et.al (2004), kawasan lembab ini merupakan kawasan yang
menjadikan air sebagai faktor utama yang mempengaruhi kawasan dan jenis-jenis flora dan
fauna serta hidupan liar didalamnya. Oleh itu, wajarlah pihak berwajib melaksanakan
pengurusan tanah lembab sebaik mungkin bagi menjaga dan memulihara ekosistem dan
habitat yang mendiami kawasan ini.

2.0 Analisis Pengalaman

2.1 Keunikan Setiu Wetland

Setiu Wetland ialah satu kawasan paya bakau yang terletak di Kampung Mangkok,
Setiu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini dikenali sebagai salah satu kawasan paya
bakau terbesar dan penting di Malaysia. Ia terletak di muara Sungai Setiu, di sebelah
timur Laut China Selatan. Setiu Wetland mempunyai pelbagai ekosistem dan
merupakan habitat utama untuk pelbagai flora dan fauna. Kawasan ini terdiri
daripada paya bakau, sungai, dan lagun yang bersambung. Paya bakau adalah
ekosistem unik yang memberikan perlindungan kepada pantai daripada gelombang
kuat, tempat pembiakan dan tempat tinggal untuk pelbagai haiwan dan tumbuhan,
serta berfungsi sebagai penapis semula jadi untuk pencemaran.

Setiu Wetland diiktiraf sebagai salah satu daripada enam kawasan penting
untuk burung di Terengganu dan merupakan destinasi yang sesuai untuk peminat
burung. Terdapat lebih daripada 160 spesies burung yang telah dikenal pasti di
kawasan ini, termasuk burung air seperti bangau, camar, dan itik. Kampung
Mangkok sendiri merupakan kampung nelayan tradisional yang berdekatan dengan
Setiu Wetland. Penduduk kampung ini bergantung kepada sumber daya alam seperti
penangkapan ikan dan pengumpulan hasil hutan. Pihak berkuasa tempatan dan
pihak berkepentingan sedang berusaha untuk mempromosikan Setiu Wetland
sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Pelancong dapat menikmati aktiviti
seperti memancing, melancarkan bot tradisional di sungai, dan menikmati keindahan
semula jadi yang ditawarkan oleh kawasan paya bakau ini.

3
Keunikan di Setiu Wetland memberikan banyak pengalaman yang luas dan
sangat berharga. Antara pengalaman yang didapati melalui program lawatan ke
Setiu Wetlands adalah melihat keindahan alam semulajadi. Di Setiu Wetland,
terdapat pelbagai jenis habitat. Antara habitat yang dikunjung adalah paya bakau,
sungai dan lagun. Peserta dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan di
sekitar Setiu Wetland. Di setiap habitat, peserta dapat melihat pelbagai jenis flora
dan fauna yang hidup di kesemua habitat semulajadi tersebut. Keindahan alam ini
dapat memberikan pengalaman yang indah kepada peserta kerana mereka dapat
merasai keunikan habitat serta hidupan yang hidup di Setiu Wetland.

Pengalaman yang kedua adalah peserta dapat melakukan pelbagai aktiviti


menarik yang berkaitan pendidikan dan penerokaan tentang kelestarian alam sekitar
di Setiu Wetland. Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Setiu Wetland. Antara
aktiviti yang disediakan adalah Conservation Cinema, Kepah Hunting, Lokan
Hunting, Adopt a Mangrove Tree, Baked Your Own Satar dan Setiu River Cruise.
Aktiviti ini memberi peluang kepada para peserta untuk belajar tentang kepentingan
konservasi dan perlindungan alam sekitar serta dapat mengetahui tentang kehidupan
masyarakat di sekitar Setiu dari aspek budaya, ekonomi dan gaya hidup. Oleh itu,
peserta dapat merasai bagaimana kehidupan masyarakat di sekitar Setiu.

Selain itu, peserta program lawatan juga berpeluang untuk menyokong alam
sekitar dengan menyumbang dalam program pemuliharaan alam sekitar. Contoh
program ke arah pemuliharaan alam sekitar adalah program penanaman semula
anak pokok bakau dan juga aktiviti membersihkan kawasan paya bakau dari sampah
sarap. Aktiviti memberikan pengalaman yang berharga kepada peserta kerana
aktiviti ini dapat memberi impak yang besar dalam memupuk kesedaran tentang
kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan peserta untuk terus menjaga
alam sekitar.

Pengalaman berharga di Setiu Wetlands ini memberi peluang kepada peserta


untuk melihat keindahan alam semula jadi, belajar tentang kepelbagaian alam
sekitar, dan menyokong pemuliharaan alam. Ia adalah destinasi yang ideal bagi
mereka yang menghargai keindahan semula jadi dan ingin mengenali serta
menyumbang kepada alam sekitar.

4
2.2 Aktiviti-aktiviti yang dijalani semasa di Setiu Wetland

Di Setiu Wetland, pihak pengurusan Setiu Wetland telah menyediakan pelbagai


aktiviti yang menarik dan bertemakan pendidikan kelestarian alam Kesemua aktiviti
yang dijalankan adalah menarik dan memberikan banyak manfaat kepada para
peserta. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kepah Hunting, Lokan Hunting, Adopt
a Mangrove Tree and Mangrove Trekking dan Baked Your Own Satar.

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah aktiviti Adopt a Mangrove Tree. Aktiviti
ini merupakan aktiviti penanaman anak pokok bakau. Anak pokok bakau yang
ditanam adalah dari spesies pokok bakau berus mata buaya. Pokok bakau tersebut
merupakan antara spesies yang terancam. Jadi, aktiviti penanaman ini adalah untuk
memastikan spesies pokok bakau berus mata buaya tidak pupus dan dapat menjaga
kemandirian spesies ini. Sebelum aktiviti penanaman bermula, terlebih dahulu
fasilitator memberikan taklimat ringkas tentang pokok bakau berus mata buaya dan
cara untuk menanamnya serta kepentingan pokok bakau tersebut. Daripada aktiviti
tersebut, peserta dapat tahu tentang penjagaan pokok bakau dan kepentingannya
kepada ekosistem ini.

Aktiviti yang kedua adalah aktiviti Lokan Hunting atau aktiviti mencari kepah.
Aktiviti mencari kepah dijalankan di habitat tanah bencah paya bakau. Habitat ini
merupakan rumah kepada flora seperti pokok nipah dan pokok bakau dan fauna
seperti lokan dan ikan buntal. Seperti aktiviti sebelumnya, taklimat ringkas diberikan
oleh fasilitator. Taklimat tersebut adalah berkaitan dengan cara-cara untuk
menangkap lokan dan mengenalpasti lokan yang matang untuk dimakan. Peserta
dibekalkan kelengkapan untuk menangkap lokan iaitu botol untuk mengisi lokan dan
alat pengukur lokan. Cara untuk menangkap lokan adalah dengan peserta perlu
menggunakan kaki untuk mengesan lokan yang berada di dasar. Apabila berjaya
menangkap lokan, peserta perlu mengukur saiz lokan menggunakan alat pengukur
lokan. Sekiranya, lokan menepati saiz yang sepatutnya, lokan tersebut boleh
dimakan, jika tidak, lokan tersebut perlu diletakkan semula dalam habitat mereka.
Daripada aktiviti Lokan Hunting, peserta dapat mengenalpasti rupa bentuk lokan dan
dapat membezakan lokan dengan hidupan cengkerang yang lain. Selain itu, peserta
juga dapat mengenalpasti saiz lokan yang matang sekaligus dapat memastikan
kemandirian spesies lokan terjamin

Aktiviti yang ketiga adalah aktiviti Mangrove Trekking atau eksplorasi paya
bakau. Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan dengan spesies pokok bakau yang lain

5
iaitu pokok nipah. Peserta dapat melihat rupa bentuk pokok nipah di habitat ini. Para
peserta menyelusuri kawasan paya bakau sehingga bertemu dengan Sungai Setiu.
Peserta juga melakukan aktiviti menacari siput sedut pada penghujung eksplorasi ini.
Daripada aktiviti ini, peserta dapat mengetahui tentang fakta bahawa pokok nipah
merupakan salah satu daripada spesies pokok bakau. Melalui aktiviti ini jugak,
peserta dapat mengamati keindahan habitat paya bakau sepanjang eksplorasi.
Eksplorasi ini membuka luas mata peserta bahawa setiap hidupan perlulah dijaga
kerana kepentingannya adalah saling berkait antara satu sama lain yang
mempengaruhi kehidupan manusia.

Aktiviti yang keempat adalah aktiviti Kepah Hunting atau aktiviti pencarian
kepah. Aktiviti ini dijalankan di habitat lagun. Daripada aktiviti ini, peserta dapat
mengetahui bahawa bukan kepah sahaja yang tinggal dalam tetapi hidupan
bercengkerang lain seperti kerang dan juga tiram. Aktiviti ini juga mendedahkan
peserta bahawa terdapat hidupan yang tidak boleh dimakan atau beracun. Antaranya
adalah kepah yang mempunyai corak cengkerang yang berbeza. Kepah tersebut
boleh menyebabkan keracunan kepada sesiapa yang memakannya. Hal ini kerana
kepah tersebut menyerap terlalu banyak toksin sehingga toksin tersebut berada
dalam kepah. Oleh itu, aktiviti ini menjadikan peserta lebih berhati-hati dalam memilih
hidupan bercengkerang untuk dijadikan sebagai sumber makanan.

Aktiviti yang kelima adalah aktiviti Baked Your Own Satar atau aktiviti
membakar satar. Melalui aktiviti ini, peserta diterangkan tentang resepi satar, cara
membungkud satar dan cara membakar satar. Peserta dapat mengetahui tentang
bahan-bahan yang digunakan untuk membungkus satar iaitu daun pisang, isi satar
dan lidi pencucuk. Semasa aktviti berlangsung, fasilitator menunjukkan demonstrasi
membungkus satar sambil diikuti oleh peserta. Peserta juga dapat belajar bahawa
satar merupakan sumber ekonomi bagi kebanyakan rakyat Terengganu. Daripada
aktiviti ini secara keseluruhannya peserta dapat menikmati gaya hidup masyarakat
setempat walaupun hanya sekejap sahaja.

3.0 Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan

Cadangan penambahbaikan aktiviti yang boleh dilakukan adalah menambaik baik aktiviti
satar. Pihak pengurusan boleh menambah slot aktiviti iaitu membuat isi satar. Aktiviti ini
boleh boleh meningkatkan produktiviti satar. Hal ini kerana generasi muda dapat
mempelajari tentang pembuatan satar sekaligus dapat melahirkan generasi pembuat satar
yang lebih muda dan bertenaga. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi berasaskan satar.

6
Selain itu juga, aktiviti membuat isi satar ini dapat menarik minat pelancong dari negara lain.
Aktiviti ini mampu membawa nama makanan tradisional Terengganu ke peringkat
antarabangsa. Hal ini kerana pelancong asing ini akan mengkomersilkan makanan ini
kepada negara mereka. Justeru itu, permintaan satar akan semakin meluas dan mampu
menjana ekonomi penduduk setempat secara maksima.

Cadangan yang kedua adalah dengan menyediakan kemudahan dan fasiliti yang
lengkap. Hal ini kerana, setelah melakukan aktiviti, peserta perlu membersihkan diri. Namun
begitu, kemudahan dan fasiliti yang disediakan adalah tidak memuaskan kerana
menimbulkan kesukaran kepada para peserta untuk aktiviti kendiri. Oleh itu, sebagai
cadangan penambahbaikan, pihak pengurusan perlu memastikan kemudahan yang
disediakan adalah yang terbaik dan dapat memberi keselesaan kepada orang ramai. Tanpa
kemudahan yang selesa, pusat tarikan ini sukar untuk dikunjungi oleh pelancong luar akibat
daripada kesukaran tersebut. Oleh itu, pihak pengurusan perlulah peka supaya menambah
baik kemudahan yang sedia ada untuk memastikan kelancaran program lawatan Setiu
Wetland.

4.0 Kesimpulan

Secara rumusannya, keunikan Setiu Wetland ini merupakan satu perkara yang sangat luar
biasa kerana Setiu Wetland adalah kawasan tanah lembab yang mempunyai pelbagai
habitat yang sukar untuk ditemui di bumi ini. Pihak pengurusan Setiu Wetland juga
memainkan peranan yang penting dalam memupuk masyarakat untuk terus memelihara
alam sekitar dengan menyediakan pelbagai aktviti yang menarik dan berkesan dalam
menjaga alam sekitar. Keberkesanan aktiviti ini telah mengubah persepsi peserta tentang
alam sekitar sekaligus melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar. Justeru itu,
wajarlah Setiu Wetland ini dijaga dan diteruskan untuk memberi kesedaran kepada generasi
masa hadapan tentang kepentingan keseimbangan ekosistem.

7
Rujukan

Gregory, R. (2005). Survival of the wettest: The Setiu Wetlands of Terengganu. Dilayari pada

16/6/2023 from http://www.wildasia.org/main.cfm/support/The Setiu Wetlands.

Hafifah Abu Bakar & Nik Hashim Nik Mustapha. (2003). Analisis Ekonomi Sumber Utama

Hutan Paya Bakau : Kajian Kes di Larut Matang Perak. Kertas Kerja International

Seminar : Sustainable Economic And Business Development in Era of Globalisation ,

Bangi Selangor , 13-14 Oktober 2003.

KUSTEM (2002). The proposal for converting Setiu Wetlands, Terengganu as a state
heritage

park. Kuala Terengganu, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM): 28

Mohd Lokman Husain & Sulong Ibrahim. (2001). Mangroves of Terengganu.


Terengganu:

Mangrove Research Unit, Institute of Oceanography KUSTEM & Forestry


Department

Muhammad Najit et.al. (2004) Prospek, Cabaran dan Halangan Taman Warisan Marin Setiu;

Satu Tinjauan Umum.

Muhammad Rusdi Mohd Nasir. (2004). Potensi Persekitaran Lanskap Paya Bakau
Kuala

Sungai Merbok, Sungai Petani Kedah sebagai Kawasan Pelancongan Mesra Alam.

Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004, 3-4 Julai 2004. UPSI,

Tanjong Malim

8
9

You might also like