Professional Documents
Culture Documents
Nota Iee Complete
Nota Iee Complete
NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2022
NO KOD
NO KOD JPK
TAJUK : PERATURAN MS IEC 60364
PENERANGAN :
Perkembangan pesat yang ditimbulkan oleh cabaran globalisasi memberi kesan besar
terhadap sistem perundangan industri di negara kita. Maka satu paiwaian khusus telah
dibentang diperingkat antarabangsa bagi mewujudkan paiwaian yang akan digunapakai di
Malaysia agar perkembangan industri Elektrik dan Elektronik di Malaysia sama taraf dan
sistem perundangan sejajar dengan peraturan-peraturan lain yang telah digunapakai
diperingkat antarabangsa.
Peraturan MS IEC 60364 dan Peraturan IEE adalah merupakan sebuah peraturan yang
diguna pakai untuk menentukan keseragaman dan mutu sesubuah pemasangan bagi
pendawaian elektrik. Perbezaan yang ketara ialah MS IEC 60364 diguna pakai diperingkat
Antarabangsa manakala Peraturan IEE hanya diguna pakai di Negara bekas Jajahan British.
Berikut adalah disenaraikan perbezaan peraturan-peraturan berkenaan :
Definisi
IEC 60364 “Electrical Installation of Buildings” was adopted as a Malaysian Standard (MS) in
1996.
PERBEZAAN MS IEC 60364 DAN IEE
A Scope Residential, industrial, commercial Covers all installation not in exclusion list.
agricultural, horticultural premises, Similar listing of coverage as per
pre-fab buildings, construction sites, MSIEC60364.
marinas etc. External consumber
installation, extension, alteration
etc.
Exclusion list Traction equip., motor vehicles, Traction equip., moto vehicles,
Ship, aircraft, street lightings, Ship, aircraft, ships, motor vehicles, off
mines, RF suppressor, electric shore installations, aircraft, mines, lightning
fence, lightning etc. Public lifts.
distribution system, generation,
transmission
Voltage Up to 1kVa.c. or 1.5Vd.c. Extra low voltage & low voltage
ranges
Gen. terms General terms contained in Part 1 Similar to MSIEC. Definition of arm’s reach
Annex B exactly the same.
Earthing Definition of TNC, TNS, TNC-S, Definitions of earthing system exactly the
system TT, IT system with definitions same but with less illustrative case.
extended to DC systems.
No Subject MSIEC60364 BS7671 (IEE 16th Edition)
Cables buried No specific prescription on on Wiring shall be installed within 150mm from
in wall wiring in wall/partition. top of wall or partition.
Wiring concealed in structure but No specific prescription.
not fixed may follow the shortest
possible route.
Thermosetting/ Use the words “XLPE”, “PVC” and Use the words “Thermosetting”, “PVC” and
Thermoplastic “EPR” “rubber insulated”.
L Earthing Arrengement
Part Part 5-54 Part 5 Chaper %4
Water pipes Use of water pipes as earth Water pipes are not allowed to be used as
electrode are left to the discretion earth electrodes.
of national committees
Alum as No specific restriction (left to the Prohibits the use of aluminum or copper clad
protective discretion of national committees. aluminum as protective bonding conductors.
bonding
Protective Allows aluminium of appropriate Protectice conductor of 10mm² or less shall
conductors cross sectional area. be exclusively copper.
Fuse for auto- Cross reference to IEC269-3 for Semi-enclosed fuse with table showing rating
isolation types of fuse. and wire diameter included.
N Initial Veritifications
Coverage MSIEC do not have equivalence but Other Chapters of Part 7 covers:
may be included in future edition. Periodic inspection &
testing
Certification and
Reporting
Content Similar description of tests and inspection to be carried out.
Illustrations of test methods are No illustrations.
included in Annexes.
O Other Comments
L Earthing Arrengement
N Initial Veritifications
Coverage Covers testing and verification Chapte 71 has the same scope as the MSIEC
during and after erection only. but Part 7 taken as a whole has increase
coverage.
No. & TAJUK
PENGALAMAN LE1 Install surface single phase wiring
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK TASK 02.01 – Carry-out single phase surfaca wiring
TUGASAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan apakah jenis –jenis sistem pendawaian yang digunakan
di malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya serta aksesori peralatan pendawaian.
PENERANGAN
SISTEM PENDAWAIAN
Takrif-Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik ,termasuklah pengalir penebat
dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori –aksesori elektrik .
Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis-jenis perlindungan
mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis – jenis penebat kabel yang digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah- kaedah
pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap
sebagai unggul dibawah semua keadaan.
48
Code No. B01-01-04-LE1-IS1 Muka : 2 drp : 14
Faktor pemilihan
Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan .Sebaliknya
sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –pekara yang perlu diperhatikan adalah
seperti berikut
Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia bergantung
kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi .berikut
ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan
1) Sistem permukaan
2) Sistem tersembunyi
3) Sistem penyokong katenari
4) Sistem konduit
5) Sistem sesalur
6) Sistem salur
7) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
8) Sistem kabel penebatan mineral pelapik plumbum
49
Code No. B01-01-04-LE1-IS1 Muka: 3 drp : 14
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam satu
pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan
tambahan .
Ciri-ciri pemilihan
Berikut adalah beberapa cirri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan
Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel yang
dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan
mekanikal .Jenis kabel yang sesuai digunakan di banggunan rumah kediaman adalah kabel bersalut
pvk atau getah.
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip kepermukaan
dinding atau siling .Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada
jenis logam .Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibanggunan batu atau simen kabel akan
diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling
Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip
yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong
Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual ( 1a )
50
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 4 drp : 14
Jadual 11A
Jarak maksimum bagi klip
Garis Kabel beperisai Kabel penebat
pusat Kabel getah tanpa perisai mineral salut
pvk kuprum atau
atau plumbum - bersalut salut aluminium
Ke
seluruh umum Dalam kawalan
an
Men Memu Mend Memu Mend Memu Mend Memu
Kabel datar gak atar gak atar gak atar gak
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
9 250 400 600 800
9 15 300 400 350 450 900 1200
15 20 350 450 150 250 400 550 500 2000
20 40 400 550 450 600
Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik, maksima 12
kabel boleh diklipkan bersama.
3. Harga pendawaian.
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu
matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara
ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang
mudah diperolehi.
51
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 5 drp : 14
6. Harga pendawaian .
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu
matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara
ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang
mudah diperolehi.
8. Keadah khusus .
Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti
keadan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan
yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.
9. Masa menyiapkan.
Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat
daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu
diambil kira.
52
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 6 drp : 14
ALATAMBAH PENDAWAIAN
2. Pada kedua-dua terminal tedapat spring yang membolehkan terminal tersebut memberi satu
sambungan yang berkesan kepunca lampu.
3. Terdapat dua jenis pemegang lampu iaitu jenis pendant dan betten. Jenis pendent biasanya
disambung ke ros siling dengan menggunakan kord boleh lentur .Manakala jenis batten
dipasang terus kepermukaan dinding atau siling .
4. Bahan buatan bagi membentuk sesuatu pemegang lampu mestilah daripada jenis bahan
penebat yang baik dan mampu untuk menanggung arus beban .Pada kebiasanya pemegang
lampu diperbuat daripada baklit atau tembikar.
53
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 7 drp : 14
1. Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi
250 volt.
2. Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh dicapai
semasa berdiri dari atas logam yang dibumikan hendaklah di bumikan
(a) dibekalkan atau didalam pemegang lampu itu ,
(b) diliputi dengan penebat sepenuhnya
3. Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas (perintang
haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135°C.
4. Pemegang lampu yang mempuyai sentuhan luar atau berskru ,punca sentuhan luar itu hendaklah
disambungkan kepunca neutral.
5. Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempuyai lebihan arus dengan kadaran
yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.
6. Pemegang lampu jenis pendent mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara pelepasan
ketegangan bagi kord boleh lentur.
JADUAL 55B
Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu
54
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 8 drp : 14
• Soket alur keluar ialah alat yang mempuyai beberapa sesentuh pembawa arus yang tetap dan
disambungkan kepada pemasangan pendawaian tetap
• Kegunaannya ialah untuk membolehkan alat elektrik mudah alih disambung klitar akhir
dengan menggunakan palam yang sesuai . Saiz piawai soket alur keluar mengikut piawai
british (BS) adalah seperti berikut:
BS 1363 13 A
BS 546 2A , 5A , 15A , 30A
BS 169 5A , 15A , 30A .
BS 1778 15A
BS 4343 16A , 32A , 63A , 125A.
55
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 9 drp : 14
1. Punca bumi setiap soket alur keluar mestilah disambung kepengalir keterusan bumi litar akhir
kecil
2. Soket alir keluar tidak dibenarkan dipasang dalam bilik yang mengandungi air pancut dan
kolah mandi
3. Bila soket alur keluar dipasang dalam lantai usaha perlindungan hendaklah dibuat agar
semasa membersihkan lantai atau membasuh lantai tidak akan berlaku renjatan elektrik
4. Bila soket alur keluar dipasang didinding , ketinggian minimum ialah 150mm dari lantai 150mm
dari permukaan kerja.
5. Soket alur keluar tidak boleh digunakan pada voltan bekalan yang melebihi 250 volt kecuali ia
dibuat khas.
6. Soket aluar keluar untuk kegunaan alat perkakas seisi rumah mestilah daripada jenis BS
1363.
7. Bilangan soket alur keluar boleh disambung dari satu litar akhir, jika perlu rujuk BAB LITAR
PENGGUNA
Palam (plug)
• Palam ialah satu alat yang mempuyai beberapa pin sesentuh yang akan disambungkan ke
kord boleh lentur dan boleh dihubungkan ke soket alur keluar .
• Kegunaan kegunaanya adalah sebagai bahan boleh bergerak yang bersambung kepada alat
elektrik mudahalih dengan kord atau kabel boleh lentur. Saiz piawai bagi palam mengikut
piawai British (BS) adalah sama dengan saiz piawai soket alur keluar.
1. Palam diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar seperti bakelit atau tembikar.
2. Ia mempuyai dua atau tuga pin yang diperbuat daripada bahan fosfor-gangsa atau loyang keras,
pepejal atau berlurah dan dalam bentuk bulat atau leper. Pin bagi punca bumi akan menyentuh
dahulu daripada pin yang lain.
3. Terdapat juga pengepit kord boleh lentur, tujuannya ialah supaya kord boleh lentur tidak akan
terkeluar dari palam apabila punca sambungannya terputus.
4. Bagi palam berfius biasanya fius didalamnya adalah jenis fius katrij iaitu BS 1362 dengan arus
nominal fius tersebut ialah 13A.
56
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 10 drp : 14
1. Setiap palam yang mempuyai fius mestilah tidak bleh dibalik-balikan dan direka agar fius itu
tidak boleh menyentuh pengalir perlindungan litar
2. Palam tidak boleh digunakan pada voltan bekalan (nomonal) yang melebihi 250 V
3. Cara sambungan pengalir kord atau kabel boleh lentur pada terminal palam boleh dirujuk di BAB
PENGALIR DAN KABEL
Ros siling
• Ros siling ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari sana ia
disambungkan kekord atau kabel boleh lentur untuk sambungan kebeban seperti lampu ,
kipas siling dan sebagainya.
• Saiz piawai ros siling mengikut piawai British BS 67.
• Ros siling biasanya mempuyai 2 , 3 atau 4 pelit terminal untuk sambungan kabel litar dan
kord boleh lentur.Badan ros siling diperbuat daripada bahan penebat yang teguh iaitu bakelit
atau porselin.
57
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 11 drp : 14
Suis
• Suis adalah satu alat mekanikal yang boleh memutus, membawa dan menyambung arus litar
secara manual dalam keadaan normal .
• Saiz piawai suis yang digunakan di pemasangan domestik mengikut piawai british BS 3676.
• Suis digunakan didalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal.
• Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan dewasa ini yang berbeza-
beza dari segi bentuk , kawalan dan sebagainya .Diantaranya ialah seperti berikut:
(i) Suis sehala
(ii) Suis dua hala
(iii) Suis peantaraan
1. Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan
daripada arus beban yang mengalir melaluinya .Biasanya bahan yang digunakan ialah darijenis
baklit
2. Terdapat dua terminal atau lebih terminal (bergantung kepada jenis suis ) bagi punca
sambungan diantara pengalir fasa bekalan dan beban
3. Kendalian pemutusan suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambung dan putus cepat (quick make
and brake) dan celah mikro Pemutusan jenis sambung dan putus cepat, tangkai togel suis
dapat dikendalikan dengan cepat dan pantas.Tujuan ialah untuk mengelakan terbentuknya arka
ketika pemutusan berlaku .Suis jenis ini biasanya ketika menutup dan membuka akan
mengeluarkan bunyi yang kuat
4. Pemutusan secara bukaan celah mikro , tangkai togel suis hanya membuka sesentuh dengan
jarak yang kecil iaitu 6mm dan cara ini hanya sesuai untuk kawalan litar arus ulang alik . Suis
jenis ini dikendalikan dengan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.
5. Jenis bentuk badan suis adalah seperti berikut
(a) jenis permukaan (tumbler dan flush ivory)
(b) jenis semi tersembunyi
(c)jenis tarik atau siling
(d) jenis khusus untuk pemasangan dalam sistem konduit
58
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 12 drp : 14
1. Dipepasangan bekalan dua dawai satu daripada kutubnya berbumi , semua fius dan alat
kawalan satu kutub mestilah disambung kedawai hidup sahaja
2. Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
3. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah
diasingkan dariada peralatan tersebut kecuali pengalir hidup suis hendaklah sependek-pendek
yang boleh dan dihadang disekelilingnya
4. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan ditempat yang tidak mudah
dicapai oleh pengguna
5. Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang
daripada dua kaliganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar
6. Sekiranya suis tersebut digunakan untu mengawal lampu filamen dan discas , arus nominalnya
mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lanpu filamen dan duakaliganda jumlah arus
tetap bagi lampu discas.
Papan agihan
• Papan agihan adalah satu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir, ini termasuklah pengalir
fasa, neutral dan bumi.
1. Badan papan agihan diperbuat daripada kotak kayu atau kotak logam
2. Didalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius , terminal neutral dan terminal
bumi .
3. Terminal-terminal ini hendaklah dibuat agar tidak tersentuh antara satu sama lain Kadar arus
nominal fius dalam papan agihan bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir.
59
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka : 13 drp : 14
4. Papan pengagihan hendaklah dipasang dalam kotak bertutup ditempat yang mudah
diperiksa dan tertulis :
5. Papan agihan yang tidak bertutup dibelakangnya hendaklah dipasang dipermukaan yang
tahan kebakaran atau lain-lain agar ia tetap tertutup rapi.
60
Code No. B01-01-04-LE1-IS1a Muka: 14 drp : 14
Soalan
8. Apakah jenis kabel yang digunakan bagi sesuatu sistem pendawaian permukaan?
Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN
EDISI KEDUA,
ABD.SAMAD HANIF.,DBP 2000,
61
No. & TAJUK
PENGALAMAN LE1 Install Surface Single Phase Wiring
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK TASK 02.01 – Carry-Out Single Phase Surface Wiring
TUGASAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan istilah suis dan jenis –jenis suis yang digunakan dalam
sistem pendawaian yang di malaysia dan cara-cara pemasangan litar loceng serta litar lampu.
PENERANGAN:
62
Code No. B01-01-04-LE1-IS1b Muka: 2 drp : 7
63
Code No. B01-01-04-LE1-IS1b Muka: 3 drp : 7
Peraturan IEE : Ib ≤ In ≤ Iz
1.5mm2
6A
10 mata lampu +
1
kipas
Gambarajah Skema
64
Code No. B01-01-04-LE1-IS1b Muka: 4 drp : 7
Pengiraan :
10 x 100W
240
= 4.17 A
In : 6A (mcb) @ 5A (fius)
4.17A ≤ 6A ≤ 17A
Peraturan IEE
1. Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai dengan alat
perlindungan litar dan perlu berpandukan daripada jadual Peraturan.
2. Bagi menentukan litar akhir lampu discas, jumlah permintaan arus mestilah didarabkan
dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.
3. Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat
perlindungan.
Peraturan JKR
Setiap litar akahir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang arus nominalnya 5A
dan bilangan amaksimum beban yang boleh disambung ialah 10 unit. Setiap unit yang
disambung, permintaan arusnya dinilaikan 100W per pemegang lampu.
65
Code No. B01-01-04-LE1-IS1b Muka: 5 drp : 7
Loceng Elektrik
Loceng elektrik terdiri dari suatu elektromagnet berbentuk U, armatur besi lembut, penukul dan
sebuah gong. Magnet terdiri dari besi lembut dua kutub yang dililit dengan dawai kuprum bertebat
samada berenamel atau di balut dengan sutera, manakala hujung-hujung kutub diketatkan kepada
suatu rangka besi yang bertindak sebagai dening magnet. Armatur adalah sebatang besi lembut
yang disokong oleh satu spring rata di mana ia akan ditarik oleh hujung-hujung kutub apabila arus
mengalir melalui gelung.
Transformer Loceng
Loceng elektrik dikendalikan bukan sahaja dengan menggunakan arus terus, tetapi juga arus
ulang alik. Apabila arus terus mengalir melalui gegelung sesuatu elektromagnet, kutuk magnet
yang berbentuk mempunyai kekutuban yang tetap mengikut likaran arus. Jika arah terus
disongsangkan, kekutuban akan berubah, di mana kutub U menjadi kutub S dan sebaliknya.
Didalam tiap-tiap kes, tindakan magnet ialah untuk menarik armatur dalam usaha untuk
memendekkan lintasan fluks magnet. Dengan ini loceng akan bekerja dengan menggunakan arus
balikan atau ulang-alik. Untuk menjimatkan kos dan kesukaran menggunakan sel-sel primer, litar
loceng boleh di sambungkan dengan bekalan arus ulang-alik melalui transformer menurun.
Transformer loceng adalah murah dan menjimatkan .Voltan primer atau sesalur standard ialah
200 ke 250V dengan pengambilan voltan sekunder untuk jenis kelas A.4,8 dan 12V, dan untuk
kelas B pula 6V.
• Litar akhir dikawal oleh perjalanannya sendiri dari papan agihan dengan alatambah suis
kawalan kutub tunggal, transformer loceng, suis tekan dan loceng.
• Suis kutub tunggal mengawal transformer dan disambungkan pada bahagian masukan,
biasanya gegelung 240V ac.
• Bahagian sekunder transformer, voltan lampau rendah (6V atau 12 V) disambung kepada
suis tekan dan loceng.
• Voltan lampau rendah bertujuan mengurangkan risiko renjatan pengguna keran suis tekan
kebiasaanya terletak di luar.
66
Code No. B01-01-04-LE1-IS1b Muka: 6 drp : 7
1.5mm2
6A
1 bil 1½ hp pendingin udara
1
Gamabarajah Skematik
E
N 12V
240V
L
Loceng /Door Chime
Transformer Loceng
Gambarajah Pendawaian
67
Code No. B01-01-04-LE1-IS1b Muka: 7 drp : 7
SOALAN:
1. Nyatakan 2 jenis kumpulan lampu yang anda tahu serta jenis lampunya?
a.
b.
4. Sebuah lampu tiga filamen 115W ,240V memerlukan arus sebanyak 0.3A dan lampu
nyahcas ,120W ,240V sebanyak 2.5A.kira kadaran arus suis yang digunakan.
6. Nyatakan mengapakah suis loceng disambungkan dengan bekalan voltan lampau rendah?
9. Terangkan dengan bantuan gambarajah binaan sebuah “Door Chime” dan namakan bahagian-
bahagiannya.
Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000
68
No. & TAJUK
PENGALAMAN LE1 Install Surface Single Phase Wiring
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK TASK 02.01 – Carry-Out Single Phase Surface Wiring
TUGASAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan istilah litar jejari dan litar gelang yang digunakan dalam
sistem pendawaian yang di Malaysia dan cara-cara pemasangannya berserta dengan litar akhir
pendingin udara.
PENERANGAN:
69
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 2 drp : 10
Soket alir keluar jenis ini arus nominalnya 13A. Boleh dibuat dengan menyambung secara :
Litar Jejari
Dalam suatu litar jejari konduktor berakhir di outlet yang penghabisan. Bilangan outlet dalam litar
adalah 2 soket alir keluar. Bilangan soket tidak terhad dalam luas lantai hingga kepada maksimum
yang dibenarkan (rujuk Jadual A 5), tetapi dalam kes ini akan di tentukan oleh beban yang
dianggarkan dan kekangan prlindungan kejutan.
2.5mm2
16A
1 bil. 13A s.s.a.k
1
20A
2 bil. 13A s.s.a.k
2
Gambarajah Skema
Litar Gelang
Konduktor litar membentuk satu gelang berterusan bermula pada dan balik kepada litar asal.
Konduktor perlindungan litar itu juga disambungkan dalam satu gelung kecuali dimana konduit
logam, penyaluran atau sarung kabel digunakan sebagai satu konduktor perlindungan.
70
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 3 drp : 10
Sulur
Sulur adalah satu cabang kabel disambung daripada litar jejari atau gelang.Terbahagi kepada 2
jenis :
• Sulur tidak berfius
• Sulur berfius
Sulur berfius
• Bilangan sulur tidak terhad
• Disambung pada peti fius
• Kadar fius tidak lebih 13A
2.5mm2
32A
1 10 bil. 13A s.s.a.k
Gambarajah Skema
71
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 4 drp : 10
1. Bagi menentukan jumlah litar akhir dan saiz pengalir hendaklah berpandukan kepada jadual
A 5.
2. Bilangan soket tidak terhad dengan syarat mampu mengendalikan perlindungan arus
lebihan.
3. Kelonggaran kepelbagaian tidak dibenarkan bagi soket BS 4343.
4. Bagi sistem TT, semua soket alir keluar dilindungi pemutus litar arus baki dengan
kendaliannya tidak melebihi 30mA.
1. Setiap pengalir bermula dari satu fius/mcb dalam papan agihan dan disambungkan ke soket
alir keluar dan berakhir dipunca yang sama di papan agihan.
2. Pengalir perlindungan disambung sama seperti pengalir fasa dan neutral.
3. Kapasiti membawa arus kabel tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau
mcb litar.
4. Apabila terdapat 2 atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama, agihan
soket mestilah sama banyak bagi setiap fasa.
5. Alat tetap dalam litar gelang mestilah berfius tidak melebihi 13 amp. Sekiranya ia adalah alat
pemasak elektrik, alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak melebihi 2
meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar berkadar tidak melebihi 16 amp.
6. Alat pemanas, pemanas air takungan lebih 15 literdan pemanas immersion tidak boleh
disambung pada litar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkan bagi beban.
Jadual A 5
72
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 5 drp : 10
1. Penggunaan sistem bekalan TN dan TT hanya untuk palam berfius dan dibuat agar
kedua-kua kutub tidak terbalik sambungan.
2. Kadaran maksimum alat pelindung adalah 32 amp.
3. Semua sulur mesti berfius dengan kadaran tidaka melebihi 16 amp.
4. Bilangan tidak terhad tetapi mampu mengendalikan alait perlindungan.
5. Tidak dibenarkan kelonggaran kepelbagaian bagi sambungan tetap, oleh itu alat
tersebut mestilah dilindungi samada :
• Fius yang kadarannya kurang 16A dan suis yang dipasang pada jarak tidak lebih 2 meter;
atau
• Pemutus litar kadarannya kurang daripada 16A.
1. Kesemua litar BS 4343 kecuali jenis 16A mestilah mempunyai litar akhir berasingan.
2. Bagi soket alir keluar 16A bilangan tidak terhad dengan syarat mampu mengendalikan alat
perlindungan.
3. Kadaran maksimum arus nominal alat perlindungan tidak melebihi 20A.
4. Kapasiti membawa arus kabel tidak kurang dari kadaran alat perlindungan.
5. Beban yang disambung pada soket alir keluar 16A boleh dikira kepelbagaian.
73
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 6 drp : 10
• Alat pemasak disambungkan dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke soket
alir keluar.
• Alat pemasak lebih daripada 3kW tidak boleh dianggap mudahalih dan disambung
menggunakan litar akhir tersendiri.
• Alat kawalan pemasak adalah jenis suis dua kutub.
4.0mm2
2.5mm2
16A
1 bil cooker tidak lebih 3 kW
1
32A
2 1 bil. Cooker tidak melebihi 8 kW
Gambarajah Skema
• Litar akhir pemanas dikawal oleh perjalanannya sendiri dari papan agihan ke suis kawalan
dan berakhir di siling ros tiga plat/punca.
• Alat pemanas disambungkan dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke siling
ros tiga plat/punca.
• Litar akhir mesti dilindungi dengan pemutus litar arus baki dengan kepekaan 10mA.
• Suis kawalan pemanas air adalah jenis suis dua kutub.
74
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 7 drp : 10
4.0mm2
16A
1 1 bil alat pemanas tidak lebih 1.5 kW
Gambarajah Skema
Ringkasan
• Penggunaan gelang dan litar jejarian boleh memberikan pereka bentuk lebih keboleh lenturan
apabila merancang sesuatu pemasangan. Litar gelung akhir boleh membenarkan sebilangan
besar soket outlet untuk disambungkan kepada litar tunggal.
• Bagaimanapun pengawasan perlu diambil kira bagi memastukan bahawa litar itu tidak
dilampau bebankan dan saiz kabel yang betul digunakan berhubung dengan saiz dan jenis
alat perlindungan arus lebih. Litar akhir jejarian tidak membentuk satu gelang yang lebih
besar.
• Pada amnya soket outlet tidak dibenarkan digunakan dalam bilik mandi, kecuali soket
pencukur jenis BS 3025 yang mengabungkan transformer memencil lilitan kembar.
• Litar pemasak adalah relatif kepada jumlah beban pemasak. Jarang-jarang sekali pemasak
itu dipasang pada satu masa ,dengan termostat dan simerstat berkerja terus, suatu formula
boleh digunakan untuk menentukan suatupermintaan arus yang dianggap kurang daripada
jumlah beban.
Pendingin udara beroperasi dengan penggunaan 2 motor elektrik iaitu untuk penghembus udara
(blower fan) dan pemanpat (compresor). Dari peraturan I.E.E/ J.B.E telah mengkhususkan bahawa
setiap motor yang berkadar lebih daripada 0.35 kilowat mestilah mempuyai penghidup motor yang
membolehkan ia di mula dan dihentikan.
Sebuah penghidup yang paling mudah ialah satu bentuk yang boleh menyambungkan dan
menanggalkan punca-punca motor dari talian. Ia hendaklah dibekalkan dengan satu perlindung
beban lampau bagi motor tersebut.Unit kawalan pendingin udara dibahagikan beberapa bahagian
yang memainkan peranan seperti yang dikehendaki bagi sebuah pemula / penghidup motor elektrik.
75
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 8 drp : 10
Punca kuasa untuk pendingin udara yang berkuasa lebih daripada 0.5 kuasa kuda diambil dari
satu alat kawalan yang terkandung bersamanya:
• Suis kutub yang digunakan dalam alat kawalan ini bertujuan mengadakan kemudahan
pengasingan bagi litar tersebut.
• Pemula motor yang digunakan adalah jenis Pemula Talian Terus (Direct On Line
Starter).Tujuan penghidup ini dipasang adalah:
i) menghadkan atau mengelakan dari motor lampau beban .
ii) motor hidup dengan sendiri selepas kegagalan bekalan.
• 2 komponen penting yang terdapat dalam pemula ialah penyentuh (contactor) dan genganti
lampau beban (thermal overload relay).
• Penyentuh mengadakan kemudahan perlindungan tanpa voltan (no volt protection ) yang
berfungsi mengelakan motor dari hidup dengan sendiri selepas kegagalan bekalan. Sesentuh
tambahan disambung secara selari dengan penyentuh sebagai suis punat tekan hidup( On
push button ) bagi alat kawalan tersebut.
• Geganti beban lampau digunakan bagi menghadkan arus kendalian pendungin udara bagi
mengelakan beban lampau yang berpanjangan berlaku . Tatahan yang tedapat pada geganti
tesebut dibuat .1.2 kali arus nominal alat pendingin udara . Sesentuh sentiasa tertutup
(Normally close contact) kadang-kala digunakan sebagai suis berhenti (Off swicth ) bagi
pemula .
• Soket alirkeluar 15 Amp adalah punca kuasa yang disambungkan kepada pendingin udara.
Alat ini mengadakan kemudahan pengasingan bagi kerja-kerja baik pulih yang mungkin
dilakukan kepada alat pendingin udara tersebut .
6.0mm2
4.0mm2
16A
1 1 bil 1½ hp pendingin udara
32A
2
Gambarajah Skema
76
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 9 drp : 10
E N L
No Volt coil
C (Penyentuh)
Holding Relay
15 A Soket Outlet
Operasi Litar:
Apabila suis punatekan mula (On push button) di tekan, gegelung tanpa voltan (No volt coil) akan
mendapat tenaga elektrik. Sesentuh tambahan sentiasa terbuka yang disambung selari dengan
punat tekan mula akan menutup. Jika punat tekan henti (Off push button) di tekan, gegelung akan
kehilangan tenaga elektrik. Jika terdapat kelebihan arus dimotor, geganti beban lampau akan
bekerja yang mana boleh menyebabkan litar terputus memberikan pelindung pada motor. Kadaran
arus yang ditetapkan pada beban lampau adalah 125% dari pada arus mula bagi sesebuah motor
pemampat tersebut.
77
Code No. B01-01-04-LE1-IS1c Muka: 10 drp : 10
SOALAN.
1. Nyatakan 2 jenis litar soket alir keluar yang anda tahu dan nyatakan kelebihan setiap satunya.
4. Mengapakah litar gelang selalu digunakan semasa mendawai soket alir keluar yang banyak?
5. Terangkan bagaimana prosedur atau cara-cara memasang soket alir keluar di bilik mandi.
7. Nyatakan 3 peraturan IEE yang berkaitan dengan litar akhir pendingin udara?
8. Namakan alat-alat perlindungan yang ada bagi penghidup motor sesebuah pendingin udara.
Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000
78
No. & TAJUK
PENGALAMAN LE1 Install Surface Single Phase Wiring
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK TASK 02.01 – Carry-Out Single Phase Surface Wiring
TUGASAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang pengenalan jenis-jenis kabel elektrik dalam sukatan
unit 79lectr dan anda juga akan didedahkan tentang peraturan IEE/JBE yang berkaitan
PENERANGAN:
• Kabel merupakan sambungan yang perlu diantara mesin yang menjana tenaga elektrik
dengan radas yang menggunakannya. Kabel-kabel ini terdiri dari pelbagai saiz dan jenis.
• Keperluan penting bagi satu kabel ialah kabel itu seharusnya mengalirkan tenaga elektrik
dengan cekap, selamat dan murah.
• Untuk maksud ini kabel seharusnya tidaklah begitu kecil sehingga mempunyai susutan voltan
yang besar. Kabel pula tidak terlalu besar sehingga melibatkan perbelanjaan yang besar bagi
menyediakanya.
• Penebatan hendaklah sebegitu rupa sehingga boleh emngelakkan kebocoran arus dalam
arah-arah yang tidak dikehendaki, dan dengan itu mengurangkan risiko kebakaran dan
renjatan.
- pengalir
- penebatan
- perlindungan mekanik
79
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 2 drp : 9
Pengalir
• Satu bahan yang membenarkan pengaliran 80lectron bebas atau arus secara bebas.
• Jenis pengalir yang biasa digunankan:
- perak
- Kuprum
- Akuminium
- Timah
- Plumbum
Perak
• Suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa.
• Digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam komponen elektronik.
• Nilai kerintangannya ialah 16µΩ/mm.
Kuprum
• Suatu pengalir kedua terbaik.
• Biasanya digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang
digunakan dalam pemasangan.
• Nilai kerintangan ialah 17.5µΩ/mm.
Aluminium
• Suatu pengalir yang ringan dibandingkan dengan pengalir lain.
• Digunakan sebagai kabel / dawai talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah.
• Nilai kerintangan ialah 28.4µΩ/mm.
Timah
• Pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk cantuman pangalir kabel.
• Mudah cair apabila dipanaskan.
• Nilai kerintangan ialah 120µΩ/mm.
Plumbaum
• Pengalir dari jenis yang keras.
• Digunakan sebagai penaglir bumi dan pesalut untuk kabel bawah tanah.
• Nilai kerintangan 220µΩ/mm.
80
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 3 drp : 9
Penebat
• Bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluinya dengan mudah.
• Bahan yang biasa gunakan:
- getah
- polivinil klorid
- kertas terisitepu
- penebatan mineral
- bakelit
Getah
• Pebat yang mempunyai rintangan tinggi.
• Biasa digunakan untuk meyaluti pengalir kabel.
• 3 jenis : - getah vulkan (suhu kendalian 60°C)
- getah butil (suhu kendalian 85°C)
- getah silikon ( suhu kendalian 145°C)
• Kebaikan:
(i) Penebat yang baik
(ii) Tidak mudah dimasuki air
(iii) Mudah lentur
• Kekurangan:
(i) Mudah terbakar
(ii) Mudah rosak apabila terkena sinaran matahari
Polivinil Klorid
• Suatu jenis bahan penebat campuran antara plastik dan getah.
• Digunakan sebagai bahan penebat kabel .
• Suhun pengendalian ialah 70°C.
• Kebaikan:
(i) Tahan dari tindabalas kimia dan sinaran matahari
(ii) Tidak mudah terbakar
• Kekurangan:
(i) Mahal
(ii) Tidak mempunyai darjah perlindungan mekanikal yang sama
Kertas Terisitepu
• Bahan penebat yang boleh meresapi lembapan.
• Biasan digunakan unruk penebat kabel bawah tanah.
81
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 4 drp : 9
Penebatan Mineral
• Bahan penebat dari jenis mineral tahan panas, minyak dan sebagainya.
• Contoh mineral – magnesium oksid.
Bakelit
• Penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori elektrik didalam pemasangan.
• Rintangan penebat tinggi dan mampu menghalang arus mengalir melaluinya.
Kabel
• Umumnya adalah satu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam pemasangan
elektrik.
• Satu kabel mempuyai 3 bahagian utama iaitu pengalir, penebatan dan perlindungan mekanik.
Pengalir kabel
Penebat Kabel
• Mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus terkeluar dan disentuh oleh pengguna.
• Pemilihan sesuatu kabel bergantung kepada jenis penebatnya.
82
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 5 drp : 9
Pelindung Mekanikal
• Suatu bahan yang disalut atau dilapikkan sekeliling penebat kabel untuk mengelak kerosakan
ke atas kabel semasa pemasangan dan sepanjang perkhidmatannya.
• Cara atau bahan pelindung mekanikal kabel :
(i) Salutan polivinil klorid
(ii) Salutan getah
(iii) Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai
(iv) Salutan plumbum
(v) Salutan kuprum
(vi) Konduit atau sesalur atau salur
• Teras tunggal
• 2 teras
• 3 teras
• Berbilang teras
• Mempuyai lembaran pengalir yang banyak dan halus bertujuan mudah dilentur.
• Kord boleh lentur (flexible cord) : luas keratan rentas kurang dari 4.0mm2.
• Kabel boleh lentur (flexible cable) : luas keratan rentas lebih dari 4.0mm2.
• Kegunaan kord boleh lentur :
(i) siling ros dan pemegang lampu anting-anting
(ii) plug atau palam dan alat mudah alih.
83
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 6 drp : 9
Pengenalan kabel
3. Bagi kabel penebat kertas pengenalan kabel menggunakan kod teras seperti jadual dibawah.
Pengenalan
Fungsi Kabel
Kod
Fasa R bagi litar tiga fasa 1
Fasa Y bagi litar tiga fasa 2
Fasa B bagi litar tiga fasa 3
Pengalir neutral 0
84
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 7 drp : 9
85
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 8 drp : 9
Kapasiti sesuatu kabel itu membawa arus bergantung kepada faktor-faktor yang berikut:
(a) Suhu ambien
(b) Jenis alat perlindungan
(c) Kedudukan
(d) Kumpulan
(e) Jenis pengalir atau penebat
• Terdapat 2 cara iaitu dengan membuat perkiraan secara Hukum Ohm atau menggunakan
jadual Peraturan IEE (Jadual 4)
• Cara yang tepat dan lazim digunakan ialah dengan menggunakan jadual Peraturan IEE.
• Kaedah yang digunakan :
(i) Kira arus beban; (Ib)
(ii) Kenalpasti kadaran alat perlindungan; (IN)
(iii) Kenalpasti faktor pembetulan; (C )
(iv) Kira kapasiti arus kabel; (IZ)
Ib x l x mV Ib : arus beban
Vd =
1000 l : panjang pendawaian
mV : susut volt / amp / meter
86
Code No. B01-01-04-LE1-IS1d Muka: 9 drp : 9
Soalan
3.Berikan lima langkah kerja yang perlu dilakukan dalam penyambungan S-knots.
Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000
87
No. & TAJUK
PENGALAMAN LE1 Install Surface Single Phase Wiring
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK TASK 02.01 – Carry-Out Single Phase Surface Wiring
TUGASAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan cirri-ciri perlindungan litar akhir dalam pendawaian yang
digunakan di Malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya
PENERANGAN:
Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna
bagi tujuan:
88
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 2 drp : 16
Pengasingan
Fungsinya adalah berbeza dengan suis .Ia dibenarkan memutuskan bekalan semasa litar
membawa arus tetapi tidak seharusnya menghidupkan litar semasa litar yang dikawalnya
sedang membawa arus .
Pensuisan
Suis ditakrifkan sebagai satu peranti yang berupaya menyambung dan memutuskan bekalan .
Suis hendaklah dipasang ditempat yang selamat , mudah dicapai dan mudah untuk membuat
penyenggaraan .
1. Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN
dan TT. Sekiranya terdapat pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah
dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa.
2. Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis:
• Dapat dikendalikan / putuskan litar secara autumatik pada kadar yang ditetapkan.
• Berkeupayaan untuk memutus dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semula.
• Direkabentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia dikendalikan dan
dapat menberikan bekalan tanpa bahaya.
• Arus lebihan ialah nilai arus tinggi dalam sesuatu litar daripada kadar maksima yang
dibenarkan.
• Sebab arus lebihan :
- lebihan arus beban ; 2 sebab iaitu beban lampau dan permulaan arus beban.
- litar pintas; pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuh di antara satu sama lain
89
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 3 drp : 16
1. Alat perlindungan mampu memutuskan arus beban lampau dalam litar sebelum
mengakibatkan suhu tinggi pada penebat, sambungan, tamatan atau sekeliling pengalir.
2. Alat perlindungan mempunyai ciri-ciri:
Ib ≤ In ≤ Iz
Dimana:
Ib : arus rekabentuk
In : kadaran alat pelindung
Iz : kapasiti arus kabel
• Arus berkesan (I2) alat pelindung mesti tidak lebih 1.45 kali I z dimana alat pelindung iaitu
fius BS 88, atau BS 1361, atau pemutus litar BS 3871 atau BS 4752; dan
• Bagi fius BS 3036, In mestilah tidak melebihi 0.725 kali Iz.
1. Alat perlindungan mampu memutuskan arus beban lampau dalam litar sebelum
mengakibatkan kesan kepanasan dan kerosakan mekanikal keatas penagalir dan sambungan
kabel.
2. Kadar kapasiti pemutusan tidak boleh kurang dari arus litar pintas yang mungkin berlaku
dalam litar.
3. Dimana alat pelindung arus beban lampau yang mematuhi ciri-cirinya dan mempunyai kapasiti
pemutusan tidak kurang dari nilai arus litar pintas boleh digunakan untuk melindungi arus litar
pintas.
4. Masa jangkauan bagi arus litar pintas ialah 5 saat.
1. Jenis beban
2. Keupayaan unit perlindungan
3. Suhu sekeliling
4. Alat khas
5. Harga
90
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 4 drp : 16
• Semua bahagian pengalir(logam) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu dibumikan
dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan yang bersesuaian atau pemutus litar bocor
ke bumi kendalian arus.
FIUS
(i) Elemen fius - adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang
berlebihan mengalir melalauinya.
(ii) Arus nominal - ialah arus maksimum yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka
masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau
mencairkan elemen fius.
(iii) Arus fiusan - ialah arus minimum yang boleh mencairkan elemen fius.
(iv) Faktor fiusan - ialah nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.
Arus Fiusan
Faktor fiusan =
Arus Nominal
Jenis-jenis fius
• Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan sebagai alat perlindungan arus lebihan mengikut
piawai british (BS ). Ketiga-tiga jenis iaitu ialah:
91
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 5 drp : 16
• Fius yang boleh didawaikan semula (BS 3036 ) biasanya digunakan di pemasangan
pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian.
Bilah penyentuh Punca sentuhan
Elemen fius
1. Terdapat daripada dawai elemen yng disambung dalam satu penghubung fius yang boleh
dikeluarkan daripada tapak fius.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau daripada
jenis kuprum tulen. Boleh ditukar ganti sekiranya elemen putus.
3. Faktor fiusan adalah dalam kelas R iaitu di antara 1.75 hingga 2.5 kali.
Kebaikan
• Dawai elemen fiusnya paling murah jika dibandingan dengan alat perlindungan lain.
• Senang ditukar ganti.
Kekurangan
• Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat.
• Mungkin digantikan dengan saiz elemen fius yang salah.
• Kapasiti pemutusan rendah
• Fius kartrij biasanya digunakan di dalam palam (plug) 13A bagi alat perkakasan elektrik
atau bagi melindungi meja makmal dari arus lebihan dan ia juga boleh dianggapkan
sebagai fius tambahan daripada fius dalam papan agihan.
92
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 6 drp : 16
Ciri-cirinya
1. terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripadra kaca atau seramik ataupun tembikar.
2. Arus nominal fius ialah 0.15A 0.25A.0.5A. 0.75A. 1A.2A.3A.5A dan 13A.
3. Faktor fiusan adalah dalamn kelas Q1 dan Q2. Q1 iaitu di antara1,25 hingga 1.5 kali Q2 iaitu di
antara 1.5 hingga 1.75
Kebaikan
Kekurangan
• Fius kapasiti pemutus tinggi (BS 1361,BS 88 ) digunakan pada tempat atau beban yang
memerlukan dadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Pada kebiasaannya fius ini mempunyai
arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.
Penyambung
93
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 7 drp : 16
Ciri-cirinya
1. Terdiri daripada satu tiub seramik dengan penutup hujungnya diperbuat daripada logam.bagi fius
jenis BS 88 ia mempunyai tapak penyambung.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi
oleh serbuk nineral.
3. Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
4. Arus nominal fius iaitu BS1631 ialah 5A. 15A.20A.30A.45A.60A.80Adan 100A.bagi arus nominal
fius iaitu BS 88 ialah 6A.16A.25A.30A.63A.100A.160A.250A.400A dan 630A.
5. Faktor fiusan adalah dalam kelas p iaitu 1.0 hingga 1.25 kali.
Kebaikan
Kekurangan
• Paling mahal.
• Mengambil masa untuk mengantikan fius yang baru.
• Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu
• Pemutus litar ( BS 3871 ) ialah satu alat perlindungan arus lebuhan yang mempuntai kadar
kapasiti pemutus yang tinggi. Ia dapat dikendalikan dengan secara 94agnetic94 ataupun
secara manual.
• Terdapat beberapa jenis kendalian pemutus litar di antaranya ialah seperti berikut:
1. Secara mangnetik
2. Secara termal
3. Secara magneto hidraulik
4. Secara elektronik
• Bagi pemilihan jenis kendalian pemutus litar bergantung keadaan dan jenis beban.
• Untuk litar-litar pemasangan pengguna elektrik pemutus litar jenis kendalian 94agnetic dan
terminal yang biasa digunakan.
94
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 8 drp : 16
Jenis Magnetik
1. Dawai gelung dililit sekelili9ng teras A dan hanya memberi kesan atau menjadi elektromagnet
sekiranya arus lebih melaluinya . Arus niminal pemutus litar ini ditetapkan sama seperti arus
nominal fius.
2. Spring ketika di kedudukan “ ON “ adalah dalam keadaan ketegangan dan sekiranya berlaku
arus ia akan berfungsi dengan menarik teras sesentuh.
3. Sesentuh berfungsi untuk menyambung litar.
4. Suis reset berfungsi untuk menghidupkan semula “ ON “ pemutus litar.
Kendalian
• Semasa arus biasa
Arus yang melalui gelung tidak melebihi daripada yang ditetapkan. Dengan ini
elektromagnet yang terhasil tidak memberi kesan kepada teras A dan litar tidak diputuskan.
95
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 9 drp : 16
1. Dwilogam ( dua logam berlainan jenis ) hanya memberi kesan sekiranya arus lebih daripada arus
nominal pemutus litar. Sekiranya arus lebihan berlaku dwilogam akan menjadi panas dan
melentik.
2. Spring ketika di kedudukan “ ON “ adalah dalam keadaan ketegangan dan sekiranya
berlaku arus lebihan ai akan berfungsi dengan menarik teras sesentuh.
3. Sesentuh berfungsi untuk menyambung litar.
4. Suis reset berfungsi untuk menghidupkan semula “ ON “ pemutus litar.
96
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 10 drp : 16
Kendalian
• Semasa arus biasa
Arus yang melalui dwilogam tidak melebihi daripada yang ditetapkan. Dengan ini dwilogam
tidak panas dan litar tidak diputuskan.
97
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 11 drp : 16
• Cuma memutuskan litar apabila berlaku litar pintas dan beban lampau.yang berpanjangan
tidak pada beban lampau sementara.
• Arus kendalian dan masa ekoran dapat ditetapkan.
• Litar boleh disambung semula dengan cepat.
• Tidak mudah rosak dan tahan lama.
SISTEM PEMBUMIAN
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik
dengan jisim bumi. Tujuan asas pembumian ke atas pemasangan dan alat-alat elektrik adalah untuk
keselamatan pengguna dari bahaya renjatan dan kebakaran apabila terjadi arus bocor kebumi.
98
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 12 drp : 16
ISTILAH-ISTILAH PEMBUMIAN
1. Bumi :
Sambungan yang berkesan ke bumi
2. Elekrod bumi :
Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau sebarang benda
berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan.
4. Dawai pembumi :
Pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dengan elektrod bumi atau yang serupa dengannya.
5. Dawai pengikat :
Sambungan sekali secara elektrik untuk membawa arus dan memberi keupayaan yang sama di
antara alat-alat logam yang tidak terlibat dengan pemasangan elektrik.
6. Rintangan bumi :
Rintangan bumi tempat elektrod bumi pengguna ditanamkan.
99
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 13 drp : 16
Elektrod Bumi
Jika impedans gelung rosak kebumi tidak mencapai nilai dikehendaki, nilai rintangan elektrod bumi
perlu dikurangkan dengan menggunakan cara-cara berikut :
100
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 14 drp : 16
Pemutus litar bocor ke bumi jenis kendalian arus digunakan sekiranya memeralukan
perlindungan arus bocor kebumi lebih halus dan putus pada nilai yang ditetapkan. Ia dapat
dikendalikan dalam masa tidak lebih 0.04 saat dengan arus kendalian maksimum ialah 0.25A
(250mA ). Pemutus litar jenis ini tidak boleh digunakan dalam system pemasangan dimana pengalir
neutral dan bumi dicantumkam sekali ( TN-C, pendawaian bumi sepusat ) ini adalah kerana tiada laluan
beransingan bagi neutral dan arus bocor ke bumi, dengan ini tiada perbezaan di antara arus fasa dan
arus neutral. Bagi pemasangan yang menggunakan system TT, semua litar akhir soket alur keluar
mestilah dilindungi oleh alat pemutus litar kendalian arus dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30
mA.
101
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 15 drp : 16
Kendaliannya:
102
Code No. B01-01-04-LE1-IS1e Muka : 16 drp : 16
Soalan :
1. Bagaiamana cara kita dapat mengenalpasti sesuatu litar elektrik yang dikawal oleh mcb telah
mengalami lebihan arus?
3. Apakah jenis pemutus litar yang sesuai digunakan untuk litar mesin kimpalan?
4. Nyatakan nilai tidak boleh di ubah pada pemutus litar jika dibandingkan dengan fius?
Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000
103