You are on page 1of 69

MODUL

TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)

Sains
Tahap II
1
2
16
Mencipta Haiwan Imaginasi 28
40
54
Pengenalan
Modul Pembelajaran ini dibangunkan berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahap II, serta Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) bertujuan membantu guru untuk menyerap elemen-
elemen Pemikiran Komputasional dan TMK ke dalam pengajaran dan
pembelajaran harian. Contoh rancangan pengajaran dalam modul ini
hanyalah sebagai rujukan yang difikirkan sesuai untuk Standard
Pembelajaran kedua-dua Sains dan TMK. Guru boleh merancang sendiri
atau mengubah suai aktiviti mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti-aktiviti dalam setiap unit boleh dijalankan secara berasingan dan


tidak semestinya kesemua aktiviti untuk satu unit dihabiskan dalam satu
masa pengajaran.

Modul Sesuai untuk Penerangan


Unit 1 Tahun 5 Murid akan mengkaji cara haiwan
melindungi telurnya dan memastikan
anaknya terus hidup. Mereka
mendapatkan maklumat daripada
punca yang berlainan (inquiry-based
learning).

Unit 2 Di samping mengaplikasikan kemahiran


pembelajaran berasaskan inkuiri semasa
mengumpul maklumat, murid juga perlu
menyatakan sumber maklumat bagi
menghargai dan mengiktiraf hasil kerja
pemilik maklumat.

Unit 3 Murid mencipta haiwan imaginasi.

Unit 4 Tahun 6 Murid mengeksperimen untuk


menentukan faktor yang mempengaruhi
kestabilan sesuatu struktur.

Unit 5 Selain daripada kemahiran yang sama


dalam Unit 4, murid juga akan
menggunakan Pemikiran Komputasional
untuk menyelesaikan sesuatu masalah –
mencipta binaan yang kuat dan stabil.

01
Unit 1: Haiwan yang Menakjubkan

Standard Pembelajaran Sains


Murid boleh:
3.1.1 Menyatakan maksud kemandirian spesies.
3.1.4 Mengenal pasti cara haiwan melindungi telurnya.
3.1.5 Mengenal pasti cara haiwan memastikan anaknya terus hidup.
3.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang kemandirian spesies haiwan
melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


2.1 Menggunakan pelayar web untuk mencari maklumat dalam bentuk
teks atau imej berdasarkan kata kunci menggunakan enjin carian.
3.1 Menganalisis data melalui pengecaman corak.
4.1 Menghargai hak cipta orang lain.
4.3 Menyatakan sumber maklumat yang diperolehi dalam talian.

Sebelum pembelajaran
• Lampiran 1.1 untuk aktiviti 1.1 – setiap kumpulan satu
• Komputer untuk aktiviti 1.1
• Lampiran 1.2 untuk aktiviti 1.2

Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan


• Enjin carian Aktiviti 1.1: 30 minit
• Perisian persembahan Aktiviti 1.2: 40 minit
• Internet

Pengetahuan Sedia Ada Murid


1. Murid boleh mengelas haiwan mengikut ciri khusus.
2. Murid boleh menggunakan perisian persembahan dan menyisip
kotak teks serta imej.

02
Aktiviti 1.1 – Konsep Asas
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan terdapat
4 orang murid.

2. Menjalankan kajian – masa yang diperuntukkan: 10 minit


Setiap kumpulan akan menjalankan penyelidikan dengan
menggunakan Lampiran 1.1.

3. Setiap ahli akan menjalankan kajian untuk soalan pilihannya.

4. Berkongsi hasil dapatan – masa yang diperuntukkan: 20 minit


(setiap orang murid diberikan masa 5 minit)
Setiap ahli akan mengambil giliran untuk berkongsi hasil carian
mereka.

Aktiviti 1.2 – Persembahan Kumpulan


1. Murid kekal dalam kumpulan yang sama.
2. Murid akan membuat satu persembahan mengenai dapatan
mereka pada Lampiran 1.11.
3. Ciri-ciri persembahan:
• Merancang persembahan tentang kemandirian spesies dengan
menggunakan Lampiran 1.2 sebelum langkah yang berikutnya.
• Menggunakan perisian persembahan seperti LibreOffice –
Impress Presentation atau Google Slides.
• Menggunakan gambar untuk mewakili informasi yang hendak
dipersembahkan.
• Menambah animasi dalam persembahan.
(guru boleh merujuk kepada contoh persembahan yang boleh
dimuat-turun dari: bit.ly/TMK-Sains5-Unit01, nama fail: t5-01.ppsx.
Murid tidak semestinya mengikut contoh persembahan yang
ditunjukkan. Mereka boleh merancang persembahan mereka
berdasarkan kreativiti masing-masing.)

1
Sains: 3.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang kemandirian spesies
haiwan melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
03
Lampiran 1.1

Ahli 1:
Membuat kaji selidik tentang perkara yang berikut2:

a. Spesies

Maksud:

Contoh:

b. Kemandirian spesies

04 2
Sains: 3.1.1 Menyatakan maksud kemandirian spesies
Ahli 2:

Cara haiwan melindungi telurnya:

Haiwan yang Bertelur3

Cara Contoh haiwan

3
Sains: 3.1.4 Mengenal pasti cara haiwan melindungi telurnya.
05
Ahli 3:

Cara haiwan menjaga anak bagi memastikan kemandirian spesiesnya4:

Haiwan yang Bertelur3

Cara Contoh haiwan

4
Sains: 3.1.5 Mengenal pasti cara haiwan memastikan anaknya terus hidup.
06
Ahli 4:

Membuat penyiasatan tentang haiwan-haiwan di bawah5.

Haiwan 1

Cara haiwan 1 membiak:

Bagaimanakah cara haiwan di atas memastikan kemandirian spesies?

5
TMK: 4.3 Menggunakan pelayar web untuk mencari maklumat dalam
bentuk teks atau imej berdasarkan kata kunci menggunakan enjin carian.
07
Haiwan 2

Cara haiwan 2 menjaga anak:

08
Untuk diisi oleh semua ahli kumpulan6:

Setiap kali anda menjalankan penyelidikan, adalah penting untuk


mengetahui di mana anda mendapatkan maklumat yang berkenaan.
Lengkapkan jadual di bawah untuk setiap sumber maklumat yang anda
perolehi.

Sumber 1:
□ Internet
URL :

□ Buku
Pengarang : Penerbit :

Tajuk buku :

□ Majalah
Tajuk : Jilid :

□ Sumber lain :

Sumber 2:
□ Internet
URL :

□ Buku
Pengarang : Penerbit:

Tajuk buku :

□ Majalah
Tajuk : Jilid :

□ Sumber lain :

6
TMK: 4.1 Menghargai hak cipta orang lain.
TMK: 4.3 Menyatakan sumber maklumat yang diperolehi dalam talian.
09
Sumber 3:
□ Internet
URL :

□ Buku
Pengarang : Penerbit :

Tajuk buku :

□ Majalah
Tajuk : Jilid :

□ Sumber lain :

Sumber 4:
□ Internet
URL :

□ Buku
Pengarang : Penerbit:

Tajuk buku :

□ Majalah
Tajuk : Jilid :

□ Sumber lain :

10
Lampiran 1.2

Nama Kumpulan:

Tajuk Persembahan:

Huraian mengenai projek ini:

Kandungan utama:

Kesimpulan:

11
Lampiran 1.1 - Contoh Jawapan

1. Membuat kaji selidik tentang perkara yang berikut2:


a. Spesies

Maksud:
Haiwan atau tumbuhan yang mempunya ciri yang serupa dan
boleh membiak antara satu sama lain untuk menghasilkan anak.

Contoh:
Ular adalah sejenis spesies.
Ular dan kambing merupakan spesies yang berlainan dan tidak
boleh membiak antara satu sama lain.

b. Kemandirian spesies
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya

2. Cara haiwan memastikan kemandirian spesies dengan membiak


melalui:
Haiwan yang Bertelur3
Cara Contoh haiwan
Menyembunyikan Buaya – dalam pasir
telur Belalang – dalam tanah
Cicak – tempat yang tersembunyi dan gelap
Rama-rama – di bawah daun
Siput babi – di celah batu
Bertelur dengan Belalang
banyak Lalat: 500
Nyamuk: 100 – 300
Penyu:110
Kumbang: 30 – 90
Labah-labah
Telurnya diselaputi Katak – lendir berbau busuk
oleh lendir Ikan badut (Clown fish)
Belut – telur yang lutsinar
Salamandar

Mengeram telur Ayam


Penguin
Platipus
Itik betina

Menjaga telur Ular


sehingga menetas Burung
Kuda laut jantan

12
3. Cara haiwan menjaga anak bagi memastikan kemandirian spesiesnya:

Cara Contoh haiwan

Menyusu anak Kucing


Harimau betina
Lembu betina
Orang utan
Ikan paus

Memberi anak Burung


makan Singa betina
Penguin
Gajah betina

Membawa anak Kanggaru betina


di dalam kantung Beruang koala betina
Tasmanian devil

Bergerak dalam Gajah


kumpulan Kuda belang
Zirafah

Membawa anak Ikan kelisa jantan


di dalam mulut Ikan tilapia

Menyerang Ibu ayam


apabila anaknya Kucing
diganggu Singa betina
Harimau bintang betina

13
4. Membuat penyiasatan tentang haiwan-haiwan di bawah.

Haiwan 1

Cara haiwan 1 membiak:


Bertelur dalam kuantiti yang banyak dan memegang telur di antara
flap abdomen dan badan.

Bagaimanakan cara haiwan di atas memastikan kemandirian spesies?


Melindungi telur daripada ancaman musuh atau keadaan yang buruk.
(atau jawapan yang munasabah)

Haiwan 2

Cara haiwan 2 menjaga anak:


Memindahkan anak ke kawasan baharu.

Bagaimanakah cara haiwan di atas memastikan kemandirian spesies?


Menyembunyikan anak daripada musuh.
(atau jawapan yang munasabah)

14
LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 1

Nama Murid

Kelas

Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Catatan
Ya Tidak
1. Murid boleh menyatakan
kemandirian spesies ialah
keupayaan haiwan untuk
mengekalkan spesiesnya bagi
mengelakkan kepupusan.

2. Murid boleh mengenal pasti


melalui pemerhatian
menerusi pelbagai media,
cara haiwan yang bertelur
memastikan kemandirian
spesiesnya.

3. Murid boleh mengenal pasti


melalui pemerhatian
menerusi pelbagai media,
cara haiwan menjaga anak
untuk memastikan
kemandirian spesiesnya.

4. Murid boleh mencari


maklumat daripada Internet
dengan menggunakan kata
kunci yang sesuai.

5. Murid menghargai pemilik


sumber maklumat yang asal
dan memberi kredit kepada
pemilik asal dalam rujukan
mereka.

15
Unit 2: Cara Haiwan Melindungi Diri

Standard Pembelajaran Sains


Murid boleh:
3.1.2 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk
melindungi diri daripada musuh.
3.1.3 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk
melindungi diri daripada cuaca melampau.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


3.3 Meleraikan sesuatu yang kompleks dalam bentuk komponen kecil.

Sebelum pembelajaran
• Lampiran 2.1 untuk aktiviti 2.1 – setiap kumpulan satu
• Lampiran 2.2 untuk aktiviti 2.2 – setiap kumpulan satu
• Lampiran 2.3 untuk aktiviti 2.2 – setiap murid satu
• Komputer

Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan


• Pelayar Web Aktiviti 2.1: 30 minit
• Internet Aktiviti 2.2: 60 minit

Pengetahuan Sedia Ada Murid


1. Murid boleh mengelas haiwan mengikut ciri khusus.
2. Murid boleh menggunakan pelayar web untuk mencari maklumat
dalam bentuk teks atau imej berdasarkan kata kunci menggunakan
enjin carian.

16
Aktiviti 2.1 – Konsep Asas
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan terdapat
4 orang murid.
2. Menjalankan kajian – masa yang diperuntukan: 10 minit
Setiap kumpulan akan menjalankan penyelidikan dengan
menggunakan Lampiran 2.1.
3. Berkongsi hasil dapatan – masa yang diperuntukan: 20 minit
(setiap pasangan murid diberikan masa 5 minit)
Setiap ahli akan mengambil giliran untuk berkongsi hasil
carian mereka.

Aktiviti 2.2 – Menyelidik Ciri-Ciri dan Tingkah Laku Khas


1. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan terdapat
10 orang murid.

TMK Sains Tahap II


2. Menjalankan kajian – masa yang diperuntukan: 30 minit
Setiap kumpulan akan menjalankan penyelidikan dengan
menggunakan Lampiran 2.2.

3. Setiap ahli akan mengambil satu bahagian jadual daripada


Lampiran 2.2 dan catatkan maklumat yang dikehendaki.

4. Gallery-Walk – masa yang diperuntukan: 30 minit


Contoh penyusunan meja:

1 2 3 4 5

10 9 8 7 6

5. Murid meletakkan hasil kajian di atas meja masing-masing.


6. Murid diberikan Lampiran 2.3.
7. Murid kemudian bergerak mengikut arah jam (dari meja 1 hingga
10) dan mencatat satu perkara yang dipelajari7 dari setiap meja.

7
TMK: 3.3 Meleraikan sesuatu yang kompleks dalam bentuk komponen kecil.

17
Lampiran 2.1

• Gunakan jadual di bawah untuk menjalankan penyelidikan secara


berpasangan.
• Setiap pasangan akan memilih salah satu habitat haiwan di bawah.
• Berikan tiga contoh haiwan yang hidup di habitat yang anda pilih.
• Kenal pasti ciri dan/atau tingkah laku setiap haiwan menyesuaikan
diri dalam cuaca melampau di habitat yang terpilih8. Jelaskan
bagaimana penyesuaian yang anda bincangkan melindungi haiwan
tersebut.

Artik Sahel – dekat Gurun Sahara

Gambar diambil dari: Gambar diambil dari:


Feserc/Flickr www.tripadvisor.com

Kumpulan 1

Habitat haiwan
Cuaca tempatan
Ciri dan/atau tingkah laku Bagaimanakah ciri
Haiwan khas haiwan untuk dan/atau tingkah laku
melindungi diri daripada tersebut melindungi
cuaca melampau haiwan berkenaan?

8
Sains: 3.1.3 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan
untuk melindungi diri daripada cuaca melampau.

18
Kumpulan 2

Habitat haiwan
Cuaca tempatan
Ciri dan/atau tingkah Bagaimanakah ciri
Haiwan laku khas haiwan untuk dan/atau tingkah laku
melindungi diri daripada tersebut melindungi
cuaca melampau haiwan berkenaan?

19
20
Lampiran 2.29
Ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan

Habitat Habitat Habitat Habitat Habitat

Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk
melindungi dirinya melindungi dirinya melindungi dirinya melindungi dirinya melindungi dirinya
daripada musuh. daripada musuh. daripada musuh. daripada musuh. daripada musuh.

Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh

Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh
haiwan lain yang haiwan lain yang haiwan lain yang haiwan lain yang haiwan lain yang
mempunyai ciri-ciri mempunyai ciri-ciri mempunyai ciri-ciri khas mempunyai ciri-ciri khas mempunyai ciri-ciri
khas seperti di atas. khas seperti di atas. seperti di atas. seperti di atas. khas seperti di atas.

9
Sains: 3.1.2 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh.
Tingkah laku khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan

Habitat Habitat Habitat Habitat Habitat

Tingkah laku khas Tingkah laku khas Tingkah laku khas Tingkah laku khas untuk Tingkah laku khas
untuk melindungi untuk melindungi untuk melindungi melindungi dirinya untuk melindungi
dirinya daripada dirinya daripada dirinya daripada daripada musuh. dirinya daripada
musuh. musuh. musuh. musuh.

Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh

Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh Berikan 3 contoh
haiwan lain yang haiwan lain yang haiwan lain yang haiwan lain yang haiwan lain yang
mempunyai tingkah mempunyai tingkah mempunyai tingkah mempunyai tingkah mempunyai tingkah
laku khas seperti di laku khas seperti di laku khas seperti di laku khas seperti di atas. laku khas seperti di
atas. atas. atas. atas.
21
22
21

Lampiran 2.3

Nama:
Saya dapat tahu perkara yang berikut daripada hasil kajian kawan-kawan sekumpulan saya:

Meja nombor 1 Meja nombor 2 Meja nombor 3 Meja nombor 4 Meja nombor 5

Meja nombor 6 Meja nombor 7 Meja nombor 8 Meja nombor 9 Meja nombor 10
Kumpulan 1 - Contoh Jawapan

Habitat haiwan Artik


Cuaca tempatan Amat sejuk
Ciri dan/atau tingkah Bagaimanakah ciri
Haiwan laku khas haiwan untuk dan/ atau tingkah laku
melindungi diri tersebut melindungi
daripada cuaca haiwan berkenaan?
melampau
Beruang Berbulu tebal Bulu yang tebal
kutub dapat
memerangkap
udara untuk
mengurangkan
kehilangan haba ke
persekitaran.
Musang Berhibernasi Berhibernasi ialah
artik tidur yang panjang
menyebabkan
haiwan kurang aktif
dan dapat
mengurangkan rasa
lapar.
Singa laut Lapisan lemak Lemak tebal berfungsi
sebagai penebat haba
dan mengawal suhu
badannya.

23
Kumpulan 2

Habitat haiwan Sahel – dekat Gurun Sahara

Cuaca tempatan Cuaca yang panas dengan suhu purata


42˚C
Ciri dan/atau tingkah Bagaimanakah ciri
Haiwan laku khas haiwan untuk dan/atau tingkah laku
melindungi diri daripada tersebut melindungi
cuaca melampau haiwan berkenaan?
Badak Berendam dalam lumpur Untuk menyejukkan
sumbu badannya ketika
cuaca panas.

Unta Mempunyai bonggol Dapat


menyimpanair
dan lemak serta
membolehkannya hidup
tanpa makanan
sehingga dua minggu.
Jackrabbit Bertelinga besar Telinga jackrabbit
mempunyai banyak
salur darah. Ini
membolehkan haba
berlebihan
meninggalkan badan
dengan cepat dan
mudah.

24
Lampiran 2.29
Ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Nama haiwan Ikan buntal Nama haiwan Kura-kura Nama haiwan Buaya Nama haiwan Lembu Nama haiwan Kala jengking

Habitat Habitat Habitat Habitat Habitat


Perairan lautan tropika Kebanyakan kura-kura Buaya biasanya hidup Kawasan yang Kebanyakan kala jengking
dan sub-tropika. hidup di atas darat, tetapi berhampiran tasik, sungai, mempunyai ruang besar hidup di sekitar gurun.
ada yang hidup di dalam air kawasan lembap dan juga dan banyak rumput. Mereka bersembunyi di
tawar. di sekitar kawasan air masin. bawah balak atau batu.
Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk Ciri-ciri khas untuk
melindungi dirinya melindungi dirinya melindungi dirinya melindungi dirinya melindungi dirinya daripada
daripada musuh daripada musuh daripada musuh Buaya daripada musuh musuh
Ikan buntal mempunyai duri Kura-kura mempunyai mempunyai kulit Lembu mempunyai tanduk Kala jengking mempunyai
tajam pada badan. Apabila cangkerang yang keras berupa sisik keras yang tajam dan keras. sengat yang mengeluarkan
terancam, mereka akan untuk melindungi untuk melindungi dirinya Apabila diancam, mereka racun berbisa. Apabila
mengembungkan badanya yang lembut. daripada musuh. akan menyerang dan diancam, mereka akan
badannya untuk mencederakan musuh menyengat musuh.
menakutkan musuh. dengan menggunakan Racun berbisa ini boleh
tanduknya. menyakitkan atau
membunuh musuh.
Contoh musuh Ikan jerung Contoh musuh Buaya, Contoh musuh Cheetah Contoh musuh Singa Contoh musuh
manusia, dan sebagainya. Burung hantu dan tarantula

Berikan 3 contoh haiwan lain Berikan 3 contoh haiwan lain Berikan 3 contoh haiwan lain Berikan 3 contoh haiwan lain Berikan 3 contoh haiwan lain
yang mempunyai yang mempunyai yang mempunyai yang mempunyai yang mempunyai
ciri-ciri khas di atas. ciri-ciri khas di atas. ciri-ciri khas di atas. ciri-ciri khas di atas. ciri-ciri khas di atas.
1. Landak 1. Penyu 1. Tenggiling 1. Kerbau 1. Lipan
2. Landak laut 2. Ketam 2. Ular 2. Rusa 2. Ular
3. Cicak armadillo 3. Kerang 3. Anteater 3. Badak 3. Tarantula
25
26
Tingkah laku khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan Nama haiwan
Ulat gonggok Sesumpah Cicak Siput Gajah

Habitat Habitat Habitat Habitat Habitat


Ulat gonggok terdapat di Sesumpah tinggal di Kebanyakan cicak hidup di Tempat biasa yang Gajah terdapat di savanna,
habitat mikro seperti di habitat yang panas tanah atau pokok. Kadang- didiami siput adalah padang rumput, dan hutan.
bawah batu-batan, sampah seperti hutan tropika dan kala mereka boleh didapati di kebun, ladang, kawasan
daun, atau di dalam lubang gurun. padang pasir, hutan, padang pertanian, tebing sungai,
tanah. rumput, dan kawasan berbatu. paya, dan hutan.

Tingkah laku khas untuk Tingkah laku khas untuk Tingkah laku khas untuk Tingkah laku khas untuk Tingkah laku khas untuk
melindungi dirinya daripada melindungi dirinya melindungi dirinya daripada melindungi dirinya melindungi dirinya daripada
musuh daripada musuh musuh daripada musuh musuh
Ulat gonggok akan Sesumpah menyamar Cicak memutuskan ekor Siput memasukkan Gajah hidup dalam kumpulan.
menggulungkan diri untuk supaya dapat apabila diserang. Ekor yang anggota badannya ke Semasa bergerak dalam
melindungi bahagian mengelakkan dirinya terputus akan mengelirukan dalam cangkerang. kumpulan, haiwan melindungi
badan yang lembut daripada dikesan musuh. musuh dan membolehkan ahlinya dan mengurangkan
daripada serangan musuh. cicak melarikan diri. kemungkinan diserang musuh.

Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh Contoh musuh
Burung Ular dan burung Ular dan burung Katak, ular, dan burung Singa dan cheetah

Berikan 3 contoh haiwan lain Berikan 3 contoh haiwan Berikan 3 contoh haiwan lain Berikan 3 contoh haiwan Berikan 3 contoh haiwan lain
yang mempunyai lain yang mempunyai yang mempunyai lain yang mempunyai yang mempunyai
tingkah laku khas di atas. tingkah laku khas di atas. tingkah laku khas di atas. tingkah laku khas di atas. tingkah laku khas di atas.
1. Tenggiling 1. Rama-rama 1. Kurita 1. Kura-kura 1. Ikan bilis
2. Kutu kayu 2. Mentadak 2. Bintang laut 2. Kerang 2. Lebah
3. Labah-labah 3. Naga laut berdaun 3. Labah-labah 3. Tiram 3. Burung perling
LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 2

Nama Murid

Kelas

Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Catatan
Ya Tidak
1. Murid boleh memerihalkan
ciri dan tingkah laku khas
haiwan bagi memastikan
kemandirian spesiesnya.

2. Murid boleh menjelaskan


dengan contoh ciri dan
tingkah laku khas haiwan
bagi memastikan
kemandirian spesiesnya.

3. Murid boleh melengkapkan


pengurusan grafik tentang
ciri dan tingkah laku khas
haiwan bagi memastikan
kemandirian spesiesnya.

27
Unit 3: Mencipta Haiwan Imaginasi

Standard Pembelajaran Sains


Murid boleh:
3.2.1 Mencipta model haiwan imaginasi yang boleh melindungi diri
daripada musuh dan cuaca melampau.
3.2.2 Menaakul ciri khas pada model haiwan imaginasi bagi
melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.
3.2.3 Berkomunikasi tentang ciri khas haiwan bagi mengagumi ciptaan
Tuhan dalam memastikan keseimbangan alam semula jadi.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.3 Menghasilkan rekaan digital untuk tujuan tertentu.

Sebelum pembelajaran
• Lampiran 3.1 setiap murid satu
• Komputer

Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan


• Enjin carian Projek 3.1: 45 minit
• 3D Slash
• Internet

Pengetahuan Sedia Ada Murid


1. Murid boleh mengelas haiwan mengikut ciri khusus.
2. Murid boleh menggunakan perisian persembahan dan menyisip
kotak teks serta imej.

28
Projek 3.1 – Haiwan Imaginasi
1. Murid menggunakan Lampiran 3.1 untuk mereka cipta haiwan imaginasi.
2. Murid kemudian menggunakan perisian rekaan 3D untuk menghasilkan
rekaan digital haiwan yang dirancang.

Penggunaan perisian rekaan 3D:


Cadangan penggunaan perisian 3D Slash.
a. Buka perisian 3D Slash.
b. Pilih buka fail baru.
c. Pilih “Create a new model”.
b

29
2. Pilih “Empty”, kemudian klik “Ok”.

30
3. Klik “Tool”.

4. Pilih “Shape”, kemudian “Ok”.

31
5. Ukur bentuk
a. Satah yang diwarnakan merah merupakan satah yang dipilih, dan jika
anda menarik satah ini mengikut arah anak panah, saiz bentuk akan
diubah mengikut arah satah.
b. Pilih “rotate” untuk memutarkan bentuk ini.

6. Pastikan anda memutarkan bentuk untuk memeriksa saiz dalam semua sudut.

32
7. Kita akan tambah satu bentuk kon untuk mewakili kepala haiwan imaginasi
kita.

8. a. Bina satu silinder dan letakkannya merentas bentuk kon.


b. Pilih tukul dan klik pada silinder.

33
Ini akan membuat lubang pada bentuk kon.

Anda juga boleh menggunakan pahat untuk mengeluarkan kepingan kiub.

34
Gerudi

Selepas kepingan kiub


dipisahkan daripada badan
utama, gunakan gerudi
untuk menghapuskan
kepingan yang kita tidak
mahu.

Kepingan
yang kita
tidak mahu.

Dengan menggunakan kreativiti anda, lengkapkan pembinaan haiwan 3D


anda. Contoh haiwan 3D kami adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

35
Lampiran 3.1

Pengenalan:
Kita telah mempelajari tentang cara haiwan menyesuaikan diri untuk
terus hidup di habitat mereka. Sekarang mari kita fikirkan apa akan berlaku
kepada badan fizikal mereka jika habitat mereka berubah. Contoh, jika
habitat harimau berubah dari hutan ke lautan, apakah adaptasi fizikal
yang perlu dibuat?

Kisah benar:
Pada awal abad ke-19, rama-rama di Britain biasanya berwarna
terang. Semasa Revolusi Perindustrian, rama-rama yang berwarna gelap
mula muncul. Ini adalah kerana udara telah dicemarkan dan untuk
melindungi diri daripada musuh, rama-rama terus mengubah warna
badan supaya ia lebih menyerupai warna udara yang dicemarkan.

Pengubahsuaian:
1. Cadangkan sekurang-kurangnya empat penyesuaian fizikal di
bawah atau tambahkan ciri-ciri fizikal mengikut kreativiti anda.

Jenis litupan badan


Bentuk badan
Telinga
Kaki

2. Habitat haiwan anda:


(Haiwan anda perlu hidup dalam habitat yang telah kita pelajari.
Contoh: hutan, padang, gurun, lautan, hutan tropika, atau yang lain)

3. Cara melindungi diri daripada musuh:

36
4. Rekaan haiwan anda:

Contoh:

5. Ringkaskan rekaan haiwan anda kepada bentuk 3D biasa:

Contoh:

37
LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 3

Nama Murid

Kelas

Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Catatan
Ya Tidak
1. Murid boleh mereka bentuk
model haiwan imaginasi
dengan mengaplikasikan
pengetahuan tentang ciri
dan tingkah laku khas haiwan
serta membuat penaakulan
tentang ciri tersebut.

2. Murid boleh membayangkan


rupa dan bentuk rekaan
haiwan 3D dari semua sudut.

38
39
Unit 4: Struktur yang Stabil

Standard Pembelajaran Sains


Murid boleh:
12.1.1 Memerihalkan maksud kestabilan dan kekuatan dengan
menjalankan aktiviti.
12.1.2 Menjelaskan dengan contoh struktur yang kuat dan stabil.
12.1.3 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang
mempengaruhi kestabilan objek.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.3 Menghasilkan rekaan digital untuk tujuan tertentu.

Sebelum pembelajaran
• Lampiran 4.2 setiap kumpulan satu
• Komputer untuk aktiviti 1.1

Untuk aktiviti 4.1:


• 6 batang pensil
• Satu gelang getah

Setiap kumpulan akan mendapat:


• Dua (2) keping styrofoam bersaiz 10 cm  6 cm
• Enam belas (16) batang spaghetti (yang belum dimasak)
• Kertas kadbod bersaiz A4

Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan


• Perisian lukisan Aktiviti 4.1: 30 minit
• Internet Aktiviti 4.2: 45 minit
• Akaun bit.ly
• Google Drive

Pengetahuan Sedia Ada Murid


1. Murid boleh menggunakan pengetahuan sedia ada tentang bentuk
untuk menyelesaikan masalah.
2. Murid boleh menggunakan perisian persembahan dan menyisip
kotak teks serta imej.

40
Aktiviti 4.1 – Kestabilan Struktur
1. Murid ditunjukkan dua model berikut yang dibentuk dengan
menggunakan pensil dan getah.

Murid diminta untuk memerihalkan maksud kestabilan dan


kekuatan kedua-dua model10.

2. Murid menggunakan perisian untuk melukis tiga bentuk yang


stabil dan tiga bentuk yang kurang stabil11. Contoh:
a. Murid boleh menggunakan LibreOffice Draw Drawing
untukmelukis contoh bentuk12.
b. Pilih bentuk dari sini.
c. Contoh bentuk yang stabil.

10
Sains: 12.1.1 Memerihalkan maksud kestabilan dan kekuatan
dengan menjalankan aktiviti.
11
Sains: 12.1.2 Menjelaskan dengan contoh struktur yang kuat dan stabil.
12
TMK: 1.3 Menghasilkan rekaan digital untuk tujuan tertentu.

41
3. Murid menyimpan fail mereka dengan menggunakan nama
mereka,kemudian muat naik ke atas Google Drive.

Sebelum itu, guru boleh menyediakan satu folder dalam Google


Drive supaya murid boleh menyimpan fail mereka dalam folder
tersebut. Jika guru ingin mengetahui cara untuk menyediakan
folder dan berkongsi dengan murid, sila rujuk Lampiran 4.1.

4. Guru memilih beberapa contoh dari Google Drive untuk berkongsi


dengan murid.

42
Aktiviti 4.2 – Eksperimen Kestabilan Struktur
1. Guru mengambil satu contoh daripada fail murid di Google Drive,
dan tanya mereka mengapa sesetengah bentuk adalah stabil,
dan sesetengah bentuk adalah tidak stabil.

Contoh:

Katakan salah satu contoh daripada murid adalah seperti di bawah:

Murid ditanya: “Apakah faktor yang menyebabkan bentuk D


tidak stabil?”
(Murid secara tidak langsung telah memberi hipotesis mereka.)

Catatkan jawapan murid di atas papan putih. Guru memberitahu


murid bahawa mereka akan menjalankan eksperimen untuk
memastikan sama ada jawapan yang diberikan adalah betul.

2. Murid menjalankan eksperimen dalam kumpulan dengan


menggunakan Lampiran 4.213.

13
Sains: 12.1.3 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang
mempengaruhi kestabilan objek.
43
Lampiran 4.1

Cara menyediakan folder dalam Google Drive:


1. Pastikan anda telah log masuk ke dalam browser dengan menggunakan
akaun Google anda.

2. Pilih Drive dari senarai apps.

44
3. a. Pilih “New”.
b. Pilih “Folder”.

c. Berikan nama kepada folder baharu anda, kemudian klik “CREATE”.

45
4. Right-click folder baharu, kemudian pilih “Share”.

Klik “Advanced”.

46
5. Klik “Change”.

47
6. Pilih “On – Anyone with the link”, kemudian tukar “Can view only”
kepada “Can organize, add, & edit”. Akhir sekali, klik “Save”.

48
Cara berkongsi folder dengan murid:
1. Kita boleh memendekkan pautan (link) dengan menggunakan “URL
Shortener” seperti bit.ly.

2. Selepas mencipta akaun dalam bit.ly, anda boleh pilih “CREATE”


untuk memendekkan pautan ke folder yang hendak dikongsi. Pada
“CUSTOMIZE BACK-HALF” taipkan nama pautan anda.

Pilih nama untuk pautan


anda.

49
Lampiran 4.2

Bahan yang dibekalkan:

• Dua (2) keping styrofoam bersaiz 10 cm x 6 cm


• Enam belas (16) batang spaghetti (yang belum dimasak)
• Kertas kadbod bersaiz A4

Hipotesis:

1. Kestabilan sesuatu struktur semakin apabila

ketinggian sesuatu struktur semakin .

2. Kestabilan sesuatu struktur semakin apabila

keluasan tapak sesuatu struktur semakin .

Prosedur:

Aktiviti untuk menguji hipotesis pertama:


1. Ciptakan dua struktur yang berlainan ketinggian
dengan menggunakan bahan yang dibekalkan.
2. Gunakan kertas kadbod untuk menguji kestabilan kedua-dua
struktur yang dibina. Catatkan pemerhatian anda.

Aktiviti untuk menguji hipotesis kedua:


3. Ciptakan dua struktur yang berlainan keluasan
dengan menggunakan bahan yang dibekalkan.
4. Gunakan kertas kadbod untuk menguji kestabilan kedua-dua
struktur yang dibina. Catatkan pemerhatian anda.

50
Kumpulkan data:

Faktor Bentuk binaan 1 Bentuk binaan 2

Ketinggian

Keluasan tapak

Kesimpulan:

Perbincangan:
Carikan tiga gambar yang mewakili struktur yang stabil daripada Internet.
Lukiskan struktur tersebut dengan mengisikan jadual di bawah.

Faktor yang menyumbang kepada


Lukisan struktur yang stabil
kestabilan struktur tersebut

51
Lampiran 4.2 – Untuk Rujukan Guru

Bahan yang dibekalkan:

• Dua (2) keping styrofoam bersaiz 10 cm x 6 cm


• Enam belas (16) batang spaghetti (yang
belum dimasak)
• Kertas kadbod bersaiz A4 Pemikiran
komputasional:
Penaakulan logik
Hipotesis:

1. Kestabilan sesuatu struktur semakin berkurang apabila

ketinggian sesuatu struktur semakin bertambah.

2. Kestabilan sesuatu struktur semakin meningkat apabila

keluasan tapak sesuatu struktur semakin bertambah.

Kesimpulan:

1. Apabila ketinggian sesuatu struktur semakin bertambah,


kestabilansemakin menurun.

2. Apabila keluasan tapak sesuatu struktur semakin bertambah,


kestabilansemakin bertambah.

Pemikiran
komputasional:
Peniskalaan

52
LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 4

Nama Murid

Kelas

Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Catatan
Ya Tidak
1. Murid boleh memberi contoh
struktur binaan yang stabil.

2. Murid boleh menyatakan


maksud kestabilan.
3. Murid boleh memerihalkan
faktor yang mempengaruhi
kestabilan binaan.
4. Murid boleh mengilustrasikan
idea dengan menggunakan
teknologi.

53
Unit 5: Struktur yang Kuat

Standard Pembelajaran Sains


Murid boleh:
12.1.4 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang
mempengaruhikekuatan binaan.
12.1.5 Menjana idea kepentingan binaan yang kuat dan stabil bagi
kehidupan lestari.
12.1.6 Mencipta model binaan yang kuat dan stabil dengan
menggunakan bahan yang sesuai.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.6 Menghasilkan persembahan multimedia
3.1 Menganalisis data melalui pengecaman corak.
3.5 Menggunakan pendekatan langkah demi langkah (algoritma)
secara sistematik dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalah.

Sebelum pembelajaran
• Lampiran 5.2 setiap kumpulan satu
• Komputer

Untuk aktiviti 5.1:


• Empat gelung kertas tandas
• Sekeping kadbod bersaiz A3
• Sekeping kaca/plastik/papan kayu yang bersaiz dan
berketebalan yang sama dengan kadbod
• 5 helai kertas A4
• Pita pelekat

Keperluan perisian Cadangan masa peruntukan


• Perisian lukisan Aktiviti 5.1: 60 minit
• Internet

Pengetahuan Sedia Ada Murid


1. Murid boleh mengelaskan objek berdasarkan bahan atau sumber
asas.
2. Murid boleh menggunakan perisian persembahan dan menyisip
kotak teks serta imej.

54
Aktiviti 5.1 – Kestabilan Struktur
1. Murid ditunjukkan dua model berikut yang dibentuk dengan
menggunakan Lampiran 5.1.

Murid cuba menolak bahagian atas bentuk dengan jari telunjuk


mereka (anak panah merah). Semasa mereka menolak, minta
mereka perhatikan sebarang perubahan pada sisi bertentangan
(anak panah biru).

2. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan dengan


menggunakan Lampiran 5.2.

55
Projek 5 – Mencipta Model Binaan
1. Murid dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan untuk membina
satustruktur yang kuat dan stabil dengan menggunakan bahan kitar
semula.

2. Murid diberi masa satu minggu untuk menyiapkan projek.

3. Murid dikehendaki menggunakan Lampiran 5.3 – Projek untuk


merancang dan merekod data tentang projek mereka.

4. Guru boleh menggunakan Lampiran 5.4 untuk menyemak projek


murid.

56
Lampiran 5.1

Kiub: Segitiga:

57
Lampiran 5.2

Bahan yang dibekalkan:

• Empat gelung kertas tandas


• Sekeping kadbod bersaiz A3
• Sekeping kaca/plastik/papan kayu yang bersaiz dan berketebalan
yang sama dengan kadbod
• 5 helai kertas A4
• Pita pelekat

Hipotesis:

1. Jenis yang berlainan memberi


kekuatan struktur yang berlainan.

2. Jenis yang berlainan memberi


kekuatan struktur yang berlainan.

Prosedur14:
Aktiviti untuk menguji hipotesis pertama:
1. Letakkan empat gelung kertas tandas sebagai kaki di atas meja.
2. Letakkan kadbod di atas gelung kertas tandas. Pastikan gelung
kertas tandas berada di setiap sudut kadbod:

Gelung
kertas
tandas

3. Letakkan buku sebuah demi sebuah di atas kadbod. Catatkan


bilangan buku yang boleh ditanggung oleh kadbod sebelum ia runtuh.
4. Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggantikan kadbod dengan
bahan yang lain.

Sains: 12.1.4 Mengeksperimen untuk menentukan faktor yang


14

mempengaruhi kekuatan binaan.


58
Aktiviti untuk menguji hipotesis kedua:
5. Fikir dan uji beberapa cara yang berlainan untuk mengimbang
buku berketebalan 10 cm di atas meja, dengan hanya
menggunakan kertas A4 dan pita pelekat yang dibekalkan.
(Petua: Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti
menggulung kertas ke dalam bentuk tiub atau melipat kertas
dalam pelbagai bentuk.)
6. Lakarkan bentuk yang boleh mengimbang buku tersebut.

Kumpulkan data:
Faktor Bentuk binaan 1 Bentuk binaan 2

(lukisan) (lukisan)

Kesimpulan:

Perbincangan15:
Apakah akibatnya jika pembinaan sesuatu bangunan tidak kuat dan
stabil?

Sains: 12.1.5 Menjana idea kepentingan binaan yang kuat dan stabil
15

bagi kehidupan lestari.


59
Lampiran 5.3 - Projek

Nama kumpulan:
Pilih satu objek pembinaan anda:

Pilihan Objek Permintaan


• Boleh menanggung berat 6 cawan
1 Rak meletak porselin / gelas.
cawan • Berfungsi kedua: untuk mengeringkan
cawan.
• Boleh menanggung 20 buah buku.
Rak meletak • Berketinggian sekurang-kurangnya
2
buku 1 meter.
• Boleh menyimpan 20 helai baju.
3 Rak baju • Berkaki sekurang-kurangnya 20 cm
daripada lantai.

Kumpulkan data sebelum bermula16:


Carikan contoh struktur binaan yang sedia ada dari Internet dan kaji
sifat binaan tersebut.

Contoh struktur Jenis bahan yang


Bentuk struktur
yang kuat digunakan

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5

16
TMK: 3.1 Menganalisis data melalui pengecaman corak.
60
1
Prototaip17:

Daripada contoh di atas, cadangkan jenis bahan dan bentuk yang


akan gunakan untuk membina model kumpulan anda, yang
memenuhi permintaan yang disenaraikan.

Objek lukisan model (luas


Bahan yang tapak, ketinggian, dan
Objek
digunakan bentuk)

Nama ahli Tugas

Sains: 12.1.6 Mencipta model binaan yang kuat dan stabil dengan
17

menggunakan bahan yang sesuai.


61
Langkah pembinaan18:
• Bekerja dalam pasangan.
• Setiap pasangan akan menulis langkah pembinaan mereka sendiri.
• Kemudian, saling bertukar langkah pembinaan. Pasangan A
akan mengikut langkah-langkah yang ditulis oleh pasangan B
dan menghasilkan pembinaan tersebut, begitu juga sebaliknya.

Pasangan A:

Pasangan B:

18
TMK: 3.5 Menggunakan pendekatan langkah demi langkah (algorithma)
secara sistematik dalam sesuatu situasi, keadaan dan permasalahan.
62
Kumpul data:

Uji binaan anda dengan mencatat bilangan benda yang boleh disokong.

Bilangan benda Berjaya? Jika tidak, cadangkan


Bilangan
yang boleh pengubahsuaian dan tambah baik
ujian
disokong binaan, kemudian uji semula

Persembahan19:
Menyediakan suatu persembahan tentang projek anda. Persembahan
mesti mengandungi:
• Pengenalan tentang projek
• Rekaan model
• Tugas setiap ahli
• Langkah pembinaan
• Ujian pembinaan
• Hasil ujian

Anda boleh menggunakan20:


• Gambar, dan/atau
• Video
dalam persembahan anda

19
TMK: 1.6 Menghasilkan persembahan multimedia
20
TMK: 1.11 Menghasil dan menyunting imej, audio atau video
63
Lampiran 5.2 – Untuk Rujukan Guru

Hipotesis:

1. Jenis bahan yang berlainan memberi kekuatan struktur yang


berlainan.

2. Jenis bentuk yang berlainan memberi kekuatan struktur yang


berlainan.

64
Lampiran 5.4 – Untuk Kegunaan Guru

Semakan projek

1 2 3
Keaslian model Menyalin Mengimprovisasi Mencipta
daripada objek daripada objek rekaan baharu
yang sedia ada yang sedia ada
Memenuhi Tidak memenuhi Memenuhi Berfungsi
permintaan permintaan permintaan tambahan
Kerjasama Hanya seorang Bukan semua Semua ahli
kumpulan sahaja yang ahli bekerjasama
membuat kerja bekerjasama
Persembahan Tiada Persembahan Berkomunikasi
perbincangan tidak lancar secara kreatif dan
antara ahli dan kurang inovatif tentang
sebelum persediaan kekuatan dan
persembahan kestabilan model
yang telah dibina
dan memberi
cadangan untuk
penambahbaikan
model binaan.

Jumlah markah:

65
LAPORAN PENCAPAIAN MURID – Unit 5

Nama Murid

Kelas

Pencapaian
Bil Perkara yang dinilai Catatan
Ya Tidak
1. Murid boleh memberi
contoh struktur binaan
yang kuat, dan
menyatakan maksud
kekuatan.
2. Murid boleh memerihalkan
faktor yang mempengaruhi
kekuatan binaan.
3. Murid boleh merumuskan
kepentingan binaan yang
kuat dan stabil bagi
kehidupan lestari.
4. Murid boleh mencipta model
binaan yang kuat dan stabil.
5. Murid boleh berkomunikasi
secara kreatif dan
inovatif tentang
kekuatan dan kestabilan
model yang telah dibina
dan memberi cadangan
untuk penambahbaikan
model binaan.

6. Murid boleh menganalisis


data melalui pengecaman
corak.
7. Murid boleh menulis cara
penyelesaian langkah demi
langkah secara sistematik
dalam penyelesaian
masalah.

66

You might also like