You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2,

81700, PASIR GUDANG,


JOHOR DARUL TA’ZIM.

PERLEMBAGAAN
RUMAH SUKAN SAGA
1. MATLAMAT

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia sebagai suatu
usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi inteleks, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan maka penubuhan
kelab ini di Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 sebagai satu platform terbaik untuk mencapai
hasrat tersebut. Melalui penubuhan kelab ini, murid-murid dapat mengembangkan lagi potensi
mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang mereka menjadi ahli kelab/persatuan
ini.

2. OBJEKTIF

2.1 Menyedarkan ahli kelab terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan
emosi ahli kelab ini.
2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan ahli kelab ini dalam atau di luar
sekolah.
2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat ahli kelab ini dalam aktiviti yang diceburi.
2.5 Membina dan meningkatkan disiplin ahli kelab/persatuan
2.6 Melahirkan ahli kelab yang mampu mengendalikan sesuatu organisasi dengan baik.
2.7 Melahirkan iklim dan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

3. KEAHLIAN

3.1 Dibuka khusus untuk murid-murid kelab/persatuan daripada darjah 4 hingga darjah enam.
3.2 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 secara automatik menjadi ahli kelab ini.
3.3 Keahlian akan terbatal sekiranya ahli kelab bertukar sekolah/dibuang sekolah.
4. GURU PENASIHAT

4.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu
aktiviti apabila difikirkan perlu.
4.3 Terdapat 2 orang guru penasihat iaitu Guru Penasihat 1 dan Guru Penasihat 2.
4.4 Kuasa Guru Penasihat 1 secara automatik akan diturunkan kepada guru Penasihat 2 semasa
ketiadaannya.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa mesyuarat Agung.


5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak kepada Guru Penasihat
dicalonkan sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK dibuat secara undian.
5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan
kepada guru penasihat.

Ahli kelab ini hendaklah terdiri :


* Pengerusi
* Naib Pengerusi
* Setiausaha
* Penolong Setiausaha
* Bendahari
* AJK kelas
* Pemeriksa Kira-kira

5.6 Guru Penasihat boleh menambah bilangan ahli AJK jika difikirkan perlu.

6. KEWANGAN

6.1 Sumber kewangan utama kelab ini adalah melalui sumber yang ditetapkan.
6.2 Kelab ini boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti yang dijalankan.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan kutipan khas
bagi membiayai aktiviti tersebut.
6.4 Setiap ahli kelab ini akan dikenakan kutipan yuran minimum sebanyak RM 1.00 dan
maksimum RM 5.00. Bayaran boleh dibuat secara bulanan ataupun sekaligus untuk tempoh
setahun.

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN

7.1 Ahli Kelab ini dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
masa.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin(demerit) dan kehilangan hak-
hak keahlian.
7.3 Sekiranya ahli kelab ini tidak hadir dengan bersebab maka bukti bertulis hendaklah
diserahkan kepada guru penasihat.
7.4 Ahli kelab perlu memaklumkan dengan lebih awal kepada guru penasihat sekiranya tidak
dapat hadir ke sesuatu aktiviti kelab ini.

8. AKTIVITI

8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
8.3 Setiap aktiviti yang hendak dijalankan perlu mendapat persetujuan guru penasihat terlebih
dahulu.
8.4 Setiap aktiviti yang hendak dijalankan perlu mempunyai sebuah kertas kerja yang lengkap
dengan segala maklumat yang diperlukan.

9. PERATURAN

9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas


9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar disiplin akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :
10.2.1 Amaran Lisan
10.2.2 Amaran Bertulis
10.2.3 Gantung Keahlian
10.2.4 Pecat Keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada guru penasihat kelab secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah
muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru
besar.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
12.3 Setiap ahli hendaklah memberikan komitmen yang kuat dan berterusan agar setiap
aktiviti yang dijalankan mencapai objektifnya.

Kelulusan Penolong Pendaftar

_________________________
(AHMAD JAIS BIN OMAR)
Guru Besar,
Sk Kota Masai 2,
81700, Pasir Gudang,
Johor Darul Ta’zim. Tarikh

Cop sekolah

You might also like