You are on page 1of 4

1.

Pengenalan
Gaya hidup sihat ialah merupakan satu aktiviti, pendekatan atau amalan sama ada
secara fizikal ataupun secara spiritual yang mampu merangsang diri secara fizikal
ataupun secara kerohanian yang menyumbang kepada kestabilan fizikal dan mental.
Gaya hidup sihat amat penting di dalam kehidupan manusia, kerana bermula dari
amalan inilah, kestabilan minda dan fizikal secara keseluruhan dapat dicapai. Gaya
hidup sihat bukan sekadar menjalankan aktiviti riadah mahupun mengamalkan
pemakanan seimbang, malah amalan kerohanian dan keagamaan yang terdiri
daripada elemen murni dan mulia juga menyumbang kepada kesihatan fizikal dan
spiritual seseorang. Ianya juga secara tidak langsung membantu mengawal penyakit
asma di mana penyakit asma mampu dikawal sebaiknya melalui gaya hidup sihat.
Dalam agama Islam, Allah SWT menuntut umatnya untuk menjaga kesihatan diri
kerana dengan adanya tubuh badan yang sihat, kita dapat menggunakannya untuk
beribadat kepada Allah SWT dengan sempurna. Sesungguhnya kesihatan adalah
antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesihatan yang baik
menatijahkan perjalanan kehidupan yang berkualiti dan melambangkan
kesejahteraan hidup. Islam amat menitikberatkan amalan gaya hidup sihat dalam
kehidupan. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik
dan lebih disukai oleh Allah SWT dari mukmin yang lemah (tidak bertenaga)

Gaya hidup sihat yang dimaksudkan adalah memberikan keutamaan kepada


kehidupan yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada gejala
penyakit.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal ayat 60: “Dan sediakanlah untuk
menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat
kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-
musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah
mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”

2. Perbincangan

2.1 Menjaga Pemakanan Seharian


Antara amalan gaya hidup sihat yang utama sekali ialah menjaga pemakanan
seharian kita. Mulut merupakan sumber sakit dan sumber kesihatan kita. Apa-apa
sahaja makanan yang kita masukkan ke dalam mulut kita akan menentukan
kesihatan tubuh badan kita. Jika kita banyak memakan makanan segera atau
banyak makan makanan berlemak dan berminyak, sudah pasti akan muncul
pelbagai penyakit yang berbahaya seperti darah tinggi, penyakit jantung, kencing
manis, obesiti dan lain-lain yang mampu memudaratkan tubuh badan kita.
Makanan yang sihat dan berkhasiat adalah makanan yang seimbang. Iaitu kita
perlu makan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, serat, lemak yang
sihat dan lain-lain dalam satu pinggan. Contohnya, sumber karbohidrat kitab oleh
dapat daripada nasi, akan tetapi jumlah nasi yang kita makan perlulah dalam kadar
yang sederhana, iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Nasi amat penting
untuk membekalkan tenaga seharian yang diperlukan oleh tubuh badan melakukan
aktiviti. Sumber protein kita oleh dapat daripada daging, ayam dan ikan. Protein
amat penting bagi memastikan otot-otot kita mendapatkan jumlah protein yang yang
tubuh perlukan supaya tidak berlakunya penyusutan otot yang mampu membuatkan
kita sukar untuk melakukan kerja yang berat.

2.2 Bersenam atau riadah


Bersenam juga merupakan kunci utama untuk kita kekal amalan gaya hidup
sihat kita kerana senaman merupakan satu aktiviti yang dilakukan berulang kali
untuk mengekalkan kesihatan diri dan meningkatkan kecergasan badan. Dengan
melakukan aktiviti senaman pada setiap hari, jantung kita akan menjadi lebih sihat
dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa
bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan
baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. Antara contoh senaman yang boleh kita
lakukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan ialah seperti jogging, Latihan
fizikal dan yoga.
Jogging mampu mengekalkan kesihatan jantung kita kerana jantung kita akan
sentiasa bergerak dan ini akan membantu melonggarkan dinding saluran darah,
merendahkan tekanan darah, membakar lemak dalam badan, merendahkan kadar
gula dalam darah dan mengurangkan inflamasi. Latihan fizikal juga penting untuk
kekalkan tubuh badan yang sihat. Dengan melakukan Latihan fizikal sama ada di
gym ataupun di rumah, ianya mampu menguatkan dan mengetatkan otot serta
menguatkan tulang kita. Latihan fizikal di gym bukan sahaja mampu menguatkan
otot dan tulang, akan tetapi ianya juga mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
Latihan yoga pula sangat-sangat bagus untuk mereggangkan otot dan tulang kita.
Apabila kita membuat Latihan yoga, ianya mampu membuatkan badan kita lebih
fleksibel dan memudahkan kita untuk melakukan pelbagai gerakan tanpa sembarang
kecederaan.

2.3 Membuat Pemeriksaan Kesihatan


Majoriti masyarakat Malaysia biasanya akan berjumpa dengan doctor hanya jika
bila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka tidak tahu bahawa gaya hidup sihat
memerlukan pemeriksaan secara berkala daripada doktor. Pemeriksaan kesihatan
boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun swasta dengan kekerapan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun. Dengan adanya pemeriksaan berkala, kita dapat tahu
tahap kesihatan kita bagaimana dan kita mampu mengambil langkah tertentu bagu
pastikan kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang sihat.
Pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di
peringkat awal. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pengesanan awal boleh
membantu menyediakan perancangan pengurusan dan rawatan yang lebih baik,
yang kemudiannya akan meningkatkan kelangsungan hidup pesakit. Sesetengah
ujian pemeriksaan kesihatan yang membantu pengesanan awal termasuklah
kesihatan/ketumpatan tulang, pemeriksaan saringan Hepatitis B dan C, serta kanser
kolorektal. Pemeriksaan awal, khususnya kanser kolorektal adalah penting kerana
pengesanan awal telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser kolorektal dan
meningkatkan kelangsungan hidup di kalangan penduduk.

2.4 Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan


Kita perlu mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan atau aktiviti-
aktiviti yang negatif yang mampu menjejaskan kesihatan diri kita sendiri. Hal ini
kerana perbuatan atau aktiviti yang negatif boleh jejaskan atau rosakkan tubuh
badan kita dalam jangka masa yang Panjang. Antara contoh aktiviti yang negatif
yang mampu mengundang masalah kepada tubuh badan kita ialah menghisap
rokok. Seperti yang kita maklum, perbuatan menghisap rokok mampu menyebabkan
seseorang mendapat penyakit yang bahaya seperti sakit jantung dan paru-paru.
Bukan sahaja menjejaskan diri kita, tetapi rokok mampu menjejaskan kesihatan
orang yang berada di sekitar kita kerana menghirup asap rokok yang dihembuskan.
Mengelak daripada perbuatan merokok, kita juga mampu menggunakan wang
tersebut untuk membeli sesuatu yang bermanfaat kepada diri. Selain daripada
merokok, amalan negatif yang lain perlu kita elakkan adalah menagih dadah.
Penagihan dadah boleh menyebabkan punca pelbagai penyakit sosial dan
masyarakat, ianya boleh menjadikan penghalang kepada kemajuan dan
pembangunan negara sendiri, maka marilah kita meningkatkan kesedaran dan
kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal
dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.

3. Penutup
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amatlah penting bagi diri kita untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan kita daripada pelbagai penyakit. Sebagai
seorang manusia yang waras, kita perlu mengambil langkah awal untuk
mengelakkan berlakunya masalah kesihatan pada tubuh badan kita. Sentiasa ingat
pepatah melayu iaitu sediakan payung sebelum hujan. Jagalah tubuh badan kita
dengan lebih awal sebelum ianya sakit dan sudah terlambat untuk
menyembuhkannya.

You might also like