You are on page 1of 2

ISMA bukan sahaja menjaga kebajikan masyarakat dan juga untuk menjaga

kebajikan ahli persatuan, dengan melakukan aktiviti-aktiviti dan program yang


berunsurkan rawatan psikologi seperti program forum mengatasi tekanan semasa
COVID-19, program ceramah motivasi bagi meningkatkan moral masyarakat yang
mengalami masalah yang diakibatkan oleh penyebaran COVID-19 sehinggakan
majoriti masyarakat dunia khususnya di Malaysia hilang pekerjaan dan ini
mengakibatkan ramai yang tertekan disebabkan tidak ada sumber pendapatan.
Program ini amat penting agar masyarakat mampu untuk kurangkan tertekan
dengan menjemput ahli yang pakar dalam kaunseling dan psikologi untuk program
tersebut. Tekanan dapat dirawat dengan berbagai kaedah, tergantung pada jenis
tekanan dan faktor-faktor penyebabnya. Terdapat beberapa kaedah atau cara yang
disarankan oleh pakar dari ISMA untuk mengurangkan tekanan. Berikut ini adalah
beberapa kaedah umum yang digunakan untuk merawat tekanan.

Saranan utama yang dijelaskan ialah perubahan gaya hidup. Langkah pertama
dalam merawat tekanan adalah dengan cara membiasakan diri untuk mengamalkan
gaya hidup sihat. Ini melibatkan cara dengan mengurangkan pengambilan garam,
meningkatkan pengambilan makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayuran,
biji-bijian, dan makanan rendah lemak, serta menjaga berat badan yang sihat.
Senaman secara berkala juga amat penting untuk mengurangkan tekanan pada
seseorang serta kurangkan pengambilan rokok bagi yang sering menjadikan rokok
sebagai ubat untuk menyelesaikan masalah. Yang kedua ialah amalkan Diet DASH,
iaitu Diet Approaches to Stop Hypertension (DASH) adalah pola makan yang
dirancang secara khusus untuk menurunkan tekanan darah. Diet ini amatlah baik
kerana ianya kaya dengan buah-buahan, sayuran, biji-bijian, protein rendah lemak
(seperti ikan, ayam, kacang-kacangan), serta produk susu rendah lemak. Diet DASH
juga mengurangi pengambilan garam berlebihan dan makanan yang berproses.
Amalan diet ini bukan sahaja mampu untuk mengurangkan tekanan, tetapi juga
mampu untuk menurunkan berat badan seseorang khususnya bagi seseorang yang
mempunyai berat badan yang tidak ideal.
Pengambilan ubat-ubatan juga amat penting dalam mengawal tekanan diri kita
khususnya bagi yang betul-betul mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Dalam kes
sebegini, pengambilan ubat-ubatan mungkin diperlukan untuk mengendalikan
tekanan bagi sesetengah masyarakat yang betul-betul memerlukan. Beberapa jenis
ubat yang umum digunakan termasuk diuretik (pil air), ACE (Angiotensin Converting
Enzyme), reseptor angiotensin II, beta-blocker, dan calcium channel blocker. Penting
untuk merujuk dengan doktor pakar khususnya doktor psikologi dahulu untuk
mendapatkan ubat yang tepat dan sesuai serta mendapat pemantauan yang
diperlukan oleh doktor pakar psikologi tersebut. Hal ini kerana doktor psikologi lebih
tahu dan pakar bagi membantu dan memberi ubat bagi pesakit yang mengalami
tekanan hidup. Selain itu, terapi diri juga penting untuk mengawal tekanan. Hal ini
kerana dengan melakukan terapi gaya hidup seperti meditasi dan yoga, ianya
secara tidak langsung dapat membantu mengurangi stres dan menurunkan tekanan
darah.

Terakhir ialah menghindari diri daripada pemicu yang mampu membuatkan diri
kita tertekan. Jika ada faktor yang menjadi pemicu atau punca kepada munculnya
tekanan pada diri kita seperti makanan tertentu atau kebiasaan tertentu, masalah
kewangan, masalah keluarga maka seeloknya menghindari faktor-faktor ini kerana
ianya secara tidak langsung dapat membantu mengawal tekanan pada kita.
Seeloknya bawa diri untuk berjumpa dengan doktor pakar seperti ahli kaunseling
atau ahli psikologi untuk bantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maka amat
pentinglah bagi seseorang yang mengalami tekanan untuk bertemu pakar agar
mampu membantu untuk merawat tekanan yang berlaku.

You might also like