You are on page 1of 2

Program “Sentuhan Hati” merupakan satu program yang dianjurkan oleh

badan kokurikulum UniSZA iaitu Kor Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional

(SISKOR), yang diadakan di Sekolah Tunas Bakti Marang, Terengganu. Program ini

bertujuan untuk memberi motivasi dan semangat kepada mereka supaya menjadi insan

yang cemerlang pada masa akan datang serta melahirkan sikap bertanggungjawab

dengan mengambil cakna pada komuniti luar dengan cara memahami mereka. Hal ini

kerana sekolah ini merupakan tempat latihan dan penahanan kanak-kanak yang

ditubuhkan di bawah seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001.

Melalui program ini, ianya dapat membuktikan kepada komuniti luar tentang

sikap mahasiswa/i UniSZA yang sentiasa ingin perubahan kearah revolusi Pendidikan

alaf baharu sejajar dengan rancangan negara masa kini dengan melahirkan pelajar

modal insan dan anjakan minda yang tinggi seiring dengan dunia yang semakain

mencabar. Pengajaran yang saya dapat melalui program ini ialah, saya dapat

merefleksi diri saya setelah mendengarkan isi hati mereka dan menceritakan

pengalaman mereka semasa dan sebelum dihantar ke sekolah Tunas Bakti. Ada yang

membuat kesalahan seperti mencederakan rakan, mengambil barang terlarang seperti

syabu dan lain-lain jenayah dan mereka berasa menyesal dan malu selepas melakukan

kesalahan tersebut. Mereka berusaha untuk menjadi lebih baik dan mereka semua

bercita-cita untuk memberi kebahagiaan kepada ibu bapa mereka setelah keluar dari

sekolah itu.

Sebagai masyarakat luar, kita kena ambil iktibar melalui pengalaman yang

telah dilalui mereka dan memberi nasihat serta memotivasikan mereka supaya mereka

tidak malu dan tidak disisihkan oleh masyarakat luar setelah keluar daripada sekolah

Tunas Bakti tersebut. Jangan disebabkan oleh kesalahan yang mereka buat, kita terus
memandang serong terhadap diri mereka sesungguhnya setiap manusia berhak untuk

berubah.

You might also like