You are on page 1of 2

MAKLUMAT AM

PERTANDINGAN TIKTOK MERDEKA PUSPANITA 2021


“PUSPANITA MERDEKA CHALLENGE”

Tarikh : 30 Ogos 2021 (Isnin) – 17 September 2021 (Jumaat)

SYARAT DAN PERATURAN


1. Pertandingan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA.

2. Penyertaan dihadkan kepada satu (1) penyertaan bagi setiap ahli


PUSPANITA.

3. Penghasilan video hendaklah menggambarkan unsur-unsur patriotik dan


berkait dengan tema sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2021 iaitu “Malaysia
Prihatin”.

4. Peserta hendaklah memastikan video rakaman yang dihasilkan TIDAK


mengandungi elemen sensitif seperti unsur perkauman, agama, politik dan
menyentuh sensitiviti individu.

5. Penggunaan Bahasa Melayu (termasuk dialek/ loghat tempatan) dan Bahasa


Inggeris sahaja.

6. Video yang dihasilkan perlu dimuat naik ke aplikasi TikTok dengan


menggunakan tanda pagar #puspanitamerdekachallenge2021 dan tag
akaun Instagram @puspanita.kebangsaan

7. Pemarkahan akan diberikan berdasarkan kriteria berikut:


a. Viraliti
b. Kreativiti dan Originaliti
c. Mesej
d. Kemasan

1
8. Rakaman video perlu mematuhi SOP semasa yang telah ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

9. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli peserta dan tidak
menciplak mana-mana hak cipta orang lain.

10. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan
promosi dalam apa jua bentuk media.

11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika terdapat pelanggaran hakcipta


atau tuntutan oleh mana-mana pihak serta pelanggaran SOP.

12. Segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh peserta untuk menyertai program
ini adalah atas tanggungan peserta.

13. Pihak penganjur berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat
pertandingan.

14. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 September 2021 (Jumaat).

15. Penyertaan yang dimuat naik selepas tarikh tutup pertandingan tidak akan
dinilai.

16. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk rayuan tidak
akan dilayan.

17. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur dan nama-nama pemenang
akan diumumkan dalam Laman Web Rasmi PUSPANITA Kebangsaan.

HADIAH PERTANDINGAN
JUARA : RM500.00
NAIB JUARA : RM350.00
TEMPAT KETIGA : RM200.00
SAGUHATI (5) : RM50.00

You might also like