You are on page 1of 3

UCAPAN YDP PIBG SEMPENA

MAJLIS PERPISAHAN PN PENGETUA

Terima kasih, saudara pengacara majlis.

Yang Berusaha Cik Hajah Nur Elisa Tee Lee Hwa


Pengetua Victoria Institution,

Yang dihormati Puan Salinaz Binti Saad,


Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum,

Encik Azmi Bin Mohd Isa,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Robert Solomon,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn Jamilah Binti Mohd Shariff,


Penolong Kanan Tingkatan 6,

Barisan Guru Kanan,

Barisan PIBG,

Guru-guru,

Serta murid-murid yang dikasihi sekalian


Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi ruang kepada

saya sebagai YDP PIBG untuk memberi ucapan di majlis yang indah ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Pn Pengetua kita, Cik Hajah Nur Elisa

Tee Lee Hwa akan berpindah setelah 2 tahun perkhidmatan beliau di Victoria

Institution. Walaupun 2 tahun itu kedengaran seperti waktu yang singkat,

namun, beliau telah memberi impak yang amat positif dan bermakna terhadap

pentadbiran sekolah.

Bagi pihak jawatan kuasa PIBG, kami turut merasai satu kehilangan yang

besar di atas perpindahan Pn Pengetua kita. Saya tertarik dengan corak

pentadbiran beliau sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Sikap beliau yang

tegas, mesra dan fleksibel sebenarnya menjadi tunggak di dalam pentadbiran

yang berkesan.

Sepanjang beliau menerajui sekolah ini, telah banyak sumbangan dan jasa

bakti yang telah beliau curahkan. Kesungguhan beliau jelas terpapar melalui

setiap tindakan dan keputusan bagi memastikan perkhidmatan sekolah ini

mencapai sasaran, matlamat dan standard yang telah ditetapkan.

Oleh sebab itu, beliau amat disenangi oleh semua ibu bapa di sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebelum mengundur diri, saya ingin

mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Hajah Nur Elisa Tee Lee Hwa.

Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada

masyarakat. Akhir kata, saya dahului dengan serangkap pantun.


Kalau ada sumur di ladang,

Bolehlah saya menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Bolehlah kita berjumpa lagi

Sekian, terima kasih.

You might also like