You are on page 1of 28

STPM 2023

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 1

SEJARAH
940/1

Nama :…………………………………………
Kelas :…………………………………………

DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU


Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana-mana bahagian dalam
kertas soalan ini tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
SULIT*

940/1 STPM 2023

SEJARAH
SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)
KERTAS 1
(Dua jam)

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

(TERENGGANU EDUCATION DEPARTMENT)


MODUL PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN (MPP) STPM

SEMESTER 1
2023

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja.


Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU


Disediakan oleh Guru AKRAM Terengganu

Dibiayai oleh Kerajaan Terengganu

STPM - 940/1 SULIT*


SULIT*

Jawab empat soalan sahaja.

1. Bincangkan ciri-ciri kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Portugal


pada abad ke-16 hingga ke-17. [20]

2. Huraikan reformasi dalam bidang sosial dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan
Republik Ketiga di Perancis tahun 1875. [20]

3. Jelaskan perkembangan kegiatan ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke-16


hingga ke-18. [20]

4. Bincangkan sumbangan idea-idea Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah


pada abad ke-18. [20]

5. Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 hingga 1918. Huraikan kesan
perang tersebut terhadap dunia Eropah. [20]

6. Nilaikan peranan badan-badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


sehingga tahun 1955. [20]

MPP STPM 2023 – 940/1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. *SULIT
STPM 2023
PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 1

SEJARAH
940/1
1. Bincangkan ciri-ciri kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Portugal
pada abad ke-16 hingga ke-17.

Pendahuluan

• Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi


berasaskan kelautan seperti perdagangan, perikanan, mengumpul hasil laut, perkapalan
penerokaan dan penjelajahan.
• Portugal telah muncul sebagai negara perintis dalam kegiatan maritim sejak abad ke-15
lagi dan terus muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-16 dan 17 masihi.
• Perkembangan ini menyebabkan lahirnya masyarakat maritim yang terdiri daripada
pelayar, peneroka, pelaut dan pedagang.
• Terdapat beberapa ciri kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Portugal.

Isi-isi penting (Ciri-ciri kemajuan masyarakat maritim di Portugal)


a) Kegiatan ekonomi
• Masyarakat maritim di Portugal mengalami kemajuan yang pesat dalam kegiatan ekonomi
terutamanya aktiviti perdagangan.
• Kegiatan perdagangan berjalan dengan pesat apabila munculnya pelabuhan seperti Lisbon
Antwerp, Sines, Aveiro dll.
• Ekspedisi ke Timur juga telah menyebabkan Portugal dapat menguasai perdagangan dunia.
• Pedagang Portugal dapat memperoleh rempah ratus, sutera dan batu permata dari Timur
dan membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil.
• Dengan demikian, mereka dapat memperoleh barang-barang tersebut pada kadar harga
yang rendah dan memecah monopoli saudagar-saudagar Islam
• Selain perdagangan, masyarakat Portugal juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan,
mengumpul hasil laut dan membina kapal.
• Jelaslah bahawa kegiatan ekonomi masyarakat Portugal yang berkait rapat dengan aktiviti
kelautan membawa kepada kemajuan masyarakat ini.
b) Petempatan
• Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran persisir pantai, lembah sungai,
pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.
• Petempatan di persisir pantai yang utama ialah di Semenanjung Iberia yang dikelilingi
oleh Lautan Atlantik memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan,
menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
• Sebagai contohnya, pelabuhan Lisbon dan Antwerp yang menjadi tumpuan masyarakat
telah muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal.
• Pelabuhan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan barang,
tempat penginapan, bekalan air dan pusat berjual-beli.
• Maka, kawasan tersebut menjadi tumpuan petempatan penduduk dan menyumbang kepada
perkembangan masyarakat maritim di Portugal.
c) Teknologi kapal
• Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu.
• Kapal-kapal yang dibina mempunyai kemampuan untuk belayar di lautan luas.
• Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan perahu dan
kapal-kapal layar
• Sebagai contohnya, mereka mahir membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan,
berteknologi tinggi dan mampu melakukan pelayaran jarak jauh seperti ke Timur.
• Oleh itu, kemajuan teknologi perkapalan telah merancakkan lagi kegiatan kelautan dan
perdagangan
d) Kemajuan dalam teknologi pelayaran
• Masyarakat maritim Portugal berkemahiran yang tinggi dalam teknologi pelayaran.
• Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam teknolagi pelayaran ialah Putera
Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres.
• Sekolah pelayaran ini berfungsi memberi latihan kepada ahli pelayaran dan jurumudi di
samping mencipta pelbagai jenis peralatan yang memudahkan pelayaran.
• Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu
nautika
• Antara peralatan yang dicipta ialah kompas magnetik, astrolab, carta pelayaran dan reka
bentuk kapal.
• Kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran.
• Astrolab yang digunakan oleh pelaut Portugal merupakan hasil ciptaan orang Arab.
kegunaan alat ini adalah untuk menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah laut.
• Mereka juga telah mencipta peta benua Eropah yang terkini dan peta yang dihasilkan
mempunyai catatan yang tepat mengenai sesuatu wilayah.
• Peta-peta tersebut membantu para pelaut Portugal melancarkan ekspedisi ke seberang laut.
• Jelaslah bahawa teknologi pelayaran merupakan satu ciri penting yang menyumbang
kepada kemajuan masyarakat maritim di Portugal.
e) Kegiatan penjelajahan dan penerokaan
• Masyarakat Portugal merupakan perintis dan telah melancarkan beberapa ekspedisi untuk
mencari jalan laut ke Timur.
• Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan dapat dikesan
sebelum abad ke-16 lagi.
• Portugal mempunyai tokoh pelayar yang hebat akibat dari galakan yang diberi oleh
pemerintahnya.
• Antara contoh tokoh yang terlibat dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan ialah
Batholomew Diaz yang telah belayar ke Tanjung Pengharapan; bahagian selatan Afrika
pada tahun 1487.
• Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar sampai ke Malindi.
Beliau pernah mendapat bantuan Ibn Majid untuk merentasi Lautan Hindi dan berjaya
sampai ke Calicut, India pada tahun 1498.
• Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha menguasai jalan perdagangan
ke Timur sehingga berlaku pertembungan dengan pedagang Arab yang akhirnya
menyebabkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Laut Arab dan Laut Hindi.
• Lopez de Squeira dihantar ke Melaka pada tahun 1509 menyebabkan Melaka jatuh kepada
Portugal pada tahun 1511.
• Jelaslah kegiatan penerokaan dan penjelajahan melengkapkan lagi cirikemajuan
masyarakat maritim di Portugal apabila negara ini dapat menguasai laluan perdagangan ke
Timur.
f) Sikap masyarakat Portugal
• Mayarakat maritim Portugal mempunyai sikap positif yang membantu mereka menjadi
antara bangsa yang paling awal keluar dari benua Eropah.
• Antara sikap yang dimiliki oleh masyarakat ini ialah, semangat ingin tahu yang kuat.
• Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan penjelajahan
• Mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain.
• Masyarakat maritim ini juga memiliki semangat keterbukaan.
• Mereka sanggup belayar ke kawasan-kawasan baharu dan menjalin hubungan dengan
masyarakat tempatan.
• Ekoran daripada hubungan tersebut berlaku pemindahan idea dan teknologi.
• Contohnya, mereka menggunakan astrolab yang merupakan peralatan yang dihasilkan
oleh orang Arab.
• Mereka juga turut mempelajari teknologi membuat kompas daripada orang Cina.
• Perkembangan ini telah melahirkan golongan intelek yang berperanan penting dalam
menghasilkan ciptaan-ciptaan baharu.
• Seterusnnya, masyarakat maritim ini merupakan masyarakat yang berani menghadapi
cabaran dan dugaan ketika belayar di lautan luas.
• Mereka sanggup menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan bencana alam seperti
gelombang, ribut taufan dan juga lanun.
• Contohnya Ferdinand Magellan telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada bulan
September 1519.
• Dalam pelayaran tersebut Magellan terpaksa menghadapi cabaran seperti kekurangan
bekalan makanan dan kerosakan kapal.
• Walau bagaimanapun beliau tetap meneruskan pelayaran meskipun didesak oleh anak-
anak kapal agar berpatah balik.
• Tindakan ini menunjukkan Magellan adalah tokoh yang sangat berani menghadapi
cabaran
• Maka, dengan ini jelaslah bahawa dengan sikap yang dimiliki oleh masyarakat ini telah
berjaya menjadikan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul.

Kesimpulan
• Kesimpulannya terdapat banyak ciri kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim
Portugal terutamanya dalam kegiatan perdagangan, perkapalan, penerokaan dan
penjelajahan.
• Mereka mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan dalam ekspedisi penerokaan
dan penjelajahan ke Timur.
• Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai laluan perdagangan dan mengasaskan
koloni tanah jajahan di Timur.
• Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritim yang hebat di
dunia pada abad ke-16 dan ke-17.

Catatan:
➢ Jawapan yang tidak menggambarkan ciri-ciri kemajuan dalam masyarakat maritim
Portugal tidak layak mendapat markah cemerlang.
2. Huraikan reformasi dalam bidang sosial dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan
Republik Ketiga di Perancis tahun 1875.

Pendahuluan
• Kerajaan Republik Ketiga Perancis ditubuhkan pada tahun 1875.
• Kerajaan Republik Ketiga telah menjalankan pelbagai reformasi di negara Perancis.
• Reformasi dijalankan selepas keamanan dapat dipulihkan sepenuhnya di negara
Perancis.
• Terdapat beberapa pembaharuan dalam aspek sosial dan ekonomi yang dilaksanakan
oleh kerajaan Perancis pada tahun 1875.
Isi-isi penting:
A. Reformasi sosial
a) Mengurangkan waktu bekerja
• Kerajaan Republik Ketiga mengambil tindakan menghadkan waktu bekerja di sektor
perkilangan, waktu bekerja bagi golongan wanita dikurangkan.
• Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dilarang bekerja.
• Waktu bekerja ditetapkan pada 10 jam sehari.
• Selepas Akta Kilang diluluskan, waktu bekerja dikurangkan kepada 8 jam sehari.
b) Penubuhan kesatuan sekerja
• Pekerja-pekerja dibenarkan menubuhkan kesatuan sekerja bagi menjagakepentingan
mereka.
• Kesatuan sekerja yang dikenali sebagai "The General Confederation of Lubour”
ditubuhkan pada tahun 1894.
• Pekerja-pekerja dibenarkan mengadakan mogok secara aman.
c) Kebajikan pekerja
• Kerajaan Republik Ketiga mempertahankan hak dan kebajikan pekerja.
• Akta Kilang bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pekerja kilang diluluskan.
• Pekerja-pekerja diberikan perkhidmatan perubatan secara percuma.
• Mereka juga diberikan cuti rehat satu hari dalam seminggu.
• Pada tahun 1898, akta yang mewajibkan majikan memberikan pampasan kepada
pekerja yang cedera diluluskan.
• Lembaga Perdagangan ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang
timbul antara pekerja dan majikan.
d) Reformasi pendidikan
• Reformasi dalam pendidikan dijalankan demi kepentingan rakyat.
• Semasa pemerintahan Jules Ferry, penekanan diberikan kepada pendidikan peringkat
rendah.
• Beliau menubuhkan sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak berumur antara enam
hingga tiga belas tahun.
• Beliau mendirikan sekolah menengah yang menekankan pembelajaran dalam bidang
sains.
• Pembelajaran sains diberi penekanan di peringkat universiti.
• Beliau melarang golongan mubaligh dan paderi melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran di sekolah.
e) Kebebasan akhbar
• Jules Ferry menarik balik sekatan yang dikenakan terhadap akhbar-akhbar tempatan.
• Kegiatan kewartawanan dan kesusasteraan berkembang dengan pesat.
• Kebebasan juga diberikan untuk mengadakan rapat umum.

B. Reformasi ekonomi
a) Penubuhan kilang perindustrian
• Kilang-kilang besi dan silikon diwujudkan di kawasan berhampiran wilayah Alsace
dan Lorraine.
• Industri pembinaan kapal turut mengalami pertumbuhan pesat.
b) Institusi kewangan
• Sistem perbankan disusun semula demi kepentingan golongan kapitalis.
• Pelaburan golongan kapitalis menyebabkan pertumbuhan pesat dalam aktiviti
perdagangan.
• Peningkatan sumber pendapatan menyebabkan pampasan perang dapat dibayar
dengancepat.
c) Membangunkan pertanian
• Sistem baru diperkenalkan bagi menambah keluasan tanah pertanian.
• Persatuan-persatuan bagi mempertahankan hak pengusaha pertanian ditubuhkan.
• Kerajaan meluluskan undang-undang bagi mempertahankan hak pemilik tanah
pertanian.
• Kerajaan tidak boleh merampas tanah pertanian daripada petani.
• Tanah pertanian tidak boleh dijual ataupun dilelong.
• Cukai tarif yang dikenakan bagi barangan yang diimport dari negara lain ditambah.

Kesimpulan
• Semasa pemerintahan Republik Ketiga ini, banyak pembaharuan dijalankan di Negara
Perancis.
• Pembaharuan dalam bidang sosial dan ekonomi berjaya mengukuhkan kedudukan
Negara Perancis.
• Selain perkembangan dalam bidang pertanian, sektor perindustrian turut mengalami
pertumbuhan pesat.
• Kerajaan juga mempertahankan hak golongan pekerja dan melakukan perubahan
dalam bidang pendidikan.

Catatan:
➢ Jawapan yang cemerlang harus merangkumi dua reformasi sosial dan dua reformasi
ekonomi
3. Jelaskan perkembangan kegiatan ekonomi feudalisme di Jerman pada abad ke-16
hingga ke-18.

Pendahuluan
• Pada abad ke-16,Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang
mengutamakan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan kerajaan.
• Golongan petani telah ditindas akhirnya mereka menuntut agar kerajaan melakukan
pembaharuan supaya dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.
• Dengan campur tangan kerajaan akhirnya ekonomi feudalisme Jerman semakin
berkembang.
• Ekonomi feudalisme di Jerman terdiri daripada pelbagai aspek ekonomi seperti
pertanian, perdagangan, perindustrian, institusi kewangan, pertukangan dan
perlombongan.
Isi-isi penting
a) Pertanian
• Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat feudal di Jerman.
• Tanah pertanian dimiliki oleh tuan tanah dan petani terikat dengan mereka
• Tuan-tuan tanah diberikan keistimewaan kerana mereka memiliki tanah yang luas.
• Tanaman yang diusahakan ialah gandum, barli dan kekacang.
• Petani dikehendaki menyerahkan sebahagian daripada hasil tanaman sebagai cukai.
• Mereka dikawal dan ditindas oleh golongan tuan-tuan tanah.
• Penindasan yang dilakukan ini telah membawa kepada pemberontakan petani di
wilayah tengah dan selatan Jerman.
• Pemberontakan ini berlaku dari tahun 1524 hingga 1525.
b) Perdagangan
• Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen.
• Pelabuhan Hanseatic di Venice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu
membawa masuk barangan logam, bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu.
• Menjelang abad ke-18 Jerman menjadi pusat pemasaran ternakan dan bijirin.
• Jerman menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara di Eropah seperti
Sepanyol, Portugal dan Belanda.
• Perkembangan perdagangan menyebabkan kesatuan dagang ditubuhkan bagi
menyelaraskan aktiviti perdagangan.
• Industri perkapalan turut berkembang pesat di Jerman menjelang abad ke-18M.
• Barangan yang dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan
kaca, senjata dan kertas.
• Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi
barangan penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.
c) Perindustrian
• Perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman dapat dikesan melalui kemajuan
dalam bidang perindustrian.
• Contohnya industri tekstil telah mengalami perkembangan pesat di Jerman pada abad
ke 16M.
• Industri tekstil terdiri daripada pengeluaran kain bulu,linen,kain kapas dan sutera.
• Pengeluaran tekstil secara besar-besaran untuk pasaran dalam negara dan dieksport.
• Perkembangan industri tekstil disebabkan oleh sokongan pemerintah.
• Terdapat juga kerjasama antara kerajaan dan syarikat persendirian dalam memajukan
sektor perindustrian.
• Contohnya pada tahun 1701 kilang cermin di Neuhaus ditubuhkan hasil kerjasama
antara kerajaan dan swasta.
d) Institusi Kewangan
• Bank telah ditubuhkan di Jerman yang banyak memberi bantuan kewangan atau
modal kepada pedagang Jerman.
• Ini dapat membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol
dan Portugal.
• Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile.
• Akhirnya melahirkan keluarga Fuggers Augburg yang kaya di Jerman dan Eropah
dengan memiliki aset 200 000 guiden dan telah meningkat kepada 4 juta guiden pada
tahun 1546.
• Mereka telah melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan
perkapalan serta memberi pinjaman kepada Maharaja Rom Suci.
e) Pertukangan
• Industri kraf tangan berkembang pesat di kawasan pedalaman.
• Pusat pengeluaran hasil kraf tangan terletak di Bohemia.
• Hasil kraf tangan dieskport ke Eropah,Amerika Utara dan Amerika Selatan.
f) Perlombongan
• Perkembangan sektor perindustrian disebabkan kekayaan bahan mentah seperti arang
batu dan bijih besi.
• Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal di Jerman ialah
Lembah Ruhr Lorainne dan Silesia.
• Terdapat juga bahan kimia seperti garam kalium ditemui di Jerman.
• Sumber galian ini menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.

Kesimpulan
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman telah didorong oleh banyak pihak yang
utama ialah golongan petani dan pemerintah.
• Perkembangan ini juga membawa kemajuan dalam membantu sektor ekonomi
Jerman untuk terus maju di samping berupaya untuk menjalankan pembangunan
dalam aspek lain.
• Pelaksanaan ekonomi feudalisme juga dapat menjamin kedudukan kuasa pemerintah
di Jerman.

Catatan:
➢ Calon mesti mengemukakan empat kegiatan ekonomi feudalisme untuk mendapat
markah cemerlang.
4. Bincangkan sumbangan idea-idea Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah
pada abad ke-18.

Pendahuluan
• Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland,
mendapat pendidikan di Burgh School of Kirkeadly dan beliau melanjutkan pelajaran
di Universiti Glasgow.
• Beliau memasuki Kolej Balliot, Universiti Oxford dari tahun 1740 hingga tahun 1746.
• Pada tahun 1751, beliau dianugerahkan gelaran Profesor oleh Universiti Glasgow dan
pada tahun 1762 dianugerahkan pula gelaran Doktor Undang-undang.
• Adam Smith memegang jawatan Rektor dari tahun 1797 sehingga 1789 di Universiti
Glasgow.
• Beliau banyak menyumbangkan idea dalam aspek ekonomi sehingga dianggap
sebagai Bapa Ekonomi Moden.

Isi-isi penting (Sumbangan idea-idea Adam Smith dalam bidang ekonomi)


a) Perdagangan bebas
• Adam Smith mempelopori idea perdagangan bebas (laissez-faire) dalam karya ‘The
Wealth of Nation’
• Menurut beliau idea perdagangan bebas ialah satu idea yang membiarkan aktiviti
ekonomi berfungsi mengikut hukum permintaan dan penawaran.
• Kerajaan tidak harus campur tangan kerana akan menjejaskan kecekapan ekonomi
dan akhirnya akan menaikkan harga.
• Beliau telah menghuraikan kepentingan diri dan persaingan boleh membawa
kemakmuran ekonomi.
• Beliau berpendapat perdagangan bebas akan menambahkan pendapatan,
mengurangkan kos pengeluaran dan membolehkan modal mengalir ke sektor yang
produktif.
• Kesannya kerajaan mengamalkan dasar perdagangan bebas bagi merangsang
pertumbuhan ekonomi negara.
• Oleh itu, kerajaan telah menghapuskan sekatan kastam yang dikenakan bagi
perdagangan dalam negeri dan antara bandar.
• Adam Smith menyebarkan doktrin ‘lassez-faire’ di England dengan menubuhkan
institusi yang dikenali ‘School of Political Economy’.
• Idea ini mendapat perhatian ahli-ahli ekonomi yang lain seperti Ricardo dan Thomas
Maltus.
b) Mengkritik dasar merkantilisme
• Beliau mengkritik dasar merkantilisme apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
• Koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti
mengikut pilihan sendiri.
• Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi
kewangan.
• Kritikan ini turut ditujukan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang memonopoli
perdagangan.
c) Teori Faedah Mutlak
• Menurut teori ini tidak praktikal sesebuah negara menghasilkan sesuatu produk atau
komoditi apabila produk itu boleh didapati dengan murah di tempat lain.
• Oleh itu, lebih berfaedah bagi sesebuah negara membuat pengkhususan dalam
pengeluaran produk atau barangan yang mempunyai faedah mutlak.
• Faedah mutlak boleh didefinisikan sebagai suatu situasi di mana sebuah negara
dengan suatu jumlah punca pengeluaran yang tertentu boleh mengeluarkan jumlah
barangan yang lebih daripada negara lain yang juga merupakan punca pengeluaran
yang sama.
• Faedah mutlak kadangkala boleh disebabkan oleh faktor iklim dan struktur tanah.
d) Pengkhususan dalam pekerjaan
• Beliau menyarankan agar sesebuah kerajaan atau negara mempraktikkan
pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu produk.
• Pengkhususan dalam pekerjaan membolehkan sesebuah negara menghasilkan lebihan
produk yang boleh dipasarkan ke luar negara.
• Pengkhususan dalam pekerjaan banyak memberi manfaat seperti meningkatkan
produktiviti tenaga kerja, penjimatan waktu dan meningkatkan ketrampilan pekerja.
• Perkembangan ini dapat meningkatkan sumber pendapatan dan kekayaan sesebuah
negara.
e) Konsep nilai ekonomi dan pengelasan masyarakat
• Beliau menekankan meritokrasi kerana sistem ini akan mendorong masyarakat agar
selalu membaiki diri sendiri dan mewujudkan pengkhususan serta kecekapan ekonomi.
• Menurut beliau, nilai merupakan kuasa untuk membeli barangan lain.
• Nilai sesuatu barangan boleh diketahui daripada jumlah tenaga buruh yang digunakan.
• Pengelasan masyarakat pula, dapat dibahagikan kepada tiga iaitu mereka yang hidup
dengan memperoleh sewa, upah dan untung.
f) Meningkatkan pendapatan negara
• Menurut beliau, impak daripada perdagangan bebas akan meningkatkan sumber
pendapatan sesebuah negara.
• Perdagangan bebas mengurangkan kos pengeluaran yang akan menyebabkan
berlakunya peningkatan dalam pendapatan.
• Lebihan pendapatan menyebabkan berlaku pengaliran modal ke sektor yang lebih
produktif.
• Perdagangan bebas juga membolehkan lebihan hasil dipasarkan ke luar negara.
• Contohnya England memasarkan lebihan barangan kapas dari Manchester ke India .
g) Teori Pencukaian
• Teori pencukaian ialah dengan mengesyorkan kerajaan melaksanakan sistem cukai
yang tidak menggugat kesejahteraan masyarakat.
• Menurut beliau cukai untuk barangan import tidak perlu dinaikkan.
• Malah kerajaan memberikan subsidi kepada pengeskport dan melindungi industri
domestik.
• Selain itu, kerajaan perlu mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak, kerana ia
merupakan ukuran kekayaan sesebuah negara.
Kesimpulan
• Adam Smith percaya bahawa kerajaan mempunyai tiga fungsi utama iaitu melindungi
rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan
dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang tidak boleh disediakan oleh individu.
• Jelas Adam Smith memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan sistem
ekonomi moden hingga ke hari ini.
• Malah idea yang dikemukakan oleh beliau dalam bidang ekonomi diterima dan
diamalkan di negara-negara lain seluruh Eropah.
• Idea-idea ekonomi baharu yang diperkenalkan oleh beliau telah memberi kesan besar
terhadap perkembangan ekonomi moden.
Catatan:
➢ Calon mesti mengemukakan empat sumbangan idea ekonomi untuk mendapat markah
cemerlang.
5. Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914 hingga 1918. Huraikan kesan
perang tersebut terhadap dunia Eropah.

Pendahuluan
• Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan
negara-negara Eropah
• Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama ialah Triple Alliance ( Perikatan
Tiga Kuasa) dianggotai oleh Jerman, Austria- Hungary dan Itali, dan Triple Entente
(Pakatan Tiga Kuasa) yang dianggotai oleh Rusia, Perancis dan British
• Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat dalam politik, ekonomi dan sosial
selepas tamatnya Perang Dunia Pertama tersebut.

Isi-isi penting (Kesan Perang Dunia Pertama)


A. Kesan politik
a) Menamatkan pemerintahan beraja/monarki di Eropah
• Kesan Perang Dunia Pertama dalam bidang politik ialah menamatkan pemerintahan
beraja yang nemerintah Rusia selama 400 tahun.
• Kekalahan yang dihadapi oleh Rusia sebelumnya telah menyebabkan kesetiaan
tentera berbelah bahagi.
• Kerajaan Rusia juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja
kerana tidak membela nasib mereka ketika ekonomi merosot.
• Perjuangan melalui revolusi yang disertai oleh kelas menengah, pekerja dan petani
berpecah mengikut perbezaan kepentingan.
• Walaubagaimanapun, Vladimir Lenin kemudiannya berjaya mendapatkan
kepercayaan dan sokongan daripada golongan pekerja, petani dan tentera untuk
menggulungkan Tsar dan seterusnya membentuk kerajaan Komunis pertama di dunia.
• Di Jerman pula Kaiser Wilhem II dibuang negeri dan Parti Sosialis Demokrat
pimpinan Friedrich Ebert membentuk sebuah kerajaan republik yang dikenali sebagai
Republik Weimer.
• Walau bagaimanapun, republik ini masih menggunakan khidmat golongan tentera dan
pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah Adolf Hitler
berkuasa pada tahun 1933 .
• Manakala di Austria Hungary, Dinasti Hasburg ditamatkan.
• Kerajaan Austria-Hungary mengalami kemusnahan apabila Dinasti Hasburg
digulingkan.
• Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-
bangsa yang pernah dikuasainya seperti Pole, Slovak, Finn, Lithuania dan Czech.
• Kejayaan pemberontakan tersebut menyebabkan lahirnya negara- negara baharu
seperti Yugoslavia, Czechoslovia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Estonia Dan
Rumania
• Di Turki, pemerintahan beraja berakhir apabila Sultan turun takhta.
• Tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyyah turun tahta selepas kepimpinan diambil
alih oleh Turki Muda ekoran kekalahan Perang Dunia Pertama.
• Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki meliputi sebahagian Eropah yang
meliputi Poland, Bulgaia, Czechosvakia dan Finland berakhir.
b) Kebangkitan ideologi demokrasi dan sosialis
• Selepas tamat perang, kerajaan monarki berakhir dan diganti dengan kerajaan
bercorak demokrasi dan sosialis contohnya di Jerman, Rusia, Turki, Austria, Poland
dll
• Kerajaan republik di Turki diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1923
• Di Rusia pula, kesan Perang Dunia Pertama menyebabkan parti-parti politik
ditubuhkan contohnya pembentukan Parti Buruh Demokratik Sosial yang ditubuhkan
oleh golongan pekerja yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis.
• Demontrasi diadakan. Antara yang terbesar yang diadakan di ibu negara iaitu
Petrograd (kini dikenali sebagai St. Petersberg).
• Tentera Tsar yang kebanyakan terdiri daripada petani berpaling tadah dan menyertai
petunjuk perasaan.
• Keadaan ini seterusnya menyumbang kepada kejatuhan kerajaan beraja dan muncul
kerajaan komunis dibawah kepimpinan Vladamir Lenin.
c) Kemunculan negara-negara baharu.
• Perjanjian Versailles (1919) mengubah peta Eropah dan menyaksikan kemunculan
negara- negara baharu.
• Negara Poland, Finland, Estonia, Latvia dan Lithuania ditubuhkan daripada empayar
Rusia.
• Pepecahan empayar Turki menyebabkan muncul negara Lebanon, Syria dan Iraq
• Keruntuhan empayar Austria-Hungary menyebabkan lahir negara Austria, Hungary,
Czechoslovakia dan Yugoslavia.
d) Jerman kehilangan wilayah dan kekuasaannya
• Selain itu, Perjanjian Versailles telah dimeterai antara dua pihak yang bertujuan untuk
menamatkan Perang Dunai Pertama.
• Perjanjian ini dilihat tidak adil apabila pihak yang kalah iaitu Jerman yang dipaksa
menerima syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah.
• Jerman telah kehilangan wilayah dan jajahan takluknya. Antaranya Wilayah Alsace
dan Lorraine yang diserahkan kepada Perancis, Euphen dan Malmedy diserahkan
kepada Belgium dan wilayah Memel, Lithuania dan barat Prusia terpaksa diserahkan
kepada Poland.
• Jerman juga dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan
Chezhoslovakia.
• Jerman juga kehilangan sebahagian besar tanah jajahan di Afrika, dan Rantau Pasifik
kepada British, Perancis dan Jepun.
• Selain itu, Jerman juga terpaksa menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya
selain menyerahkan 13 % daerahnya termasuk 3/4 hasil besi dan ¼ arang batu.
e) Kekuatan tentera Jerman dilumpuhkan
• Melalui Perjanjian Versailles, kekuatan tentera Jerman dilumpuhkan.Jerman
dikehendaki menghadkan bilangan tentera daripada 400 000 kepada 200 000
menjelang 30 September dan 100 000 menjelang 31 Mac 1920.
• Jerman juga dilarang menempatkan tenteranya di wilayah Rhineland yang terletak
berhampiran Perancis
• Pangkalan tentera di Heligoland dan Dune dihapuskan.
• Pembelian senjata perang, meriam besar dan kereta kabel dilarang

f) Liga Bangsa dibentuk


• Seterusnya liga bangsa dibentuk bagi menjaga keamanan serta mengelakkan daripada
berlakunya peperangan.
• Liga bangsa ini ditubuhkan ekoran persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian
Versailles pada tahun 1919.
• Tujuan penubuhan Liga Bangsa adalah untuk:
- Memastikan syarat- syarat Perjanjian Damai Paris di patuhi
- Mengekalkan keamanan dunia
- Menyelesaikan masalah negara-negara melalui mesyuarat bukannya peperangan.
• Hampir kesemua negara Eropah menyertai pertubuhan ini kecuali Rusia dan Amerika
Syarikat dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun
• Ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota telah melemahkan pertubuhan
ini dan akhirnya dibubarkan pada April 1945 apabila pertubuhan ini gagal
menghalang penaklukan Itali terhadap Habsyah
* Untuk isi kesan politik, jika calon menghuraikan isi Perjanjian Versailles
sahaja, tidak layak mendapat amat cemerlang

B. Kesan Ekonomi

a) Masalah inflasi
• Dari segi ekonomi pula, Jerman mengalami inflasi kesan kekurangan makanan dan
catuan bahan makanan.
• Hal ini, menyebabkan rakyatnya merusuh dan berlaku gerakan antikerajaan pada
tahun 1917.
• Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam dan pengeluaran
industri Jerman turut terjejas.
• Di Rusia pula, sektor pertanian mengalami masalah apabila kekurangan tenaga buruh
kerana empat juta daripada mereka dikerah untuk menyertai tentera.
• Pemerintahan Tsar mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengalihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan
ketenteraan.
• Manakala di Perancis, berlaku pertempuran yang menyebabkan keupayaan
pengeluaran merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% besi.
b) Hutang antarabangsa yang tinggi
• Perang Dunia Pertama menyebabkan negara- negara di Eropah menanggung beban
hutang yang tinggi untuk perbelanjaan perang dan pampasan perang.
• Pada akhir perang Dunia Pertama, hutang ditanggung oleh British dianggar berjumlah
74 350 Lac Pounds
• Hutang Perancis berjumlah 1 474720 Lac Pounds Perancis, manakala hutang Jerman
pula dianggarkan 1 606 000 Lac Marks.
c) Pasaran dunia dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun.
• Penguasaan pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
• Keadaan ini amat dirasai oleh negara negara Eropah terutamanya Britain.
• Ini kerana sebelum Perang Dunia Pertama, Britain adalah sebuah negara industri yang
menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar.
• Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

C. Kesan Sosial
a) Mengorbankan banyak nyawa
• Kesan sosial Perang Dunia Pertama ialah mengorbankan banyak nyawa tentera dan
orang awam
• Perang ni telah menyebabkan 10 juta orang tentera terkorban dan 20 lagi tercedera.
Dianggarkan 13 juta orang awam yang terkorban.
• Kemusnahan harta benda juga sangat tinggi yang dianggarkan bernilai AS 36 760
juta.
• Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduknya
lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera
dianggarkan berjumlah dua juta orang.
• Selain itu, lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta yang lain
tercedera dan jumlah ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelaki Perancis yang
cergas
• Tambahan pula, pencemaran udara dan bumi juga berlaku kesan penggunaaan senjata
kimia yang meluas dalam pertempuran sengit seperti di Marne dan Somme
b) Semangat perkauman luntur
• Perang Dunia Pertama menyebabkan semangat perkauman dan perbezaan warna
kulit yang menebal dalam kalangan bangsa eropah mulai luntur.
• Sebelum tercetusnya perang, rakyat Britain, Perancis dan Jerman amat
mementingkan keangungan bangsa masing-masing.
• Orang Eropah amat memandang rendah kepada orang Afrika dan Asia.
• Semasa perang, semua bangsa turut serta dalam perang. Umpamanya, tentera India
dan Afrika membantu tentera British dalam medan perang.
• Perkembangan ini menyebabkan perbezaan dan semangat perkauman dalam kalangan
bangsa Eropah mula berkurangan.

c) Peningkatan peranan wanita


• Semasa perang dunia pertama, ramai golongan lelaki terpaksa meninggalkan
pekerjaan mereka dan menyertai tentera untuk mempertahankan negara.
• Perkembangan ini menyebabkan wujud kekurangan tenaga kerja dalam sektor
perkilangan dan pejabat.
• Golongan wanita diberi peluang untuk mengisi kekosongan kerja dalam sektor
perkilangan dan pengurusan.
• Hal ini menyebabkan skop pekerjaan wanita menjadi lebih luas dan mereka mula
melibatkan diri dalam bidang pembangunan ekonomi dan politik negara.
d) Institusi pendidkan tidak berfungsi
• Perang yang tercetus menyebabkan institusi pendidikan ditutup.
• Pelajar diwajibkan menyertai latihan ketenteraan dan mengambil bahagian dalam
peperangan

Kesimpulan
• Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial terhadap seluruh rakyat di negara-negara yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung.
• Perang Dunia Pertama diberi gelaran sebagai ”The Great War” kerana peperangan
ini telah mengubah lanskap politik Eropah, kemusnahan harta benda yang besar dan
jutaan nyawa yang terkorban.
• Walaupun perang ini telah tamat pada tahun 1918 tetapi ia tidak mampu untuk
menghentikan perang /persengketaan antarabangsa hingga kemudiannya tercetusnya
Perang Dunia Kedua.

Catatan:
➢ Jawapan pelajar mesti sekurang-kurangnya empat isi dan merangkumi ketiga aspek
iaitu kesan politik, ekonomi dan sosial.
➢ Calon perlu membuat penegasan isi bagi fakta yang dihuraikan.
6. Nilaikan peranan badan-badan utama dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
sehingga tahun 1955.

Pendahuluan
• Kegagalan Liga Bangsa menyebabkan beberapa negara–negara anggota bersidang di
Istana St. James di London untuk menandatangani satu pengisytiharan menentang
sebarang percubaan dari mana-mana negara daripada membuat pakatan damai secara
berasingan.
• Pada bulan Ogos 1941, Franklind Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat
pengisytiharan yang dinamakan Piagam Atlantik.
• Piagam ini dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
• PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang
digariskan.
• PBB mewujudkan enam badan utama/organisasi untuk menjalankan fungsinya
tersendiri.
• Organisasi tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi
dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis Amanah dan Sekretariat.

Isi-isi penting (Badan-badan utama PBB)

a) Majlis Perhimpunan Agung


• Perhimpunan Agung merupakan badan terpenting.
• Berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan,
dan ahli Majlis Amanah.
• Majlis ini mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
• Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua
negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi.
• Antara tugas-tugas Perhimpunan Agung ialah :
- Menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam
usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
- Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan kerjasama
antarabangsa dalam bidang politik.
- Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia.
- Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.
- Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai.
- Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.
b) Majlis Keselamatan
• Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan
keamanan dan keselamatan dunia.
• Sejak tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli iaitu 5 ahli tetap (Amerika Syarikat,
Soviet Union, United Kingdom, Prancis dan China) dan enam ahli biasa yang
dilantik setiap dua tahun.
• Ciri terpenting Majlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberikan kuasa veto.
• Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu/dasar memerlukan persetujuan
setiap ahli tetap
• Ini bermakna bantahan ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB.
• Dalam isu-isu yang penting, keputusan yang sah mestilah menerima dua pertiga (atau
sembilan) ahli Majlis Keselamatan.
• Tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan sebarang
pertelingkahan adalah:
- Meminta negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara
yang ingkar.
- Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut, udara,
perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi.
- Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan
negara tersebut
• Mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut sama ada melalui sekatan
darat, laut atau udara.
• Antara konflik yang diselesaikan oleh Majlis Keselamatan adalah:

- Mengundurkan tentera Soviet Union dari utara Iran pada tahun 1946
- Menyelesaikan krisis Terusan Suez
- Mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak pada tahun 1964-1974
- Mengenakan sekatan ekonomi dan menghentikan bantuan kewangan kepada
Pakistan kerana menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara
India dan Pakistan untuk merebut wilayah Kashmir.
c) Majlis Ekonomi dan Sosial
• Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti
PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusian dan kebudayaan.
• Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bertanggungjawab
terus kepada Perhimpunan Agung.
• Tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi,
kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainya.
• Usaha ini boleh dilakukan secara langsung ataupun dengan membentuk sebuah
suruhanjaya pakar.
• Keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya pakar akan menjadi dasar untuk
dibincangkan oleh Majlis ini.
• Keputusan majlis ini pula akan dikemukakan kepada Perhimpunan Agung untuk
dipertimbangkan dan mengambil tindakan yang perlu
• Agensi- agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah
- Food and Agriculture Organization (FAO),
- United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation UNESCO),
- International Labour Organisation (ILO) - 1930-an memainkan peranan dalam
usaha mengatasi masalah pengangguran, dan kemelesetan ekonomi dunia, selepas
1945 memberikan tumpuan kepada masalah hak menausiaan, bantuan teknikal
dan kepentingan sosial dan ekonomi.
- United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD)
- International Bank for Reconstruction and Development (IBRD) dan
- International Monetary Fund (IMF).
• Antara sumbangan Majlis Ekonomi dan Sosial ialah :
- Membantu negara mangsa perang di Asia, Timur jauh, Amerika Latin dan Afrika.
Saluran bantuan diberikan melalui agensi FAO,UNICEF dan WHO
- Program Bantuan dan Pembangunan semula PBB (UN Relief and Rehabilitation
Administration) membantu negara–negara mangsa perang selepas Perang Dunia
Kedua.
- Menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur melalui
agensi International Development Association (IDA) sebagai badan gabungan
Bank Dunia. (IDA diberi kuasa membiayai projek yang memberi sumbangan
kepada kemajuan wilayah)
- Mengumpul data tentang kemajuan sosial dan ekonomi antarabangsa. Data yang
dikumpulkan digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan projek
pembangunan di negara-negara membangun.
- Menyelesaikan masalah pelarian melalui agensi IRO (International Refugees
Organisasion). IRO menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi
perlindungan kepada 1 juta pelarian. Tahun 1952 UN Commissioner for Refugees
(UCHCR) ditubuhkan untuk mengatasi masalah pelarian dengan lebih berkesan.

d) Majlis Amanah
• Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di
bawah pentadbiran PBB.
• Prinsip asasnya, sebarang wilayah yang dirampas daripada musuh yang telah
dikalahkan tidak boleh dijadikan jajahan takluk oleh mana-mana kuasa yang menang.
• Sebaliknya, wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah
sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri.
• Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari Jerman, Itali,
dan Jepun.
• Contoh kawasan yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea
ditadbir oleh Austrialia. Samon Barat ditadbir oleh New Zealand dan Cameroon,
Tanganyika dan Togoland ditadbir oleh Britain
• Bagaimanapun, akhirnya kawasan- kawasan ini mencapai kemerdekaan pada awal
tahun 1960-an.
• Oleh itu, Majlis Amanah kurang berfungsi kerana kawasan-kawasan amanah telah
mencapai kemerdekaan.
e) Mahkamah Keadilan Antarabangsa
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda.
• Mahkamah ini mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung
dan Majlis Keselamatan.
• Setiap hakim mestilah terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat
selama 9 tahun dan boleh dipilih semula.
• Mahkamah ini berkuasa memberi nasihat atas permintaan Majlis Perhimpuanan
Agung atau majlis Keselamatan.
• Mahkamah ini berkuasa mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya.
• Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, mahkamah ini tidak ada agen
penguatkuasa keputusan yang dibuat
• Pelaksanaan keputusan mahkamah ini terletak atas persetujuan negara yang terlibat
untuk mematuhinya
• Kelemahan yang ketara dalam kes-kes antarabangsa yang bersifat politik dan tidak
dapat diselesaikan secara perundangan seperti kes yang melibatkan tuntutan ke atas
wilayah, penentuan garis sempadan dan tuntutan ganti rugi antara negara.
• PBB memainkan peranan dalam isu tuntutan kepulauan Spratly oleh China,
Taiwan, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia.
• PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan Undang- undang Laut
yang diluluskan oleh Majlis Perhimpunan Agung pada bulan November 1994

f) Sekretariat PBB

• Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis
Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan.
• Sekretariat ini beribu pejabat di New York.
• Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat
bergantung kepada kewibawaan dan pengaruh peribadi Setiausaha Agung berkenaan.
• Setiausaha Agung diberi kuasa melantik kakitangan jabatannya
• Beliau bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran PBB yang terdiri
lebih daripada 3000 pegawai dan kakitangan (pada tahun 1998, jumlah kakitangan
PBB ialah 8900 orang)

Kesimpulan

• Jelaslah bahawa peranan PBB ialah untuk menyatukan fikiran, pendapat dan tindakan
negara-negara anggotanya terhadap sesuatu masalah yang membabitkan kepentingan
sejagat.
• Dalam Perhimpunan Agung, wakil- wakil negara anggota diberi peluang berdebat,
berbincang dan membuat keputusan berdasarkan undian terbanyak.
• PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling
bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan
dan keselamatan antarabangsa.

Catatan:
➢ Calon perlu menghuraikan enam badan utama dalam PBB untuk mendapat markah
amat cemerlang

You might also like