You are on page 1of 5

峇督古劳日莱培华华文小学

SJK ( C ) PHOOI WAH , JELAI ,


BATU KURAU

PROGRAM ORIENTASI
TRANSISI MURID
TAHUN 1
2022
PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam
masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu
daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat
meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep Program
Transisi dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap dan nilai,
kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta
kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan
pendekatan bertema dan bersepadu.

Kejayaan pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu bergantung kepada


kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir dan guru. Persekitaran
sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan juga amat penting
dalam proses pembelajaran murid. Program ini amat menekankan kepada
persediaan dan penguasaan murid dalam kelima-lima aspek di atas bagi
mengupayakan mereka untuk melangkah ke pembelajaran seterusnya di Tahun 1.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut cadangan aktiviti dalam Fasa Penyesuaian dan
Fasa Kesediaan dibina berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Tahun 1.

Tujuan Program :

1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan


kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan
jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran
dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa
banyak masalah.
Objektif :

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah


atau tadika kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi
sosial serta pembelajaran.
5. Membantu murid mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
pembelajaran seterusnya.

Fasa Penyesuaian dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan murid


menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta
membina hubungan baik dengan rakan dan guru serta membina keyakinan diri
murid untuk berkomunikasi. Fasa ini juga akan menggalakkan pelibatan aktif murid
dalam aktiviti pembelajaran.

Fasa Kesediaan bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan,


kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. Fasa ini memberi peluang
kepada guru untuk melaksanakan PdP dalam suasana yang bermakna dan
menyeronokkan. Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan murid dalam interaksi
sosial dan membentuk sikap positif dalam pembelajaran. Fasa ini dilaksanakan
selama dua minggu berdasarkan tahap kesediaan murid mengikut jadual waktu
Tahun 1.
MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu
membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam
aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam masa
yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu
mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur
dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud
proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid
di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang
dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus
belajar bersama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang
baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa
melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan
kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap
masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

AHLI JAWATANKUASA

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2022


PENGERUSI
EN.LAU PEIR SOON

NAIK PENGERUSI
PN. YONG WAI LENG

GURU PENYELARAS TRANSISI


PN. TAN ROU JUN

SETIAUSAHA
CIK LAW PEI PEI

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU TAHUN 1

You might also like