You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN


SK SERI BUNIAN 2023
(20 Ogos 2023 – 14 September 2023)

ANJURAN :
PANITIA SEJARAH, PUSAT SUMBER SEKOLAH,
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
dan PANITIA MUZIK

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SK SERI BUNIAN 2023


 1.0 Pendahuluan

Panitia Sejarah dengan kerjasama Panitia Pendidkan Seni dan Panitia Muzik akan
mengadakan aktiviti bulan kebangsaann bagi mengisi takwim SK Seri Bunian bagi tahun
2022. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena
sambutan kemerdekaan. Sambutan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua
Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang


menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan
manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan
mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SK Seri Bunian.

2.0 Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam
murid-murid SK Seri Bunian secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Seri Bunian di peringkat yang
lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

 3.0 Objektif

3.1 Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.

3.2 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk


mengekalkannya.

3.3         Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan


menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.

4.0 Tarikh

4.1 Sambutan Perdana Bulan Kebangsaan : 30 OGOS 2023


4.2 Aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan : 20 Ogos 2023 – 14 September 2023

5.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid dan guru SK Seri Bunian.

6.0 Cadangan Aktiviti

Bil Aktiviti Sasaran Anjuran Tarikh Pelaksanaan


1 Jelajah Merdeka Semua murid Panitia Sejarah 21 Ogos 2022-30
dengan kerjasamaOgos 2022
PIBG
2 Pertandingan Mewarna Tahap 1 Panitia Seni 30 Ogos 2023
3 Pertandingan Doodle Merdeka Tahap 2 Panitia Seni 30 Ogos 2023
4 Pertandingan Kuiz Semua murid Pusat Sumber 21 Ogos-10
Kemerdekaan September 2021
6 Pertandingan Busana Merdeka Semua murid Panitia Sejarah 14 September 2023
7 Pertandingan Buku Skrap Semua murid Pusat Sumber 21 Ogos-10
Merdeka September 2021
8 Pertandingan Basikal Berhias Semua Murid Panitia Seni 5 September 2023
9 Pertandingan Payung Berhias Semua Murid Pantitia Seni 5 September 2023
10 Nyanyian Patriotik Semua murid Panitia Muzik 14 September 2023

7.0 Jadual Pelaksanaan

Sambutan Perdana Bulan Kemerdekaan – 5 September 2023

Masa Aturcara

7.30 pagi Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis


Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Ustaz Reduan bin Muhamad
Nyanyian lagu patriotik

8.30 pagi Perarakan basikal berhias & Kembara Merdeka


Pertandingan Mewarna
Pertandingan Kad Ucapan Kreatif
10.30pagi – Pertandingan Busana Tradisional Pra Sekolah
12.00 Persembahan Murid
tengah hari Bersurai

Masa Aturcara

7.30 pagi Ucapan Alu-aluan pengerusi majlis


Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Ustaz Reduan bin Muhamad
Nyanyian lagu patriotik

8.30 pagi Perarakan basikal berhias & Kembara Merdeka


Pertandingan Mewarna
Pertandingan Kad Ucapan Kreatif

10.30pagi – Pertandingan Busana Tradisional Pra Sekolah


12.00 Persembahan Murid
tengah hari Bersurai

8.0 Jawatankuasa Acara Sambutan Bulan Kebangsaan

Jawatankuasa Induk

Penasihat : Reduan bin Muhamad


Pengerusi : Khairul bin Khalid (GPK KOKU)
Naib Pengerusi 1 : Zahratullaila binti Ismail (GPK 1)
Naib Pengerusi 2 : Muhamad Akbal bin Abdul Mutalib (GPK HEM)
Setiausaha : Amira Afiqah Bt Marzuki
AJK NAMA
Juruacara Majlis Sambutan Perdana Ramlah binti Radi (Pembimbing)

Bacaan doa Mohd Nor bin Salim


Pentas & backdrop Nadia binti Md Yusof
Siti Rafiqah binti Basri
Megawati binti Basri
Penyelaras Busana Merdeka Pra Sekolah Mohd Shukry bin Omar
Penyelaras Busana Merdeka Nur Diyana bt Mohd Zakaria
Penyelaras Jelajah Merdeka & Mohamed Hafez bin Samsuri
Penyelaras Basikal Berhias Muhammad Azri bin Mad Noor
Muhamad Ramadan bin Mohamad
Suhaimy bin Atan
Peyelaras Pertandingan Kuiz Kemerdekaan & Ramlah binti Radi
Buku Skrap Kemerdekaan
Penyelaras pertandingan Pantun Merdeka Bahariyah binti Md Tahir
Guru Bahasa Melayu tahap 1
Penyelaras Pertandingan Deklamasi Sajak Nur Diyana bt Mohd Zakaria (K)
Merdeka Guru Bahasa Melayu tahap 2
Penyelaras Pertandingan Doodle Merdeka Siti Ainah bt S Sani
Penyelaras Pertandingan Mewarna Siti Amirah binti Suhaimi

Penyelaras Gunting rambut gaya KrMJ Norzalianah bt Mohamed Razali

Siaraya Mahathir bin Mohidin


Ahmad Faizal bin Mohd Fauzi
Hadiah Fatimah binti Md Arif
Megawati binti Basri

9.0  Kewangan

Bil Perkara/ Aktiviti Kuantiti Anggaran


Kos
1 Hadiah Pertandingan Mewarna RM3.50 X 24 orang RM 84.00
2 Hadiah Pertandingan Mencipta kad RM3.50 X 30 orang RM 105.00
kreatif

3 Hadiah Pertandingan Teka silangkata RM3.50 X 30 RM105.00


dan perkataan tersembunyi
4 Hadiah Pertandingan Kuiz RM3.50 X 18 RM63.00
Kemerdekaan
5 Hadiah Pertandingan Ceria Merdeka RM 10.20 X 10 RM102.00
6 Hadiah pertandingan Puisi RM 10.20 x 10 RM102.00
Kemerdekaan
  Jumlah   RM561.00

 10.0 Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan SK Seri Bunian ini memerlukan kerjasama


dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Semoga objektif
program ini dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan Oleh, Diluluskan Oleh,

________________________ _______________________

(AMIRA AFIQAH BT MARZUKI) (ABDUL HALIM BIN YUNUS)

Setiausaha Guru Besar


Program Sambutan Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Seri Bunian.
Sk Seri Bunian 2022
 

You might also like