You are on page 1of 3

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA


GUAMAN NO: ______________

ANTARA

___________________________________________ …PLAINTIF
(NO ______________)

DAN

___________________________
(NO SYARIKAT.:____________________) …DEFENDAN

NOTIS PERMOHONAN

(Permohonan Pindaan menurut Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)

BENARKAN SEMUA PIHAK yang berkenaan hadir di hadapan Hakim/ Pendaftar


dalam kamar pada haribulan , 2020 pukul pagi/petang
mendengarkan permohonan di pihak Plaintif di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah
Mahkamah, 2012 dan bidangkuasa sedia ada Mahkamah Yang Mulia ini untuk perintah-
perintah berikut:-

1. Bahawa Plaintif dibenarkan untuk meminda Jawapan Terpinda kepada Pembelaan


Terpinda bertarikh 30.1.2020 seperti dipinda dan digaris dengan dakwat hijau pada
Cadangan Jawapan Terpinda Semula kepada Pembelaan Terpinda Semula yang telah
dilampirkan disini sebagai “Lampiran A”;

2. Bahawa kos bagi permohonan ini dan terhadap pindaan-pindaan berbangkit


daripadanya menjadi kos dalam kuasa;

3. Relif-relif lain atau selanjutnya sepertimana yang Mahkamah yang Mulia ini
menganggap suai manfaat untuk diberikan.
Alasan-alasan permohonan ini adalah seperti berikut:-

1. Pindaan yang dicadangkan akan memastikan bahawa kesemua isu-isu dan fakta-fakta
yang berhubung dan berkait rapat dengan pertikaian antara pihak-pihak dinyatakan
secara teratur untuk tindakan ini.

2. Pindaan yang dicadangkan merupakan fakta yang relevan dan penting dan ianya perlu
diplidkan dan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini.

3. Pindaan yang dicadangkan adalah perlu supaya pliding di hadapan Mahkamah Yang
Mulia ini konsisten dengan keterangan di bawah kenyataan (testimony) saksi-saksi di
Perbicaraan kelak.

4. Plaintif tanpa kelewatan, telah segera memfailkan permohonan ini setelah menemui
keterangan dokumentari untuk menyokong fakta-fakta yang relevan dan penting.

5. Keterangan dokumentari tersebut hanya ditemui setelah pemfailan Ikatan Dokumen


Bersama.

6. Pindaan yang dicadangkan tidak akan menukar sifat Jawapan Terpinda Plaintif atau
pun sesuatu yang bersifat tindakan taktikal (tactical manoeuvre) di dalam tindakan
ini.

7. Plaintif berhak untuk membangkitkan segala isu-isu yang perlu tentang tuntutan-
tuntutan yang berkaitan dalam perkara supaya Mahkamah yang Mulia ini dapat
membuat keputusan secara bijaksana (judiciously) dan adil untuk menghalang
sebarang bentuk ketidakadilan dan/atau penyalahgunaan proses Mahkamah.

8. Fakta, perkara dan isu melalui pindaan yang dicadangkan itu berbangkit daripada
fakta yang sama atau sebahagian besarnya adalah fakta yang sama.

9. Pindaan yang dicadangkan itu dijalankan bona fide dan tidak akan menyebabkan
prejudis atau yang mana tidak boleh dipampas dengan kos.
Alasan-alasan selanjutnya adalah dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan ___________(K/P
No:______________) bagi menyokong permohonan ini yang difailkan di sini.

Bertarikh pada haribulan July 2020

…………………………………………

Pendaftar
Mahkamah Tinggi
Shah Alam

NOTIS PERMOHONAN ini difailkan oleh Tetuan Zahir Jeya & Zainal Peguamcara bagi
Plaintif yang mempunyai alamat penyampaiannya di PJX-HM Shah Tower, 16A Persiaran
Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 08-2288 500 Faks: 03-7931 7776 Email: legal@zahirjeyazainal.com
[Ruj : ZJ/3/20193/ARJMB]

You might also like