You are on page 1of 2
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Diractor General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block EB KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web: wivw.moe.gov.my Ruj. Kami: KPM.100-1/3/2 JLD.6 (80 ) Tarikh; 03 Mac 2023 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI SEKOLAH STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Seperti yang YBhg. Datuk/Dato'/tuan/puan sedia maklum, pengisian Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Tahun 2022 telah ditangguhkan pelaksanaannya selaras dengan surat makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Penilaian Kendiri Sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (PKS-SKPMg2) Tahun 2022 (No. Ruj.: KPM.100-1/9/6 Jilid 2 (67)) bertarikh 11 April 2022. Penangguhan ini adalah selaras dengan penambahbaikan kandungan dan pembangunan sistem bagi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) versi baharu yang akan mula dilaksanakan pada bulan Julai bagi sesi akademik tahun 2023/2024. 3. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan semakan elemen pengurusan sekolah dalam SKPM versi baharu yang melibatkan guru akan dilaksanakan setahun sekali sahaja selaras dengan Kenyataan Media Menteri Pendidikan Malaysia: Pelaksanaan Langkah Segera Ke Arah Kesejahteraan Guru bertarikh 17 Februari 2023. 4. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'ftuan/puan dimohon untuk =memaklumkan pelaksanaan ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah serta institusi pendidikan bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'ftuan/puan Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Datuk/Datovtuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DATQ JARUDDIN BIN HJ. GHAZAL!) 1. YB Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4, Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like