You are on page 1of 16

1.

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG


PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN PADA ABAD KE-19
MASIHI. (20M)
Isi-isi :

Faktor kemajuan perindustrian:

1. Maju dalam pertanian


• Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian.
Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme
dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya
mesin.
• Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku
mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
• Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk
tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk
menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.

2. Kegiatan ekonomi berasaskan perindustrian


• pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman
• Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.
• Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti
yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
• Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan
pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.
• Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland dan Saxony.
• Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil Jerman.
• Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan
Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan
kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
• Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam
pembangunan perusahaan kimia.
• Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia
dalam industri kimia dan elektrik.

4. Kemajuan Sistem Pengangkutan


• Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
• Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.

5. Perluasan Perdagangan Antarabangsa


• Pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang
menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
• Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
• Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian
barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika
dan Afrika Timur.
• Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan
tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea

1
• Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.

6.. Kemajuan Sistem Kewangan


• Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock
dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
• Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank
utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe
bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
• Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18,
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain
bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
• Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan
Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan
memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun
naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian .
• Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

6. Dasar Kerajaan Jerman


• Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir
yang diiktiraf oleh negara lain.
• Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan
pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
• Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu
pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
• Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
• Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran
rakyatnya.
• Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag
yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan,
penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam
daerah tertentu.
• Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh
difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .
• Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank
Jerman.
• Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.

2
2. GALURKAN PROSES PENYATUAN NEGARA BANGSA DI JERMAN PADA ABAD
KE 19M. (20M)

PENGENALAN
• Otto von Bismarck merupakan tokoh yang berjaya menyatukan negara Jerman.
• Beliau menyatukan Jerman melalui peringkat pertama (1864-1870) dengan melancarkan
peperangan terhadap negara-negara asing yang menguasai wilayah Jerman.
• Pada peringkat kedua, (selepas 1871), beliau melakukan perubahan dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial bagi menyatukan Jerman.
ISI-ISI PENTING
1. Mengukuhkan pasukan tentera
• Salah satu strategi yang digunakan oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah
mengukuhkan pasukan tentera.
• Strategi ini digunakan kerana beliau berpendapat penyatuan Jerman hanya dapat
dilaksanakan melalui peperangan.Sebelum melancarkan peperangan, Bismarck bertindak
membentuk penyatuan tentera yang kuat.
• Antara langkah yang diambil oleh Bismarck bagi membentuk pasukan tentera yang kuat
adalah: Memberi latihan ketenteraan, Melengkapkan pasukan tentera dengan senjata-
senjata yang termoden
• Selepas langkah mengukuhkan pasukan tentera selesai, beliau mengalihkan perhatian
untuk melancarkan peperangan menentang musuh.
• Tuntasnya, strategi Bismarck membina pasukan tentera yang kuat membolehkan tentera
Jerman berjaya menumpaskan musuh serta menyatukan negara bangsa Itali.
2.Dasar memencilkan musuh
• Strategi kedua yang digunakan oleh Bismarck dalam usaha menyatukan negara bangsa Itali
adalah mengamalkan dasar memencilkan musuh.
• Bismarck menggunakan pendekatan diplomasi dengan bijak bagi memencilkan musuh
sebelum melancarkan peperangan.

STPM 940/1 3

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Contohnya, beliau mengambil langlah-langkah bagi memastikan Austria (1866) dan
Perancis (1870) tidak mempunyai rakan sekutu sebelum memulakan peperangan.
• Di samping itu, beliau menjalankan hubungan baik dengan negara-negara yang menjadi
sekutu kepada musuhnya.
• Tindakan seperti ini diambil oleh Bismarck bagi memastikan musuh tidak mendapat
bantuan daripada negara-negara lain.
• Jelas ternyata, strategi memencilkan musuh membuahkan hasil apabila Jerman berjaya
mengalahkan Denmark dan Austria dalam usaha pembentukan negara bangsa.
3.Menawarkan wilayah
• Strategi ketiga yang digunakan oleh Bismarck dalam menyatukan Jerman adalah
menawarkan wilayah sebagai ganjaran.
• Strategi ini digunakan oleh Bismarck bagi mengelakkan campur tangan negara-negara lain
ketika melancarkan serangan terhadap musuh.
• Beliau sanggup menawarkan wilayah sebagai ganjaran agar negara-negara berdiam diri
semasa peperangan berlangsung.
• Contohnya, semasa peperangan dengan Denmark, Bismarck berjanji untuk menyerahkan
wilayah Rhine kepada Perancis.
• Tindakan Bismarck menawarkan wilayah tersebut adalah untuk memastikan Perancis
mengamalkan sikap berkecuali.
• Jelas ternyata, strategi ini amat berkesan apabila Jerman dapat menumpaskan musuh
dengan mudah dan merealisasikan penyatuan negara Jerman. Menggunakan tipu helah
4.Tipu helah
• Bismarck menggunakan tipu helah untuk menyatukan negeri-negeri Jerman Selatan
dengan Prussia.
• Contohnya, beliau mendedahkan surat yang ditulis oleh Perancis mengenai tuntutan
terhadap negeri-negeri Jerman Selatan kepada pemimpin negeri-negeri tersebut.
• Tindakan Bismarck telah menyebabkan negeri-negeri Jerman Selatan membuat keputusan
untuk bergabung dengan Prussia.

STPM 940/1 4

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Justeru, tindakan tipu helah yang digunakan oleh Bismarck membantu beliau mendapatkan
wiilayah Jerman Selatan daripada Perancis.
5.Melancarkan peperangan
• Strategi terakhir yang diambil oleh Bismarck bagi menyatukan Jerman adalah melancarkan
peperangan.
• Bismarck melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 bagi menguasai
wilayah Holstein dan Schleswig.
• Peperangan terhadap Denmark dilancarkan bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh
negara tersebut.
• Selepas mengalahkan Denmark, Bismarck melancarkan peperangan terhadap Austria pada
tahun 1866.
• Selepas menewaskan Austria, Bismarck mengatur langkah untuk melancarkan peperangan
terhadap Perancis.
• Bismarck melancarkan peperangan dengan Perancis pada tahun 1870 bagi
menyempurnakan penyatuan negeri-negeri Jerman.
• Kejayaan Bismarck menewaskan Denmark, Austria dan Perancis menyebabkan
negerinegeri dapat disatukan.
• Tuntasnya, kebijaksanaan Bismarck dalam mengatur strategi peperangan membolehkan
Jerman menewaskan musuh dan berjaya menyatukan Jerman.

6. Menyekat pengaruh Austria


• Bismarck mengambil langkah agar Austria tidak campur tangan dalam hal ehwal Jerman.
Contoh, Bismarck memujuk raja Prussia agar tidak menghadiri persidangan raja-raja yang
dianjurkan oleh raja Austria pada tahun 1863.
• Bismarck tidak membenarkan Austria menjadi anggota pertubuhan Zollverein. Tindakan
sedemikian diambil bagi melemahkan Austria agar usaha penyatuan Jerman menjadi
kenyataan.
KESIMPULAN

STPM 940/1 5

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Bismarck merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam melaksanakan langkah-
langkah dan usaha-usaha untuk menyatukan Jerman.
• Beliau juga merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menjadikan negara Jerman
muncul sebagai negara yang terkemuka di Eropah

3. BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH TSAR PETER AGUNG


UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN MONARKI DI RUSIA. (20M)

PENGENALAN
1. Tsar Peter Agung merupakan pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga 1725 selama 36 tahun.
2. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial dan keagamaan.
3. Sebelum menaiki takhta, beliau mengembara ke negara-negara Eropah Barat seperti Jerman,
Belanda, Austria, Britain dan Perancis.
4. Kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut mendorong Tsar Peter Agung untuk
melakukan pembaharuan bagi memajukan Rusia.
5. Terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung bagi mengukuhkan
pemerintahan monarki mutlak di Rusia
ISI-ISI PENTING
1. Langkah pertama yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan
kedudukannya adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan.
• Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, sistem pemerintahan Rusia telah disusun semula.
• Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
• Selain itu, beliau melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemski Sobor
dan Prikazi.
• Pada tahun 1711, Duma dan Zemskii Sobor digantikan dengan Majlis Senat.

STPM 940/1 6

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
•Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk mengurangkan
beban tugas anggota senat.
• Jelas, pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan lagi kedudukannya
sebagai pemerintah berkuasa mutlak di Rusia.
2.Langkah seterusnya yang diambil oleh Tsar Peter Agung dalam mengukuhkan
pemerintahan monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi
• Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian.
• Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat dan
industri pembuatan.
• Kerajaan pusat memberikan pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunakan sektor
perindustrian.
• Tsar Peter Agung turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia. • Di
samping industri berat seperti besi dan keluli, industri kaca dan barangan kulit turut dimajukan.
• Tsar Peter Agung turut memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk menambahkan
perbendaharaan negara.
• Contohnya, beliau memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalambentuk tunai pada tahun
1718 dan cukai tidak langsung.
• Kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara meningkat
• Tuntasnya, perubahan yang beliau lakukan dalam bidang ekonomi telah dapat meningkatkan
ekonomi dan mengukuhkan kedudukannnya di Rusia.
3.Langkah lain yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah dalam bidang pendidikan.
• Dalam konteks ini, Tsar Peter Agung memberi penekanan kepada kemajuan dalam bidang
pendidikan.
• Beliau menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran
dalam bidang-bidang tertentu.
• Semasa pemerintahan beliau, sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia.
• Antara sekolah-sekolah yang didirikan di Rusia adalah The Nagivator School dan Naval
Academy.
• Sekolah -sekolah ini menekankan bidang aritmetik, geometri, geografi dan pelayaran.

STPM 940/1 7

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Beliau merancang pembinaan sebuah universiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy
of Science.
• Justeru itu pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan pembangunan Rusia
yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.
4.Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung adalah melakukan
pembaharuan dalam bidang keagamaan
• Tsar Peter Agung telah bertindak menyusus semula pentadbiran gereja untuk mengurangkan
kuasa dan keistimewaan yang dimiliki oleh gereja.
• Beliau bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.
• Beliau juga memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilalih
peranan ketua gereja kristian Ortodoks.
• Beliau melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya
dalam badan tersebut.
• Tuntasnya, pembaharuan dalam bidang agama mengukuhkan kedudukan Tsar daripada
penguasaan institusi gereja.

5.Pembaharuan dalam bidang ketenteraan juga dilakukan oleh Tsar Peter Agung untuk
mengukuhkan monarki
• Tsar Peter Agung mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera yang kuat
untuk menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan
jajahan takluk.
• Pada tahun 1695, Tsar Peter Agung melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov
. • Tsar Peter Agung berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.
• Beliau berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui
Perjanjian Nystadt.
• Kesannya, kejayaan Tsar Peter Agung menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar
yang kuat di Eropah pada abad ke 18.
KESIMPULAN
1. Tsar Peter Agung telah mengambil langkah proaktif dalam pelabagai bidang termasuk politik,
ekonomi, dan sosial.
STPM 940/1 8

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
2. Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Peter Agung mengukuhkan kedudukan beliau sebagai
pemerintah mutlak di Rusia.
3. Pemerintahan Tsar Peter Agung merupakan zaman keagungan dalam pemerintahan monarki di
Rusia.
4. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau menyebabkan Rusia muncul sebagai negara yang kuat
dan berpengaruh di benua Eropah. Ini menjadi asas kepada kemajuan Rusia seterusnya.

4.
BINCANGKAN PEMIKIRAN ADAM SMITH YANG BANYAK MEMBAWA
PERUBAHAN KEPADA LANDSKAP POLITIK DAN EKONOMI DI EROPAH PADA
ABAD KE-19. (20M)
Pendahuluan

• Latar belakang Adam Smith


• Kerjaya Adam Smith

Isi : Sumbangan dari Sudut Pemikiran Ekonomi

1. Buku ‘The Theory of Moral Sentiments’ tentang teori motivasi yang cuba mengikis sifat
mementingkan diri sendiri dalam kegiatan ekonomi dan ketidakaturan sosial
• Membenarkan kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan
yang bergantung kepada keuntungan sahaja
• Menghalang seseorang daripada menggunakan kekerasan atau penipuan untuk
mengelakkan persaingan, perdagangan atau pengeluaran

2. Mencadangkan perdagangan dan perusahaan yang bebas


• Menganggap setiap orang sebagai hakim yang tahu kepentingan diri sendiri dan sepatutnya
dibiarkan bebas mengejar kepentingannya sendiri.
• Menekankan pentingnya meritokrasi iaitu sistem memilih orang memikul tanggungjawab
berdasarkan kemampuannya

3. Pengumpulan modal perlu untuk pertumbuhan ekonomi dan percaya pembahagian kerja akan
meningkatkan produktiviti
• Perkembangan sektor pertanian dengan penciptaan pelbagai kaedah dan teknologi
pertanian
• Penubuhan institusi pinjaman serta sistem timbangan dan mata wang yang seragam dalam
perindustrian dan pengenalan kepada perdagangan antarabangsa

4. Buku ‘The Wealth of Nations’ mempelopori idea perdagangan bebas

STPM 940/1 9

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Menyatakan bahawa koloni akan berkembangan pesat jika diberi kebebasan untuk
menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri
• Mengetengahkan idea untuk mengakhirkan sistem feudal, polisi-polisi merkantilisme dan
monopoli ekonomi oleh kerajaan
• Menggambarkan sistem feudal yang berasaskan manor kian merosot

Kesimpulan

• Fahaman kapilistisme yang diketengahkan oleh Adam Smith yang berlaku dan dipraktikkan di
England menggambarkan setiap individu berlumba-lumba memanfaatkan modal dan teknologi
serta inovasi yang berlaku bagi memperoleh keuntungan secara maximum.

5. JELASKAN LANGKAH-LANGKAH PEMBAHARUAN DALAM GERAKAN MENGUATKAN DIRI


(1861-1895) UNTUK MENGEKALKAN KEDAULATAN CHINA PADA ABAD KE-19. (20M)
Pengenalan
• Pada penghujung abad ke-19, terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Manchu
Kelemahan ini menyedarkan pemimpin-pemimpin China untuk melaksanakan satu rancangan
bagi memoden dan menguatkan China.
• Kesannya terlaksana rancangan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Memperkuatkan
Diri (GMD) atau Restorasi Tong Chih.
• Sejak tahun 1861, pengasas GMD ialah Feng Kuei Fen, seorang sarjana dari Soo Chow.
• Beliau menegaskan kelemahan China berpunca daripada kejahilan terhadap dunia luar dan
teknologi Barat.
• Beliau mencadangkan China memperolehi dan menggunakan ilmu-ilmu Barat bagi
memodenkan ,menguatkan serta untuk mengekalkan kedaulatan China.

Langkah-langkah Pembaharuan :

POLITIK
1. Penubuhan Tsungli Yamen
• Sejak tahun 1861, China menamatkan dasar isolasi dan mengamalkan dasar buka pintu
dengan mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.
• Dalam usaha untuk menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, sebuah institusi
yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861.
• Tsungli Yamen bertindak sebagai pejabat hal-ehwal luar.
• Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking disamping itu telah ada
perwakilan China yang dihantar ke Eropah.
• Sejak tahun 1877, duta China mula ditempatkan di negara-negara asing.
• Bagi menjayakan GMD, China telah menggunakan khidmat pegawai Barat. Antara mereka
ialah Robert Hart, W.A.P. Martin dan Horatio N. Lay.
• Kerajaan Manchu juga mula memberi peluang kepada orang-orang Cina untuk memegang
jawatan-jawatan penting yang selama ini dikuasai oleh orang Manchu. (Buktinya antara
STPM 940/1 10

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
tahun 1861-1894, 34 orang Cina dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan 104 orang sebagai
Gabenor)
• Wanita juga diberi peluang menduduki peperiksaan dan dilantik sebagai pegawai sekiranya
berkebolehan.
• Dalam menjayakan GMD, Kerajaan Manchu menggunakan khidmat golongan intelek Cina
sedangkan sebelum ini golongan ini sentiasa dicurigai oleh Manchu.

2. Ketenteraan
• Bagi memulihkan kekuatan tentera China, beberapa program telah dilaksanakan.
• Pakar-pakar dan jurulatih-jurulatih tentera dari Barat telah diambil untuk melatih tentera
China dan menyusun semula sistem ketenteraan China berdasarkan sistem ketenteraan
Barat. Senjata-senjata juga diimport dari Barat.
• Sejak tahun 1872, pegawai-pegawai tentera telah dihantar menjalani latihan di Barat.
Sebagai contoh, pada tahun 1876, pelatih-pelatih limbungan kapal Foochow telah dihantar
menjalani latihan di Britain dan Perancis.
• Pada tahun 1866, angkatan laut China yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai Armada
Foochow.
• Menjelang tahun 1883, terdapat 3 lagi angkatan laut iaitu Armada Nanyang 17 kapal,
Armada Peiyang 15 kapal, dan Armada Hokkien 11 kapal.
• Untuk membina dan membaiki kapal angkatan laut, limbungan kapal telah didirikan di
Foochow pada tahun 1866.
• Antara tahun 1867-1874, limbungan kapal ini berjaya menghasilkan 15 buah kapal
angkatan laut China.
• Bagi melengkapkan tentera China dengan senjata-senjata moden, kilang senjata mula
didirikan sejak tahun 1861.
• Antaranya ialah kilang senjata di Anking (1861), Shanghai (1862), Canton (1864.
• Kubu China berdasarkan teknik Barat telah dibina di Taku dekat Tientsin pada tahun 1867.
• Bagi melatih tentera China, Maktab Tentera telah didirikan di Tientsin (1880), Whampao
(1880) dan Nanking (1890).

EKONOMI
• Li Hung Chang menegaskan kelemahan China disebabkan oleh ekonomi. Begitu juga
kekuatan Barat bukan kerana kekuatan tentera tetapi ialah ekonomi. Bagi memulihkan
kekuatan China, kekuatan ekonomi perlu dipulihkan.
• Berdasarkan ini, beberapa program ekonomi telah dilaksanakan di bawah formula
“Penyeliaan Kerajaan dan Pengelolaan Saudagar”. Di bawah formula ini, kegiatan
ekonomi dijalankan oleh saudagar-saudagar dan diawasi oleh kerajaan.
1. Pertanian
• Program ekonomi GMD menitikberatkan sektor pertanian yang merupakan tulang
belakang ekonomi tradisional China.
• Beberapa langkah untuk memajukan pertanian telah dijalankan.
• Kerajaan China melaksanakan pembahagian tanah kepada petani-petani miskin yang tidak
mempunyai tanah.
STPM 940/1 11

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Orang-orang Cina digalakkan mengusahakan tanah terbiar akibat Pemberontakan Taiping.
• Cukai pertanian dikurangkan dan bantuan seperti benih dan baja diberikan.
• Lebih banyak tali air dibina untuk kepentingan pertanian.
• Rakyat Cina juga digalakkan membuka tanah baru untuk pertanian.
• Langkah-langkah yang dijalankan telah menambahkan kawasan tanaman dan
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

2. Perlombongan
• Pada tahun 1876, Li Hung Chang telah membuka lombong arang batu di Kaiping dan
Syarikat Perlombongan Kaiping telah ditubuhkan pada tahun 1883.
• Pada tahun 1890, Chang Chih Tung telah membuka lombong arang batu dan besi “Tayeh”
di Han He Ping dalam wilayah Hupei.

3. Perkilangan
• Di bawah program ekonomi GMD, beberapa kilang telah didirikan.
• Pada tahun 1878, Tso Tsung Tang telah mendirikan kilang kain bulu di Luchow.
• Pada tahun 1878 juga, Li Hung Chang telah mendirikan kilang kain di Canton dan
Shanghai.
• Chang Chih Tung telah mendirikan kilang kain di Wucang pada tahun 1891 dan sebuah
lagi pada tahun 1894.
• Pada tahun 1891, Li Hung Chang mendirikan kilang kapas dan kertas di Shanghai dan
kilang simen di Kaiping.
• Pada tahun 1890-an, kilang duit telah didirikan di Canton, Shanghai, Nanking dan Tientsin.

4. Sistem perhubungan
• Untuk kepentingan ekonomi, sistem perhubungan dan pengangkutan dimajukan.
• Pada tahun 1871, Imperial Telegraph Administration telah ditubuhkan untuk membina
kabel telegraf menghubungkan bandar-bandar penting di China.
• Dalam tempoh 2 dekad syarikat ini berjaya membina 22400 km kebel telegraf
menghubungkan bandar-bandar penting China.
• Pada tahun 1872, Syarikat Perkapalan China yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai
China Merchants Steam Navigation Company.
• Tujuannya ialah untuk melibatkan diri dalam bidang pengangkutan dan memecahkan
monopoli British dalam pengangkutan di China.
• Menjelang tahun 1877, syarikat ini berjaya membeli beberapa buah kapal daripada syarikat
perkapalan Eropah yang terkenal iaitu Russels & Company.
• Pada tahun 1876, jalan keretapi yang pertama dibina untuk menghubungkan Shanghai
dengan Wusung.
• Pada tahun 1888, dibina jalan keretapi yang menghubungkan Tientsin dengan Kaiping
seterusnya jalan keretapi ini disambungkan ke Shanhaikuan dan ke pinggir Peking pada
tahun 1896.

5. Cukai
STPM 940/1 12

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi, beberapa cukai diperkenalkan.
• Salah satu cukai yang penting ialah Cukai Larkin iaitu cukai yang dikenakan ke atas
keluarga dan ke atas barang-barang yang belum dipasarkan.
• Cukai yang tinggi juga dikenakan ke atas perdagangan.

6. Jabatan Kastam Laut


• Disebabkan China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas dan pelabuhan yang
banyak, maka Jabatan Kastam Laut telah ditubuhkan pada tahun 1862 bagi menguruskan
kutipan cukai eksport dan import.
• Bagi menjayakan jabatan ini, China telah menggunakan khidmat pegawai Barat seperti
Robert Hart dan Horatio N. Lay.

SOSIAL

1. Toleransi tentang adat


• Dari segi sosial, China mula bertolak ansur mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan adat.
• Orang asing tidak dipaksa mematuhi adat Kowtou. Mereka diberi kebebasan untuk
menghormati raja mengikut cara mereka sendiri.
• Langkah ini diambil kerana Maharaja Tung Chih menyedari masalah Kowtou yang
menimbulkan keruncingan antara hubungan China dengan British.

2.Penyusunan Sistem Pelajaran China


• Sistem pelajaran China disusun semula dengan kemasukan mata pelajaran Barat seperti
sains, matematik, geografi dan sebagainya.
• Buku-buku dan guru-guru dibawa dari Barat. Sejak tahun 1872, pelajar China mula
dihantar melanjutkan pelajaran ke seberang laut.
• Antara tahun 1872-1881, 30 orang dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Dalam tempoh
tersebut, 120 orang dihantar ke Amerika dan pada tahun 1876, 30 orang dihantar ke British
dan Perancis.

3.Penubuhan Maktab Bahasa


• Kerajaan China juga mnenggunakan rakyatnya mempelajari bahasa asing untuk
mengetahui hal ehwal luar.
• Untuk mencapai matlamat ini, beberapa maktab bahasa didirikan. Antaranya ialah Maktab
Bahasa di Peking yang dikenali sebagai “Tung Wen Kuan” (1862), Shanghai (1863),
Canton (1864) dan Foochow (1866).
• Sejak tahun 1866, kurikulum Maktab Bahasa telah disusun semula dengan memasukkan
mata pelajaran lain selain dari bahasa.
• Sejak tahun 1866 juga, ditubuhkan maktab yang kemudiannya menjadi universiti seperti
Universiti Che Foo dan Universiti Wu Chang.

STPM 940/1 13

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
6. BINCANGKAN PERANAN PERTUBUHAN KOMANWEL DALAM MENJAMIN KESEJAHTERAAN
NEGARA ANGGOTA. (20M)
Pendahuluan
• Komanwel merujuk kepada pertubuhan negara bekas tanah jajahan British yang telah
mencapai kemerdekaan. Negara
• Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 untukmenggalakkan kerjasama dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial dalam kalangan negara-negara anggota.
• Komanwel juga membantu memajukan negara-negara anggota dan menyelesaikan masalah
bersama.
• Sejak ditubuhkan, pertubuhan ini berjaya melaksanakan beberapa program demi kesejahteraan
negara-negara anggota.

Isi-isi Penting:

(a) Memperkenalkan Rancangan Colombo


• Rancangan Colombo diperkenalkan pada tahun 1950 bagi membantu negara-negara
anggota Komanwel yang kurang maju.
• Matlamat utama Rancangan Colombo adalah untuk memberi bantuan kewangan, teknikal
dan biasiswa kepada negara-negara yang baharu mencapai kemerdekaan.
• Melalui rancangan ini, Malaysia mendapat pembiayaan bagi projek pembinaan lebuh raya
timur barat, dan pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak.

(b) Menyediakan bantuan ketenteraan.


• Komanwel memberi bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota.
• Sebagai contoh, tentera daripada negara-negara Komanwel membantu mempertahankan
Tanah Melayu daripada serangan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
• Tentera Komanwel turut membantu Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis pada
zaman darurat.
• Malaysia turut mendapat bantuan ketenteraan ketika berkonfrontasi dengan Indonesia.

(c) Bantuan ekonomi


• Negara-negara Komanwel mendapat keistimewaan ketika menjalankan urusan
perdagangan dengan negara-negara anggota yang lain.
• Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutama Britain dikenakan cukai yang rendah.
(d) Dasar Apartheid
• Komanwel dijadikan sebagai platform untuk menentang dasar aparteid yang diamalkan
oleh Afrika Selatan.

STPM 940/1 14

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
• Perjuangan menentang dasar ini mendapat sokongan daripada negara-negara Komanwel
kecuali Britain.
• Semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989,
Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Afrika Selatan diisytiharkan.
• Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap rejim perkauman di Afrika
Selatan.

(e) Memainkan peranan dalam isu senjata nuklear


• Komanwel turut memainkan peranan dalam isu pengurangan senjata nuklear.
• Pada tahun 1996, Komanwel mengutuk Perancis kerana tidak menghormati Perjanjian
Pengurangan Senjata Nuklear (NPT).
• Komanwel turut mengkritik India dan Pakistan kerana . melancarkan ujian nuklear pada
tahun 1998.
• Dalam mesyuarat CHOGM yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998, isu
menghadkan penggunaan senjata nuklear turut dibincangkan.

(f) Keamanan dan kemerdekaan


• Komanwel turut memberi sumbangan dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan
negara.
• Komanwel membantu memulihkan keamanan di Uganda yang mengalami kehancuran
akibat perang saudara.
• Komanwel turut membantu Zimbabwe untuk mencapai kemerdekaan.

Kesimpulan
• Komanwel merupakan antara pertubuhan antarabangsa yang memainkan peranan aktif dalam
memperjuangkan isu-isu sejagat.
• Kejayaan Komanwel dapat dikesan dalam isu pengurangan senjata nuklear, dan penentangan
terhadap dasar Aparteid.
• Komanwel juga memainkan peranan dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh negara-
negara anggota dengan berkesan.

STPM 940/1 15

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SKEMA JAWAPAN

STPM 940/1 16

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like