You are on page 1of 7

Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

MINIT MESYUARAT
PERSIAPAN FEAST DAY GEREJA ST IGNATIUS SARATOK
BIL 1/2023

TARIKH : 16 JULAI 2023


HARI : AHAD
MASA : 3.00 p.m.
TEMPAT : GEREJA KATOLIK ST IGNATIUS, SARATOK

KEHADIRAN :
1. EN. PETER ENGKASAN PENGERUSI
2. EN. CARLDSON DAY GILBERT SETIAUSAHA
3. EN. PETER SANGIN KETUA WELFARE
4. EN. PN. RITA ABA KETUA LITURGI
5. CIK NATALIE SERANI KETUA BELIA
6. PN. PATRICIA NYI’IS KETUA MARIAN GUILD
7. EN. DESMOND MUROH KETUA INTER-FAITH & ECUMENICAL
8. PN. ROSELINDER JOHN KETUA FAITH FORMATION
9. EN. RAPHAEL ENGKAYAU KETUA SPECIAL FUNCTION
10. CIK JESSICA RUJA KETUA SOCIAL COMMUNICATION
11. EN. JOHN TAMBI KETUA CEMETERY
12. EN. MARSHALL MINGGU
13. EN. MAURICE AK JAMES
14. EN BRENDEN NICHOLAS
15. PN. MARY ANN C AMY
16. PN. JACQUELINE SIMA
17. PN. ANITA SEMBAI ANAK RAYMOND
18. PN. DORIS MANJAN
19. CIK CUBIE

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. AUGUSTINE GOH TIMBALAN PENGERUSI
2. THOMAS WAN KETUA FAMILY LIFE
3. EN. HENRY NYANGGAU KETUA MAINTENANCE
4. EN. FADREEN JINGAN BENDAHARI

Agenda / Perkara
1 Doa Pembukaan
2 Ucapan aluan pengerusi
3 Communication from Rector
4 Pengesahan minit mesyuarat Bil.2 2023
5 Perkara berbangkit
6 Penetapan tarikh Feast Day of St Ignatius
7 Maklum balas AJK Feast Day of St Ignatius
8 Pembugaran perancangan aktiviti Feast Day of St Ignatius
9 Hal-hal lain
Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

1.0 Doa pembukaan oleh En. John Tambi

2.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


2.1 En. Peter Engkasan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada
mesyuarat kali ini. Beliau memohon kerjasama daripada semua agar apa yang akan
dibincangkan pada mesyuarat ini berjalan dengan sempurna. Beliau memberikan
perbincangan mesyuarat kepada penyelaras Feast Day.

3.0 PERUTUSAN REKTOR


3.1 tiada

4.0 UCAPAN PENYELARAS


4.1 En. Raphael Engkayau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
4.2 Beliau memaklumkan bahawa YB dapat hadir pada tarikh Feast Day yang telah
ditetapkan namun masa perlu di ubah ke pagi disebabkan kekangan tugasan dan urusan
kerja YB.
5.0
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pencadang : Pn. Patricia Nyi’is


Penyokong : En. Peter Engkasan

6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


6.1 Perkara 6.0 : Penetapan tarikh Feast Day, pertukaran masa majlis Feast Day.
Tarikh : 30 Ogos 2023
Tempat : Gereja St Ignatius Saratok
Masa : 10.00 pagi sehingga selesai

Makluman : Semua

6.2 Perkara 9.2 : Baju Feast Day


Dimohon supaya urusan baju Feast Day dapat diselesaikan sebelum majlis.

Tindakan : En. Desmond

6.3 Perkara 9.4 : Perletakan jawatan bendahari


Penyelaras memaklumkan bahawa En. Fadreen Jingan memohon untuk mengundur diri
daripada jawatan bendahari gereja dan beliau diminta untuk menyediakan surat
perletakan jawaran untuk diberikan kepada Paderi dan untuk dimasukkan di dalam fail.

Tindakan dan makluman : En. Fadreen dan semua


6.4 Perkara 9.5 : Surat Jemputan YB
Penyelaras program memaklumkan kepada setiausaha supaya membuat surat
jemputan yang baharu atas sebab perubahan masa majlis Feast Day iaitu dari pukul
3.00 petang kepada pukul 10.00 pagi.
Tindakan : Setiausaha
Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

6.4 Perkara 9.6 : Tiket atau kupon makanan


Penyelaras memohon pendapat semua, adakah masih meneruskan penggunaan tiket
ataupun kupon makanan semasa majlis.
Respon : Pn. Roselinder mencadangkan teruskan menggunakan kupon makanan
Respon : Pn. Rita mencadangkan menggunakan tiket meja dan tidak perlu
menggunakan kupon untuk umat luar (RM100/table) memudahkan untuk
jual.
Respon : Cik Natalie mencadangkan lebih baik menggunakan tiket meja kerana
memudahkan penyediaan dan kesilapan dapat dikurangkan.

Respon : Penyelaras menyimpulkan bahawa, penjualan tiket meja akan dilaksanakan,


bagi outstation dan umat Saratok( 1 meja 8 orang, kecuali meja VIP 10
orang).
Tindakan : AJK tiket meja

6.5 Perkara 7.0 : Butiran program


6.5.1 Pn. Rita memaklumkan bahawa pada tarikh majlis Feast Day jatuh pada hari
bekerja, oleh sebab itu berkemungkinan tidak ramai umat yang dapat hadir lebih-
lebih lagi daripada zon lain.
6.5.2 Penyelaras memaklumkan bahawa tarikh dan masa program tidak dapat di ubah
lagi kerana YB sudah setuju untuk meluangkan masanya dengan tarikh dan masa.
6.5.3 En. Raphael mencadangkan tidak perlu menjemput orang luar kecuali Betong
tetapi perlu confirmkan dengan mereka dahulu. Satu meja untuk VIP dan
selebihnya adalah meja kosong untuk umat yang hadir.
6.5.4 Seterusnya beliau juga mencadangkan tidak perlu berbayar cuma setiap umat
membawa makanan masing-masing secara portluck.
6.5.5 Beliau juga mencadangkan supaya mewujudkan tabung St Ignatius Feast Day dan
umat yang datang boleh memberi derma(Love Gift) kepada gereja.
6.5.6 Semua ahli yang hadir bersetuju atas cadangan tersebut.
Makluman : Semua

7.0 PENETAPAN TARIKH FEAST DAY OF ST IGNATIUS


6.1 Tarikh cadangan : 30.8.2023
6.2 Tempat : Gereja St Ignatius Saratok
6.3 Masa : 10.00 a.m.

Makluman : Semua
8.0 MAKLUM BALAS AJK
8.1 AJK makanan dan minuman
8.1.1 Makanan dan minuman diubah kepada secara potluck daripada semua umat
Saratok. Pengerusi memaklumkan kepada MC supaya membuat pengumuman
semasa sembahyang hari minggu kepada semua umat supaya membawa potluck
semasa hari Feast Day.
Makluman dan tindakan : Semua umat dan MC

8.1.2 Penyelaras mencadangkan makanan meja VIP tidak perlu catering cuma membeli
tapau makanan dari luar dan menghidangkannya di meja VIP. Beliau juga
memohon supaya Pn. Nita sponsor makanan VIP 4 jenis hidangan. Pn. Nita setuju
untuk sponsor makanan VIP termasuk pinggan dan mangkuk. Gelas, sudu dan
Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

garfu pula disediakan oleh Pn. Dorris.


Makluman dan tindakan : Pn. Nita dan Pn. Dorris

8.3 Pengacara majlis


8.3.1 Pn. Rita memaklumkan bahawa Pn. Connie berkemungkinan tidak dapat
mengikuti program ini disebabkan hari bekerja.
Respon : Penyelaras memaklumkan, En. Carldson akan menggantikan Pn.
Connie sebagai MC majlis rasmi.
Makluman dan tindakan : En. Carldson
8.4 Kek
8.4.1 Penyelaras bertanya tentang design kek, adakah sudah siap ataupun belum.
Respon : AJK Kek memaklumkan bahawa design kek belum dibuat dan akan
dibuat dalam masa terdekat ini.

Makluman dan tindakan : AJK Kek

8.5 Lagu Sponsor dan PA System


8.5.1 Penyelaras memaklumkan supaya borang lagu sponsor dibuat oleh En. Peter
Sangin
8.6.1 En. Peter Sangin memaklumkan bahawa, penggunaan PA System beliau akan
diberi secara percuma

Makluman dan tindakan : Semua dan En. Peter Sangin

8.6 Cabutan tiket bertuah dan hamper


8.6.1 Penyelaras bertanya tentang cabutan tiket bertuah, adakah masih diteruskan
ataupun tidak disebabkan masalah tarikh majlis adalah hari bekerja. Sekiranya
boleh, kita sama-sama menyediakan hamper tersebut dan tidak perlu terlalu
banyak, 10 buah hamper sudah mencukupi. Berikut merupakan senarai
Penderma (12 buah):
En. Raphael - 1 buah
Pn. Patricia - 1 buah
En. Desmond - 2 buah
Pn. Roselinder - 1 buah
En. John - 1 buah
Pn. Mary - 1 buah
Pn. Doris - 1 buah
En. Marshal - 1 buah
En. Maurice- 1 buah
Pn. Rita - 1 buah
En. Peter Engkasan - 1 buah
Makluman dan tindakan : En. Desmond

8.6.2 En. Peter Sangin bertanya sama ada tiket bertuah itu perlu ditulis nama berserta
nombor telefon ataupun tidak.
Respon : Semua ahli bersetuju untuk menulis nama dan nombor telefon pada
tiket bertuah.
Makluman dan tindakan : En. Desmond
8.6.3 Penyelaras memohon pendapat semua tentang berapakah harga sehelai tiket
Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

bertuah itu dan berapa banyak tiket perlu dibuat.


Respon : Semua bersetuju sehelai tiket berharga RM2.00 dan membuat
sebanyak 500 helai tiket bertuah

Makluman dan tindakan : En. Desmond


8.7 Keselamatan dan Parking
8.7.1 Parking dan keselamatan diketuai oleh En. Henry Nyanggau.

8.8 Minuman
8.8.1 Rujuk Kertas Kerja anggaran perbelanjaan. Belia akan mengetuai agihan
minuman semasa majlis sementara En. Peter Engkasan akan berhubung dengan
pembekal.
Makluman dan tindakan : En. Peter Engkasan dan Belia

8.9 Suara Emas


8.9.1 Marian Guild akan menjalankan kutipan duit suara emas semasa majlis sekaligus
menyediakan tabung suara emas. Rujuk aturcara majlis.

Makluman dan tindakan : Marian Guild

8.10 Informal MC majlis


8.10.1 Katekis Grace digantikan dengan En. Peter Sangin.

Makluman : En. Peter Sangin

8.11 Mercun
8.11.1 Mercun panjang daripada En. Peter Engkasan digunakan untuk gimik
perasmian manakala mercun kotak yang disponsor En. Desmond digunakan
pada waktu malam.
Makluman : semua
8.12 Gimik atau simbolik perasmian
8.12.1 Gambar frame St Ignatius akan ditutupi dengan kain, seterusnya dibuka oleh
YB dan mercun akan diletupkan oleh YB.
Makluman : semua

8.13 Baju Feast Day


8.13.1 En. Desmond memaklumkan bahawa harga asal baju ialah RM27.00 dan harga
jualan ialah RM35.00 keuntungan gereja ialah RM8.00 sehelai baju.

Makluman : semua
9.0 PEMBUGARAN PERANCANGAN AKTIVITI FEAST DAY OF ST IGNATIUS
9.1 Perubahan masa majlis
9.1.1 Masa majlis 10.00 pagi sehingga selesai
9.1.2 Misa tidak dilaksanakan
Makluman : semua
9.2 Aturcara majlis
- Rujuk lampiran A aturcara majlis
Makluman : semua
9.3 Doa majlis
Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

- Paderi akan mendoakan majlis, sekiranya tiada Paderi, Katekis Grace ataupun tuai
sembahyang En. John Tambi akan mengetuai doa.
Makluman : semua
9.4 Pemotongan kek
9.4.1 Pemotongan kek perasmian majlis dibuat sekali sahaja iaitu tidak perlu ada
sumbangan.
Makluman : semua
10 HAL-HAL LAIN
10.1 En. Raphael memaklumkan kepada Juruacara informal supaya mengumumkan
berkaitan kutipan duit suara emas semasa jamuan.
Makluman dan tindakan : En. Peter S

10.2 Cik Jessica memohon supaya sesiapa yang mempunyai gambar lama gereja agar
memberi kepada beliau selewat-lewatnya hujung bulan ini supaya dapat menyediakan
montaj.
Makluman : semua

10.3 En. Carldson bertanya sekiranya perlu tambahan AJK iaitu AJK peralatan.
Respon : En. Raphael memohon agar En. Peter Sangin mengetuai AJK peralatan.

Makluman dan tindakan : Semua dan En. Peter Sangin

10.4 En. Raphael memaklumkan bahawa gotong-royong pada 28 dan 29 Ogos pukul 2.00
petang diteruskan.

10.5 En. Raphael memaklumkan bahawa mesyuarat terakhir persiapan ialah pada 26 Ogos
2023 pukul 9.00 pagi.
Makluman dan tindakan : Semua

10.6 En. Raphael memohon agar setiausaha dapat membuat surat panggilan yang baharu
kepada YB secepat mungkin.
Makluman dan tindakan : Semua dan En. Carldson

10.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Penangguhan mesyuarat dicadangkan oleh Pn. Rita Aba dan disokong oleh Pn. Dorris
Manjan pada jam 5.00 pm.

Doa penutup oleh : Pn. Roselinder John

Disediakan oleh, Disemak oleh,

….…………………………………………….. ….………………………………………………….
( CARLDSON DAY GILBERT ) ( PETER ENGKASAN)
SETIAUSAHA MCC PENGERUSI MCC
GEREJA ST IGNATIUS SARATOK GEREJA ST IGNATIUS SARATOK

Tarikh : Tarikh :
Lampiran A - Aturcara Majlis
Komiti induk Gereja Katolik St Ignatius Saratok

30 OGOS 2023
Masa Aktiviti
8.00 pagi - Ketibaan tetamu dan umat
10.00 pagi - Ketibaan YB Friday Belik
- Persembahan aluan Tarian Belia
- Doa Pembukaan + doa pemakai (Fr Jerome)
- Ucapan Penyelaras Program
- Ucapan Rektor Rev. Fr. Jerome Juleng
- Ucapan perasmian YB Friday Belik
- Simbolik perasmian daripada YB Friday Belik
- Penyampaian cenderahati kepada YB
- Pemotongan kek Feast Day
- Bergambar
- Tayangan Montaj
- Majlis informal
- Jamuan
- Persembahan Nyanyian En. Peter Engkasan
- Persembahan Nyanyian En. Raphael Engkayau
- Suara Emas
- Lagu sponsor dan tiket bertuah
- Bersurai

You might also like