You are on page 1of 1

ADVERTISEMENT

Kementerian Kewangan

Sejarah Roti Gardenia : Siapa


Sponsored ·

Emel Mingguan Iluminasi

Sebenarnya 'Uncle Slocum' Masukkan email anda.. Subscribe

Pencipta Resipi Rahsia Ini? Kami hanya akan menghantar email kepada anda
seminggu sekali. Ini adalah janji kami
ANTARA INISIATIF UNTUK SABAH &
CTA
SARAWAK2023 Malaysia Madani
Belanjawan
Oleh Namri Sidek pada 21 Feb 2020 kategori Sejarah ARTIKEL POPULAR

Kenapa Kemenangan
Michelle Yeoh Tak Patut
Diraikan Malaysia?

5 Lagu Popular Melayu Yang


Dah Tak Relevan Mesejnya

O
OND
5 Lagu Kebangsaan Negara

Pendenica. Yang Menyebut Nama Negara


Lain
Voricira
Condania Classic
5 Syarikat Pembinaan
Classic Classtt Terbesar di Dunia

Sejak dari dahulu sehinggalah sekarang, jenama roti Gardenia ADVERTISEMENT


mempunyai satu keunikan yang kerap kali ditonjolkan sebagai
kekuatan jenamanya. Pinjaman Perniagaan SME
2022
Berbeza dengan jenama roti lain, jenama Gardenia mempopularkan Perlukan Modal Perniagaan?
rasa roti yang unik dikenali sebagai 'resipi Pakcik Slocum' atau 'Uncle Masalah ccris/ctos/blacklist layak mohon.
Permohonan percuma. Kelulusan 30min saja.
Slocum recipe's', dikatakan sedap sehingga enak dimakan begitu saja.
woodarmoneylenders.com

Jika selama ini ada tertanya-tanya siapakah Uncle Slocum yang


Ketahui Lagi
dimaksudkan - artikel ini ditulis khas untuk menjawab beberapa
persoalan anda tentang Gardenia selain mengajukan beberapa misteri
tentang jenama tersebut. LAGI BERKAITAN

Jangan Sesekali Makan

A-  A+
Bahagian 'Bersih' Pada Roti
BESARKAN TEKS     Yang Berkulat

10 Jenama Yang Berani Bagi


ADVERTISEMENT Jaminan Produk Sepanjang
Hayat

Asal-Usul Jenama Rokok


Tembakau Terkenal Dunia

Memahami Rahsia di Sebalik


Fenomena 'Beyblade'

Kedatangan Pakcik Slocum ke Sabah

Sejarah bagaimana bermulanya roti Gardenia sebenarnya bermula


sejak tahun 1969 di Sabah, walaupun roti Gardenia hanya mula
popular sekitar tahun 1986 di Semenanjung Malaysia. Ada sebabnya
kenapa itu berlaku, yang akan diceritakan kemudian. Untuk
menceritakan tentang sejarah Gardenia, kita perlu bercerita tentang
IESC terlebih dahulu.

International Executive Service Corporations atau IESC merupakan


sebuah badan pembangunan ekonomi berpusat di Amerika Syarikat
yang diasaskan oleh salah seorang ahli keluarga Rockefeller iaitu
David Rockefeller. Penubuhan IESC adalah bertujuan untuk
membangunkan firma-firma perniagaan milikan persendirian di
seluruh dunia  bagi membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat
dunia.

Salah satu idea yang diajukan adalah untuk membangunkan cabang


perniagaan perniagaan roti di Malaysia pada tahun 1969, yang pada
ketika itu baru saja beberapa tahun tertubuh. Bagi merealisasikan
hasrat itu, Horatio Sye Slocum, seorang tukang roti berpengalaman
yang telah bergiat lama dalam bidang pembuatan roti serta pasteri
sebelum bekerja sebagai salah eksekutif bersama IESC, dihantar ke
Malaysia bagi memulakan perniagaan roti.

Dalam memulakan perniagaan, Slocum yang hadir dengan bantuan


dana IESC mahu menjalinkan kerjasama dengan warga tempatan dan
seorang ahli perniagaan terkenal Sabah bernama Wong Tze Fatt,
berjaya menjadi rakan kongsi Slocum. Mereka berdua bersama
seorang lagi kenalan Slocum, pakar pembuatan krim pasteri bernama
Jim Humphries  menjadi 3 orang pengasas utama jenama yang kita
kenali sebagai Gardenia sekarang.

ADVERTISEMENT

Resipi roti yang merupakan salah satu kemahiran utama Slocumm


menjadi kekuatan utama produk makanan hasil kerjasama tersebut.
Syarikat mereka iaitu Gardenia Food Industries terus berkembang dari
Sabah ke Singapura dengan pembukaan Gardenia International Pty.
Ltd. (Singapura), yang diharapkan bakal membantu memperbesarkan
pasaran mereka ke seluruh Asia Tenggara.

Tiba di Semenanjung Malaysia

Satu perkara yang perlu anda tahu - kami tidak jelas apa sebenarnya
yang menghalang Gardenia Food Industries daripada melebarkan
perniagaan mereka ke Semenanjung Malaysia. Jika anda tahu,
kongsikan dengan kami ya?

Apa yang kami tahu, jenama Gardenia yang ada di Semenanjung


Malaysia dimulakan bermula daripada pembukaan sebuah kedai roti
kecil di Plaza Bukit Timah, Singapura pada tahun 1978 - berasaskan
kepada resipi sama yang dibawa oleh Sloccum. Apa yang berlaku
antara Gardenia International Pty. Ltd. (Singapura) dengan Gardenia
Food Industries dalam perjanjian mereka, menjadi misteri yang sukar
untuk kami jelaskan dalam artikel ini.

Berikutan permintaan yang tinggi, keperluan untuk membesarkan


perniagaan mula dilakukan sekitar tahun 1983 dan pada ketika inilah
konsep mahu menjadikan roti putih sandwich sebagai identiti utama
diperkemaskan Gardenia.

Kaedah pemasaran dengan pemfokusan kepada resipi Sloccu mula


digunakan. Resipi Slocum juga ditambah baik melalui kaedah
pembuatan yang mampu menghasilkan produk lebih lembut dengan
rasa lebih enak. Dalam masa 2 tahun dibangunkan, jenama Gardenia
berjaya mengambil alih pasaran seterusnya menjadi pilihan utama
warga Singapura.

ADVERTISEMENT

Digital Tech University.


Employability Driven, Industry
Focused.
Asia Paci(c University

Pada tahun 1986 - sebuah syarikat baru yang tiada hubung kait
dengan Gardenia Food Industries di Sabah selain daripada hanya
berkongsi jenama yang sama, dibuka atas nama Gardenia Bakeries
(KL) Sdn Bhd sebagai cabang kepada pecahan perniagaan yang
bermula di Singapura bagi memasuki pasaran Semenanjung Malaysia
pula.

Mungkin atas faktor pelesenan atau perjanjian di antara kedua-dua


syarikat, kedua-dua entiti yang beroperasi atas nama Gardenia ini
sehingga kini beroperasi dalam pasaran yang berbeza.

Gardenia Food Industries terus menjalankan perniagaan di Sabah dan


Sarawak, Brunei dan Indonesia sementara Gardenia Bakeries pula
menjalankan operasi di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Pelik
dan aneh kan?

Dalam tahun yang sama, Gardenia di Singapura berjaya membuka


kilang pertama mereka di republik itu sebelum memecah masuk
pasaran di Thailand setahun berikutnya. Pada tahun 1991, kilang roti
Gardenia yang pertama dibuka di Kuala Lumpur bagi memenuhi
permintaan yang semakin bertambah.

Sejarah yang agak mengelirukan

Oleh kerana jenama Gardenia berpecah dua dan kedua-dua syarikat


tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain, kisah tentang
syarikat roti ini pasti akan menyebabkan kekeliruan. Apatah lagi
apabila wujud perbezaan di antara produk di Semenanjung Malaysia
dan Sabah, khasnya.

Penulis belum pernah merasai produk Gardenia di Sabah tetapi bagi


mereka yang pernah merasainya, ramai mengatakan roti Gardenia di
Semenanjung Malaysia lebih sedap dan lembut berbanding roti
Gardenia di tempat asalnya. Selain itu, rangkaian produk kedua-dua
syarikat juga berbeza-beza.

Gardenia di Semenanjung Malaysia memfokuskan pada penghasilan


produk roti serta mee sebagai produk terbaru mereka. Sementara di
Sabah, Gardenia memasarkan produk roti dan pastri serta produk unik
seperti minuman dalam tin.

ADVERTISEMENT

Perkara ini menimbulkan kekeliruan besar sehinggakan pada tahun


2015, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd terpaksa mengeluarkan
kenyataan memperjelaskan bagaimana hubungkait kedua-dua syarikat
ini hanyalah pada jenama semata-mata. Ini kerana kilang Gardenia
Food Industries di Sabah diarahkan tutup premis selama 2 minggu
akibat masalah kebersihan.

Apa yang kita jelas daripada sejarah jenama Gardenia, kedua-duanya


berkongsi resipi Sloccum tetapi dijalankan oleh dua entiti atau syarikat
yang langsung tiada hubung kait. Bagaimana ini berlaku?

Kami mengandaikan ada pihak menjual lesen resipi Sloccu kepada


pihak ketiga untuk digunakan bagi penghasilan produk yang serupa -
tetapi mengapa jenama dan logo yang sama dikekalkan? Entahlah. Ini
spekulasi kami saja tau! Anda tahu kenapa?

Legasi Slocum

Slocum meninggal dunia pada 30 September 1982 ketika usia 78


tahun dan namanya sehingga kini terus kekal menjadi rujukan resipi
roti putih yang berkualiti tinggi. Mendiang selamat dikebumikan di
Forest Hill Cemetery yang terletak di Alabama, Amerika Syarikat.

Nasib seorang lagi pengasas jenama Gardenia asal iaitu Wong Tze Fatt
pula agak kurang baik. Selepas kejayaan demi kejayaan berjaya
ditempanya meletakkan dia sebagai seorang 'taikun' perniagaan yang
sangat disegani, Datuk Wong Tze Fatt dan isterinya, Datin Lee Bee hee
ditemui mati dibunuh di kediaman mereka yang terletak di Kota
Kinabalu, pada 10 Disember 2004.

Tze Fatt yang berjaya membangunkan kumpulan perniagaan Tong


Hing serta terus menjadi pemilik utama Gardenia Food Industries
ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala dengan objek tumpul.
Pembunuh pasangan itu kemudiannya membakar bilik yang didiami
kedua pasangan itu dan ketiga-tiganya, termasuklah pembunuh
mereka mati dalam kebakaran sedih itu.

ADVERTISEMENT

Jenama Gardenia terus berkembang di seluruh Asia, menjadi pilihan


utama mereka yang gemarkan roti putih sebagai santapan harian -
namun akan terus dihantui kisah sedih nasib yang menimpa
pengasasnya, kekeliruan terhadap penggunaan jenamanya serta
persoalan kenapa resipi Slocum di Semenanjung Malaysia lebih sedap
berbanding resipi Slocum di Sabah.

Sejarah Syarikat Francais Misteri Bahan Rempah 5 Jenama Yang


Makanan Segera Terbesar Dalam Resipi Rahsia Sebenarnya Turut
Dunia - Subway Ayam Goreng KFC Menghasilkan Senjata
Tentera

6 Industri Perniagaan 10 Rahsia Restoran 10 Jenama Coklat Paling


Yang Menzalimi Haiwan Makanan Segera Yang Laris Dan Popular Di
Untuk Keuntungan Pant... Anda Patut Tahu Dunia

Mengenai • Privasi Polisi • FAQ • Hubungi


Hakcipta iluminasi.com (2017)

You might also like